sikit punya panjang la tajuk entry aku kann. tade lah banyak sangat yang aku nak senaraikan tapi boleh la kalau nak buat satu entry. ah da berbeli belit da ayat aku. lantak lah. sendiri baca, sendiri faham la kan. hee.
ye. ramai lelaki yang tidak tahu dan konon2 tak faham isi hati perempuan. mereka cakap perempuan pelik la, tak faham apa yang diorang nak la. okay sekarang aku bagitahu kau apa yang selalunya perempuan nak daripada lelaki dalam sesuatu hubungan. rasanya hubungan percintaan la kan. kalau dalam persahabatan, boleh pakai sikit2 la kot. baiklah mari kita mulakan sekarang.jeng3
1. speak up
sesetengah lelaki menganggap kalau dah sayang tu tak payah cakap pun takpe kot. yelah, action speaks louder than word kan. but then cuba fikir balik. kalau tak cakap macam mana perempuan tu nak tahu kau suka dia ke tidak kan. sebagai contoh, aku bagi kau makan mi bandung. kenapa mi bandung? sebab ikut suka akulah. kalau kau tak cakap ape2 sambil buat muka blur camne aku nak tau yang mi tu sedap ke, pedas ke, terlebih masin ke. betul tak? jadi, luahkan segala yang terpendam dalam bentuk lisan ye. memang lah susah tapi mesti la tabahkan hati dan jadi berani. kata lelaki. takkan tak berani kot.
2. bagi pendapat dengan jujur
selalunya perkara ni berlaku masa shopping kot. kalau korang shopping sama2 lah. mesti ada dialog2 seperti
syg, yang mana satu lagi cantik?
u, i tak tahu nak pilih lah, yang ni ke, yang ni?
yang ni cantik tak? ni?
lebih kurang lah dialog tu. pastu mesti lelaki ni akan cakap
mana2 jelah.
hmm, cantik.
alah kalau u pakai ape2 pon cantik.
sebenarnya perempuan ni kalau dah tengok barang2 yang cantik mestilah rambang mata. kalau bajet ciput takkan nak beli semua. mestilah kene pilih. then kalau nak pilih mestilah yang betul2 cantik, betul2 sesuai dengan diri, nanti tak nak lah menyesal. nanti takdelah dialog seperti
isy kenapalah aku pilih yang ini, menyesal betul
alah, yang itu tadi aku rasa lagi cantik lah
lagi satu, sebenarnya perempuan nak perhatian je. hoho. who doesnt like the attention kan. even kucing pun suka kalau kau bagi attention. attention means care for most of the woman. so kalau si dia nak kan opinion korang, bagi je la pendapat korang. bukan susah mana pun.
3. kalau serius cakap serius
impian seseorang wanita adalah untuk mempunyai keluarga yang bahagia walaupun mereka mempunyai degree setinggi langit. kebanyakan perempuan mempunyai prinsip, 'family first, career second'. keadaan ini sangat bertentangan dengan lelaki kan. jadi, tak semua perempuan akan melayan lelaki suka2, atau for fun. mereka mahukan commitment in relationship dalam erti kata lain hubungan yang dibawa sampai ke jinjang pelamin. jadi, tolonglah cepat2 cakap sama ada kau ni serius dengan dia ke tidak. janganlah buang masa perempuan tu sebab perempuan takkan layan punya kalau kau just suka2 je nak in relationship kan.
tu jelah setakat ini yang mampu aku senaraikan.
PERINGATAN :: apa yang aku senaraikan di atas hanyalah dari pendapat dari aku. jadi kalau ada yang tersinggung ke, hape ke, maafkan saya ya. saya hanyalah insan biasa yang bisa melakukan kesalahan. dan kalau ada apa2 nak tambah sila komen. akan di sambung bila2 masa. :)
~unlimited love~
2 comments:
mira! kte setuju! lelaki sume mcmtu. same je kbnyakan nye. huh! bngang nih. haha. dorg tk pham hati pompuan. ckp pon kdg2 jujur, tak jujur je. kjap nak kjap taknak. mengong! (:
haha. tahu takpe. gedik je mereka ini kan. :P
Post a Comment