31 July 2012

The Painkiller II

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Kadang-kadang aku rasa painkiller tu tak cukup untuk menghapuskan rasa sakit dalam diri ini. Kadang-kadang bila aku sakit mulalah dalam kepala ni terasa nak kelar lengan lah, telan ubat banyak-banyak lah. Kenapa? Aku sendiri pun takde jawapan untuk itu. 

Memang lah orang tengok aku ni normal je kat luaran, sepertinya aku ini hidup bahagia tanpa ada masalah. Betul lah orang kata don't judge a book by its cover. Hanya aku yang tahu apa sebenarnya yang aku lalui. Kadang-kadang aku sendiri pun tak faham kenapa aku jadi macam ni. Jadi aku mintak sangat-sangat, do not judge me. Bagi aku, yang layak untuk menghakimi aku adalah Allah swt sahaja. So I beg you, please don't judge me. Kalau kau rasa tak boleh nak terima aku, terima perangai aku, kau bolehlah cari orang lain yang lebih baik dari aku untuk jadi kawan kau.

eh, aku ada kawan ke? heh
-amira hasrori-

29 July 2012

Handmade Keychain

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Baru-baru ni family aku dah dapat satu hobby baru iaitu buat keychain. Bayangkan dengan abah sekali pun suka buat benda alah ni. Haha, comel je family aku ni. And keychain tu adik dengan mama bawak pi sekolah masing-masing. Anak murid mama tempah banyak gila. Pening kepala aku nak buat, haihh. Syukur alhamdulillah handmade keychain ni banyak permintaannya. Untung-untung boleh lah buat bisnes secara besar-besaran nanti kan. Hehe.

tadaaa! comelkan, mai la tempah kat saya, tempah di sini.

Ada banyak lagi bentuk yang aku belum try lagi nak buat. Takpe, nanti dah pro nanti macam-macam aku buat, hehe. So sesiapa yang nak tempah tu boleh la tempah sekarang ye. Sementara aku belum masuk uni dan tengah cuti ni boleh lah siapkan cepat-cepat. Nanti dah masuk uni nanti, takes time la nak buat ye. 

Aku menggalakkan order secara bulk sebabnya nanti kalau nak pos, harga pos lagi mahal daripada harga satu keychain. So, sila order banyak-banyak ye, hehe. Kalau nak order sekali dengan tudung pun boleh, tudung banyak lagi stok tu ;)

Nak tengok design yang lain-lain kat sini :)

handmade kecyhain saya comel, yay!
-amira hasrori-

28 July 2012

The Painkiller

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

sumber : google

When was the last time kau makan painkiller? Aku pun tak ingat bila, must be a long time ago kot. Selalunya kalau sakit kepala aku biar kan je, tak mau makan ubat, nanti takut addicted. Mama pun pesan jangan selalu makan ubat. So, kalau sakit apa pun aku tak makan ubat, be it demam, batuk, selsema and the worst, sakit kepala. Aku takkan sentuh ubat. So please, tak payah la nak buat-buat concern sangat kalau aku sakit tapi tak makan ubat.

Lately, even tak makan painkiller pun rasa sakit tu dah tak berapa nak rasa sangat. Maybe dah terbiasa tak depends on ubat, so diri sendiri yang jadi painkiller. Betul la kata orang, the world doesn't revolve around you. Maksudnya, kau yang biasakan diri dengan persekitaran, bukannya persekitaran yang sesuaikan dengan kau. So, yeah, I'm changing, mengikut persekitaran aku. Aku berubah dengan tidak lagi memerlukan painkiller untuk menyahkan rasa sakit ini.

I  don't need a painkiller,
-amira hasrori-

25 July 2012

Buffet Ramadhan

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Well, obviously lah kan dah lama gilaaa aku tak update belog ni hah. hehe. Oh, rasanya belum terlambat lagi kan nak wish semua orang

sumber : google

Ramadhan kali ni bebetul menduga aku, hari kedua ramadhan dah start sakit tekak, selsema dan demam. Sampai sekarang tak elok lagi. Sabar jelah. Orang kata kalau Allah swt bagi ujian kat hambanya, maknanya dia nak hambanya tu tahu yang Dia ingat dan sayang. Thank you Allah swt for giving me this ujian. I will certainly be a good servant for You. InsyaAllah.


Gambar yang dekat atas ni aku jumpa dekat facebook. Bayangkan lah kalau korang jadi orang Somalia tu, korang rasa apa? Ha, jadi di sini aku nak mengingatkan, kalau berbuka tu bersederhanalah. Ini tak, makanan mengalahkan sepuluh orang nak makan, padahal dalam rumah tu berdua je. Ha, faham tak apa yang aku nak sampaikan ni.

Semua orang pun tahu, malah budak kecik pun tahu time bulan Ramadhan ni syaitan iblis di ikat, jadi time bulan Ramadhan ni apa-apa yang kita buat berlandaskan nafsu dan iman kita je. Jadi diri sendiri boleh lah ukur tindakan kita ni lebih kepada iman ataupun nafsu kita.

Dan bulan Ramadhan ni jugak lah masa untuk kita melipat kali gandakan amalan ibadat kita. Kalau selalu kita baca sehari satu muka surat Al-Quran, Ramadhan kali ni kita doublekan sikit muka surat tu. Kalau selalu kita tak tolong mak masak, Ramadhan kali ni kita tolong mak sediakan juadah berbuka. Ingat ye, setiap pekerjaan yang kita lakukan, dengan niat yang betul akan menjadi ibadat juga.

Selamat berpuasa ;)
-amira hasrori-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...