21 June 2012

Jom Selamatkan Penyu!

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

sumber : sini     Tolong selamat kan sayaaa :'(

Tahukah anda penyu sebenarnya dah hidup di dunia ni lebih daripada 100 juta tahun dahulu?
Menurut kajian yang telah dijalankan, penyu didapati telah wujud sejak zaman akhir Jurassic lagi tau iaitu kira-kira 145 hingga 208 juta tahun dahulu (wikipedia).

Tapi sekarang, penyu dah hampir nak pupus tau. Walaupun masa ibu penyu bertelur dalam jumlah yang banyak, tetapi disebabkan tempoh masa untuk matang mengambil masa yang lama dan juga risiko acaman yang tinggi, peluang untuk penyu berjaya matang hanya 1 dalam 1000 tau.

Penyu juga hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan dan pencemaran laut. Contohnya, plastik yang dibuang ke dalam laut boleh disalah-anggap sebagai obor-obor. Obor-obor merupakan salah satu makanan kepada penyu. Yelah, penyu ni kan haiwan, mana ada akal nak bezakan tu obor-obor betul ke tidak. So, kalau penyu tu makan jugak plastik tu, ini akan mengakibatkan penyu tu tercekik, lalu mati. Kesiannn. (sumber)

Jadi, jom kita selamatkan penyu! Macam mana? Senang je,

Langkah 1 : Klik banner kat bawah ni


Langkah 2 : Isi kat bahagian "Plegde to Live Green" (kiri sekali) lepastu klik submit. Dah siap.

Oh ya, jangan isi saja ye, kotakan janji anda untuk tidak mengambil mana-mana bahagian penyu atau telur, dan seterusnya menyokong pindaan undang-undang Malaysia untuk mengaharamkan pengambilan dan penjualan telur penyu.

Senang je kan. Jadi, marilah kita sama-sama selamatkan penyu!!

*Bagi setiap sokongan yang diberikan, saya, bapak penyu, mak penyu, atuk penyu, nenek penyu dan cucu cicit penyu mengucapkan jutaan terima kasih :D

Let's go green people!
-amira hasrori-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...