29 April 2011

kEmaLanGan jALan RayA

ye. umum sudah mengetahui bahawa aku telah mengalami kemalangan dalam bahasa omputeh nye accident. fine, tak semua tahu. ni nak bagitau la ni. biasalah kalau orang yang baru accident ni mesti dihujani dengan jutaan pertanyaan kan. demi memudahkan diri aku dengan tidak mengulangi ayat yang sama meh aku cita sket camne la keadaan ni boleh berlaku.

pada tanggal 28 april 2011, hari rabu - di suatu petang yang hening, *ceyt ayat tak boleh blah tatkala aku nak balik rumah dari kerja, time tu dah gelap cam nak ujan dah. jadi nye semua org rushing nak balik umah. biasalah kan. semua tak nak basah. lagi2 orang yang bawak moto cam aku ni. ye adik2. aku bawak moto pegi keje ye. ouh ya. aku pegi keje dengan cik nurhazimah. makanya aku penunggang dan dia pembonceng. maksudnya aku bawak moto dia ada kat blakang laaa. aku tak tahu macam mana boleh berlaku tapi yang aku tahu aku bawak agak laju la, then aku nampak kete tu kat depan. kete tu nak dekat simpang, aku nak straight je. aku rase kete tu jalan then tiba2 je aku rasa cam kete tu dah dekat sangat dengan aku *maksudnye dia tengah brek la. dah tak sempat nak belok dah. then aku rempuh jelah. one minute i was on the bike and anther second aku dah terbaring kat atas jalan. sadis betul.

time tu aku blur2 lagi. cam, pening2 gak ah. amende yang dah berlaku ni kan. sedar2 je aku dengar zimah tanye, 'mira kau okay tak'. time tu aku tak nampak dia lagi. pastu ade orang tolong angkat kan moto aku. moto tu atas aku, kau tahu. aku terbaring ke kanan. for sure la moto tu himpit aku kan. pastu baru aku nampak zimah. then aku dah bangun, pastu aku nampak moto aku, hancus. fine takde la hancus mane. first thing aku fikir. ah!! moto aku!!

then makcik yang dilanggar aku tu dah attack aku dulu. bukan nak tanye aku okay ke tak. dia suruh aku bayar terus dan2 tu jugak. dah la blur2 time tu. adus. makcik ni memang takde hati perut la. same2 melayu kot. agak la, orang baru lepas accident dia nak terus attack aku. kalau time tu otak aku waras lagi memang dah kene sembur dah makcik ni. bukannye teruk sangat pun kete dia. just kemek sikit je kat tayar belakang belah kiri. tak pecah pun lampu tu. huh naseb baik time tu aku cam pening2. aduh. makcik. kau tak boleh nak sabar ke. aku bukan tak boleh bayar laa. kau ingat aku ni sengkek sangat ke. aku dah cakap dah tunggu mak aku sampai, baru setel. nasib baik ayah hazimah datang cepat. dia yang tolong setelkan kan. terima kasih pakcik. kalau takde pakcik memang dah lame saya hempuk makcik tu dengan carrier saya yang dah tercabut tu. hehe.

naseb lah takde kereta rempuh aku dari belakang. kalau tak dah arwah dah kot aku. and and naseb lah jugak aku tak terheret ke hape ke, kalau tak habeslah muka aku calar. dan dan, terima kasih kepada helmet yang disahkan sirim, my head was fine. tak de rase cam nak pecah ke hape ke. fuhh -.-"

fine, lepas tu gi hospital. amek darah, x-ray, ultrasound sume. alhamdulillah. doktor kate okay je. takde patah mane2. just calar2 camtu je lah. zimah pun okay je. balik umah dari hospital dalam kol 9. sumpah lame gila aku kat hospital tu. lem nak mam wa cakap lu. sabar je lah. then pharmacist tu bagi aku ubat panadol?? watde???!! aku tak makan pun. malas lah aku. then bagitau sesapa yang patut tau. kene soal siasat lagi. pastu tido lah.

besok nye aku tanya hazimah, sama ada dia ingat ape2 tak secara detail pasal semalam tu. then dia kate as a pembonceng, kompom la tak tengok depan sangat kan. pastu dia kate aku cam jerit ke hape ntah, tu yang buat dia tengok depan. dia kate aku sempat brek tangan and then kami rempuh lalu jatuh. haha. camtu lah cite nye. but sumpah aku tak hengat aku ade brek weyh. adoyy. hilang sudah ingatan aku. heh.

mari kita lihat keadaan moto aku yang amat hancus tu ::

>>> cuba perhatikan betul2,
- carrier aku tercabut *camne leh tercabut pun aku taktau laa
- cermin sisi belah kanan pun tercabut *tapi tak pecah pun pelik kan
- yang kat tayar tu nampak tak. aku pun taktau camne boleh jadi padahal aku jatuh belah kanan.
- cover set ade yang pecah2 sane sini

















>> cover set ku yang sudah pecah dan besi yang kat tayar yang dah terkeluar dari landasan.

erk -.-" agak teruk keadaan moto aku ni. dekat seribu jugak la aku rase kalau nak repair. aduss. then tambah dengan makcik tu punye kete lagi da dekat 4rat sebab dia nak cat sangat kan. hamek la kau. nak sangat kan. kira2 2ribu jugak la aku hanguss kat situ. takpe lah. bak kate sape ntah, pengalaman hidup. things that doesn't kill you makes you stronger. urgh. sape ntah yang mengeluarkan kata2 tu. ngek betul. lagi wat aku lembik ade laa. aduss. aku tak rase aku boleh bawak moto. tapi, ntah la. boleh kot. harapan aku yang nak tukar cover set baru tercapai, but aku takdelah terpikir nak tukar sangat sampai kene wat cmni. adoy la. kalau cmtu aku lebih rela tak tukar cover set la dari aku menanggung kesakitan yang amat mendalam, baik fizikal mahupun mental. urgh. sakit jiwa aku fikir pasal ni.


PENGAJARAN :: sila JANGAN jadi macam aku ye adik2. bawak kenderaan dengan berhati2. pandu cermat jiwa selamat


notakaki :: ade ke patut manusia tu gelakkan aku kaw2 bila dengar aku accident. mangkuk betul laa. bukan nak simpati ke hape. huh!



i've learned my lesson,
~unlimited love~

25 April 2011

ucApkanLah

hello hello hello :)
hoi perempuan kau dah takde agama ke?!
erk. -.-" maaf.
assalamualaikum :)

haha. dialog yang amat pelik kan. takpe2 aku faham. aku memang pelik pun. LoL. ape2 pun aku baru perasan yang aku memang tak pernah nak bagi salam dekat semua entry yang aku tulis. perasan tak? perasan tak? haha. sebenarnya penting ke tak eah salam tu. erk. aku pun tak tau laa. hehe. btw, pabila aku merantau di alam b
log atau dalam istilah modennya 'blogwalking' , *aku lagi suka blogwalking sebenarnya daripada tulis sendiri. hehe aku selalulah jugak baca ucapan salam ni sebelum diorang memulakan hasil karya agung diorang tu.

persoalannya di sini, patutkah kita menjawab salam yang diberi atau baca begitu sahaja dan buat2 macam takde ape2? macam pelik je kan
tibe2 nak jawab salam padahal dia tulis je pun. samalah jugak kalau time kita texting orang. orang tu bagi salam dalam bentuk perkataan then haruskah kita menjawabnya secara lisan? *jawab dalam text tu memang wajib lah kot

begitu juga yang terjadi apabila kita melihat rancangan di kaca televisyen yang pada pengakhiran rancangan tersebut pengacara akan mengucapkan salam. alah kalau taktau sangat kau tengok berita kompom dia bagi salam tim
e akhir2 tu. atau pun kau tengok je anwar hadi kesayangan aku tu,*hehe dia pun bagi salam jugak time dia nak habiskan video dia.

pada pendapat aku, diulangi, PENDAPAT AKU, dah menjadi kewajipan muslim dan muslimah untuk menjawab salam tak kiralah sama ada secara lisan mahupun tidak. kalau nak jadikan lagi efektif, time kau tulis ASSALAMUALAIKUM
tu kau cakap dalam hati, nak jawab ke tak itu terpulang kepada sesiapa yang menjuenguk blog kau tu. haha. faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan ni. adoi. ye aku tahu ayat aku amat berbelit dan memeningkan untuk dibaca. tapi kau buat2 paham jelah ye. penat aku nak menerangkan. dan bila kau terasa kau dah menjenguk blog orang lain atau tengok tv dan pengacara tu bagi salam, kalau tak nak jawab kuat2 dalam hati pun bolehh.

oh ya. aku nak kongsi ilmu yang aku baru dapat mengenai ucapan salam ni. semua orang tahu yang bila si pemberi salam mengucapkan sala
m kita disunatkan menjawab salam yang lebih panjang daripada si pemberi salam *see, sapa kata islam susah, jawab salam pun dapat pahala tau :p

assalamualaikum >>>>> waalaikummussalamwarahmatullah

assalamualaikumwarahmatullah >>>>> waalaikummussalamwarahmatullahhiwabarakatuh

assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh >>>>> waalaikummussalamwarahmatullahhiwabarakatuh wamaghfiratuh waridwanuh


fuhhh -.-" panjangkan. tapi best lah sebenarnya. kalau tak tau ucapan sebenar dia tanya lah guru agama yang terdekat, sebab aku tau aku eja pelik. aku dah sehabis mungkin memastikan ejaan tu betul2 dengan ucapan. kalau salah tolong betulkan ye.

konklusinya :: rajin2lah bagi salam tidak kiralah dalam bentuk apa pun :)


tiba tiba terasa dirini alim lah pulak, hehe :)
~unlimited love~

12 April 2011

eNciK tEriMa kAsiH dan ciK sAmA-saMa

haritu ada sorang makcik ni datang kedai bawak anak dia. pergh. dah la encem. tough plak tu. cair doe. hehe. ingatkan datang nak beli barang ke ape ke, rupe2nye nak pinjam pen. haila. -.-" wat suspen la mkck ooi!!

okay dah lari topik. muka agak brutal la. dia isi borang untuk bank rakyat yang kat depan kedai aku tu ha. ntah hape benda ntah. sejak akhir2 ni aku tengok ramai benar orang datang situ. hurmm. musykil2. sambil isi borang tu dia merungut2 kat mak dia. buang mase je katanya buat mende2 sume ni. cam agak bengang gak la ngan mak dia. tp lepas dia habis isi borang tu dan nak pulangkan balik pen, dia ucap terima kasih :) sweet je kan. hee.

okay. ni bukan cerita aku sebenarnya. ni cerita hazimah sebab time tu aku kat belakang. hehe. berbalik kepada topik yang sepatutnye dibincangkan, kenapa eah agak2nya aku membuat perbandingan yang sebegitu rupa. maksud aku kenapa ENCIK TERIMA KASIH dan CIK SAMA-SAMA? fikirlah. fikirlah.

sebab aku rasa TERIMA KASIH ni agak selalu kita dengar, macam lelaki yang selalu dok swit2 perempuan kat tepi jalan tu ha. kan selalu tu. SAMA-SAMA plak agak jarang kita dengar, macam perempuan yang malu2 kucing time laki dok swit2 diorang. betul tak. haha. tu ape yang aku rasa laa. diulangi. tu hanyalah pendapat aku ye adik2. :p

selalunya kalau orang cakap TERIMA KASIH korang cakap SAMA-SAMA tak? mesti jarang GILAA kan. kan. ye. aku tau sangat sebab aku pun jarang jugak nak cakap SAMA-SAMA ni. kadang2 senyum je. ada masanya aku tak cakap ape pun. lagi buat muka blur ade la. hehe. maaf ye kalo kot2 aku ade terbuat kat korang. bukan sengaja. dah muka aku memang blur nak wat camne kann. hehe.

pernah rasa tak perasaan kalau kau ucap TERIMA KASIH but then orang tu tak cakap ape2 pun. senyum pun tak. boleh plak orang tu buat muka blur macam yang aku slalu buat *hehe. ape perasaan anda pada saat dan ketika itu. ada orang yang tak kisah, tapi macam mane kalau time tu korang agak sensitif dan desperate sangat nak dengar orang cakap SAMA-SAMA. ha. ape lu rase. okay mesti bengang gila kan. camtu la orang lain rasa bila korang tak nak ucap SAMA-SAMA. ada faham.

maka, dapat dikonklusikan di sini bahawa, saya ingin menyeru kepada orang ramai agar jangan memisahkan hubungan di antara ENCIK TERIMA KASIH dengan CIK SAMA-SAMA. dalam bahasa yang lebih mudah difahami, kalau orang cakap TERIMA KASIH kau cakap la SAMA-SAMA. ade faham.. bgus. sejuk perut mak mengandung, eheh.



sekian, terima kasih :)
~unlimited love~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...