05 July 2011

kaU jErit jE kUat kuAt

Assalamualaikum :)

sempat lagi aku update pagi2 buta ni. buta lah sangat. heh. straight to the point je lah. ade orang tanye aku regarding to the entry yang lepas (klik sini) pasal tips yang no4 tu ha. dia tanya, kalau boyfren dia nak pegang tangan jugak even dia dah buat macam2, macam mana?

antara perkara yang harus anda buat ialah :

FIRST, kau nasihat dia cara elok. camni.

"abang, abang, (urgh) kan saya dah pakai sopan2 camni (kene lah make sure haritu korang pakai sesopan yang mungkin, heh) abang rasa sopan tak kalau saya pegang tangan LELAKI BUKAN MAHRAM saya?! (tekankan tang LELAKI BUKAN MAHRAM tu)

ha, amacam? okay tak dialog aku tu. takpun korang fikir la sendiri. ayat sarkastik lagi sinis amat membantu dalam proses ini. hohoho *evil laugh


SECOND, kau tepis je tangan dia tiap kali dia ada niat nak mencapai tangan kau tu. apa susah. lama2 dia pun mesti penat gak kann.


THIRD, kalau dia ugut kau nak putus lah, nak break lah, hape lah, sebab kau tak kasi dia pegang tangan kau, kau putuss je laahh. kau bagi ayat yang pedas bagai cili boh tu.

"kau hengat kau tu dah cukup bagus sangat ke nak jadi laki aku. ilmu agama pun tak cukup lagi dah berangan nak over2. aku pun tak hard up la dengan kau. blah la lu."

perghhh. kalau dia tak sentap jugak taktau laa. bhahaha. fine. ayat aku tu cam over je. hehe. fikir sendiri laa. adoyai. takkan semua pun nak suruh aku bagi ayat kann.


LAST BUT NOT LEAST, yang ni kalau dah parah sangat baru kau buat tau. kau jerit kuat2 macam ni,

"tolong!! ade perogol!!arghhh!!"

okay. sumpah yang ni dah terlebih over. kalau dia tak lari jugak aku tak tau laa. haha. tapi pastikan time kau jerit tu kau ade di tempat yang ramai orang laa. baru berkesan. kalau kau jerit kat lorong2 gelap mana tah, kang tak memasal betul2 jadi perogol budak tu. haih. tak ke naya namanye tu.


kesimpulannya, pandai2 la kau nak jaga keselamatan dan kehormatan diri kau tu dari api neraka jahanam. wallahualam.

renung2kan dan selamat beramal,
~unlimited love~

01 July 2011

tiPs : eLak hiLaNg dARa di uSiA muDa


Assalamualaikum :)



gambar hiasan semata2

hey there girls and BOYS,

yeah. apesal aku capslock perkataan BOYS? yelah. dah sah2 entry ni untuk girls, tapi ade jugak yang gatal nak masuk kann. tapi, takpe la. aku maafkan. aku kan baik. hehe. mana tau kot2 korang pun sama baik hati macam aku nak sebar2kan tips ni kat makwe ke, kakak ke, adik ke, kannn. heh. okay2. enough merepek. jom kita start.


TIPS #1 : SAY NO TO COUPLING
TIPS #2 : JANGAN BERCINTAN CINTUN
TIPS #3 : JANGAN ADA PAKWE

eh. apesal dari no1 sampai no3 main point dia macam sama je ni. haih. yelah. bagi aku kapel mengapel ni adalah punca paling utama kau, kau dan kau, bakal say bye2 to your dara. kau tak rasa begitu ke. bukan aku nak kata yang korang ni perempuan murahan ke hape. eh. takk. sila baca sampai habes dulu ye. aku just nak kata yang pasangan2 ini berkemungkinan besar akan terjerumus ke kancah kebinasaan. betul. seyes la aku cakap. sape je yang dapat confirm kan kat aku yang korang boleh kawal nafsu korang yang serupa kuda dan buaya tu. yelah, mula2 korang cakap, takkan jadi ape punye. but then bila dah berdua mestilah ada yang ketiga kan. dan faham2 jelah sape yang ketiga tu ha. mestilah si seth tan tu. heh. tak memasal. jadi, kalau nak berpakwe makwe ni, pandai2 la jaga maruah diri tu ye adik2. ^_~ v

TIPS #4 : NO TOUCHY2 / JANGAN PEGANG2

fine lah. korang nak jugak ade pakwe kann. takpe2. aku bagi. aku bagii. but then pandai2 lah menjaga batas2 dan adab pergaulan ye.

"kenapa tak boleh pegang pulak. alah standard la kalau dating pegang2 tangan ni. tangan je punn."

standard otak hang. aku pun tak tau kenapa suka sangat pegang2 tangan ni. musykil jugak aku. hurmm. ha, back to the topic. kenapa tak boleh pegang2? salah satu sebabnya selain BERDOSA, ialah kalau pegang2 ni dapat meransang pasangan anda. alah macam haiwan. kalau dia nak mengawan mesi dia main gesel2 kann. lebih kurang je haiwan ngan manusia. got the picture? lagi satu, mula2 memang la pegang TANGAN je pun. lama2? lu pk la sendiri.

TIPS #5 : PAKAI SOPAN-SOPAN / MENUTUP AURAT

ha, ha. dah mulalah tu. macam ayam berak kapur. belum sempat la aku nak elaborate idea aku kasi mantopp kau dah nak sembur aku pulak. lek luu. bukan aku nak kata yang tak pakai tudung tu confirm2 dah takde dara. eh takk. cube bace balik tajuk entry aku tu. haa. jangan nak cuak memasal. aku tau mesti ade jugak suara2 sumbang yang berkata2.

"eleh, ingat pakai tudung tu selamat sangat ke?"

ade aku kata? takde kann. haih. susah betul kalau jumpa orang yang pesimistik ni (eh, betul ke aku eja?) apa yang aku cuba maksudkan di sini ialah, pakai sopan2. tak terdedah apa2 yang patut. menurut kajian, lelaki akan lebih mudah teransang jikalau aweks2 nye memakai pakaian yang cukup2 makan sahaja. sendiri faham laa. malas aku nak terangkan dah.


aku rasa cukup lah sampai sini sahaja. mesti ada yang panas dah tu. kesimpulannya, aku tak kata pun nak bercinta tu tak boleh. bolehh. ustaz aku pun kata boleh. tapi mestila kena pada tempatnya. jangan lah sampai nak serahkan segala jiwa dan raga kau kat dia. bukannye CONFIRM pun laki tu jadi suami kau yang SAH. kau cakap ngan aku sikit, sape yang boleh predict masa depan. takde sapa kan. betul, kau dan dia merancang tapi semua tahu, hanya ALLAH yang boleh menentukan.

notakaki :: walaupun entry ni merepek je lebih tapi still ade unsur2 nasihat yang perlu di ambil perhatian

kapel cermat, dara selamat,
~unlimited love~

25 June 2011

FaTin? aMira? FatiN amiRaH?

Assalamualaikum :)

hey there silent readers. eheh.

memandangkan aku dah masuk dalam persekitaran dan environment yang baru (sama jelah environment ngn persekitaran kan) makanya proses mengenali diri pun bermula. kalau nak kenal mesti lah kene tahu nama kan. penting ye nama tu. kau akan diingati kerana nama kau. so, yeah. budak2 kelas aku sekarang ni tengah dilanda dilema nak panggil aku ape. FATIN ke, AMIRA ke. takkan nak panggil FATIN AMIRAH kot. macam ter'over' panjang lah pulak kann. tapi aku tak kisah punn. kenapa nak keliru? sebabnya dalam kelas aku tu ade jugak yang nama FATIN dan ade jugak yg nama AMIRAH. so? cenggana tu. habaq mai satt. susah betul bila nama aku sangat femes. heh. terperasan lah pulak kan.



sebenarnya aku tak berapa kisah sangat korang nak panggil aku ape. janji aku selesa dengan panggilan tu dan tak lari jauh sangat dengan nama asal aku ye. dan aku lebih prefer sebenarnya kalau orang panggil aku AMIRA daripada FATIN. kenapa? entahlah. sebab dah biasa kot. kat memana pun orang panggil aku AMIRA. kalau yang panggil aku FATIN pun yang formal2 je. macam lecturer ke cikgu ke. kalau kat sekolah dulu sape yang panggil aku FATIN aku selalu tak layan. haha. tengokla macam mana nanti kat sini :p

the best solution yang aku nampak di sini ialah sama ada korang panggil aku AMIRA HASRORI atau MIRA HAS atau AMI atau AMY. pun boleh laa. layan je semua tu. heh. tapi AMY tu macam geli je. haha. macam tu lah kot. jadinya, selamat berkenalan semua :)


dilarang sama sekali panggil aku dengan nama yang pelik2 ye.
~unlimited love~


23 June 2011

deAr yOu


I AM DEEPLY SORRY.

I KNOW MY WORDS SOMETIMES CAN BE A LITTLE TOO HARSH AND MIGHT HURT YOU.

I AM TERRIBLY SORRY DEAR. I MEANT NO HARM.

COULD YOU PLEASE FORGIVE ME AND TALK TO ME AGAIN?

sorry
~unlimited love~

18 June 2011

rEciPe For woMEn

Assalamualaikum :)

semalam aku pi dengar ceramah. masuk2 dewan je aku cam, eh apesal tak gerak2 line ni. padahal banyak je tempat kosong. ghupe2nye tempat yg kosong tu dah kene reserve. means, diorg masuk, letak beg, pastu keluar gi toilet ke gi mane ke. ha. padan lah org tak gerak2. pastu urus setia buat initiatif, org yg tgh berdiri ni, (termasuk aku) duduk je kat tempat yg tak berorang tu. apelagi. aku pun masuk je lah. hoho. then diorg kunci pintu. pergh. agak kejam aku rase. sebab buang mase orang yg dah cop tempat tu tapi tak boleh balik. yelah. camne nak balik. beg ade dalam dewan. nak masuk amik tak boleh. so pengajarannya, jangan keluar masuk dewan ye. lepas dah dapat tempat, duduk je situ sampai majlis selesai.

recipe of woman ni some kind of majlis ilmu yang dibuat setiap hari jumaat dari pukul 1245pm sampai 2pm. tak lama pun. dalam sejam lebih je. tak rugi pun kalau pegi. best dan tak lah meleret sangat ceramahnya. penceramah tu akan stop before pukul2 sebab dia tau some student yang ada kelas pukul230 so dia lepaskan awal la.

aku just nak share sikit ilmu yang aku dapat daripada majlis ni. tak banyak, sikit je :p

pasal bersyukur :)

korang tau tak cmne nak buat sujud syukur? taktau? klik sini.
dah tau? apelagi. buat la. korang jangan ingat sujud syukur ni buat masa dapat rezeki yg besar2 je means ko dapat result yang best baru korang nak bersyukur. pernah tak korang bangun dari tido pastu korang bersyukur, alhamdulillah tuhan panjangkan umur aku untuk satu hari lagi. pernah tak, pernah tak? pernah tak korang bersyukur korang dikurniakan keluarga yang bahagia, anggota badan yang sihat dan sempurna. kawan2 yang ramai.ha.

so, di sini aku hanya ingin mengingatkan bahawa semua nikmat yang kita ada walau sekecil zarah ni pun ALLAH yang bagi kat kita. haruslah diingatkan bahawa ALLAH tak wajib nak bagi kita nikmat, boleh je kalau DIA nak bagi kau cacat sebelah tangan ke ape ke, dan DIA juga boleh menarik balik nikmat yang diberi bila2 masa yang dikehendaki-NYA.

jadinya, tak payah la nak tunggu dapat result best baru wat sujud syukur. hari2 lah buat. nak lagi better buat selepas setiap solat. kan bagus tu. pahala pun dapat. bukan susah mana kan :)


i thing that's it. kalau aku pergi lagi, aku share lagi ye :)

sharing is caring,
~unlimited love~

10 June 2011

hEre cOmEs tHe nEw LiFe

uhuk uhuk.

ASSALAMUALAIKUM :)

pergh, bukan setakat berabuk, bersawang malah berpenunggu dah benda alah ni kan. aku baru perasan yang bulan mei aku langsung tak buat sebarang entry. kesian blog aku ni ha. huuu.

seperti mana yg semua orang tahu aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke uitm pulau pinang for foundation of science. nak tengok uitm pulau pinang camane? klik sini. ha, cantik tak kolej aku. kolej tu baru lagi, so lebih kurang macam masuk sabda time mule2 lah. berabuk gila. kitorg still pakai selipar for the whole MDS. okay, budak2 yg tak masuk uitm mungkin taktau MDS tu menatang ape.

meh aku cite meh. nama panjang untuk MDS adalah minggu destini siswa. kira macam minggu orentasi lah. nama nak gempak je kan. heh. kenapa siswa je, kenapa takde siswi sekali. entah, aku pun taktau. haha. time MDS ni la time yg paling membencikan bagi diri aku dan rakan2. sebab jadual dia pack gila babs, sampai takde gap langsung antara satu2 event. dah tu jalan kene laju, dan dalam barisan. ye, adik2, kami kene beratur macam budak2 sekolah lagi. urgh. dan ayat yg paling popular time MDS ialah "dua line! dua line!". dah habis MDS je sume perlekeh ayat tu. haha.

okay, bosan ah cita pasal MDS, sebab aktiviti dia sume bosan. aku just suka rektor dia je. cool gila kot. tapi nikman kata beliau dah pindah puncak alam. ntah betul ntah tidak. nikman ni bukan boleh percaya sangat. haha. jgn marah ye bang. gurau2 je. :) and untuk pengetahuan semua, aku dah pindah uitm puncak alam. kenapa? bukan aku sorang je yang pindah, semua dak2 asasi yg kat penang sume dipindahkan ke puncak alam. pada tanggal 30 mei 2011, sebanyak 17buah bas berangkat dari uitm pulau pinang ke uitm puncak alam. pergh. dah macam rombongan dah aku rase. alasan kami kene berpindah adalah : tawaran yang pihak uitm keluarkan untuk pelajar asasi sains adalah sebanyak 5000 org ; 4000 ditempatkan di uitm kampus puncak alam, manakala 1000 org lagi ditempatkan di uitm penang. tetapi, memandangkan ramai yang menolak tawaran itu, hanya 1000++ je yg mendaftar di uitm puncak alam, dan seramai 500++ je yg daftar kat uitm penang. jadi nye banyaklah lagi tempat kosong kat puncak alam tu. jadinye kami inilah yang mengisi kekosongan itu. ada faham?

end of story. nak cita pasal bende lain pulak. hurm. kat sini aku duduk dalam satu apartment. tak macam kat penang dulu. sepatutnye ade 6org tapi tak ckup so kami berlima jelah satu rumah. aku, zimah, saihah, azlen dan husna. :) yg tiga org tu kelate mari ye. aku stok belajar bahasa kelantan je lah duk sini. heh.

dari kampus nak pegi kolej kene naik tangge ala2 batu caves. korg google lah sendiri ye nak tengok tangge tu camne rupe dia. sumpah penat gila kot. kat sini tak payah susah2 nak bangun pagi2 utk pegi jog konon2 nak maintain fitness. kau habis kelas je nak balik kolej, kau naik lah tangge. kompom kau sihat. takyah nak jog dah ye. tapi, bagi sesiapa yg kaya raya dan malas nak excercise, ade je bas. tapi kene bayar singgit ah. kalau aku, jarang sekali aku nak naik bas. okay, i admit, skali je aku pernah naik bas setakat ini. itupun sebab time tu aku angkut 3buku teks yg tebal gila nak mampos wa cakap lu.

bercakap pasal buku, aku nak habaq mai kat hangpa, buku dia tebal gila woo. kau bayangkan buku time kte spm dolu2 yg chemist physics and bio, ko compile tiga2 buku tu, dah jadi satu buku physics. gila tak gila. then kau bayangkan pulak ade tiga buku dgn ketebalan yg sama, kau kene habiskan baca dalam masa setahun untuk final exam. boleh buat aku jadi gila. nasib baik buku tu warne warni tak mcm buku spm. ade la jugak pendorong aku untuk bace buku tu sampai habis. waahh, sampai habis tuu. kira tu niat je. dah dapat pahala ape. hehe.

jadual kuliah aku for this sem takdela pack mana. sebenarnye i believe in karma. kalau aku membebel merungut2 jadual this sem pack, kang next sem lagi pack. ha mampus. heh. budak2 klas aku okay je kot. masih dalam proses untuk mengingati nama. otak dah karat 6 bulan tak jalan nama org pun susah nak ingat. apedaa. nak buat camane, dah aku lampi. hehe. hurm. ape lagi eah yg korg nak tau. pasal proses pembelajaran. dia ade lecture, tutor, and lab. kalau lab kau masuk lab ah buat experiment. kalau lecture, lecturer akan bebel2 kat depan ajar satu2 topik then habis, kau balik. and lecturer ni lah yg akan bg kau assigment bagai. pastu ade tutorial. tutorial ni macam tusyen la. kau masuk kelas dgn kelas kau je. yg lecture tadi combine lebih kurg lima kelas. tutor ni la yg akan bg kau homework. kau buat pastu bincang dalam kelas. bg aku, aku lebih selesa nak bersoal jawab dengan tutor daripada lecturer sebab tutor ni jumpe kau dalam komuniti yg lebih kecil berbanding dengan lecturer.

aku rase dah cukuplah aku membebel. nanti aku bebel lagi eah. terasa panjang gila dah ni. heh. ciao~

3hari 3malam baru siap entry ni. heh.
~unlimited love~

29 April 2011

kEmaLanGan jALan RayA

ye. umum sudah mengetahui bahawa aku telah mengalami kemalangan dalam bahasa omputeh nye accident. fine, tak semua tahu. ni nak bagitau la ni. biasalah kalau orang yang baru accident ni mesti dihujani dengan jutaan pertanyaan kan. demi memudahkan diri aku dengan tidak mengulangi ayat yang sama meh aku cita sket camne la keadaan ni boleh berlaku.

pada tanggal 28 april 2011, hari rabu - di suatu petang yang hening, *ceyt ayat tak boleh blah tatkala aku nak balik rumah dari kerja, time tu dah gelap cam nak ujan dah. jadi nye semua org rushing nak balik umah. biasalah kan. semua tak nak basah. lagi2 orang yang bawak moto cam aku ni. ye adik2. aku bawak moto pegi keje ye. ouh ya. aku pegi keje dengan cik nurhazimah. makanya aku penunggang dan dia pembonceng. maksudnya aku bawak moto dia ada kat blakang laaa. aku tak tahu macam mana boleh berlaku tapi yang aku tahu aku bawak agak laju la, then aku nampak kete tu kat depan. kete tu nak dekat simpang, aku nak straight je. aku rase kete tu jalan then tiba2 je aku rasa cam kete tu dah dekat sangat dengan aku *maksudnye dia tengah brek la. dah tak sempat nak belok dah. then aku rempuh jelah. one minute i was on the bike and anther second aku dah terbaring kat atas jalan. sadis betul.

time tu aku blur2 lagi. cam, pening2 gak ah. amende yang dah berlaku ni kan. sedar2 je aku dengar zimah tanye, 'mira kau okay tak'. time tu aku tak nampak dia lagi. pastu ade orang tolong angkat kan moto aku. moto tu atas aku, kau tahu. aku terbaring ke kanan. for sure la moto tu himpit aku kan. pastu baru aku nampak zimah. then aku dah bangun, pastu aku nampak moto aku, hancus. fine takde la hancus mane. first thing aku fikir. ah!! moto aku!!

then makcik yang dilanggar aku tu dah attack aku dulu. bukan nak tanye aku okay ke tak. dia suruh aku bayar terus dan2 tu jugak. dah la blur2 time tu. adus. makcik ni memang takde hati perut la. same2 melayu kot. agak la, orang baru lepas accident dia nak terus attack aku. kalau time tu otak aku waras lagi memang dah kene sembur dah makcik ni. bukannye teruk sangat pun kete dia. just kemek sikit je kat tayar belakang belah kiri. tak pecah pun lampu tu. huh naseb baik time tu aku cam pening2. aduh. makcik. kau tak boleh nak sabar ke. aku bukan tak boleh bayar laa. kau ingat aku ni sengkek sangat ke. aku dah cakap dah tunggu mak aku sampai, baru setel. nasib baik ayah hazimah datang cepat. dia yang tolong setelkan kan. terima kasih pakcik. kalau takde pakcik memang dah lame saya hempuk makcik tu dengan carrier saya yang dah tercabut tu. hehe.

naseb lah takde kereta rempuh aku dari belakang. kalau tak dah arwah dah kot aku. and and naseb lah jugak aku tak terheret ke hape ke, kalau tak habeslah muka aku calar. dan dan, terima kasih kepada helmet yang disahkan sirim, my head was fine. tak de rase cam nak pecah ke hape ke. fuhh -.-"

fine, lepas tu gi hospital. amek darah, x-ray, ultrasound sume. alhamdulillah. doktor kate okay je. takde patah mane2. just calar2 camtu je lah. zimah pun okay je. balik umah dari hospital dalam kol 9. sumpah lame gila aku kat hospital tu. lem nak mam wa cakap lu. sabar je lah. then pharmacist tu bagi aku ubat panadol?? watde???!! aku tak makan pun. malas lah aku. then bagitau sesapa yang patut tau. kene soal siasat lagi. pastu tido lah.

besok nye aku tanya hazimah, sama ada dia ingat ape2 tak secara detail pasal semalam tu. then dia kate as a pembonceng, kompom la tak tengok depan sangat kan. pastu dia kate aku cam jerit ke hape ntah, tu yang buat dia tengok depan. dia kate aku sempat brek tangan and then kami rempuh lalu jatuh. haha. camtu lah cite nye. but sumpah aku tak hengat aku ade brek weyh. adoyy. hilang sudah ingatan aku. heh.

mari kita lihat keadaan moto aku yang amat hancus tu ::

>>> cuba perhatikan betul2,
- carrier aku tercabut *camne leh tercabut pun aku taktau laa
- cermin sisi belah kanan pun tercabut *tapi tak pecah pun pelik kan
- yang kat tayar tu nampak tak. aku pun taktau camne boleh jadi padahal aku jatuh belah kanan.
- cover set ade yang pecah2 sane sini

















>> cover set ku yang sudah pecah dan besi yang kat tayar yang dah terkeluar dari landasan.

erk -.-" agak teruk keadaan moto aku ni. dekat seribu jugak la aku rase kalau nak repair. aduss. then tambah dengan makcik tu punye kete lagi da dekat 4rat sebab dia nak cat sangat kan. hamek la kau. nak sangat kan. kira2 2ribu jugak la aku hanguss kat situ. takpe lah. bak kate sape ntah, pengalaman hidup. things that doesn't kill you makes you stronger. urgh. sape ntah yang mengeluarkan kata2 tu. ngek betul. lagi wat aku lembik ade laa. aduss. aku tak rase aku boleh bawak moto. tapi, ntah la. boleh kot. harapan aku yang nak tukar cover set baru tercapai, but aku takdelah terpikir nak tukar sangat sampai kene wat cmni. adoy la. kalau cmtu aku lebih rela tak tukar cover set la dari aku menanggung kesakitan yang amat mendalam, baik fizikal mahupun mental. urgh. sakit jiwa aku fikir pasal ni.


PENGAJARAN :: sila JANGAN jadi macam aku ye adik2. bawak kenderaan dengan berhati2. pandu cermat jiwa selamat


notakaki :: ade ke patut manusia tu gelakkan aku kaw2 bila dengar aku accident. mangkuk betul laa. bukan nak simpati ke hape. huh!



i've learned my lesson,
~unlimited love~

25 April 2011

ucApkanLah

hello hello hello :)
hoi perempuan kau dah takde agama ke?!
erk. -.-" maaf.
assalamualaikum :)

haha. dialog yang amat pelik kan. takpe2 aku faham. aku memang pelik pun. LoL. ape2 pun aku baru perasan yang aku memang tak pernah nak bagi salam dekat semua entry yang aku tulis. perasan tak? perasan tak? haha. sebenarnya penting ke tak eah salam tu. erk. aku pun tak tau laa. hehe. btw, pabila aku merantau di alam b
log atau dalam istilah modennya 'blogwalking' , *aku lagi suka blogwalking sebenarnya daripada tulis sendiri. hehe aku selalulah jugak baca ucapan salam ni sebelum diorang memulakan hasil karya agung diorang tu.

persoalannya di sini, patutkah kita menjawab salam yang diberi atau baca begitu sahaja dan buat2 macam takde ape2? macam pelik je kan
tibe2 nak jawab salam padahal dia tulis je pun. samalah jugak kalau time kita texting orang. orang tu bagi salam dalam bentuk perkataan then haruskah kita menjawabnya secara lisan? *jawab dalam text tu memang wajib lah kot

begitu juga yang terjadi apabila kita melihat rancangan di kaca televisyen yang pada pengakhiran rancangan tersebut pengacara akan mengucapkan salam. alah kalau taktau sangat kau tengok berita kompom dia bagi salam tim
e akhir2 tu. atau pun kau tengok je anwar hadi kesayangan aku tu,*hehe dia pun bagi salam jugak time dia nak habiskan video dia.

pada pendapat aku, diulangi, PENDAPAT AKU, dah menjadi kewajipan muslim dan muslimah untuk menjawab salam tak kiralah sama ada secara lisan mahupun tidak. kalau nak jadikan lagi efektif, time kau tulis ASSALAMUALAIKUM
tu kau cakap dalam hati, nak jawab ke tak itu terpulang kepada sesiapa yang menjuenguk blog kau tu. haha. faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan ni. adoi. ye aku tahu ayat aku amat berbelit dan memeningkan untuk dibaca. tapi kau buat2 paham jelah ye. penat aku nak menerangkan. dan bila kau terasa kau dah menjenguk blog orang lain atau tengok tv dan pengacara tu bagi salam, kalau tak nak jawab kuat2 dalam hati pun bolehh.

oh ya. aku nak kongsi ilmu yang aku baru dapat mengenai ucapan salam ni. semua orang tahu yang bila si pemberi salam mengucapkan sala
m kita disunatkan menjawab salam yang lebih panjang daripada si pemberi salam *see, sapa kata islam susah, jawab salam pun dapat pahala tau :p

assalamualaikum >>>>> waalaikummussalamwarahmatullah

assalamualaikumwarahmatullah >>>>> waalaikummussalamwarahmatullahhiwabarakatuh

assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh >>>>> waalaikummussalamwarahmatullahhiwabarakatuh wamaghfiratuh waridwanuh


fuhhh -.-" panjangkan. tapi best lah sebenarnya. kalau tak tau ucapan sebenar dia tanya lah guru agama yang terdekat, sebab aku tau aku eja pelik. aku dah sehabis mungkin memastikan ejaan tu betul2 dengan ucapan. kalau salah tolong betulkan ye.

konklusinya :: rajin2lah bagi salam tidak kiralah dalam bentuk apa pun :)


tiba tiba terasa dirini alim lah pulak, hehe :)
~unlimited love~

12 April 2011

eNciK tEriMa kAsiH dan ciK sAmA-saMa

haritu ada sorang makcik ni datang kedai bawak anak dia. pergh. dah la encem. tough plak tu. cair doe. hehe. ingatkan datang nak beli barang ke ape ke, rupe2nye nak pinjam pen. haila. -.-" wat suspen la mkck ooi!!

okay dah lari topik. muka agak brutal la. dia isi borang untuk bank rakyat yang kat depan kedai aku tu ha. ntah hape benda ntah. sejak akhir2 ni aku tengok ramai benar orang datang situ. hurmm. musykil2. sambil isi borang tu dia merungut2 kat mak dia. buang mase je katanya buat mende2 sume ni. cam agak bengang gak la ngan mak dia. tp lepas dia habis isi borang tu dan nak pulangkan balik pen, dia ucap terima kasih :) sweet je kan. hee.

okay. ni bukan cerita aku sebenarnya. ni cerita hazimah sebab time tu aku kat belakang. hehe. berbalik kepada topik yang sepatutnye dibincangkan, kenapa eah agak2nya aku membuat perbandingan yang sebegitu rupa. maksud aku kenapa ENCIK TERIMA KASIH dan CIK SAMA-SAMA? fikirlah. fikirlah.

sebab aku rasa TERIMA KASIH ni agak selalu kita dengar, macam lelaki yang selalu dok swit2 perempuan kat tepi jalan tu ha. kan selalu tu. SAMA-SAMA plak agak jarang kita dengar, macam perempuan yang malu2 kucing time laki dok swit2 diorang. betul tak. haha. tu ape yang aku rasa laa. diulangi. tu hanyalah pendapat aku ye adik2. :p

selalunya kalau orang cakap TERIMA KASIH korang cakap SAMA-SAMA tak? mesti jarang GILAA kan. kan. ye. aku tau sangat sebab aku pun jarang jugak nak cakap SAMA-SAMA ni. kadang2 senyum je. ada masanya aku tak cakap ape pun. lagi buat muka blur ade la. hehe. maaf ye kalo kot2 aku ade terbuat kat korang. bukan sengaja. dah muka aku memang blur nak wat camne kann. hehe.

pernah rasa tak perasaan kalau kau ucap TERIMA KASIH but then orang tu tak cakap ape2 pun. senyum pun tak. boleh plak orang tu buat muka blur macam yang aku slalu buat *hehe. ape perasaan anda pada saat dan ketika itu. ada orang yang tak kisah, tapi macam mane kalau time tu korang agak sensitif dan desperate sangat nak dengar orang cakap SAMA-SAMA. ha. ape lu rase. okay mesti bengang gila kan. camtu la orang lain rasa bila korang tak nak ucap SAMA-SAMA. ada faham.

maka, dapat dikonklusikan di sini bahawa, saya ingin menyeru kepada orang ramai agar jangan memisahkan hubungan di antara ENCIK TERIMA KASIH dengan CIK SAMA-SAMA. dalam bahasa yang lebih mudah difahami, kalau orang cakap TERIMA KASIH kau cakap la SAMA-SAMA. ade faham.. bgus. sejuk perut mak mengandung, eheh.



sekian, terima kasih :)
~unlimited love~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...