Assalamualaikum :)
Walaikumussalam
Hey there peeps! Pernah tak ada pengalaman bila mana kau tengah tidur atau study, tiba-tiba ada orang gelak dan cakap kuat-kuat. Kalau pernah, korang rasa apa bila benda ni berlaku? angkat-angkat kening
Dalam hidup berkomuniti ni, hormat-menghormati adalah perkara paling asas yang kena ada dalam diri setiap insan. Penting ya untuk ada sifat hormat-menghormati ni. Contohnya, kalau kau nampak room mate kau tengah tidur or study, tak payah la cakap kuat-kuat. Then, bila kau treat people this way, which means kau hormat hak dia yang tengah tidur tu, tak possible kalau dia pun akan hormat time tidur kau. Lebih kurang macam tu lah.
Prinsip yang aku pegang bila masa-masa macam ni adalah "I treat people the way they treat me". So bila aku rasa bengang sangat, kadang-kadang aku saja je buat balik apa yang orang tu buat kat aku, so that dia boleh rasa apa yang aku pernah rasa bila dia buat macam tu kat aku. Tu pun kalau orang tu ada self-conscious la. Kalau tak tu sabar jelah.
Dulu aku ni seorang yang sangat baik. Sangat baik sampaikan ada orang pijak kepala aku. Bukan pijak kepala betul-betul. Maksudnya di sini, orang mengambil kesempatan atas kebaikan aku ni. And now, aku dah belajar untuk speak up for myself. Luahkan perasaan ketidak-sukaan aku terhadap sesuatu perkara dengan lantangnya. Aku persetankan semua asalkan orang tu tahu yang aku tak suka apa yang dia buat kat aku. Maybe aku kena belajar lagi cara-cara macam mana nak tegur orang dengan lebih berhemah sebab kadang-kadang aku pun kasar jugak bila menegur ni. Yelah, orang tengah marah kan. hihi Maaf lah ye.
But sometimes ada orang yang berfikiran macam ni :
Diorang fikir yang bila orang tegur perbuatan diorang tu, maksudnya orang tak suka dia, bukannya tak suka perangai dia. Dan dia fikir, dia tak boleh nak fix pun perangai dia tu sebab "Hey,I am what I am and I cannot fix that" kononnya. Baca ni baik-baik ya. Bila orang tegur kamu, bermakna ada sesuatu perkara atau perangai kamu yang orang tak suka. Perangai ni adalah benda yang boleh di ubah. Bukannya personaliti yang tidak boleh di ubah. Contohnya, dulu aku ni seorang yang pemarah. But now, aku dah boleh control diri sendiri dan marah bila perlu sahaja. So, its not impossible to fix the bad habits of yourself.
Bila ada perangai yang orang tak suka, itu akan secara tak langsung akan mengakibatkan orang tak suka kamu juga. Jadi why not ubah perangai atau sifat yang orang tak suka tu kepada yang lebih baik. Kan lag baik kalau orang suka kamu. Kamu bukannya hidup sorang-sorang pun kat dunia ni kan. Bear in mind that sifat yang orang tak suka tu adalah sifat yang buruk. Takkan ada orang yang tegur kamu bila kamu buat perkara baik. Contonya bila kamu suka menderma, takdenya orang nak tegur kamu "Eh, kenapa kamu ni suka derma ha? Aku tak sukalah kamu buat macam tu". Takde maknanya orang nak tegur atau marah kamu bila kamu ada buat kebaikan. Orang lagi ikut adalah kan.
Ini adalah peringatan for the future me jugak. Jadi apa yang aku cuba nak sampaikan dalam entry ni adalah, pertama, hormat-menghormati adalah amalan mulia dalam hidup berkomuniti. Kedua, tegurlah dengan berhemah. Ketiga, terimalah teguran orang lain dengan hati yang terbuka. Terakhir, cermin diri sendiri dan cuba perbaiki diri.
ampun maaf dipinta jika terkasar bahasa dan tersilap kata,
- amira_hasrori -
No comments:
Post a Comment