28 January 2013

Hansel and Gretel : Witch Hunters

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam


Have you ever heard the story about two siblings ; a boy and a girl; being left in the wood by their parents. And then they found a candy house, which there is a witch inside. Yeah, that story, the fairy tales we used to read when we are five years old. And now, here I present to you the new Hansel and Gretel.

the trailer

Kinda cool kan? Aku tengok cerita ni dengan my older sister. Cool gila! Seronok dan berbaloi dengan harga tiket yang mahal. huh! Nasib baik best. Cerita ni mengisahkan Hansel [Jeremy Renner] dan Gretel [Gemma Aterton]; dua beradik yang menjadi pemburu ahli sihir. Mereka start jadi witch hunters selepas ditinggalkan oleh ayah mereka dalam hutan. Time kat hutan tu, mereka jumpa satu candy house, dan macam cerita fary-tale yang kita selalu dengar, dalam tu ada witch yang cuba nak makan diorang. Tapi diorang berjaya menyelamatkan diri selepas membunuh witch tu.

Selepas dari kejadian tu, diorang jadi famous dengan gelaran witch hunters. Maka, nak dijadikan cerita, diorang sampai kat satu kampung ni yang ramai budak-budak dah hilang. Jadi mereka pun mulakan siasatan mereka. Tapi, penyiasatan mereka ni dihalang oleh sherif kat kampung tu. Cerita ni di tahap klimaks bila diorang dapat tahu, ketua witch tu nak buat sesuatu pada malam Bloody Moon. 

Dah, malas nak cerita panjang-panjang. Bagi aku cerita ni best sangat-sangat. Suka dengan watak Gretel yang cool, walaupun cantik, tak control cun, macam aku la tu. hehe Yang lawak dalam cerita ni pulak sebab si Hansel tu ada kencing manis, kena suntik insulin mengikut waktu yang ditetapkan, kalau tak mati. kahkahkah Apa-apa pun aku bagi 5 bintang untuk cerita ni. Kira full marks la ni. Jadi apa lagi? Pergi la menonton Hansel and Gretel : Witch Hunters di wayang berdekatan dengan anda. hikhik Cerita ni rated 18 so tak payah la nak bawak bebudak pergi tengok cerita ni. Nanti tak tidur malam pulak bebudak tu. hikhik Kalau dah tengok cerita ni baru korang faham kenapa cerita ni rated 18 ye.

rasa macam nak tengok lagi, hihi
- amira_hasrori -

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...