07 May 2012

Asasi Puncak Alam (PALAM) - Part 2

Assalamualaikum :)
Waalaikumussalam.

Lately aku ada dengar yang harini keputusan untuk UPU for SPM candidate 2011 dah keluar. So mesti ada yang dapat Asasi kat Palam kan. Congrate la ye adik-adik. Now, mesti sekarang semua dah pening nak buat keputusan nak pergi matriks ke pergi asasi ke pergi dip ke. Well, itu akan diceritakan baik buruknya pada entry yang akan datang.

Kali ni aku nak cerita pasal kolej kat Palam ni ha. Kalau yang dapat Asasi tu tak kisah lah Asasi Engine ke Asasi Sains, tak payah nak risau nak kene cari rumah kat luar lah hapelah. Dah sah-sah korang duduk dalam ye (means dapat kolej). Kolej kat sini best sebab baru lagi. Design dia lebih kurang macam apartment kecuali takde dapur jelah. Rata-rata ada 4 bilik, satu bilik dua orang, so satu rumah kiranya 8 orang lah. Some rumah ada jugak yang 3 bilik.

tu dia biliknya.

Setiap rumah ada toilet sendiri. Toilet sangat selesa. Disebabkan dah besar, kene pandai-pandailah gotong royong cuci toilet sendiri ye. Eleh, macam tak biasa. Dulu kat hostel pun sure pernah buat kan, kecuali lah kalau ada orang tu dia pandai escape benda-benda macam neh aku lah tu, ehehe.

Oh ya. Loker dia kecik gilaaa. So, tak payah la nak bawak barang banyak-banyak ye. Aku boleh jamin mesti tak muat punya nak sumbat barang bebanyak dalam loker tu ha. And bagi sesapa yang suka basuh baju sekali banyak, kebanyakan orang selalu bawak ampaian sendiri letak kat ruang tamu. Tu depends diri sendiri lah. Nanti bincang dengan housemate masing-masing ye gaya dah macam cikgu hah =.=

Satu bilik ada satu je lubang nak cucuk untuk internet eh? (sebenarnya aku tak tau benda alah tu nama apa). So nanti kene share dengan room mate. Jangan lupa bawak kabel untuk internet tu (yang macam wayar untuk streamyx atau telefon tu). Paham-paham jelah wayar apa dia tu. Kalau tak paham jugak tanya yang paham ye hehe. Kalau yang agak kaya dan tak nak share tu boleh lah bawak beruk band (baca: broadband) sendiri. Kalau kat sini ramai yang pakai broadband Celcom ataupun Yes.

Nothing much nak cerita sebenarnya pasal kolej. Kafe ada. Bukak setiap hari. Makanan boleh tahan ah. Pandai-pandai sendiri lah nanti nak bajet makan macam mana kan. Ada satu mini mart. Topap ada jual kat situ. Kat kkpr (kafe) ada satu mesin atm Bank Islam. Oh ya. Kat sini line maxis cam kureng sikit. Kalau kat fakulti lagi lah. Susah gila nak cari line maxis. So rata-rata yang datang sini selalu tukar no ke celcom. So boleh lah tukar mulai sekarang kan heh.

Aku rasa dah panjang sangat dah ni. To juniors yang berkunjung ke blog ni do ask if you want to know anything about asasi. I will gladly answer all of your question. Next entry will be about transportation.

till then,
~unlimited love~


2 comments:

dongwoon darl ! said...

hye akak :) nice to meet you , keh-3 . sy dfta 3/6 ni = asasi sn . klu lemah skit English , mcm mna nk score utk dpt band4 utk Muet , ade tips ? :) btw , tengs for the all info , done follow . jom jemput dtg blog kita , hew~
akak kte locker dia kcil je kan ? haiyakk ! brg byk woo

~unlimited love~ said...

@dongwoon darl !

hey there, congrates dapat palam! hope you will doing well there. nak dapat band4? aim band6 la dik. haha. tak tau la nak bagi tips apa. just practice speaking and widen your vocab. tu jelah kot. anyway, all the best. welcome to uni life :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...