14 June 2010

EasY aDd mAth

TITLE : EASY ADD MATH

VENUE : SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN (SEMESTI)

PEOPLE : FORM 5 STUDENTS

DATE : 11062010 - 14062010





sekali lagi aku dan rakan-rakan berkampung tetapi di tempat yang berbeza iaitu di semesti dengan niat yang sama, mahu belajar tips-tips untuk mendapat a tambah bagi mata pelajaran matematik tambahan. pagi-pagi lagi aku sudah mendapat beberapa mesej dari rakan-rakan yang nampak gayanye sudah tidak sabar mahu pergi ke sana. dan niat suci mereka yang ingin memberitahu aku waktu bertolak dari rumah sebenarnya telah membantutkan tidur pagi ku.

sampainya aku di sana aku melihat sudah ramai pelajar sabda berkumpul di hadapan dewan semesti yang tersergam indah itu. aku menyapa mereka dan cepat-cepat berlalu ke tempat pendaftaran kerana tidak tahan dengan renungan tajam yang diberikan oleh encik amirul aziz dan kembarnya encik amirul faiz. seperti mahu dilempang lagaknya. lalu aku pun berlalu dan menuju ke kantin sekolah yang sangat luas bagaikan padang jarak padang tekukur itu. selepas beberapa minit aku beratur, pabila tiba giliran aku, urus setia bertanya,

urus setia : no?

aku : ha?

urus setia : nombor lah. dah amek belom?

aku : oh. xamek lagi lah. nak amek kat mane eah?

urus setia : tu kat sane tu. kalau dah amek nombor baru bayar kat sini.

aku : oh.

setelah kaget serta berasa runsing seketika aku pon berlalu pergi dan kini langkahku menuju ke tempat mengambil nombor pula.

aku : saye nak amek no

u/s : tengok dulu nama kat dalam list tu baru bagitau no berape.

aku : (menuju ke papan tanda dan kalut mencari nama. nama aku xderk. setelah berfikir sejenak)
oh nama saye under sabda.

u/s : kalau under sabda kene berurusan dengan cikgu awaklah. bla, bla, bla...

aku berlalu pergi dan mencari kelibat mamaku bagi memberitahu bahawa aku harus mencari cikgu mazly. terasa seperti orang bodoh pon ade gak. adoyai. kenapa lah rakan-rakan ku tak bagitao aku siang-siang. kan senang. ini xkene beratur cam orang bodo. aduh2. argh...!!!

setelah setel2 semua, aku ditempatkan di dalam sickbay di aspuri bersama beberapa rakan yang lain. di sana kami menghadapi beberapa kekeliruan dan kecelaruan kerana ade beberapa orang luar di situ dan dipercayai mereka ditempatkan di situ juga. aku yang sudah sedia runsing bertambah kerunsingannye. mujurlah rakan dari semesti mahu membantu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. akhirnye tempat itu berjaya diduduki oleh budak sabda.

beberapa hari di sana aku menemui rakan-rakan lama. bertemu dengan mereka membuatkan aku mengimbau kenangan lama. rasa rindu saat bersama. di sana aku juga memerhatikan gaya pemakaian budak-budak yang pegi kem tu. kadangkala aku tertanye-tanye, dyorang nie nak belajar ke nak bergaye? lebih-lebih aku tengok gayenye. nak duduk dalam dewan je pon. rase kelakar pon ade.



ADEGAN KELAKAR ASBESTOS

watak utama : aja

watak kurang utama : aku

watak undangan : k.u. semesti

tempat : depan koop semesti

masa : malam terakhir di semesti



masa tu aja tengah minum air mineral dengan rakus nye dan aku yang gatal tangan nie pon tolak lah botol air tu cam yang aku selalu buat. korang dapat bayang kan kan. gara-gara menelan air yang terlalu banyak aja pon tersemburkan air yang amat banyak sekali di tengah-tengah jalan dan ketika itu jugaklah si mawi tu nak lalu. wakaka. kalau korang bace nie mesti xrase lawak tapi kalau korang tengok care aja sembur air tu mesti korang gelak guling guling punyer.








tu je lah agaknye. terima kasih krew ez addmath. jasa mu dikenang. kalau xdapat a campur saye cari awak..!!





NAK GELAK GULING-GULING LAGI

~UNLIMITED LOVE~

2 comments:

LoLLy~ said...

kasa gile lwk ko men tolak2 org tgh minum, kalo aku, ku lempangkan aja kwn yg begitu,lolz

amira_hasrori said...

tu gurao kasar namenyer. ko ape tao huh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...