31 December 2012

Say Goodbye To 2012

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Dah lamaaaaaaaa tak update. Wewiittt~ Currently dalam epic battle menentang final exam semester satu di Universiti Malaysia Terengganu. baca senafas, pheww So, harini adalah hari terakhir pada tahun dua ribu dua belas. Besok dah start tahun baru. Teruja, tak sabar, sedih pun ada. Kenapa? Sebab dah tak jadi budak belasan tahun. Tahun dua ribu tiga belas adalah tahun pertama nombor satu tu dah takde dalam umur aku. sobs sobs :'(

Tak nak umur dua puluh. Kenapa? Sebab semakin besar, semakin banyak tanggungjawab, semakin perlu matang, semakin perlu jadi baik. Sebab tu lah aku tak nak jadi umur dua puluh. Banyak sangat beban yang perlu dipikul. sigh Kan bagus kalau waktu tak berganjak dan aku masih kekal pada umur tujuh belas tahun. Waktu yang paling bahagia aku rasa walaupun kena menghadapi SPM. 

Tapi, semua tu dah dua tahun pun berlalu. Yang dah berlalu tetap akan berlalu. Tahun lalu seorang nova-x meninggal, tahun ni sensei meninggal, tahun depan? Siapa yang tahu, mungkin masa untuk aku? Sedih, perit semua ada walaupun dua orang tu tak rapat pun dengan aku, rasa kehilangan tu tetap ada. Ya, aku mengambil sikap, yang pergi takkan kembali, yang hidup teruskan dengan kehidupan sendiri.

Eh, apa sedih sedih ni. Isy, isy, isy. Takmo sedih sedih k? Cepatnya masa berlalu sedar-sedar besok dah dua ribu tiga belas. May two thousand thirteen is better than this year. InsyaALLAH aminn :D



i'm forever seventeen kayh :P
- amira_hasrori -


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...