29 August 2011

sELaMat hAri RayA

Assalamualaikum :)


Just wanna wish all muslims out there
Happy Eid-ul Fitr
and
Happy Independence Day 

p/s : ini aku ambik dari sini. thanks Ayeem Ayam. 
tahun ni raya lebih bermakna buatku dengan kehadiranmu :)
~unlimited love~

27 August 2011

i'M goiNg HomE!!

Assalamualaikum :)

Hey there peeps!


Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata


Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira


Balik kampung oh oh...(3X)
Hati girang
Oh oh ... balik kampung (3X)
Hati girang


Terbayang wajah-wajah yang kusayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

-Sudirman, Balik Kampung-

Tatkala korang baca entri aku ni aku dah dalam perjalanan menuju ke kampung halaman *ceh, kampung halaman lah sangat. haha. Wahhhh, mood nak balik kampung je harini. Akhirnya, aku akan balik rumah. Yeayyy!! Semalam rasa macam menyesal gila tak balik. Apahal la aku beli tiket lambat kan. Tapi takpe la. semua yang berlaku ada hikmahnya.

Harini hari jadi arwah Dzahier Haziq. Schoolmate aku, warga Nova-x. Even tak rapat mana dengan arwah, aku still terasa dengan kehilangan arwah. Pemergian arwah yang tidak disangka-sangka amat mengejutkan seluruh Nova-x. Al-Fatihah buat arwah Dzahier Haziq. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


kredit : gugle


p/s : Doakan perjalanan aku selamat pergi dan selamat sampai ye.


Kalau naik kenderaan bergerak mesti rasa pening, urghh.
~unlimited love~

26 August 2011

hoW i wiSh i couLD fLy

Assalamualaikum :)

hey there people!

mesti semua dah selamat sampai ke pangkuan keluarga yang tercinta kan? aku? i'm still stuck in puncak alam. urgh, darn it. aku pun tak tahu kenapa aku pandai sangat beli tiket bas esok. menyesal tak sudah. and now i wish i could fly. kalau tak pun aku ada kenderaan sendiri. heh. memang harapan lah kan. *sigh.

kelmarin pergi berbuka puasa dekat mcD. pinjam moto akif. thanks bro. haha. bukan apa, dah muak sangat dengan makanan kat bazaar. selama hampir 4 bulan aku tak menyentuh motosikal *sebab konon-konon trauma tetiba gatal plak nak bawak kann. dah la kompom2 kene balik malam. bukan lah malam sangat, tapi gelap la kan. gelap tu kira malam lah. hehe. 

minggu ni memang aku tak lekat kat bilik. ada je destinasi aku berbuka. jumaat minggu lepas kat kenny rogers. hajat nak ke nando's tapi sebab dah full house, kenny pun boleh la. sabtu berbuka dekat raff. kira tak berbuka kat rumah jugak lah kan. ahad berbuka dekat secret recipe. isnin berbuka kat bilik. selasa kat pendeta plak. kelmarin dekat mcD. semalam dekat rumah. hari ni konon-konon nak berbuka nando's tapi tak jadi, so berbuka kat bilik je. besok berbuka kat rumah. yeay!! home sweet home. sumpah mood nak balik gila-gila dah ni. hadoyy. sabar ye. lagi berapa jam je lagi. heh.

teka lah mana satu kak long aku, hehe

urghh. can't wait for tomorrow. puasa kali ni aku tak berkesempatan lagi nak berbuka, sahur kat rumah. sedih lah. raya tahun ni kak long takde. lagi la sedih. semoga berbahagia lah kau kat sana ye. kemain lagi kau buat salam perantauan eah. ntah bila la turn aku eah. hurmm. ada rezeki nanti turn aku lah pulak kan. hee. 

buat semua sahabat dan handai :
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
AMPUN DAN MAAF DIMINTA
SEKIRANYA ADA TERSILAP BAHASA DAN TERSALAH KATA
SEMOGA BERBAHAGIA DI SAMPING SANAK DAN SAUDARA
DAN JUGA TIDAK LUPA
HATI-HATI DI JALAN RAYA :)

kredit : gugle


psstt, hulur-hulur sikit duit raya tu, hehe
~unlimited love~

23 August 2011

sELamaT 8bELas kAwAn!!

Assalamualaikum :)

kredit : gugle

just wanna wish HAPPY BIRTHDAY to my friends who were born in August,
may ALLAH bless all of you
have a happy birthday :D

Kamar Arief bin Kamar Azman (16th August)
Fatin Syahirah binti Awang Shapie (22nd August)
Izzatul Nazihah binti Yahya (23rd August)
my dear Syirrin Faldhira Haziq binti Mazlan (28th August)
my beloved Malaysia (31st August) *hehe

sorry guys, takde hadiah. hehe
~unlimited love~

20 August 2011

bEreHat sEbenTaR

Assalamualaikum :)

hey there people. how you're doin'? 

entry ni just nak mengumumkan kepada readers aku *itupun kalau ada yang bacalah. heh. yang bahawasanya there will be no more entry dalam masa beberapa bulan ni. kalau ada pun sangat jarang. sebab aku rasa it's about time for me to stop this lagha thing and focused on my study. "oh puh-leesss. typical reason lah woi." aku peduli hapa. typical ke tak ke, aku yang nak kene score study aku. bukan kau boleh tolong pun kalau aku fail kann. bukan kau boleh support aku kalau aku takleh nak further kann. opps. ter'emo' plak. haha. sorry. 

i'm just resting. not retiring.
anyway, somehow there will be new post for at least once a month. to keep track of what i'm doing, if you care lah kann. till then, chiaoo.

p/s : mungkin akan aktif berblogging selepas aku habis asasi. itupun kalau aku tak kerja dan dalam mood rajin. hehe.

i'll miss my blog :)
~unlimited love~

18 August 2011

nAk buAT kErja maLaS, tuLis entry RajiN puLak

Assalamualaikum :)

lately aku dapat rasakan yang my biological watch dah tak betul. i mean, kitaran tidur (sleep cycle) aku dah kacau bilau. even aku dah tidur 8 jam, *aku tidur awal semalam, sian awak kan, hehe but still ngantuk dalam kelas doe.

aktiviti dalam kelas
(konon-konon comel gune gambar baby, heh)
agak-agaknya ada manusia yang bubuh pil tidur kot dalam semua makanan aku. heh. 

lahanat mana letak pil tidur dalam makanan aku nii!!
gila ke minah ni, mengamuk tak tentu pasal. hoho. ada tips tak nak elakkan mengantuk dan fokus dalam kelas. dah 10 tahun aku belajar. macam-macam tips aku guna termasuklah makan gula-gula dan tampar kawan sebelah *haha, takde motif. still tak berkesan. macam mana ni. adoyyy.

meh la share tips dengan aku,
~unlimited love~

17 August 2011

oH sHit giLA!!

Assalamualaikum :)

muka aku ketat je sepanjang hari


semalam merupakan hari yang paling SHIT yang pernah aku tempuhi sepanjang prasejarah aku hidup. heh. hiperbola siot. nak tau kenapa? sebabnya, bangun pagi, gosok gigi, cuci muka terus mandi...erk. apa pasal nyanyi pulak ni. mereng dah aku. heh. pagi tu aku bangun takdela lambat sangat. standard ah orang kelas pukul 830 bangun pukul 730 kann. then, tunggu lift. tunggu lift tu ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. bapak lama wa cakap sama lu. fine lah, lif pun sampai. masuk, tekan G, then turunnnn. dah elok je aku keluar blok nak membelok ke jalan besar *ecey, gaya cakap macam bawak kete, padahal jalan kaki je ponnn.

" alamak, lab coat! " ah, sudah. nak kene patah balik la ni gamak nye. tengok jam. hurm, ada masa lagi. maka, aku pun mengambil keputusan untuk patah balik ke bilik. on the way nak patah balik tu orang pandang aku semacam. lu apehal. gua ada kacau idup lu ka. takdak kan. heh. gaya cam nak cari pasal je kan. enough of all the drama. sambung cer. dah sampai bilik, kalut-kalut nak bukak pintu, " eh. laptop aku tak simpan lagi " hadoyai. bukak balik pintu. simpan laptop. tengok jam. hurm, kompom lambat dah ni. haiyok.

dah turun, pastu aku pun apalagi, memecut bagai nak rak. tapi tak leh nak pecut mana pun sebab langkah aku kecik plus aku pakai baju kurung haritu. tak sopan rasanya kalau nak berlari berkejaran pakai baju kurung. ye dak. dalam perjalanan nak pergi kampus, ada pulak dua ekor minah psycho belakang aku. "eh, kau tak boleh jalan lambat lagi ke? " , " dah lambat pun jalan lenggang kangkung lagi? "

SHIT gilaaa. memanglah diorang cakap sesama diorang je tapi kalau nak cakap tu tengok-tengok lah kiri kanan depan belakang duluu. tak perlu kot nak cakap kuat-kuat. bisik-bisik sudah. heh. kau berjaya meng'psycho' aku tahu??!! fuh, selamat lepas tu diorang ikut jalan lain, aku ikut jalan lain. lalu aku pun meneruskan perjalanan ku . dalam hati dah merangka-rangka ayat nak cakap apa kat madam nanti. urgh. nak cakap apa ni. opps, dah sampai. eh, madam keluarlah. sebelum aku nak masuk kelas tu madam dah keluar dulu. pheww. tak payah nak cakap apa. hoho. dengan penuh semangatnya aku pun bukak lah pintu kelas. tu.

aik, ape pasal sikit je orang ni. " err, harini ada test lagi eah " oh mannn. beribu kali SHIT. sepatutnya aku tak payah nak datang kelas pagi ni sebabnya ada group yang tak lepas lagi speaking test. hadoy. apela malang sungguh nasib aku ni. urghhh. awat la tak habaq awal-awal. kan ke sepatutnya aku boleh golek-golek lagi kat bilik. dua jam tuuu. aku nak buat apa ni. haiyok.

okaylah, malas nak membebel banyak lagi. banyak benda yang buat aku mencarut bagai nak rak. kurang dah pahala puasa aku. hello, aku puasa okay. meh sini aku senaraikan apa lagi yang buat aku mencarut semalam.

1. semua benda di atas
2. tak bawak lab report bio means kene balik bilik skali lagi *SHITTTT
3. lab tadi experiment cam hampeh. group macam takde kerjasama langsung. *chill~
4. ada quiz chemist *tak revise lagi
5. balik lambat. pkul7 baru sampai bazar. makanan dah tkde :(

nasib baik abang kat bazar tu nak masakkan char kuey tiow untuk aku. so, it made may day :)

banyak lagi mende yang berlaku sebenarnya tapi aku malas nak listkan lagi. hoho.

tido lagi bagus,
~unlimited love~

10 August 2011

woRdLesS wEdnEsdAy #4

Assalamualaikum :)

sumber : google

sahur dengan biskut hup seng,
~unlimited love~

sMiLe

Assalamualaikum :)

hey there people. dah sahur ke belum? eh, mestilah dah kann. apa? tak bangun sahur. isy3. kang lembik kang baru tau. haha.

pernah tak korang terfikir kalau ada someone ni senyum mesti dia nampak lagi cantik, lagi ramah. ni takk. masam je. nampak sombong tahu. aku ada jumpa sorang makhluk ALLAH ni. cantik, manis je aku rasa. tapi aku tak pernah nampak dia senyum. asyik masam je. aku assume dia seorang yang sombong. so people, if you want to make more friends, smile. it doesn't cost you any cents. even in Islam, you get rewarded if you smile.

so people, let's smile :)
source : google

p/s : hari ni birthday aku kalau ikut kalendar islam (10ramadhan) =)
smile doesn't hurt anyone,
~unlimited love~

09 August 2011

sAkiT tEkAk

Assalamualaikum :)

i had done my speaking test this morning. everything seems alrite. pheww~ not that i said everything is perfect, but it seems that my team manage to overcome our "nervous"ness and speak out our mind. not to mention the grammars and the-influent-ness. haha. mende aku merepek ni. korang layan jelah. konklusinya speaking test aku berjaya dijalankan dengan jayanya. although aku tak tau pun berapa markah aku. madam kata pass. okay la tu. janji tak fail. hoho.

baru-baru ni aku diserang penyakit sakit tekak. nak kata batuk tak jugak la. sakit tekak je. just kalau nak selesakan tekak ni aku kenelah buat-buat batuk. hoho. kadang-kadang sesak nafas jugak dibuatnya. bahaya, bahaya. hee. 

aku tak tau apa punca aku sakit tekak ni. sama ada sebab aku minum air watercooler atau aku asyik minum air sejuk je. tapii, bukan selalu pun aku nak minum-minum air sejuk ni. dalam bulan puasa ni, dua kali je aku beli air tau. haa. betapa jarangnya aku minum air sejuk. so, sekarang kau cita ngan aku, apa sebab aku sakit tekak ni haa.

kompom lah takde sapa nak jawab kan. haha. pergi klinik? memang tak laah. sejak bila pulak aku suka pergi klinik ni. takat sakit sikit-sikit. tak payah laa. aku demam panas tahun lepas pun tak pergi klinik. elok jee. ni pulak takat batuk sikit-sikit ni. tak payah kott. biarlah time raya nanti suara aku macam ella. takde lah orang kampung nak tanya aku banyak sangat soalan kann. hoho. licik sungguh anak mu ini, mama. hehe.

sumber : google

p/s : aku lebih rela batuk daripada selsema. kenapa? entah lah. hehe.

all the best bagi yang bakal menjalani speaking test :)
~unlimited love~

08 August 2011

mALam yAng kELiRu

Assalamualaikum :)

mesti semua dah kenyang kann. hoho. of course lah. maybe ada yang dah lapar balik dah kot. tadi time nak berbuka aku cam teringin nak minum air panas kan. bukan air panas yang plain takde perisa tu. aku bukan nak bunuh diri eah. ooh tidak. aku nak buat air laa. air 3in1 sudahh. bukan nak buat banyak pun. untuk sendiri minum je. dah tu, aku pun pegi la masak air. 

tunggu punya tunggu, konfiden dah air aku tu masak, aku pun tuang lah air dalam cawan. time tu dalam cawan dah ada dah serbuk 3in1 tu. ghupe-ghupenye air tak masak lagi. aarrgghhh!!! nightmare betul laahh. aku dah yakin betul yang aku dah tekan suis tadi. konpius betul. sudahnya aku masak balik lah air tu. air yang dalam cawan aku tu aku buang lah. takkan nak minum air paip kott. 

tu jelah yang aku nak merepek kan. haha. selamat malam. malam ni nak tido awal. besok ada speaking test pulokk. hadoyaaii. doakan aku ye :)

ada je manusia nak layan aku merepek kan, baguslah korang
~unlimited love~

06 August 2011

sEhaRi di kuALa LumPur

Assalamualaikum :)

hey guys. what's up? me? currently waiting for the bilal to azan maghrib. bahaha. hancus bi aku. ngeks. Selasa dah speaking test. terbaik wokk. anyway, bukan itu yang aku nak perkatakan di sini.

semalam aku pergi jalan tar dengan housemate aku. buat apa? lagi mau tanye ke. nak cari baju raya lah. ekeleh, baru puasa kelima dah sibuk nak cari baju raya. lu apahal?? nak cari gaduh sama gua?? waktang laaa. << erk, ini dialog dalaman. abaikan =.=

okay bebeh. nak cerita sama lu olang. semalam, pukul830 pagi lagi dah terpacak kat bus stand depan R2 tu. oh takk. lebih awal daripada itu. tak hengat lah pukul bape. lebih kurang laah. punyelah semangat. baguss anak mak. hehe, *bangga sekejap. tunggu punye tunggu punye tunggu *pergh lama gila aku tunggu, datang lah bas rapid kl yang dicintai *erk, lain macam je bunyi. lantokla. then dapat tempat duduk. bahagiaa. *pathetic gila dapat tempat duduk pun nak bahagia-bahagia. eii, jangan cari pasal dengan aku boleh takk. sukahati aku laa. huh. sampai syeksen2 tukar bas. bas u80. nak pegi kl sentral ni. dalam bas ni kene diri je. cian aku. huhu.

sampai kl sentral lebih kurang pukul11++. lama gila duk dalam bas. yelah, nak buat macam mana, puncak alam tu kan terpencil. sedih lah :(  then, keliru2 di tengah kl sentral tu, housemate aku kabut je. aku taakk. aku chill je. hehe. naik lrt pegi masjid jamek. turun kat situ. pi jalan2 kat masjid india. takde baju kurung banyak pun. pelik jugak aku. lambat benar setup kedainye pun. layan jelah. tak beli apa pun kat situ.

then naik lrt lagi pegi sogo. tengok2 kasut kat situ. murah. ada sale la katakan. aku tak beli pun. housemate aku yang beli. then solat zohor kat sogo pastu baru turun jalan tar. perghh. ni baru heaven nak cari baju. jalan sana, jalan sini. pusing sana pusing sini. jumpalah satu baju ni. aku berkenan sangat dengan corak dia. sekali takde saiz daa. yang ada pun size L. gila kau aku pakai L. kang jadi baju kelawar plak. hadoyy.

aku dah takde mood dah nak cari sebenarnya. dah penat gila babun dah ni. memandangkan aku yang nak beli baju, jadinya aku kene lah buat2 gagah. hoho. akhirnya main rembat je baju kurung manatah, tengok corak, layan jelah. size pun ada. so aku pun beli jelah. then cari shawl. dan kami menapak pulang ke pkns.

asar dulu kat sacc. niat di hati nak berbuka luar harini. hehe. kami membunuh masa (baca : kill the time) dengan berlegar-legar sekitar pkns tu dan di bazaar kat luar pkns. setelah membuat kajian, aku mendapati bahawa harga makanan kat luar was way MAHAL than dalam uitm. so, kawan2, marilah sama2 kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana bagi kita harga makanan yang murah dalam uitm ni eah. hehe.

pastu makan kat kfc, aku makan yang latest punye. jeng jeng jeng

opp opp. lap ayaq liur tuu. haha :D

sedap sedap. baloi ah kott. haha. sebenarnya aku rasa mahal. tapi sebab dah lama tak makan kat kfc, so layann. then, maghrib kat pkns. surau dia besau weyh. baguih betul laahh. tak macam surau2 kat shopping complex yang lain. dah la terceruk, pastu kecik. hadoyy. dah penat sesat2 sume kami pun p la tunggu bas. lama siott je tunggu bas. sabar jelah. dekat pukul9 baru bas ada. fuhh. sampai kolej pukul10++ jugak lah. 

penat kan. haha. sumpah penat gilaaa. siang ahad tu asyik tidur je. qada kepenatan semalam punye pasal haha. dah. cukup la aku merepek. hehe.


till then, 
~unlimited love`

iKut-IkuTan

Assalamualaikum :)

selamat pagi :D haha. (entry ni ditaip selepas solat subuh, cita-cita tak nak tidur lepas subuh masih bertahan nampaknya, hehe)

seriously, baru2 ni aku amat menyampah kalau ada orang cakap UNTUNGLAAH. like, wattahel lah kan. rasa nak lempang laju2 pon ada jugak. sumpah menyampah. sape lah yang punya angkara memulakan ayat ni dulu. urgh. untunglah sana, untunglah sini. eww, i geli u. urgh. untunglaa kau .... (fill in the blank). aku rasa cam nak maki hamun+sepak terajang je. tak tau la kenapa aku menyampah sangat.

oh. itu je yang aku nak bebelkan. amaran keras : kalau terasa nak cakap perkataan tu tahan nafsu anda sebab nanti aku akan buat muka yang maha hebat yang pernah anda lihat. kalau nak cakap ngan member, pastikan anda berada lima meter radius dari saya.

sekian,

yang benar,
~unlimited love~


05 August 2011

timE puAsa Lah kaU nAk bUaT haL

*ini entry auto publish

Assalamualaikum :)

olla readers, heh. macam banyak sangat je readers aku. thanks la sebab sudi baca. haha. dah start nak merepek la ni. straight t00 the point jelah.

kalau nak tahu bulan puasa macam sekarang ni merupakan bulan yang baik untuk judge orang. yelah, syaitan nirrajim kan dah kene gari. so, segala tindak-tanduk manusia berdasarkan nafsu semata-mata. heh, ayat kemain. haha.

mengikut kajian yang telah dijalankan oleh prof madya fatin amirah *wink2 , nafsu itu lagi hebat dari syaitan. kenapa? berikutan dengan kajian yang telah dijalankan ke atas seorang koresponden *eh, betul ke aku eja? , beliau telah mendapati bahawa perbelanjaannya pada bulan puasa ini semakin bertambah. selalunya makanan yang dibeli pada setiap hari paling maksima pun 7hengget tapi semasa bulan puasa perbelanjaannya bertambah sehingga mencecah rm9. wow, banyak tu! jikalau dikira peratusnya hampir mencecah 30peratus. masyaALLAH. teruk betul.

namun begitu, setelah dikaji selidik dengan lebih mendalam, rupa-rupanya, bukan sahaja nafsu hebat koresponden tersebut yang mempengaruhi perbelanjaannya pada bulan ramadhan ini, nafsu para peniaga juga diambil kira. mereka telah dipengaruhi oleh nafsu mereka dan telah meletakkan harga makanan yang tidak standard dengan kedudukan kewangan para pelajar. di manakah rasa simpati mereka? padahal sepatutnya di bulan ramadhan al-mubarak ni lah harga makanan jatuh merundum sebab semua nak bersedekah. ah, masyarakat sekarang menganggap bahawa bersedakah itu layaknya dilakukan di masjid atau di kaki-kaki lima kepada para peminta sedekah. oh, tidak. anda salah sama sekali. bersedekah juga boleh dilakukan kepada saudara islam kita tidak kira yag muda, yang tua, yang miskin mahupun yang kaya. ah, bukan itu yang aku mahu ketengahkan di sini. kita sedang berbicara mengenai nafsu.

*let's change style of language, heh.

time bulan puasa ni jugak lah nafsu membuak-buak untuk ponteng ke kelas. seriously time tak puasa takde pun teringin nak ponteng. nafsu punye pasal lah ni. haih -.-

baru-baru ni kejadian buruk menimpa salah seorang classmate aku. barang dia kene curi. tak rasa pelik ke? kat block yang sama, ada laptop kene curi jugak. memanglah ada students yang careless, lupa nak masukkan dalam locker, kunci pintu bilik, but cleaner haruslah amanah kan. orang suruh masuk rumah bersihkan toilet je. yang memandai masuk bilik orang APAHAL? seriously, aku amat menyampah dengan sikap orang macam ni. patut la pun kau jadi cleaner je. tak berkat rupanya kerja kau tu. << ayat kejam petala ke lapan belas.

konklusinya, jaga nafsu, berkat ramadhan. ambillah peluang ini untuk bertaubat.

let's change now and istiqamah later
~unlimited love~

02 August 2011

pAk ciK rApiD sAwaN

Assalamualaikum :)

memandangkan aku dah takde mood nak belajar *bila je aku ada mood? jadinya aku nak membebel kat sini lah. haha.

haritu kan aku ada gitau satu kisah pasal pakcik rapid kl yang ada hati nak join team f1 tapi tak kesampaian kat sini kan. ha, ni nak habaq mai la ni.

haritu hari rabu. hari tu aku ada test chemist ngan math. memandangkan classmate aku ada kupon mcD yang buy1 free1, makanya aku pun menghasut lah rakan-rakan untuk pergi ke mcD lepas exam. exam habis pukul5, solat asar sume. pastu pergi tunggu bas. pergh, punyelah ramai yang tunggu bas. sabar je la. dan ada satu bas yang dah terlepas. bukan tak sengaja tapi saje je sebabnya bas tu dah pack gila, kalah tin sardin. hadoyai. then, sampailah bas yang seterusnya. yang tu pun agak ramai gak, sabar sabar. aku takkan mengaku kalah! ececey. haha. the next bus tu takde lah pack mana. dapatla aku seat belakang sekali. pun bolehh. layan je lah. heh. waktu tu dah dekat pukul7 dah kau tahu. takpe2. bertahan sikit je lagi. pasti boleh punye.

pastu, turun kat simpang *erk, tak tahu lah nak cakap tu simpang apa, hehe. jauh gak la kene jalan. demi mcD yang terchenta sanggup jugak kitorang jalan jauh-jauh tu. fuhh. dah agak-agak sampai tu, perghh, ramai siot dalam line. hadoyai. banyak betul rintangan dan halangan yang harus ditempuhi. nak makan mcD je kott. okayla, apesal tak masuk-masuk lagi part pakcik rapid ni. sabar naaa.

dah makan-makan semua, kitorang maghrib kat petronas. kene tunggu turn lagi. lemah betul laa. pastu kene jalan pergi simpang tu balik nak tunggu bas. dah la banyak nyamuk. runsing, runsing. tunggu punya tunggu, akhirnya sampailah bas rapid kl yang tersayang. lama aku tunggu kau, tahu tak!! hadoy. dah tu, masuk-masuk je duduk. normal lah tu kan. kemudian, bas pun berjalan dengan tenangnya. sampai kat pintu masuk universiti, ramai bebudak perempuan masuk. diorang tak duduk. diorang diri je.

pakcik tu bawak bas laju gila wa cakap sama lu. yang si lelaki dah menjerit2 macam beruk *note that si lelaki pun diri jugak, opposite dengan si perempuan. oh, sama je si lelaki dengan si perempuan. pakcik tu pun bila dah dengar jeritan2 ayu para lelaki dan jeritan gagah para perempuan makanya semakin galak lah pakcik tu merempit kan basnya yang tak seberapa nak hebat tu. jumpa je roundabout pusing lapan kali. mentang-mentang lah universitas aku ni banyak roundabout. aku ngan geng dah carut-carut cam hape je.

memang menjatuhkan maruah wanita dan gadis-gadis ayu macam aku betul lah. ada pulak sorang peremps ni nak buat pole dance tengah-tengah bas. normal lah kalau pegang tiang dalam bas. itu aku tahu, tapi agak-agak lah kalau dalam kenderaan yang bawak laju gilos nak mampos mesti lah kau grab tiang tu dengan kuat dan sedaya upaya takkan melepaskannya kann. tapiii si peremps ni dia pegang secara loosenya dan berlagalah dengan jejantas di sebelah sana. dasar peremps tak tahu malu, tiada maruah dan yang sewaktu dengannya. ecey, sopan je aku mencarut kann. ahaha. biasalah. aku memang sopan doe. heh :p

lagi, apa ye yang berlaku. ah, lupa lah. saja je nak menasihatkan teruna dan dara di luar sana bahawasanya maruah itu perlu dijaga sepanjang masa. kan dan rendah market gitu kalau kau buat macam tu. hadoyai. takda akai ka?? masalah betul. culture shock la tu. tak penah tengok lelaki kott. biaq pi la depa. aku cakap banyak pun tak guna. sendiri mau fikir lah.

p/s : pak cik, lain kali kalau sawan jangan bawak bas ye.

adioss
~unlimited love~

mEngamBiL kesEmpAtaN

Assalamualaikum :)

hey there boys and girls. happy fasting :)

tadi bangun sahur tak? haa. kantoi tak bangun. apelaa. bukan susah mana nak bangun sahur kan. kalau tak nak bangun awal, bangun pukul 5 cukup lah. imsak pukul 530. takde la awal mana. kan kan. by the way, kalau sesapa tak tahu, cek nak habaq mai ni, bangun sahur pun dapat pahala tau. pergh, bangun sahur makan je pun. dah dapat pahala. senang-senang je kan. bahagia je rasa. dah la dapat makan pastu orang bagi desert free. sapa tak nak kan. so, nak bangun sahur tak ni? hehe. bangun lah ye. sapa yang terasa liat nak bangun tu, suruh la roomate ke, housemate ke, girlfren, boipren bangunkan. apa susah. gunakan segala kemudahan yang ada. haha.

bercakap pasal mengambil kesempatan ni, apa kata sebelum korang start nak makan sahur tu korang solat tahajud dengan solat hajat jap. alah, bukan lama mana, takat 2-3 minit je. andaikata korang bangun pukul 5. ambil wuduk+solat baru 5minit plus plus. banyak lagi masa nak makan. takkan lah korang makan sejam kott. lain lah kalau korang masak segala. aku kompom for sure lah takde sapa yang masak time sahur ni kan. paling kurang pun kalau kat rumah tolong hidang-hidang makanan kan. haa, jadinya, apa lagi, ambillah kesempatan bangun sahur ni untuk qiam :)

jap, ada yang tak tahu nak solat tahajud ke? solat tahajud tu apa? alamak, tang ni aku susah sikit nak jawab. cara solat tahajud, niat untuk solat tahajud, dua rakaat, macam solat subuh tu, tapi takde la doa qunut. senang je kan :)

pastu lepas sahur, dah subuh semua, bacalah quran jap. satu muka surat pun jadilah kan. senang je tu. kalau tak tahu, mintak roomate ajar. aku sure diorang tak keberatan na ajar. benda baik takkan tak nak buat kott. takde quran? pinjam la housemate. takkan la dalam 8 orang tu takde sapa pun yang tak bawak quran. impossible betul la. baca quran ni lagi lah banyak pahala yang dapat. baca satu kalimah je dah dapat pahala. kalau korang baca satu page, dah berapa kalimah tu. pandai-pandailah darab sendiri ye. korang kan bijak-bijak semuanya. eh, tak perli eah. aku puji laa.

sebelum berbuka pulak, dah habis hidangkan makanan, kalau macam aku yang duk kolej ni, takde maknanya nak hidang bagai, bacalah al-mathurat. apabenda al-mathurat tu? al-mathurat tu himpunan doa-doa RASULULLAH yang dihimpunkan oleh salah satu tokoh islam, tak ingat lah pulak nama dia. sangat bagus untuk diamalkan. takde al-mathurat? en google sedia membantu. kat youtube pun ada. apa susah. segalanya ada di hujung jari anda. ecey, iklan jap. haha. pastu, rajin-rajin lah angkat tangan memohon doa. orang kata waktu paling mustajab nak berdoa adalah sebelum berbuka. doa simple-simple ke yang complex-complex pun boleehh. ALLAH dengar je apa yang kau mintak. kalau DIA rasa nak bagi, DIA bagilah. at least kita dah usaha untuk mintak kan :)

okay, dah cukup la tu kot. kalau ada yang tertinggal nanti-nantilah aku sambung lagi. hehe. apalagi, ambillah kesempatan di bulan ramadhan yang barakah ini. takde sesiapa yang marah pun kalau kau ambil kesempatan ni. mak kau lagi suka ada lah. jom jom ramai-ramai mengimarahkan bulan yang barakah ni :)

~unlimited love~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...