22 September 2012

Bercampur Baur

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Uhuk uhuk! Berabuk gila blog aku ni. Yelah dah lama tinggal, raya punya entry pun tak buat lagi. Haha. Sebab tahap kemalasan plus dengan idea yang kering dan kontang, makanya blog ni pun terbengkalai begitu sahaja. 

Nak cerita pasal raya ke? Dah lama berlalu kot. Nak cerita jugak ke? Hayelah, nak cerita lah ni. Ehem ehem *clearkan tekak jap Raya tahun ni kami sekeluarga beraya kat kampung Puan Mama, di Kuching, Sarawak. Kalau aku bagitau kampung aku kat mana mesti susah orang lain nak percaya. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin muka aku macam muka jawa kot, hahaha. Eh, malas pulak aku nak cerita pasal raya, dah basi dah kot, tengok gambar jelah ye. Tema tahun ni kaler oren :)

Me in orange :)

 With le' cousin and grandma

We are sooo cute! haha

My family with grandma

The family

Kami anak abah! hehe

Notice that baju aku dengan my sister sama kan, haha. Tu masa beli kain punya pasal la. Pilih ni reject my mum, pilih tu my dad reject. Last solution, beli je sama-sama sebab dah penat dan lama sangat kat Nagoya tu *sigh Walaubagaimanapun, cantik kannn baju aku, hehehe.

Habis dah pasal raya. Lagi nak cerita apa ye? Oh, untuk pengetahuan semua, aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) *tepuk tangan kuat kuat Minggu orentasi kat sini disebut sebagai MJM singkatan bagi Minggu Jalinan Mesra. Best sangat, tak macam kat UiTM dulu :P Kat sini fasi takkan sibuk-sibuk nak lecture kitorang, ragging sampai tengah malam. Majlis habis pukul 11, terus lepaskan kitorang balik bilik memasing. Pagi-pagi pun takde orang sibuk nak ketuk pintu bilik, kena kumpul ramai-ramai then lecture lagi, no no no! Fasi kat sini semua baik baik membuatkan aku rasa teruja nak jadi fasi jugak untuk MJM tahun depan, hehe. Best, sangat enjoy.

Untuk malam kebudayaan, fakulti kami buat sketsa hari raya :) Dapat kategori fakulti paling ceria, weehoo~ Ada video, tapi tak reti nak cut, so tak boleh la masuk dalam blog ni. Takpelah, maybe ada someone yang baik hati lagi pemurah akan masukkan dalam youtube. Nanti aku update lah kat sini ye. 

Dah kering idea nak tulis apa lagi, next time jelah ye aku sambung pasal life dekat UMT ni hah, so far untuk pengetahuan semua, aku sangat bahagia duduk kat sini, alhamdulillah :D

umt ada pantai, korang ada? :p
-amira hasrori-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...