10 June 2011

hEre cOmEs tHe nEw LiFe

uhuk uhuk.

ASSALAMUALAIKUM :)

pergh, bukan setakat berabuk, bersawang malah berpenunggu dah benda alah ni kan. aku baru perasan yang bulan mei aku langsung tak buat sebarang entry. kesian blog aku ni ha. huuu.

seperti mana yg semua orang tahu aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke uitm pulau pinang for foundation of science. nak tengok uitm pulau pinang camane? klik sini. ha, cantik tak kolej aku. kolej tu baru lagi, so lebih kurang macam masuk sabda time mule2 lah. berabuk gila. kitorg still pakai selipar for the whole MDS. okay, budak2 yg tak masuk uitm mungkin taktau MDS tu menatang ape.

meh aku cite meh. nama panjang untuk MDS adalah minggu destini siswa. kira macam minggu orentasi lah. nama nak gempak je kan. heh. kenapa siswa je, kenapa takde siswi sekali. entah, aku pun taktau. haha. time MDS ni la time yg paling membencikan bagi diri aku dan rakan2. sebab jadual dia pack gila babs, sampai takde gap langsung antara satu2 event. dah tu jalan kene laju, dan dalam barisan. ye, adik2, kami kene beratur macam budak2 sekolah lagi. urgh. dan ayat yg paling popular time MDS ialah "dua line! dua line!". dah habis MDS je sume perlekeh ayat tu. haha.

okay, bosan ah cita pasal MDS, sebab aktiviti dia sume bosan. aku just suka rektor dia je. cool gila kot. tapi nikman kata beliau dah pindah puncak alam. ntah betul ntah tidak. nikman ni bukan boleh percaya sangat. haha. jgn marah ye bang. gurau2 je. :) and untuk pengetahuan semua, aku dah pindah uitm puncak alam. kenapa? bukan aku sorang je yang pindah, semua dak2 asasi yg kat penang sume dipindahkan ke puncak alam. pada tanggal 30 mei 2011, sebanyak 17buah bas berangkat dari uitm pulau pinang ke uitm puncak alam. pergh. dah macam rombongan dah aku rase. alasan kami kene berpindah adalah : tawaran yang pihak uitm keluarkan untuk pelajar asasi sains adalah sebanyak 5000 org ; 4000 ditempatkan di uitm kampus puncak alam, manakala 1000 org lagi ditempatkan di uitm penang. tetapi, memandangkan ramai yang menolak tawaran itu, hanya 1000++ je yg mendaftar di uitm puncak alam, dan seramai 500++ je yg daftar kat uitm penang. jadi nye banyaklah lagi tempat kosong kat puncak alam tu. jadinye kami inilah yang mengisi kekosongan itu. ada faham?

end of story. nak cita pasal bende lain pulak. hurm. kat sini aku duduk dalam satu apartment. tak macam kat penang dulu. sepatutnye ade 6org tapi tak ckup so kami berlima jelah satu rumah. aku, zimah, saihah, azlen dan husna. :) yg tiga org tu kelate mari ye. aku stok belajar bahasa kelantan je lah duk sini. heh.

dari kampus nak pegi kolej kene naik tangge ala2 batu caves. korg google lah sendiri ye nak tengok tangge tu camne rupe dia. sumpah penat gila kot. kat sini tak payah susah2 nak bangun pagi2 utk pegi jog konon2 nak maintain fitness. kau habis kelas je nak balik kolej, kau naik lah tangge. kompom kau sihat. takyah nak jog dah ye. tapi, bagi sesiapa yg kaya raya dan malas nak excercise, ade je bas. tapi kene bayar singgit ah. kalau aku, jarang sekali aku nak naik bas. okay, i admit, skali je aku pernah naik bas setakat ini. itupun sebab time tu aku angkut 3buku teks yg tebal gila nak mampos wa cakap lu.

bercakap pasal buku, aku nak habaq mai kat hangpa, buku dia tebal gila woo. kau bayangkan buku time kte spm dolu2 yg chemist physics and bio, ko compile tiga2 buku tu, dah jadi satu buku physics. gila tak gila. then kau bayangkan pulak ade tiga buku dgn ketebalan yg sama, kau kene habiskan baca dalam masa setahun untuk final exam. boleh buat aku jadi gila. nasib baik buku tu warne warni tak mcm buku spm. ade la jugak pendorong aku untuk bace buku tu sampai habis. waahh, sampai habis tuu. kira tu niat je. dah dapat pahala ape. hehe.

jadual kuliah aku for this sem takdela pack mana. sebenarnye i believe in karma. kalau aku membebel merungut2 jadual this sem pack, kang next sem lagi pack. ha mampus. heh. budak2 klas aku okay je kot. masih dalam proses untuk mengingati nama. otak dah karat 6 bulan tak jalan nama org pun susah nak ingat. apedaa. nak buat camane, dah aku lampi. hehe. hurm. ape lagi eah yg korg nak tau. pasal proses pembelajaran. dia ade lecture, tutor, and lab. kalau lab kau masuk lab ah buat experiment. kalau lecture, lecturer akan bebel2 kat depan ajar satu2 topik then habis, kau balik. and lecturer ni lah yg akan bg kau assigment bagai. pastu ade tutorial. tutorial ni macam tusyen la. kau masuk kelas dgn kelas kau je. yg lecture tadi combine lebih kurg lima kelas. tutor ni la yg akan bg kau homework. kau buat pastu bincang dalam kelas. bg aku, aku lebih selesa nak bersoal jawab dengan tutor daripada lecturer sebab tutor ni jumpe kau dalam komuniti yg lebih kecil berbanding dengan lecturer.

aku rase dah cukuplah aku membebel. nanti aku bebel lagi eah. terasa panjang gila dah ni. heh. ciao~

3hari 3malam baru siap entry ni. heh.
~unlimited love~

2 comments:

Izzatulisme said...

hhaha. okay,berhabuk gila blog kau. hehe. wahhahaha. kau dpt lah merasa batu caves kat puncak tu kan. hehe. gempak gila. jodoh kau dgn jemah mmg panjang. hehe.

~unlimited love~ said...

terlanjur kau da kat sini apelagi, tolong sapu kan sawang sekali weyh. haha. ye batu caves yg terkenal kat sini. heh. aku lupe nak bagitau yg kat sini line maxis hampeh gila -.-"

anyway aku harap aku ngn jemah tak dapat jodoh yg same. haha. aminn. :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...