18 June 2011

rEciPe For woMEn

Assalamualaikum :)

semalam aku pi dengar ceramah. masuk2 dewan je aku cam, eh apesal tak gerak2 line ni. padahal banyak je tempat kosong. ghupe2nye tempat yg kosong tu dah kene reserve. means, diorg masuk, letak beg, pastu keluar gi toilet ke gi mane ke. ha. padan lah org tak gerak2. pastu urus setia buat initiatif, org yg tgh berdiri ni, (termasuk aku) duduk je kat tempat yg tak berorang tu. apelagi. aku pun masuk je lah. hoho. then diorg kunci pintu. pergh. agak kejam aku rase. sebab buang mase orang yg dah cop tempat tu tapi tak boleh balik. yelah. camne nak balik. beg ade dalam dewan. nak masuk amik tak boleh. so pengajarannya, jangan keluar masuk dewan ye. lepas dah dapat tempat, duduk je situ sampai majlis selesai.

recipe of woman ni some kind of majlis ilmu yang dibuat setiap hari jumaat dari pukul 1245pm sampai 2pm. tak lama pun. dalam sejam lebih je. tak rugi pun kalau pegi. best dan tak lah meleret sangat ceramahnya. penceramah tu akan stop before pukul2 sebab dia tau some student yang ada kelas pukul230 so dia lepaskan awal la.

aku just nak share sikit ilmu yang aku dapat daripada majlis ni. tak banyak, sikit je :p

pasal bersyukur :)

korang tau tak cmne nak buat sujud syukur? taktau? klik sini.
dah tau? apelagi. buat la. korang jangan ingat sujud syukur ni buat masa dapat rezeki yg besar2 je means ko dapat result yang best baru korang nak bersyukur. pernah tak korang bangun dari tido pastu korang bersyukur, alhamdulillah tuhan panjangkan umur aku untuk satu hari lagi. pernah tak, pernah tak? pernah tak korang bersyukur korang dikurniakan keluarga yang bahagia, anggota badan yang sihat dan sempurna. kawan2 yang ramai.ha.

so, di sini aku hanya ingin mengingatkan bahawa semua nikmat yang kita ada walau sekecil zarah ni pun ALLAH yang bagi kat kita. haruslah diingatkan bahawa ALLAH tak wajib nak bagi kita nikmat, boleh je kalau DIA nak bagi kau cacat sebelah tangan ke ape ke, dan DIA juga boleh menarik balik nikmat yang diberi bila2 masa yang dikehendaki-NYA.

jadinya, tak payah la nak tunggu dapat result best baru wat sujud syukur. hari2 lah buat. nak lagi better buat selepas setiap solat. kan bagus tu. pahala pun dapat. bukan susah mana kan :)


i thing that's it. kalau aku pergi lagi, aku share lagi ye :)

sharing is caring,
~unlimited love~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...