Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.
Salam alaik! Salam satu Malaysia! Salam Januari! Salam dua ribu tiga belas! amende aku neh =.=
Basah? Apebenda yang basah? Ha, jangan nak biru biru, no no no. Tak baik untuk kesihatan anda okay. Ceritanya macam ni, waktu nak pergi exam etnik semalam, langit memang lah tengah mendung. Tangan ni pulak dah siap-sedia pegang payung, tinggal nak bukak je. dah macam askar dah, hewhewhew Nak dijadikan cerita, di pertengahan jalan nak pergi ke dewan besaq tu, hujan lebat membasahi bumi secara tiba-tiba. Nasib baik la tengah pegang payung. Memang terus bukak lah kannn.
Meredahi hujan lebat dengan angin yang kuat, dah la haritu pakai baju kurung. Haisy, sabar jelah. Nasib baik aku pakai berlapis-lapis, kalau tak, seksi kau nyahh! Then ada dua orang student yang nak pergi exam jugak tumpang payung aku dengan Mira. Wonder why la these people tak bawak payung. Sekarang tengah musim hujan weh. Bila-bila masa je angin mendung tu boleh memuntahkan isi perut dia. Apedaa, kata dah besaq, dah masuk uni. Benda-benda macam tu pun still tak boleh fikir lagi ke? Ramai jugak la yang tak bawak payung tadi. Nasib baik la aku ni baik, jadi aku tumpangkan la manusia yang kesian sangat tu hah.
Tapi pakai payung pun tak jadi jugak, sebab angin kencang dan jalan yang dah hampir banjir, makanya kesemuanya menjadi basah. sigh =.= Aku rasa aku patut beli raincoat la, hmmm betul la tu. Sesampainya di dewan, memang dah basah lencun dah ni, aku pun tak tau apa function aku pakai payung tu hah. Masuk-masuk dewan je memang udara sejuk tu dah terasa la. Dengan baju yang basah, cepat-cepat aku cari tempat duduk dan duduk.
Bertenang kejap. Betul-betulkan tudung jap. Isi slip kehadiran dan yang lain-lain. Sebelum start exam tu aku sempat lagi perah kain aku, like seriously kain aku boleh diperah kottt. Nampak tak betapa banjirnya di situ. Yes, ini adalah kisah benar. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka. merepeks nya lah pun ayat ku Memang kat dalam dewan tu beku habis lah. Dan nasib baik lagi aku bawak sweater hikmat aku tu. Walaupun tak berapa nak tebal, tapi cukup la untuk mengatasi kesejukan dan kebekuan aircond dalam dewan tu hah. Dah lah basah, beku. haisyyy Ni memang betul-betul redha dan nekad untuk berjuang berhabis-habisan ni. Nasib baik lah exam etnik je pun. Sejam suku je aku buat dan terus keluar sebab tak sanggup nak bertahan dalam peti sejuk tu. Kang tak pasal-pasal mati kebekuan pulak aku. Tak sempat nak habiskan exam, ye dak? hikhikhik
Pengajaran untuk hari ini, pertama, sila sediakan payung, raincoat dan yang sewaktu dengannya sebelum hujan, lagi-lagi di musim hujan. Kedua, sila sentiasa pastikan anda membawa sweater ke dalam dewan jika tak nak mati kebekuan. Ketiga, sila makan sebelum exam sebab time tengah exam tu perut aku berbunyi-bunyi sebab tak sempat nak breakfast. huuuuu
kata-kata hikmah pada hari ini :D
nota kaki : Cuba kira berapa kali aku tulis nasib baik :P
four more to go, gambatte ne~ ^.^ v
- amira_hasrori -
No comments:
Post a Comment