28 January 2013

Hansel and Gretel : Witch Hunters

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam


Have you ever heard the story about two siblings ; a boy and a girl; being left in the wood by their parents. And then they found a candy house, which there is a witch inside. Yeah, that story, the fairy tales we used to read when we are five years old. And now, here I present to you the new Hansel and Gretel.

the trailer

Kinda cool kan? Aku tengok cerita ni dengan my older sister. Cool gila! Seronok dan berbaloi dengan harga tiket yang mahal. huh! Nasib baik best. Cerita ni mengisahkan Hansel [Jeremy Renner] dan Gretel [Gemma Aterton]; dua beradik yang menjadi pemburu ahli sihir. Mereka start jadi witch hunters selepas ditinggalkan oleh ayah mereka dalam hutan. Time kat hutan tu, mereka jumpa satu candy house, dan macam cerita fary-tale yang kita selalu dengar, dalam tu ada witch yang cuba nak makan diorang. Tapi diorang berjaya menyelamatkan diri selepas membunuh witch tu.

Selepas dari kejadian tu, diorang jadi famous dengan gelaran witch hunters. Maka, nak dijadikan cerita, diorang sampai kat satu kampung ni yang ramai budak-budak dah hilang. Jadi mereka pun mulakan siasatan mereka. Tapi, penyiasatan mereka ni dihalang oleh sherif kat kampung tu. Cerita ni di tahap klimaks bila diorang dapat tahu, ketua witch tu nak buat sesuatu pada malam Bloody Moon. 

Dah, malas nak cerita panjang-panjang. Bagi aku cerita ni best sangat-sangat. Suka dengan watak Gretel yang cool, walaupun cantik, tak control cun, macam aku la tu. hehe Yang lawak dalam cerita ni pulak sebab si Hansel tu ada kencing manis, kena suntik insulin mengikut waktu yang ditetapkan, kalau tak mati. kahkahkah Apa-apa pun aku bagi 5 bintang untuk cerita ni. Kira full marks la ni. Jadi apa lagi? Pergi la menonton Hansel and Gretel : Witch Hunters di wayang berdekatan dengan anda. hikhik Cerita ni rated 18 so tak payah la nak bawak bebudak pergi tengok cerita ni. Nanti tak tidur malam pulak bebudak tu. hikhik Kalau dah tengok cerita ni baru korang faham kenapa cerita ni rated 18 ye.

rasa macam nak tengok lagi, hihi
- amira_hasrori -

27 January 2013

Wedding Kak Mek

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Semalam dengan megah dan bangganya kami pergi ke majlis perkahwinan senior kitorang masa dekat Convent, Kak Mek. So, congratulation Kak Mek! Semoga bahagia di samping insan yang tersayang, di dunia dan juga di akhirat :)

Have no idea what to write, so here's the pictures we took yesterday.

the flower boy and the flower girl

the bride, so beautiful :')

the seniors and the bride

the seniors

the seniors and us, depan pintu gerbang aka pintu masuk dewan

meet azreen, my bestfriend :)

azreen and the seniors

the trio : azreen, me and hazimah

dalam kereta baru hazimah, i'm so jealous, huhu

So, that's it. Congratulations again to Kak Mek!

nak jugak kereta baru, wuwu :'(
- amira_hasrori -



26 January 2013

Pesanan Buat Suami

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam


Tiba-tiba terbaca satu entry yang menarik, khas untuk suami dan bakal suami di luar sana :) Entry ini di salin dan tampal dari blog Pakar Cinta

#TrueStory

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Sumber : Keharmonian Rumah Tangga & Keluarga Muslim


renung-renungkan dan selamat beramal ^.^
- amira_hasrori -

25 January 2013

The Perks Of Being A Wallflower

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Hey there peeps! Ini merupakan percubaan pertama aku untuk buat review cerita dan cerita pertama yang di pilih ialah The Perks Of Being A Wallflower. weehoo~ tepuk tangan Aku dapat tahu kewujudan cerita ni selepas baca review novel oleh blogger blog usang lagi bersawang. Cerita ni based on novel dengan tajuk yang sama.

the novel [source]

Aku sangat tertarik dengan cerita ni lepas baca review novel ni. Baru aku perasan yang aku sangat minat dengan cerita bergenre macam ni. Okay, okay. Aku rasa aku dah patut start review pasal cerita ni kan. hikhik

Watak utama bernama Charlie [Logan Lerman], seorang yang baru nak masuk high school. Kira macam freshie lah ni. Dia ni seorang yang depressed, takde kawan langsung pun. Watak yang lain Sam [Emma Watson] dan Patrick [Ezra Miller], senior dekat sekolah tu. Basically masing-masing ada masalah sendiri. Charlie dengan masalah depressing sehingga halusinasi dan hear voices, Sam dengan always falling in love with the wrong person and Patrick dengan oh, figure out sendiri nanti okay. Nak bagi suspens sikit. hihi Kehidupan Charlie berubah selepas berkenalan dengan Patrick dan seterusnya Sam yang sedikit sebanyak membina confidence dalam dirinya sendiri.

Cerita ni berjaya sebab penulis dan pengarah filem ni adalah orang yang sama. So, cerita dia takde lah lari sangat daripada novel dia. Walaupun aku dah tengok cerita ni, aku still nak jugak beli novel dia, kalau jumpa lah. hehe Tapi kan, salah satu faktor aku suka cerita yang bergenre macam ni sebab aku rasa aku boleh faham watak utama. You know what I mean kan. huhu Well, apa-apa pun aku bagi 4 daripada 5 bintang. Bravo!

I have no idea bila cerita ni tayang kat wayang, hewhew

nota kaki : First time ever buat review filem. macam tak berjaya je, huhu

we accept the love we think we deserve
- amira_hasrori -

24 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Hari ini merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, Nabi junjungan kita, Rasulullah, bertepatan dengan 12 Rabiulawal 1434 Hijrah. baca senafas :P Last semester aku pergi satu forum ni dekat Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Tajuk forum tu adalah "Jika Rasulullah Masih Bersama Kita". Kalau tak silap aku la. Dah tak ingat sangat. Dalam forum tu, ahli panel membincangkan, apa yang patut kita buat, apa yang patut kita tunjukkan kalau betul la kita sayang Rasulullah s.a.w.

Pertama, kita mestilah selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Waktu-waktu yang digalakkan untuk berselawat adalah bila dengar orang sebut nama Rasulullah s.a.w., lepas berwuduk, bila masuk atau keluar masjid, dan bila-bila masa kita ingat pada baginda.

Kedua, sebaik-baiknya ikut sunnah Rasulullah dalam setiap pekerjaan. Contohnya, bersugi atau berus gigi sebelum berwuduk, potong kuku hari Jumaat dan banyak lagi sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang boleh dicontohi. Bukan sunnah Rasulullah s.a.w. je yang kita boleh ikut, malah sunnah para sahabat Rasulullah s.a.w pun kita boleh contohi juga.

Dalam forum tu jugak, aku dapat tahu yang Nabi Muhammad s.a.w. ni adalah sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w. boleh melahirkan berjuta-juta ummat, kita? Hanyalah boleh melahirkan anak sahaja. Ayat tu yang paling aku ingat sekali. hehe Peribadi Rasulullah s.a.w. yang mulia amatlah disanjungi sehingga ke hari ini. Sungguh, aku tak nafikan kehebatan Rasulullah s.a.w. Aku berharap sangat aku dapat mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w. Harus bekerja keras ni. Fighting!

Tu jelah yang aku ingat, lain dah tak ingat dah. hehe InsyaAllah, dengan berselawat dan mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w. baginda akan menaungi kita dengan syafaatnya di akhirat kelak. Syafaat tu apa? Syafaat adalah kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w dan Rasul-rasulNya di akhirat kelak. [sumber] Jadi, marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan berusaha sedaya upaya untuk mencontohi akhlak baginda dan sunnahnya.

i pun smiled while looking at this picture :) [source]

nota kaki : Terngiang-ngiang lagu "Rasulullah, dalam mengenangmu, kami junjungi, lembaran sirah  mu, pahit getir, perjuanganmu, membawa cahaya, kebenaran..." Tak tahu tajuk dia apa, hehe.

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

- amira_hasrori -

23 January 2013

Happy 20th Birthday!

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to ainull and nana
happy birthday to you!

Happy birthday to both Ainull and Nana, may Allah bless both of you, semoga berjaya dunia dan akhirat.  Umur dah mencecah dua puluh tahun, harap makin matang dalam semua urusan dan pekerjaan. Kena selalu beringat, umur makin meningkat maksudnya ajal dah nak dekat. Semoga kita dapat bersama-sama menuju ke syurga-Nya. you know what i mean :) May our relationship kekal selama-lamanya, insyaAllah :)

nota kaki : seriously tak tahu nak wish birthday orang, maaf >.<

selamat dua puluh tahun! :D
- amira_hasrori -


21 January 2013

My First Sushi

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Basically time tengah cuti ni sangat senang la aku nak keluar pergi memana kalau ada orang yang ajak kan. So, tadi secara paksa relanya kena teman my sister pergi Rapid Mall untuk beli barang keperluan dia di Giant. Cuaca petang tadi amatlah panas. Aku ni jenis yang allergic sikit dengan panas. ecewah Lagi lah time selesema ni, cepat je cair hingus aku ni. Yucks! haha Namun begitu, sebagai seorang adik yang baik jadi aku merelakan diri untuk menemani kakak ku itu. Makanya aku suruh dia yang drive kereta. hikhik Saje je buli dia, sebabnya dia ni dah lama ada lesen kereta tapi tak nak bawak kereta. Baru-baru ni je baru nak bawak kereta pergi kerja. Dan hari ini merupakan hari pertama dia bawak kereta selain dari tempat kerja dia. tepuk tangan

Dari semalam lagi mengidam nak makan sushi, dan harini dia telah memenuhi la pengidamannya eh itu. Jadi kami pun makan di 

tadaaaa!!

Ini adalah merupakan kali pertama aku makan kat Sushi King, dan juga kali pertama aku makan sushi. Sebelum ni just terbayangkan ikan mentah je. huhu Sedap juga makanan kat sini. Mungkin kerana dapat makan free, tu yang extra sedap tu kot. hehe Memandangkan kakak aku merupakan seorang pekerja tetap, maka dengan secara tidak langsungnya dia yang membayar bil pada hari ini, yeay! Seronoknya dapat makan free :D

ittadakimas~
Green tea, Ikura, Inari boat tuna mayo, Kani tama maki

comelnya takohachi ni >.<

Main ambik je dari belt tu. It was a great experience for me. Will going to Sushi King again. Kalau ada orang nak belanja lagi lah. hehe You guys boleh pilih sama ada nak order dari menu ataupun amik dari belt tu. Yang bergerak-gerak tu lah. Belt apetah nama dia kan. Kalau sushi yang dekat belt tu, harga berdasarkan warna pinggan. Penat dah aku search tapi tak jumpa jugak harga mengikut warna pinggan tu. Don't worry, dalam menu ada harga for each plate. Untuk sesiapa yang tak reti makan guna chopstick, feel free to use your hands because no one cares pun, asal kau bayar. haha

Nothing much to add on, enjoy you sushi everyone :D


nota kaki : Green tea tu free, so tak payah la nak order air lain okay ^.^

yumm yumm >.<
- amira_hasrori -

20 January 2013

My 2013 Wish List

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hai, hai. Rasanya masih tak terlambat lagi kan nak buat wishlist untuk tahun ni kan. Mesti ada yang tertanya-tanya. eh, ada ke? heh Kan, haritu dah buat wishlist, kenapa ada lagi. Haa, untuk pengetahuan semua, wishlist haritu adalah untuk apa yang aku patut lakukan dan penuhi pada tahun ini. Kalau mampu lah. Dan wishlist yang kali ini adalah dalam bentuk material. Aku ni, kalau korang nak tahu, jenis yang suka beli hadiah untuk diri sendiri. Yelah, dah takde sapa nak bagi hadiah untuk aku kan. Jadinya, kalau ada apa-apa pencapaian yang aku rasakan patut menerima hadiah, makanya aku akan berikan hadiah untuk diri sendiri. Yeay me! 

Oh, no no no. I'm not a pathetic. Menurut kajian, seseorang yang memberikan hadiah untuk dirinya sendiri patut diberikan pujian kerana dia adalah seorang yang tidak terlalu mengharapkan orang lain dan pandai berdikari. Beliau juga adalah seorang yang cun melecun, genius dan baik hati orangnya. Oh, yes, kajian ni dibuat oleh aku. hikhikhik Takdelah, daripada mengharapkan orang lain bagi kita hadiah, as if kita buat sesuatu benda tu semata-mata nakkan hadiah, lebih baiklah kita buat sesuatu tu dengan bersungguh-sungguh dan reward diri sendiri selepas itu. Reward diri sendiri di sini bukanlah bermaksud hadiah yang fancy-fancy gitu, yang simple-simple seperti makan chicken chop dan bermain game sehari suntuk pun dah mencukupi bagi aku. Aku la, orang lain yang mampu dari segi kewangan tu, atas diri dia la nak buat macam mana pun kan.

Wishlist ni kalau tak berjaya di capai pada tahun ini, akan di bawa pada tahun hadapan pula. hikhik Boleh pulak buat macam tu eah? Eh, mestilah boleh. wink Mari kita mulakan. Satu dua tiga go!

1. Sweater. (checked: 05082013 PINK!) Varisity pun cantik jugak :D Ya, saya amat memerlukan sweater ataupun namanya dalam bahasa Melayu baju panas, ke baju sejuk? Eh, mana-mana pun boleh lah kan. Memandangkan musim tengkujuh di Kuala Terengganu ini seperti musim sejuk di Ukay rasanya, jadi eloklah kiranya sweater yang di beli lapan tahun yang lalu itu digantikan dengan yang baru. Aku suka yang ada hoodie. Untuk menghalang daripada kesejukan berlaku di kepala. hikhikhik

nak yang purple!!!

2. Selipar dalam bilik. Alah, selipar yang bulu-bulu tu. Aku ni jenis yang tak tahan sangat dengan kesejukan. Plus dengan bersimennya bilik ni hah, sakit kaki aku tahu. Aku tak suka yang tertutup macam selipar kat hotel tu. Aku suka yang selipar macam biasa tapi ada bulu-bulu. Get what I mean? haha Yang lama punya bentuk teddy bear. Comel sangat. Aku start pakai selipar tu time kat Sabda waktu form five kot. Sekarang dah tercabut-cabut dah. So, ini mesti beli, harus beli, wajib beli!

comel! >.<

3. Table lamp. Memandang kan tempat belajar aku agak gelap, jadi table lamp amatlah diperlukan di saat-saat aku mengulangkaji pelajaran. Table lamp tu kenalah yang lampu dia warna putih, bukan warna kuning, kerana lampu berwarna kuning sangat lah tidak sesuai untuk dibuat membaca buku dan bahan ilmiah yang sewaktu dengannya. Kalau boleh nak yang kecik dan boleh dilipat-lipat supaya senang nak simpan. Table lamp ini juga kena ada wayar yang di sambung dekat plug dan bukannya kena cucuk kat lappy pakai USB cable, kerana ini akan melecehkan keadaan saya. ecewah
comel kan, hik hik

4. Norman Baby Blue from Sometime Boutique. (checked) Yang ni dah dapat dah. My first wish yang came true. Happy sangat sangat :D

my new baby si baby blue :DD

5. Hard disk. (checked, 31032013). Dah lamaaa aku nak hard disk ni tapi selalu tak berkesempatan nak beli even banyak kali pergi ICT fair. Reason kenapa aku nak sangat hard disk ni adalah kerana aku ada banyak sangat cerita korea dan movie yang kalau sumbat semua dalam lappy confirm penuh gila dan tak muat. Sayang nak delete cerita yang aku dah pernah tengok sebab aku ni jenis yang suka tengok cerita banyak-banyak kali. hikhik Jadi kalau boleh yang ni kena dapat jugak tahun ni. InsyaAllah.

macam biasa, saya suka yang warna putih, hihi

6. Ipod touch 4th generation. Nak sangat-sangat semenjak tengok Najah beli tahun lepas. Yang ni pengganti kepada kalau-tak-dapat-smartphone-dapat-yang-ni-pun-dah-cukup. hikhik Kalau ada orang belikan sangat-sangat bersyukur. Ada orang nak belikan tak? kelip-kelip mata Setahu aku yang ni ada kaler hitam dengan silver je. Tak tahu la pulak kalau ada yang baru keluar warna putih. Ipod 5th generation memang ada warna putih, tapi aku berkenan yang 4th generation. Tak tahu la pulak kalau yang 5th generation lagi best ke. hikhik Nak warna silver or putih macam kat bawah ni.
nak yang macam niii >.<

7. Samsung Galaxy S3. Ya, ya. Aku tahu. Haritu kata nak Galaxy Ace kan. Oh, come on. Sekarang dah macam-macam yang keluar, tapi aku tak pernah jumpa lagi phone yang se-awesome S3. Aku tahu, aku tahu. Wish yang ni memang takkan dapat dicapai tahun ni. Takpelah, kalau tak dapat boleh postpone ke tahun depan, yedak? Point nya di sini adalah, aku nak phone baru. Tu je. hikhik

nak yang putih putih putih!!

8. DSLR camera. Okayyyy, yang ni memang sangat sangat sangat patut di-postpone. Aku tahu aku takkan dapat capai tahun ni punya. Aim aku, before graduation day, aku dah kena ada sebijik DSLR. Kira ni hadiah ak grad la ni. heee Orang kata Canon lagi okay daripada Nikon. Aku pun tak tahu nak pilih macam mana sebab aku beginner lagi. Jadi tak perlulah nak yang canggih manggih sangat kan. Yang biasa-biasa je dah la. Nanti bila dah pandai guna, baru upgrade sedikit demi sedikit. hewhewhew

kenapa camera takde warna putih :(

Cukup lah rasanya. Nanti kalau banyak banyak sangat nanti tak tercapai pulak. Karang mati, mata terbukak pulop. eh? haha Yelah, orang tua-tua kata kalau orang tu mati, mata dia terbukak maksudnya ada la benda yang dia nak sangat tapi tak dapat. Tu orang la yang cakap, bukan aku yang cakap. huuuu Dah, cukup cukup la merepek tu. Jadi, untuk sesiapa yang baca entry ni, kalau rasa-rasa tak nak mata aku terbukak bila aku mati nanti, tolonglah aku capai impian aku ni ye. eh? hehehe Tengok, kan dah merepek lagi, haisyyyhh.

Semoga aku dapat mencapai keputusan yang cemerlang dan yang sewaktu dengannya supaya aku dapat reward diri sendiri dan pampered myself with these thingy. hiks InsyaAllah :)

So, what's your 2013 wishes?
- amira_hasrori -




19 January 2013

Cuti - cuti

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Yeahh! It's finally officially holiday!! Setelah berakhirnya peperiksaan akhir semester satu, akhirnya cuti yang ditunggu-tunggu muncul juga akhirnya. I have four weeks of holiday. Have no idea how to spend my holiday because takdak luit meyhh. Haritu spend banyak jugak la kat Pasar Payang. sigh Semalam tinggal RM5 je dalam purse, cukup-cukup buat makan malam. Sadis betul. Anyway, dah sampai rumah dah pun. Tak payah nak fikir "harini nak makan apa yang murah ye", just fikir, "harini nak masak apa" je. hikhik Bila dah ada kat rumah, rutin harian enam bulan yang lalu, iaitu, membasuh, memasak dan yang sewaktu dengannya, haruslah diulangi selama sebulan ni. Menjadi suri rumah tangga sepenuh masa la jawabnya. Bukan orang gaji ye, sebab aku takde gaji.

Even so tak tau nak buat apa, kalau ada member ajak keluar ke, I have to say no because I got no money. huhu Unless kalau ada yang nak support sepenuhnya, aku on je. hewhewhew Kebosanan kat rumah menjadikan aku seorang yang teramat pemalas. Like seriously, nak makan pun malas rasanya. Masak tu pun bukan kerelaan diri sebenarnya. Cuma kalau aku tak masak, orang kat dalam rumah ni tak makan la. So, its about tanggungjawab sebenarnya, dalam bahasa omputeh responsibility. Oh my, sungguh la takde idea langsung nak menulis apa, atau lebih tepat lagi menaip. Maybe some other time I'll update this blog.

quote for today :D
later peeps
- amira_hasrori -

18 January 2013

Home Sweet Home

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Aloha! Hai hai, dah lama tak menaip di sini. Yelah, semenjak Wi-Fi UMT buat hal, makanya tak boleh lah nak meng-online-kan diri seperti biasa. hikhik Finally, dah habis pun last paper semalam. Dan saya dah kat rumah sekarang. Weehoo~ Balik kali ni bawak keropok lekor dengan baju-baju dari Terengganu. Banyak jugak la habis, tapi takpe, demi family tersayang. hihi Alhamdulillah everything went well yesterday. Dah tak tau nak mumbling apa lagi. See you later peeps.

quote for today 

lalala~
- amira_hasrori -

11 January 2013

Selamat Dua Puluh Empat Tahun

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to kak long,
Happy birthday to you.

Selamat hari lahir yang ke dua puluh empat tahun. Semoga berjaya dalam hidup anda. May Allah always bless you with happiness and prosperity. Cepat-cepat cari calon abang ipar, aku tak nak langkah bendul. hihihi


nota kaki : aku tak tahu la kenapa blogspot ni tak nak upload gambar, haihh.


selamat dua puluh empat tahun!
- amira_hasrori -

10 January 2013

The New Look

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hai hai! Rasa teruja tak? Teruja tak? Ya, blog ni dah bertukar rupa menjadi putih bersih suci dari debu gitu. hiks Yelah, bosan tak tahu nak buat apa, jadi aku mengambil keputusan berubah angin daripada warna hitam suram kepada putih suci. Apa? Terlalu skema? Oh, tidak. Aku mementingkan kekemasan, dan simple is nice. Tak suka lah benda yang berserabut nih. Kalau perasan sebelum ni pun simple jugak. Aku just tukar warna background je puns. hikhik Anyway, welcome for those who new in this humble blog, long time no see kepada yang dah lama tak menjenguk blog yang berabuk ni dan hi salam, peluk, cium kepada yang selalu singgah kat blog ni. Thanks semua sebab sudi baca bebelan aku walaupun aku ni bukan siapa-siapa. Mekasih sesangat. lap air mata terharu Anyway, this is just a short entry just to welcome the new look on this blog. *bunyi mercun*

All the best for those in their final exam! Make your parents proud :D

heart all of you <3>
- amira_hasrori -

09 January 2013

Lazy Day

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hey there peeps! Whatchu doing? Me? I'm doing nothing. Setelah seminggu bertungkus lumus menghadapi peperiksaan, so I was thinking to take a break a day or two. Depends. So, today I was doing nothing. Selain membasuh baju, pergi beli makanan, main game, dan tidur, tu jelah yang aku buat sepanjang harini. hihi Oh, tadi before pergi beli makanan singgah pejabat Hepa kejap. Eh, Hepa tu apa? Hepa tu stands for Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Okay? Kenapa kitorang pergi sana? Tujuan utama kami pergi ke sana adalah untuk mengambil hak kepunyaan kami ini. 

tadaaa!!
malas nak amik gambar kad sendiri =.=
google jumpa yang ini [sumber]

Haritu waktu mula-mula masuk sini dah dapat dah dari Palam. Yang ni dapat lagi satu. Tahniah lah untuk diri sendiri sebab ada dua kad diskaun siswa, wehoo~ Ada sesiapa lagi yang tak tahu apa kebaikan kad diskaun siswa ni? Haaa. Sila lah melawat blog pucuk dan ubi tu. hikhik Hey, harini lazy day kan. Semua pun malas nak buat. Nasib baik makan rajin. hikhok Okay lah, malas nak type banyak-banyak. Kbai, nak makan. Lapaq bak hang. 

see you later ^.^
- amira_hasrori -

08 January 2013

I Feel Good

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

sapu sapu sampah Seminggu menghilang tak update belog ni. Whoaaa rindunyaaaaa. Yelah, bukan sesaja mengabaikan blog ni. Tapi sibuk dengan final exam yang sangat membunuh dengan killer subjectnya. And now its unofficially over!! :D Wait, kenapa unofficial? Sebabnya ada satu minggu gap sebelum the next and final paper. sigh But, who cares kan. Setelah memerah otak selama seminggu berturut-turut, why not take a chill pil and have a break with kit kat selama dua hari kan. hikhik

Lepas habis exam kimia fizik haritu aku pergi ambik my baby kat hepa

 tadaaaa!!!

the front

the back

proud to have this in my wardrobe :D

Dari haritu lagi aku duk tenung website Sometimes tu sampai room mate aku pun kata, kalau nak beli tu beli jelah. hikhik Dan akhirnya aku mengambil keputusan berani mati untuk membelinya. And now my baby has a new home! Yipeee~ Ni pun setelah berfikir panjang and fortunately aku dapat wang sagu hati dari KWSP sempena aku grad dari asasi haritu. So, berbekalkan duit yang ada, makanya aku pun beli lah beg ni guna duit tu. hikhik Alhamdulillah, one of my wishes for 2013 dah tercapai. Lots more to come. Can't wait >.<

Baru-baru ni seluruh negara di gemparkan dengan kedatangan taufan Sonamu yang bakal melanda Jepun dan kemungkinan akan turut rasa biasannya di kawasan Pantai Timur which is to be exact Terengganu dan Kelantan. Alhamdulillah, nothing happened. Dikatakan angin Monsun telah berjaya mematikan angin dari taufan Sonamu tu. Semua boleh berlapang dada dan menjawab exam dengan tenangnya :D

Oh, dan semalam (7 Januari) merupakan hari lahir yang ke dua puluh dua insan tersayang. you know who you are ^.^ Selamat hari lahir awak, semoga Allah memberkati kamu :) Sorry for the late wish. Nah kek. hihihi

happy birthday to you, 
happy birthday to you,
happy birthday to youu~
happy birthday to you :)
tiup lilin

Jeles dengan bebudak course lain sebab dah boleh balik. Rata-ratanya dah start balik harini. Me? Ada lagi seminggu baru boleh balik. sigh Nevermind. Setiap perkara pasti ada hikmahnya, kannn. Seminggu ni nak kemas bilik, nak pergi pasar payang untuk beli souvenir dan menikmati saat-saat akhir semester satu. Lepas ni dah tak boleh nak relax sangat dah. So, kita enjoy. weee~

Well well, terasa panjang sangat pulak entry kali ni. See you next time. kenyit mata

chiao
- amira_hasrori -

03 January 2013

Basah

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Salam alaik! Salam satu Malaysia! Salam Januari! Salam dua ribu tiga belas! amende aku neh =.=

Basah? Apebenda yang basah? Ha, jangan nak biru biru, no no no. Tak baik untuk kesihatan anda okay. Ceritanya macam ni, waktu nak pergi exam etnik semalam, langit memang lah tengah mendung. Tangan ni pulak dah siap-sedia pegang payung, tinggal nak bukak je. dah macam askar dah, hewhewhew Nak dijadikan cerita, di pertengahan jalan nak pergi ke dewan besaq tu, hujan lebat membasahi bumi secara tiba-tiba. Nasib baik la tengah pegang payung. Memang terus bukak lah kannn.

Meredahi hujan lebat dengan angin yang kuat, dah la haritu pakai baju kurung. Haisy, sabar jelah. Nasib baik aku pakai berlapis-lapis, kalau tak, seksi kau nyahh! Then ada dua orang student yang nak pergi exam jugak tumpang payung aku dengan Mira. Wonder why la these people tak bawak payung. Sekarang tengah musim hujan weh. Bila-bila masa je angin mendung tu boleh memuntahkan isi perut dia. Apedaa, kata dah besaq, dah masuk uni. Benda-benda macam tu pun still tak boleh fikir lagi ke? Ramai jugak la yang tak bawak payung tadi. Nasib baik la aku ni baik, jadi aku tumpangkan la manusia yang kesian sangat tu hah. 

Tapi pakai payung pun tak jadi jugak, sebab angin kencang dan jalan yang dah hampir banjir, makanya kesemuanya menjadi basah. sigh =.= Aku rasa aku patut beli raincoat la, hmmm betul la tu. Sesampainya di dewan, memang dah basah lencun dah ni, aku pun tak tau apa function aku pakai payung tu hah. Masuk-masuk dewan je memang udara sejuk tu dah terasa la. Dengan baju yang basah, cepat-cepat aku cari tempat duduk dan duduk. 

Bertenang kejap. Betul-betulkan tudung jap. Isi slip kehadiran dan yang lain-lain. Sebelum start exam tu aku sempat lagi perah kain aku, like seriously kain aku boleh diperah kottt. Nampak tak betapa banjirnya di situ. Yes, ini adalah kisah benar. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka. merepeks nya lah pun ayat ku Memang kat dalam dewan tu beku habis lah. Dan nasib baik lagi aku bawak sweater hikmat aku tu. Walaupun tak berapa nak tebal, tapi cukup la untuk mengatasi kesejukan dan kebekuan aircond dalam dewan tu hah. Dah lah basah, beku. haisyyy Ni memang betul-betul redha dan nekad untuk berjuang berhabis-habisan ni. Nasib baik lah exam etnik je pun. Sejam suku je aku buat dan terus keluar sebab tak sanggup nak bertahan dalam peti sejuk tu. Kang tak pasal-pasal mati kebekuan pulak aku. Tak sempat nak habiskan exam, ye dak? hikhikhik

Pengajaran untuk hari ini, pertama, sila sediakan payung, raincoat dan yang sewaktu dengannya sebelum hujan, lagi-lagi di musim hujan. Kedua, sila sentiasa pastikan anda membawa sweater ke dalam dewan jika tak nak mati kebekuan. Ketiga, sila makan sebelum exam sebab time tengah exam tu perut aku berbunyi-bunyi sebab tak sempat nak breakfast. huuuuu

kata-kata hikmah pada hari ini :D


nota kaki : Cuba kira berapa kali aku tulis nasib baik :P

four more to go, gambatte ne~ ^.^ v
- amira_hasrori -

02 January 2013

Permulaan Dua Ribu Tiga Belas

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Aloha! Happy new year everibadehh!!

Eh, pelik pulak. Di saat anda semua membaca entry ini, saya tengah berperang di dalam dewan besar dengan subjek Hubungan Etnik. Entah kenapa subjek ini diwajibkan untuk mengambilnya, saya pun tak tahu.

Oh, cut the craps and just straight to the point. Regarding to my 2013 wish, aku dah hampir berjaya memenuhi salah satunya iaitu membeli bag dari Sometimes Boutique!!! feewittt~ Tak sabar nak tunggu sampainya beg tu nanti. hikhik Harap berpuas hati lah dengan kualitinya.

Yeah, the starting for 2013 is great except for the fact that exam biochem was on the first of January. This is so not cool mann! Papehal pung dah lepas dah pun biochem tu hah. Ringan sikit beban kat kepala ni. Focus kat subject  yang lain pulop. Berusaha!

quote for today :D

tu je, kbai :P
- amira_hasrori -

01 January 2013

Happy Two Thousand Thirteen

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Happy new year peeps! Tahun ni, seperti tahun - tahun yang lepas, takde lah celebrate mana pun kan. Tengah exam kott. sigh



Well, actually I post this to welcome two thousand thirteen and . Memandangkan tahun ni tahun 2013, makanya aku ada tiga belas permintaaan dan harapnya dapat ditunaikan sebelum 2014 menjelang. InsyaALLAH.

MY 2013 WISHES

1. To be happy with my family and friends.

2. Dapat JPA scholarship #insyaAllah

3. Gain many friends, nak tambah network hihi 

4. Menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang cewaaahh

5. Tingkatkan ilmu, kurangkan bergosip hikhik

6. Maintain berat badan :p

7. Matangkan diri sendiri

8. Kurangkan sifat panas baran dan banyak bersabar okay, ini sangat susah

9. Dapat jadi fasi untuk MJM sesi 2013/2014

10. Jadi senior yang disenangi junior hikhik

11. Dapat jadi seorang yang outstanding sikit ini sangat propa :P

12. Nak dapat blackbelt in taekwando yeahh

13. Keep this relationship till jannah #insyaALLAH ayat cliche sangat!

Normans - Baby Blue from Sometime Boutique

Really really want this bag from Sometime Boutique, someone buy for me pretty please!! kelip kelip mata 

That's all my wish for two thousand thirteen. Sebenarnya banyak lagi yang nak mintak, tapi kang tak tertunai la pulak, pastu kuciwa. Hah, nanti sapa yang susah? Akuuu jugakk. haih Once again I wish all of you HAAPY NEW YEAR! :D

till we met again
- amira_hasrori -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...