hoi perempuan kau dah takde agama ke?!
erk. -.-" maaf.
assalamualaikum :)
haha. dialog yang amat pelik kan. takpe2 aku faham. aku memang pelik pun. LoL. ape2 pun aku baru perasan yang aku memang tak pernah nak bagi salam dekat semua entry yang aku tulis. perasan tak? perasan tak? haha. sebenarnya penting ke tak eah salam tu. erk. aku pun tak tau laa. hehe. btw, pabila aku merantau di alam blog atau dalam istilah modennya 'blogwalking' , *aku lagi suka blogwalking sebenarnya daripada tulis sendiri. hehe aku selalulah jugak baca ucapan salam ni sebelum diorang memulakan hasil karya agung diorang tu.
persoalannya di sini, patutkah kita menjawab salam yang diberi atau baca begitu sahaja dan buat2 macam takde ape2? macam pelik je kan tibe2 nak jawab salam padahal dia tulis je pun. samalah jugak kalau time kita texting orang. orang tu bagi salam dalam bentuk perkataan then haruskah kita menjawabnya secara lisan? *jawab dalam text tu memang wajib lah kot
begitu juga yang terjadi apabila kita melihat rancangan di kaca televisyen yang pada pengakhiran rancangan tersebut pengacara akan mengucapkan salam. alah kalau taktau sangat kau tengok berita kompom dia bagi salam time akhir2 tu. atau pun kau tengok je anwar hadi kesayangan aku tu,*hehe dia pun bagi salam jugak time dia nak habiskan video dia.
pada pendapat aku, diulangi, PENDAPAT AKU, dah menjadi kewajipan muslim dan muslimah untuk menjawab salam tak kiralah sama ada secara lisan mahupun tidak. kalau nak jadikan lagi efektif, time kau tulis ASSALAMUALAIKUM tu kau cakap dalam hati, nak jawab ke tak itu terpulang kepada sesiapa yang menjuenguk blog kau tu. haha. faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan ni. adoi. ye aku tahu ayat aku amat berbelit dan memeningkan untuk dibaca. tapi kau buat2 paham jelah ye. penat aku nak menerangkan. dan bila kau terasa kau dah menjenguk blog orang lain atau tengok tv dan pengacara tu bagi salam, kalau tak nak jawab kuat2 dalam hati pun bolehh.
oh ya. aku nak kongsi ilmu yang aku baru dapat mengenai ucapan salam ni. semua orang tahu yang bila si pemberi salam mengucapkan salam kita disunatkan menjawab salam yang lebih panjang daripada si pemberi salam *see, sapa kata islam susah, jawab salam pun dapat pahala tau :p
assalamualaikum >>>>> waalaikummussalamwarahmatullah
assalamualaikumwarahmatullah >>>>> waalaikummussalamwarahmatullahhiwabarakatuh
assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh >>>>> waalaikummussalamwarahmatullahhiwabarakatuh wamaghfiratuh waridwanuh
fuhhh -.-" panjangkan. tapi best lah sebenarnya. kalau tak tau ucapan sebenar dia tanya lah guru agama yang terdekat, sebab aku tau aku eja pelik. aku dah sehabis mungkin memastikan ejaan tu betul2 dengan ucapan. kalau salah tolong betulkan ye.
konklusinya :: rajin2lah bagi salam tidak kiralah dalam bentuk apa pun :)
tiba tiba terasa dirini alim lah pulak, hehe :)
~unlimited love~
~unlimited love~
2 comments:
sokong sokong!!!errr....assalamualaikum :)
@nikman malek
waalaikummussalamwarahmatullah :)
Post a Comment