12 June 2012

Curi Makan

Assalamualaikum :)
Waalaikumussalam.

Hehe, lama kan aku tak update. Cuti sekolah dua minggu hari tu aku berehat daripada jadi suri rumah sebab mak aku cuti. Tapi sekarang, sekolah dah bukak balik, bermulalah aktiviti menjadi suri rumah kembali. Masak-memasak tu memang dah dalam list "what-to-do-today" dah. Eh, hari-hari pun macam tu. Selalunya malam-malam dah tanya Puan Mama, besok nak masak apa. Kalau jawapannya, "ikut sukahati kamulah" maknanya menu tengah hari tu kalau tak ikan goreng, ayam goreng. Ahaha, Dasar pemalas punya orang. Nasiblah. Dah bagi arahan macam tu, so sukahatilah aku nak masak apa pun kan. Hehe.

Aku ada habit yang susah sikit nak buang, kalau boleh tak payah buang pun takpe kot. Hehe. Kalau masak ni mesti aku dulu curi makan. Contohnya kalau aku goreng ayam mesti aku goreng extra sebab nanti aku nak ratah gitu je panas-panas. Hehe. Comel betul aku ni. Eh? 

Kat rumah ni takde kucing yang curi makan, so bagi aku jelah jawatan tu ye. Oh ye, aku rasa memang patut bela sekor kucing lah kat rumah ni. Malam tadi aku dengar bunyi tikus kat atas siling tu. Bunyi macam besar je. Tengah berebut makanan kot. Mana lah tikus tu dapat makanan ye. Eee, geli lah pulak. 

Okay, dah lapar. Nak makan dulu, ciao << ni bahasa itali ye :P


makan banyak, tapi tak gemuk. aku harap aku stay macam ni sampai tua. hehe.
~unlimited love~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...