06 February 2011

mEn : wE arE oFfiCiALLy NOT wEirdo

ohoho. ini adalah entry untuk menjawab segala persoalan yang tebuku di dalam kepala otak seorang blogger juga merupakan seorang abang kepada kawan aku (kalau tak silap lah.eheh) memandangkan tade sape yang sudi nak jawab soalan dia ni, maka aku dengan rela hati dan tulus ikhlasnya menjawab soalan2 yang dikemukan.

dalam blog ni ade dikatakan bahawa tersangat lah pening untuk memikirkan perihal wanita yang amat pelik. eh. pelik ke. ada ke orang yang perfect? biasalah manusia kan macam2 ragam. yelah, rambut lain2 kaler, hati pon lain2 maa. ape yang boleh dikatakan di sini ialah tak semua perempuan berkelakuan seperti yang dinyatakan.

baik lah. mari tengok jawapan aku.

1. Is having a male as your life partner is important? why?
well. duh. seperti yang ku katakan di dalam entry ku yang terdahulu, bahawasanya setinggi-tinggi degree seorang wanita itu, tinggi lagi harapan nya dalam membina sebuah keluarga yang bahagia. ado faham? makanya, having a male as a life partner is absolutely damn important. yolah, takkan nak jadikan perempuan jugak as life partner? lesbo ke hape. eheh.


2. When you're having 1st or will have pregnancy, do you really think about the pain you'll face during labor time?
well of course laaahh. tapi its kinda a-worth-it pain sebab kau akan dapat baby. ohoh. sumpah merepek. for sure lah akan fikir jugak pasal pain yang akan dilalui. aku yang belum kawen ni pon kadang2 terfikir jugak pasal mende tu. haih. dan fikiran aku yang tak berapa nak matang ni akan merepek lalu mengeluarkan statement ini. aku nak mengandung je, beranak aku nak pass baton dekat husband aku. boleh taaakk. ahahahaha. okay. sumpah merepek.


3. Do you still love your 1st love even though they're not meant to you or you're with someone else now?
er. ini depends kat orang tu laahh. eh. biasanya statement ni untuk lelaki. betul. kalau perempuan, orang kata, mereka akan melupakan lelaki yang terdahulu jika ada lelaki lain di depan mata yang mereka cintai sekarang. tu orang kata lah. eheh. eyh. paham tak ni? haih.


4. Which is more important? your husband or your children. (if you're married)
saya tak kawen lagi tapi nak jawab soalan ni jugak. ohoh. ade satu hari tu aku dengar ceramah agama ni. tak ingat lah dalam radio ke dalam tv. tapi penceramah tu cakap, suami harus mengutamakan isteri daripada anak2, begitu juga isteri harus mengutamakan suami lebih dari anak2. jadi, saya dah jawab soalan itu :)


5. What is the most important thing you're looking into a guy?
attitude!! kalau hensem cam ashraf muslim pon kalau attitude kau grade E, pigi jalan da. dan ini juga ikut cita rasa orang tu jugak. mana sama kriteria yang aku nak dengan perempuan lain kaaann. dan walaupun mule2 memang tengok looks, but when we get to know that person, kalau perangai cam ehem2 memang fail jadik suami aku. okay? ohoho.


6. Do you REALLY know what men are looking into you?
tak berapa faham dengan soalan ini. tapi aku jawab mengikut pemahaman aku je lah ye. maksud soalan yang aku rasa ialah : kau tahu ke tak sebenarnya laki tu suka kau? itu ke soalan nya? okay. memang lah tak tahu kalau kau tak bagitahu. selalu nya tengok sign yang dibagi oleh si lelaki, tapi still nak dengar jugak dari mulut mereka those three words and the proposal sentence.


nota kaki tangan :: adakah saya berjaya meleraikan kekusutan yang melanda diri anda? sila beri feedback.

peringatan :: jawapan ini datang dari hati dan fikiran budak yang belum cukup umur. kalau rasa merepek sila abaikan entry ini dan komen banyak2. :)


maaf kalau aku merepek banyak sangat :)
~unlimited love~

6 comments:

Nurul Farhanah said...

woah! terkejut tgk tajuk entry sbb mcm pnah dgr. anda tak silap, abg kte tuh :)muahahahaha. anyway, terima kaseh krana mnjawab soklan2 abg sy.haha.
btw, agreed with ur answer.hee~

~unlimited love~ said...

@nurul farhanah

ya. saya tak penah silap. ohoh. agree dengan jawapan saye? walaupun merepek? ngek je :)

Izzatulisme said...

agree woo! sbb itulah yg most girls pk pun. bagus mira! pakcik suko! hehe

~unlimited love~ said...

@izzatulisme

den pon suko. ohoh. :)

muhsin aminudin said...

haa.. bukan xde orang komen, tp lmbat sket.. haha..
soklan last tu. Maksudnya, adakah perempuan tahu ape yg lelaki ni pandang dalam diri perempuan itu. pembetulan sket.. hehe

~unlimited love~ said...

@muhsin aminudin

ouh2. okay2. jawapan nya adalah taaaakkkk. ohoh. mana la tau apa dalam fikiran laki tu kan. kalau laki tau ke ape yang difikirkan girlz? kalau anda tahu, anda memang pembaca fikiran yang hebat~

oh ya. jawapan saya diterima ke tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...