19 August 2013

Universiti Malaysia Terengganu - Part 2

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Memandangkan adik-adik dah nak masuk bulan 9 ni kan, jadi akak yang baik hati ni pun terasa nak membebel lah pasal UMT terchenta ni hah. Tapi tak specific, so this is just a random fact about UMT.

1. Benda wajib kena ada for each students kat sini adalah payung. Memandangkan kedudukan UMT ni dekat dengan pantai jadi cuaca amatlah tidak dapat diramal. Kalau musim hujan, memang tiap-tiap hari hujan, susah nak nampak matahari. Kalau musim panas, memang panas yang amat. Jadi, it's really normal here to wear an umbrella be it you are a guy or a girl. Payung is a must think in your bag.

2. For first year students, korang akan duduk kat hostel. Jadi kenderaan untuk ke kelas sama ada jalan kaki, motorsikal, basikal atau van sekolah. Van sekolah ni harganya empat posen je. Amat ideal kalau kau dah lambat, or tempat kuliah jauh. Tapi yang tak bestnya kalau orang tak cukup lagi, means dalam van tu ada dua tiga orang je, pak cik tu akan tunggu jugak sampai penuh van dia. Kalau tak penuh kena bayar lebih la.

3. Kat Kuala Terengganu ni tempat yang biasanya bebudak bershopping adalah Giant dan Mydin je. Takde tempat lain dah. Kalau kat Mydin tu, ramai gila budak UMT and budak Unisza. Sadis betul. Sekarang dah ada Giant baru yang dekat sikit dari yang kat pusat bandar tu. Tapi kalau tanya aku, aku prefer shopping kat Mydin sebab harga barang kat Mydin is way cheaper than kat Giant.

4. Kenderaan nak pergi outing sama ada van sekolah or kereta sewa. Ada jugak bas tambang tapi sangat rare lah orang nak naik bas tu. Aku pun tak pernah nak naik bas so jangan tanya aku macam mana nak naik bas pergi pusat bandar. 

5. Korang jangan terkejut pulak kalau rasa makanan kat sini manis-manis. Sambal nasi lemak pun manis weh. Standard lah kalau duk kat pantai timur ni kan. Waktu aku orentasi dulu makanan dia sedap, so korang melantak la selantak-lantaknya waktu orentasi nanti ye. Kat sini, kalau dekat fakulti memang susah sikit nak cari makan. Cafe ada, tapi sikit dan kalau waktu puncak tu memang ramai orang. Kalau dah lambat sikit memang dah takde lauk. Kalau kat hostel ada dua cafe, korang boleh jugak makan kat luar. Nanti dah sampai UMT tahu la nak cari makan sendiri ye.

6. Kat sini dobi ada kat kedai luar tapi self service. Kat hostel, satu blok ada dua washing machine. Dua hengget sekali pakai. Standard ah kalau hujung minggu mesti ramai gila queue. Pepandai lah nak hidup ye adik-adik.

7. UMT ada swimming pool, pantai dan pulau sendiri. Uni lain mana ada. angkat-angkat kening For first year students, nanti korang akan ada satu masa kena pergi Pulau Bidong tu buat aktiviti like snorkeling, kayak, water confidence and memancing. Jangan risau, korang bukannya on survival kat sana, ada fasi. Dengar je cakap fasi elok-elok kay. Kat sana dua hari satu malam je, so enjoy puas-puas sebab sekali seumur hidup je dapat pergi sana. And semua yang dah pergi mesti akan cakap, "Nak pergi lagi". So bayangkan la betapa bestnya pergi sana tu. Enjoy kay :)

Ha, cukup la kot setakat ni. Nanti kalau ada apa-apa yang aku teringat aku tambah lagi kay. Anyway, selamat menempuhi alam universiti!


Always believe that everything happened for a reason :)
- amira_hasrori -

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...