13 March 2011

aKu HipokRit? kAu puN sAma

hipokrit? ape tu? eleh. takkan tak tao kot. hipokrit ni kalau mengikut pemahaman aku la kan, orang yang suka berpura2. kalau nak ikut kan, ade kot simpulan bahasa mengenai hipokrit ni. talam dua muka. kan kan. ke salah?haha. ntah. aku pun tatao betul ke salah. tapi aku rasa dah betul la tu. hee.

kenapa manusia tak suka orang yang hipokrit? sebab diorang pun hipokrit. betul tak. yelah, selalu nya, manusia ni tak suka ape yang kelihatan atau memang sama dan sebijik fotostat dengan diorang. kenapa eah. hurm. fikir. fikir.

dah habis fikir dah? hurm. aku pun tatao la ape jawapan nya. mungkin sebab dah lumrah alam? hehe. ape yang aku merepek ni.

sebenarnya kalau nak difikir2kan sifat kepura-puraan atau hipokrit ni penting jugak dalam kehidupan seharian dan diaplikasikan pada setiap hari sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. *ecey. macam buat penghargaan dalam folio lah pulak. adoyy.

terdapat pelbagai situasi di mana sifat HIPOKRIT dalam diri mesti ditonjolkan demi kesejahteraan bersama. contohnya ::

SITUASI 1
kalau korang perasan la kan. kalau mak korang jumpa kawan or sedara mara mesti sembang pasal anak2 kan. thats mean secara tidak langsung nama korang akan disebut2 oleh mak korang kan kan. cube dengar betul2. amende yang diorang cakap pasal korang tu. hurm. yolah2 tak elok pasang telinga bila orang tua bercakap, tapi, sapa suruh sebut nama aku kan. mestila aku ade hak untuk tahu ape yang diperkatakan kan. selalu nya aku akan dengar mak aku puji2 aku depan kawan2 or sedara mara. bukan nak riak tapi jujur. eh. tapi aku pun pelik. mak aku ni bila depan orang puji aku, bila dengan aku bebel jugak. adoyy. musykil. okay dah lari topik. bila mak kau puji2 kau depan orang ni la kau kene hipokrit sikit. dan2 tu jugak la kau nak hidang air ke. tolong masak kat dapur ke. hape ke. yelah. kene la jaga reputasi tu sikit. hoho.


SITUASI 2
bila kau berhadapan dengan orang yang suka tunjuk bagus. dia ada inilah, itulah. ha. ini lah masa yang tepat untuk kau menunjukkan betapa hipokritnya engkau dengan tak amek port barang sebijik pon hape bende yang manusia tu tengah membebel. padehal hati kau membuak2 ingin mendengar petah bicaranya. ah. kau harus tangkis itu semua. percayalah pada daku bahawa kau akan sakit ati je bila kau dengar semua tu. baik kau amek satu sudut kat kawasan tu, duk diam2 kat situ sambil layan lagu kat mp3 lagi baguih. betul takkk.


SITUASI 3
masa interview adalah masa yang paling tepat untuk anda menjadi seorang yang SANGAT HIPOKRIT. yelah, time ni la kau nak tunjuk kau tu yang paling bagus, paling hebat dan sangat berkelayakan untuk ape yang dipinta oleh orang atasan. dengan ini, kau akan menambah tahap keyakinan kau sebanyak 90% lagi. fulamak. banyak tu markah kau. ha. kompom kau akan lulus interview kau nanti. hehe.


okay. dah cukup la aku merepek. nak layan? layaaann. tanak? pergi bace entry lain. hehe. anyway. kau dan aku, sama je. semua pun hipokrit demi kepentingan masing2 kaann. aku tak salah kan orang yang hipokrit sebab kalau kau pangkah orang yang hipokrit ni umpama KAU MEMANGKAH DIRI KAU SENDIRI. jadi, fikir2kan dan selamat menjadi manusia yang agak hipokrit :)


aku memang hipokrit
-unlimited love-

4 comments:

Nur Syaheela said...

AKU SANGAT SUKE TANG YG HIPOKRIT MASA INTERVIEW!setujuuuuuuuu!;p

~unlimited love~ said...

@nur syaheela

betul sangaaaattt!! :)

Izzatulisme said...

oh,. hipokrit trbaik aku masa ada budak tegur aku dan borak aku as if aku kenal dia, tp sebenarnya aku x kenal dia pun tp aku buat2 kenal sbb takut dia kecik hati. so,pandai tak lakonan aku? hahaha

~unlimited love~ said...

TERHEBAT LAAAHHH. itulah salah satu contoh aplikasi hipokrit dalam hidup. hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...