08 May 2012

Serabut, Menangis dan Tidur

Assalamualaikum :)
Waalaikummussalam.

Yeah, rajin betul aku mengapdet kan sekarang ni. Sila beri tepukan. Eleh, sebenarnya kalau aku hapdet ke tak hapdet ke takde sapa perasan pun. Sapa jelah yang baca belog ni pun kan heh tacing sensorang

Korang mesti pernah rasa serabut yang teramat sangat kan. Tipulah kalau tak pernah rasa walau sekali pun dalam hidup korang buat masa ni kan. Tipu tipu tipu. Be it serabut pasal study ke, kerja ke, or even serabut pasal perasaan sendiri. Mesti pernah punyalah kannnn.

curi dekat google

Aku kalau serabut mesti aku terasa macam nak menulis, tak pun nak hapdet belog ni ha. Tapi selalunya bila aku serabut aku akan menangis. Lately lah, dulu-dulu takde pun terasa macam nak menangis pun. Sebabnya aku rasa macam membazir je keluarkan air mata untuk benda yang remeh-temeh haha. Pelik kan aku. But then aku pernah terbaca satu artikel ni kalau terasa nak menangis tapi tak nak menangis, nanti toksik terkumpul dalam badan. Entah betul ke tidak aku pun tak tau, but still memandangkan aku ni seorang yang innocent lagi suci, jadinya aku pun percaya, maka aku pun menangis la tiap kali terasa macam nak menangis.

A bad thing with crying ialah, once aku dah start menangis, susah untuk aku stop the flowing of the tears. Tu belum nak campur tolak darab bahagi dengan mucus yang keluar dari hidung tu kan kehkehkeh. Lagi satu, bila dah selalu menangis, orang pun dah malas nak simpati or give attention sangat kat kau. Kesian gila kat aku. Padahal aku bukan sesaja menangis. Mesti lah ada sebab kan kalau menangis. Tapi kalau malas nak jawab pertanyaan orang aku cakap je hobi aku ni menangis ataupun aku memang suka menangis pun huh!

Apa yang orang tak tau, bila nak menangis ni mesti ada satu macam sakit kat dada, macam kene hempap dengan batu 500 kilo. Sebab tu kadang-kadang berfikir-fikir jugak kalau nak menangis neh hehe. Selalunya sebab ada orang sakitkan hati, tu yang terasa macam ada batu hempap tu haha. Tempat yang paling strategik untuk aku menangis ialah kat atas katil. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab boleh sembunyi bawah bantal kot ehehe. Dan selalunya aku akan menangis sampailah aku tertidur. Yeah, aku tau aku memang pelik. Dah memang dilahirkan sebegini rupa.

Konon-konon bila dah tidur dah lupa segala macam masalah tadilah. Macam makan dadah je gayanya heh. Selalunya akan berkesan beberapa minit je. Lepas tu ingat je balik sebenarnya kenapa menangis, ingat je balik masalah tu, ingat je balik rasa sakit tu. Hipokrit jugak ye aku neh. Eh, bukanlah, sebenarnya aku ada bakat jadi pelakon sampai orang tak boleh detect sebenarnya aku ni tengah marah ke tengah sedih ke. Sometimes bila aku show yang aku happy tak semestinya aku betul-betul happy. Like seriously. Aku memang dilahirkan berbakat sedemikian rupa. Unless kalau orang tu betul-betul rapat dengan aku. Sebenarnya aku sendiri tak dapat detect lagi siapa yang betul-betul rapat dengan aku sebenarnya hehe.

Well then, tu jelah hikayat aku pasal SERABUT yang buatkan aku MENANGIS sampai terTIDUR.

i'm a crybaby :(
~unlimited love~

2 comments:

Nurul Farhanah said...

siapa kata tiada siapa yang membaca belog anda? saya di sini sntiasa setia dari dulu smpai skrg. lagi2 skrg cuti, laaagi byk masa. jadi hapdet selalu hokeh(:

~unlimited love~ said...

@Nurul Farhanah

haha, thanks anyway.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...