10 May 2012

Asasi Puncak Alam (PALAM) - Part 3

Assalamualaikum :)
Waalaikummussalam.

Aku dah tau dah mesti junior semua excited nak masuk uni kann. Bulan depan eah mendaftar? Lek ah, lambat lagi. Masih ada banyak masa lagi nak pilih mana satu yang dirasakan terbaik untuk diri masing-masing. Yang penting, lepas dah buat keputusan tu, jangan pandang belakang lagi dah, jangan nak rasa menyesal "kenapa tak pilih yang tu dulu, kenapa pilih yang ni". No, no, no. Jangan sesekali ada perasaan macam tu.

Itu jelah pesanan dari penaja ye. Nampak macam orang tua je membebel kat budak-budak haha memang dah tua dah pun, sikit masa je lagi tu. Entry kali ni kita nak cakap pasal transport. Biasanya student macam kita ni travel pakai public transport. Rapid KL setia menanti. Tapi aku boleh sure hujung minggu tak pun waktu cuti sem, cuti raya, memang macam sardin la korang, ohoho. Bas rapid ni ada nombor-nombor yang tertentu untuk menuju ke destinasi yang tertentu. Boleh refer sendiri dekat laman web rapid. Siap dengan harga lagi tu. Awal-awal sem haritu kami pakai kad rabbit, lebih kurang touch n' go. Boleh pakai untuk train sekali, tol je tak boleh pakai kad tu. Boleh beli kat dalam bas. Tapi akhir-akhir sem, sistem tu digantung. Tak tau bila dia boleh okay balik.

Oh, baru check out page rapid tadi, sekarang ni pakai kat My Rapid. Beli kat mana, aku tak tau. Rasanya dalam bas boleh kot. Boleh beli dengan harga RM10. Pandai-pandai la korang nak hidup ye. Kat dalam kampus ada dua bas rapid satu U90 (pergi Klang Sentral, Seksyen 2, PKNS) lagi satu T800 (pergi Puncak Alam, pergi balik fakulti-kolej, pasar malam - Sabtu dengan Rabu).

Lagi satu transport yang selalu student pakai untuk pergi ke tempat-tempat yang bas tak lalu, ialah kereta sewa. Biasanya harga paling murah boleh dapat RM50 untuk setengah hari (selalu aku sewa setengah hari la). Tong-tong dengan kawan, ajak ramai-ramai boleh la jadi kurangkan sikit perbelanjaan korang nanti kan. Mana nak dapat kereta sewa ni? Nanti mesti ada je iklan kat satu kampus tu. Tapi diingatkan di sini, student yang dah ada lesen je boleh pakai method ni ye. Plus nanti korang siap-siap la fotostat ic, student card dengan lesen korang. Itu memang standard semua kereta sewa dalam kampus macam tu walaupun kau pernah sewa dengan dia ataupun sewa dengan orang yang lain-lain.

Aku rasa aku dah cerita semua dah pasal UiTM Puncak Alam ni. Papehal nanti kalau ada yang teringat aku hapdet lah nanti ye.

dast ist alles,
~unlimited love~

2 comments:

Unknown said...

assalam kak, nak tnye, boleh ke kita bawak kereta @ motor ke kolej kediaman? TQ!! huhu

amira_hasrori said...

@izzat hanif

wasalam :)
kalau motor boleh bawak rasanya. kalau kereta, student yang duduk kat kolej memang tak boleh bawak kereta. so, kalau student asasi, hanya dibenarkan membawa basikal ataupun motorsikal sahaja :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...