Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

03 August 2013

Tampil Menawan di Aidilfitri dengan Produk FCC!!

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hey hai. hehe Lama dah tak update tetiba tangan ni gatal nak mengapdet pulaks kan. Selalu bagi alasan takde idea sebab tu tak update, so sekarang dah tak boleh nak bagi alasan tu dah sebab di bagi task ni. Jadi mari kita mulakan. Yeah!

Sapa tahu apa tu FCC? haha Mesti ramai yang dah tahu kan. Okay la, to be fair nak bagitau kat yang tak tahu jugak. FCC or Farmasi Colour Cosmetic ni adalah produk halal dari Istanbul. So sesuai la untuk muslimah macam kita ni kan. Banyak produk kat luar sana yang diragui ke-halal-an nya, tapi FCC ni dah dijamin halal dah. Jangan risau okay. Untuk maklumat lanjut boleh like FCC FB Fanpage dan layari laman web rasmi FCC: www.fcc.net.my. Boleh jugak follow FCC di Instagram: FCC Malaysia :)

Jadi sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi ni, FCC ada buat promosi untuk korang semua yang ingin tampil menawan pada hari raya nanti, kan kan kan. hehe


Promosi yang pertama; FCC Adorn Set!
  • Tampil menawan dan bergaya di Aidilfitri dengan FCC Adorn Set!
  • Terdiri daripada FCC NEW and HOT selling items pada harga DISCOUNT!
  • Setiap pembelian FCC Adorn Set, korang boleh dapat FCC Limited Edition Tote Bag dan sampul duit raya secara percuma! Ya, percuma!
  • Sangat-sangat berbaloi beli secara sebab hanya RM155 untuk 6 items. Produk lain tak dapat punya :P
  • Note: Hanya boleh pilih salah SATU untuk item 1, 2 & 3 dan diberi pilihan untuk MEMILIH warna yang anda suka!
  • It doesn't come with any gift box. So, kalau nak bagi hadiah kat kawan or nak buat hantaran tunang or kahwin kenalah beli box sendiri ye. hehe


Ada lagi! Promosi ni lagi best iaitu FCC Duit Raya Fever! Hadiah utama sangat-sangat lumayan. RM1000 for grand prize dan RM200 x 5 for consolation prize. Boleh la buat duit raya dengan FCC kan. hehe Senang je cara nak masuk peraduan ni.

Hanya 3 langkah mudah!
  1. Hantar butiran peribadi dan bukti pembelian produk FCC (dari mana-mana FCC outlets, online & retail partner) kepada marketing@naturalifesolution.com atau PM di FCC FB Page
  2. Buat produk review atau testimoni tentang produk FCC via FCC FB PAGE & SHARE kepada keluarga dan kawan - kawan. Kepada blogger yang nak share dekat blog, jangan lupa tag FCC FB PAGE ye. Lagi banyak korang share, lagi tinggi potensi korang untuk menang! 
  3. Like FCC FB Page dan follow Instagram FCC Malaysia.
Senang je kan. Oh lupa nak bagitau promosi ni bermula pada 1 Julai 2013 dan berakhir pada 4 Ogos 2013. Ada lagi dua hari lagi. So, cepat-cepat rebut peluang keemasan ni okay. Senarai pemenang akan di umumkan pada 12 Ogos 2013

Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi FCC di talian: 03-5191 1510/ 013-3834 522 / marketing@naturalifesolution.com

dah macam promoter pulak, haha
- amira_hasrori -

30 January 2011

aKhiRnya..


waaaahhh. hari nie dapat gaji lah. akhirnya tuhan dah makbulkan doa aku.


pehal akhir2 ni entry aku pendek2 je eah.
~unlimited love~

sAye nAk dUiT




pergh. desperate giler nak duit ney. pakcik ooo pakcik. pakcik khairuddin btol ke aku eja
biler mau bagi gaji saya daa. da ujung bulan da ney. dompet saya pon da merengek-rengek minta diisi. pakcik, takkan lupe kot nak bayar gaji saya. kesian la kat saye pakcik. penat2 saya keje. tolonglah bayar gaji saya ye pakcik. jangan la buat2 lupe pulak. kalo pakcik tak bayar jugak saya da buat perancangan baek punya. saya akan angkut satu almari dari kedai tu. boleh ye pakcik. duit atau almari. ha. pilih laa.eheh.




pkcik cepat la bayar gaji sayaaaaa
~unlimited love~

25 January 2011

hAri yAnG meMenaTkan -.-'

sungguh la alam pekerjaan ney lain dari alam persekolahan. ecey. ayat nak gempak je kan.tapi betul la. aku ta tipu punye. aku ni berhati suci doe. mane pena na tipu2 org ney. hee.

okay2. aku cer. ptg smalam ade dua orang customer ney datang kedai. aku keje kedai perabot ye anak2. dyorg nak grandfather clock yang custom made. jenuh aku ngan jemah mendengar kehendak dye. runsing kami dibuat nye. kalau korng berada di tempat kejadian pun mesti korg akan merasa bende yang same. ahaha.



ini lah grandfather clock :)


sumpah rase menyampah giler nak layan. banyak cakap betul. sabar jelah aku. kalau tak fikir diorang ney customer memang da lame da aku halau keluar. penat weyh nak layan orang tua bercakap. mesti korng penah rase. tak kan ta penah kot. naseb baik lah aku masih ada kewarasan akal dan fikiran lagi. haih.

then hari ni dye datang lagi. nak tambah pulak characteristic jam tu. tak cukup lagi mende2 yang dye nak semalam. haih. sabar2. dye datang pagi2 nak jumpe boss aku. time tu boss ta masuk lagi. terpaksa lah kami melayan mereka. boss da masok dyorg pulak dah tade. lesap camtu je. masuk kedai ta bagi salam, keluar pun same. memang la. then bila boss da sampai tu, memandangkan client da pegi merayau rayau maka kami mengambil keputusan untuk menghubungi mereka melalui telefon. dail punye dail, tunggu jap, okay tunggu lame, apehal la tak angkat. dail no satu lagi bini dia pulak yang angkat. haih. sabar je la. dail no dia balik, anak dia pulak yang angkat. pulak dah. da ade henfon tinggal kat rumah pulak. pelik btol la. da naseb badan dapat jumpe orang macam ni. nak buat macam mane kan. adoyy. on the way nak balik lunch kitorg nampak die kat depan kedai. boleh pulak kitorang patah balik. lari pegi kedai baju. tanak kitorg jumpe pkcik2. ahahaha. kesian nadia kene layan pakcik 2 ekor tu. naseb baek big boss aku ade kali ney. hoho. lepas cket tanggungjawab aku nak melayan client neyh.

pastu my boss suro pulak design jam yang die nak tu dalam komputer. memang la terer aku nak pkai komputer tu nak lukis jam kaaann. sabar lagi. -.-' setelah bertungkus lumus kami pun dapat la menyiapkan design jam mengikut kehendak pakcik tu. fuhh. tak tahu lah besok dye nak ape lagi. hari ni memang ta cepat je la mase berlalu. tau2 da pkol5 da. slalu tu memang lepak je la keje kitorang.


oh ya. pelik btol aku kenapa dalam dua tiga hari yang lepas kdai makan semua tutup. masalah btol. sampaikan kami harus berjalan jauh untuk mencari makan di 7e. adoyy. mogok ke dyorg?? ntah laa. malas nak fikir. naseb baek harini kdai yang ujung tu bukak. kalau tak makan megi je la kitorang. sadis kan. hu.



sumpah aku penat
~unlimited love~

16 January 2011

sEhariaN beKerJa

aku rase tak ramai yang tahu aku dah kerja kan. okay. skarang aku cerita. aku start kerja kat kedai perabot ari slase aritu. kerja full time dari kol 9 sampai kol 6. pagi2 lagi aku amek CIK HAZIMAH kat uma dye. kami kongsi duit minyak. oh ya. lupe nak bagitau. aku pegi keje naik motorsikal ye kawan2. secara halal eah. aku da ade lesen. harap maklum.

rutin harian aku dekat kedai ::

bukak kedai, sapu sampah, mop, kalau ade customer layan, kalau takde dok melangut je, then tutup kedai.
ni la yang aku buat tiap2 ari eah


best tak kerja aku. haha. walaubagaimanapun *ecey aku still penat giler. kalau kat uma mesti stock nak tido awal je. hee. tatao ar kenape.

skarang ney aku dalam proses mengambil lesen kereta. da boleh bawak da. but bukit tu aku tak conquer habisan lagi ar tapi aku akan tetap berjuang. aritu aku first time bawak kat jalan raya. hehe. menarik gak ar bawak kete nie. tapi aku ade cuak cket. hee. takpe2. bak kate omputih practice makes perfect kan. haha. tak sabar nak ade lesen and meronggeng gune kereta. haha.




aku still rase bawak kereta tu amat menakutkan
~unlimited love~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...