01 June 2012

Budak-budak Kecik

Assalamualaikum :)
Waalaikumussalam.

Kalau korang perasan lah kan, sejak akhir-akhir ni aku asyik update pasal life kat Palam je, bosan betul lah. Oh, btw, gambar yang kat atas sekali tu adalah view time pagi-pagi dari tingkap bilik aku. Syok wehh, pepagi sejuk je kat sana. Memang memerlukan tahap keimanan yang tinggi ah kalau nak bangun subuh tu hehe.

Eh, apehal aku macam dah lari tajuk je. Adoyy. Sebenarnya aku nak cerita pasal semalam. Semalam ada dua tetamu cilik take turn menziarah rumah aku ni hah. Sorang perempuan sorang lagi lelaki. Dua-dua comel, macam aku hehe.

Memang penat gila lah nak melayan dua budak ni. Nasib baik tak datang sekali gus. Kalau tak memang tak menang tangan lah nak layan dua-dua sekali.


Tadaaa! Nilah Qaisara. Dari pagi sampai ke tengah hari, sampai Puan Mama dah habis masak pun dia tak balik-balik lagi. Kitorang (aku dengan adik aku) dah tak tau nak bermodal kan apa nak main dengan dia ni hah. Sampai lah dia duk terbaring kat tepi kerusi baru Puan Mama hantar dia balik rumah dia balik. Oh, budak ni jiran selang sebuah rumah dari kami je. Dia ni kalau nampak je Puan Mama mesti nak mintak dukung. Padahal dah pandai jalan. Mengada sangat! ayat jeles Tapi memandangkan budak kecik ni comel kiut miut macam aku, jadi aku pun maafkan jelah ehehe.

Sorang lagi nama dia Adam. Takde gambar dia sebab time tu aku sorang-sorang je yang main dengan dia. Susah nak pegang kamera. Adam ni tak reti jalan lagi. Tapi kalau merangkak tu laju gilaaa. First time main dengan Adam, walaupun dia jiran sebelah rumah je. Aku ingat Adam ni susah mesra dengan orang, rupanya mesra ja dengan aku. Siap gelak-gelak lagi. Budak kecik ni tembam! Geram sangat aku nak cubit pipi dia hehe. Memandangkan Adam ni tak boleh nak jalan lagi, so aku kenelah dukung dia. Tapi tak boleh nak dukung lama-lama sangat. Tak larat! Adam ni nampak je kecik, tapi boleh tahan berat dia hoho.

Dulu-dulu aku tak layan sangat nak main dengan budak-budak kecik ni, sebab aku rasa aku takde bakat nak main dengan budak-budak. Like seriously, budak-budak mesti takut nak dekat dengan aku. Sometimes aku wonder, muka aku ni garang sangat ke? Terbukti taklah sebab Qaisara dengan Adam ni nak dengan aku je, dengan adik aku diorang tak nak sangat. Nampak tak naluri keibuan di situ kehkehkeh.

nak tengok tv, kbai,
~unlimited love~

1 comment:

'aqilah said...

Kuajaq punya kakak. Apa kau ingat aku jahat sangat ke? Naluri keibuan konon. Hak tuii~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...