16 February 2011

siArAn teLevisYen

petang tadi aku tengok kawan2 kepada anak jiran aku. comel je budak2 tu pakai tudung. aku harap diorang stay bertudung cam tu sampai akhir hayat la kan. bukan apa, takot da besar nanti lain pulak jadi nya. mula2 tudung yang terbang. lepas tu baju pun da start singkat. sikit2, sampai dah tak cukup kain la akhirnya.

nak habaq mai sikit satu drama swasta yang dah lama bermain di fikiran aku.

cerita ini mengisahkan seorang anak yang sedang menonton cerita omputih di kaca televisyen. biasalah kalau cite omputih ni mesti ade adegan18sx kaaann. eheh.

mak : eh, tuka la. ape la kamu. suka sangat tengok cite tak senonoh camni.
anak : alah, cite melayu pun ade jugak scene camni.
mak : (terkedu)


ya. betul kan. cerita melayu pun ade jugak adegan 18sx ni. pengarah filem sekarang ni dah takde modal sangat ke. kalau dalam cerita tu tak ada anak haram mesti tak sah. kalau takde adegan curang suami, isteri mesti tak sah. kalau takde adegan rogol2 mesti tak sah kan. sampai kan cerita yang tajuk dah sikit punya baik islamik pun ade jugak adegan yang seperti itu. isy3. ape nak jadi la dengan dunia sekarang ni kan. ya, kiamat nak dekat.

oh okay. maybe korang rasa aku tak cukup baik untuk mempersoalkan hal2 seperti ini. but, hey, rasanya tak salah kan untuk saling mengingatkan. tahu, kubur lain2. tapi aku taknak la nanti aku dengar kau jerit2 dalam kubur kau. nak2 nanti kalau kubur aku sebelah kubur kau. bising tahu.

okay dah terpesong sedikit. dulu kecik2 mana tahu semua ni. sekarang, budak kecik umur 9 tahun pun dah tahu bende semua ni. kadang2 nak tengok cerita dengan diorang pun malu. aku layan je la cerita kartun. lagi bagus daripada tengok cerita yang tiada nilai murni tu.

eh tapi aku ade jugak detect kartun yang tak berapa nak elok untuk kanak2. ade yang pakai seksi2. perlu ke budak2 tengok tu semua. lagi, buat perangai yang tak elok. jadi aku nasihat kan buat yang ada anak2 atau pun anak sedara atau sepupu yang kecik2 tu kalau nak tengok kartun tengok kartun malaysia ataupun bukak channel disney playhouse. tu okay. kalau astro ceria tu aku tak galakkan kan la sebab kartun dia kadang2 tu tak sesuai sebab dia tunjukkan perangai yang tak elok. ye la. budak2 kan cepat mengajuk apa yang diorang nampak dan dengar. kalau da tengok benda yang tak elok tu cepat je nak tiru.


kesimpulannya : tak payah bukak tv. baca alquran lagi bagus. :)

p/s : adakah semua yang aku type panjang2 kat atas tu berkaitan antara satu sama lain?


jangan risau. aku memang suka merepek
~unlimited love~

5 comments:

Nurul Farhanah said...

hahaha. tapi mostly bnda nih accepted lah dear. mmg btol pon. kdg2 nak tgk vter cmtu ngan parent lagi maluuu.

Nurul Farhanah said...

hahaha. tapi mostly bnda nih accepted lah dear. mmg btol pon. kdg2 nak tgk vter cmtu ngan parent lagi maluuu.

Izzatulisme said...

ana ; sgt menyokong anda. lagi2 bila tgk dgn parent. Ya Allah. rasa nak tutup muka je. takpun tukar channel. haha

~unlimited love~ said...

@nurul farhanah

accepted eah. ntah. tapi aku rasa budaya ketimuran dan terhakis lah. tu yang aku rasa lah. eheh.

~unlimited love~ said...

@izzatulisme

ouh. aku takde buat ape2. buat bodo je. mak aku yang malu sorang2. haha. :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...