Showing posts with label random things can do good. Show all posts
Showing posts with label random things can do good. Show all posts

01 January 2014

Selamat Dua Ribu Empat Belas!

Assalamualaikum
Walaikumussalam :)


Hey there! Aloha! Oh yeah! It's new year and my age is added one more year. sigh I'm getting old day by day. Nonetheless! I should just enjoy and go with the flow. Am I right? Oh, sure I am. keke

I never celebrate new year anyway. Let's just proceed to the wishes. or hope or azam? This year, will not going to be many because, well you know, lesson learnt? keke So, here we go!

MY 2014 WISHES

1. Get in the dean list.

2. Loss weight and maintain it.

3. Be happy.

So, yeah! That's it! That is my 2014 wishes. My wishes sure get mature by the year isn't it? Not some bunch of crap anymore. Oh, I'm so proud of myself. pat my own head
Happy two thousand fourteen everyone! 
and may the odds be upon your favor.
- amira_hasrori -

31 December 2013

2013 Post-Mortem

Assalamualaikum
Walaikumussalam :)

Memandangkan dua ribu tiga belas sudah hampir ke penghujung, aku terasa macam nak buat post-mortem on my 2013 Wishes and 2013 Wish List. So, here we go!

MY 2013 WISHES

1. To be happy with my family and friends. Checked!
My relationship with my family, especially, is getting better towards ending of this year and I hope we will be a one happy family till jannah, insyaAllah :)

2. Dapat JPA scholarship #insyaAllah Failed :(
Memandangkan result sem 2 aku yang teruk gila, menjunam jatuh ke gaung wa cakap lu, jadinya peluang nak mintak scholar tu pun aku kuburkan sajelaa. InsyaAllah, sem ni mungkin?

3. Gain many friends, nak tambah network hihi  Checked!
Errmmm, since aku join a forum and made friends there, so it still counts la kan? Even virtually pun? So, yeah! Success!

4. Menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang cewaaahh In progress?
Ehem, yang ni memang tak boleh nak kata apa lah kan. Tunggu je lah result time grad nanti. kekeke

5. Tingkatkan ilmu, kurangkan bergosip hikhik In progress?
Yup, yang ni pun sama jugak. On going process sebenarnya. hiks

6. Maintain berat badan :p Failed :(
Guess what? Berat aku dah naik and I'm not happy with that. Yup, I need to diet. And exercise too.

7. Matangkan diri sendiri In progress?
On going process too. But I feel that I'm more mature that last year lah kot. That's a good thing kan?

8. Kurangkan sifat panas baran dan banyak bersabar okay, ini sangat susah Checked!
This one, aku noticed aku dapat kawal la sedikit sebanyak perasaan marah aku tu. Tapi kalau time PMS faham-faham jelah. hehe

9. Dapat jadi fasi untuk MJM sesi 2013/2014 Failed :(
Failed the interview sobs :'(

10. Jadi senior yang disenangi junior hikhik In progress?
Setakat ni tak jumpa lagi junior sebenarnya. Tak tahu lah kenapa, this year tak buat program dengan junior. MKT terlepas pandang agaknya. Hmmmm, so, on going process?

11. Dapat jadi seorang yang outstanding sikit ini sangat propa :P Failed :(
deep sigh Aku failed tiga interview this semester, and so yeah. Malu la jugak nak jumpa orang-orang yang menginterview aku tu, even aku tau diorang mesti takkan ingat aku punyalah. Yelah, tak outstanding, macam mana nak lepas interview kan? sigh

12. Nak dapat blackbelt in taekwando yeahh Failed :(
Pergi kelas pun tak, nak dapat blackbelt cenggana? kekeke

13. Keep this relationship till jannah #insyaALLAH ayat cliche sangat! Failed?
Jap, relationship apa eah? o.O Hmmmm. Entah. haha Who am I kidding?! Okay, okay, I admit it. I was STUPID, I WAS stupid and I'll NEVER be stupid again. Thank God now, I'm not stupid anymore. Lesson learnt and I'm grateful for that. My life is now even happier. So, this is considered a success? Failed? haha Lu pikir la sendiri noks!

MY 2013 WISH LIST

1. Sweater Checked!
My sister gave it to me, since dia tak pakai and since aku pun memang nak sweater, so aku ambik jelah. And it was lovely! 

2. Selipar dalam bilik Failed :(
Tak jumpa yang comel, so aku tak beli >.<

3. Table lamp Failed :(
Memandangkan dah tukar bilik and tak memerlukan jadi tak perlu beli. Still aku nak jugak satu. hehe

4. Norman Baby Blue from Sometime Boutique Checked!
First item yang aku beli dalam wish list aku ni hah. And proud to have it :)

5. Hard disk Checked!
Buy one on my on and using my own money. So proud to have one. Tapi macam tak cukup je sebab yang ada ni pun dah almost penuh. Have to buy one more. eheh

6. Ipod touch 4th generation Failed :(
Don't have the money. Me is so pathetic. sigh

7. Samsung Galaxy S3 Failed :(
Ya ya, I know. Now I want to buy S4 or even considered an iPhone. keke Just want a new phone actually. And yeah, Puan Mama dah approve nak beli next year. Using my own money of course =.=

8. DSLR Camera Failed :(
This one memang tau dah takkan dapat dalam dua tiga tahun ni. But sekarang tengah gigih mengumpul duit nak beli. Kak Long dah beli dah, and memang tak lah dia nak kasi orang sentuh dia punya gadget kan. So yeah, definitely have to buy on my own.

Okayyyy, so that was it. Banyak yang failed daripada success. Maybe I should lessen on my wish and actually start doing them. And by doing them like seriously DOING them! So, that's how I sum up my 2013. How about yours?
May Allah bless us in the future :)
- amira_hasrori -



01 November 2013

Dr Phil's Test

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hai kawan-kawan! Pernah dengar pasal Dr. Phil's Test tak? Aku pun tak pernah dengar pasal benda ni. Haritu ada one of my friends on fb buat test ni and it seems interesting to me so aku pun try la buat.

This is like a personal test and you can know what kind of person you really are. Enjoy and have fun! :D

Dr Phil Test from VistaComm
I'm sensible, cautious, careful and practical, haha.
- amira_hasrori -

18 October 2013

R.I.P

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Terima kasih kerana telah memberi khidmat yang baik kepada aku selama 8 bulan 13 hari. Jasamu dikenang.

RIP Blue purse
now everyone should know what I want for my birthday right? n.n
- amira_hasrori -

16 September 2013

Weekend Getaway

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

* Get ready for photo spamming in this entry :D

Memandangkan weekend takde buat apa-apa dan tersangat bosan, jadi aku saja-saja la post kat dalam group Rawr Family kat fb.
Tak sangka post yang saja-saja tu mendapat sambutan pulak. Semua duk komen, nak gi mana? Bila? Padahal aku saja je post. Tak berniat pun nak betul-betul pergi. So, in the end aku bagi suggestion, "pergi Lata Tembakah jom?!" And hell yeah, here we go. The most awesome weekend I've ever spent in UMT began. 

Perbincangan yang mencecah beratus-ratus komen kat fb. Mula-mula ingat nak pergi hari Isnin (16 Sept) sebab hari Sabtu (14 Sept) the girls kena cucuk third dose HPV vaccine. But then the boys pulak tak nak. Tak nak tangguh-tangguh katanya. So, kitorang pun decided untuk ponteng vaccination, instead, we will go next week. hehe Nakal sungguh budak-budak ni tau. Therefore we've decided to go on 14 September which is last Saturday.

Memandangkan Nana tak ikut, so the girl muat satu kereta jelah, and the boys naik kereta Pidot. Kitorang sewa kereta Viva sehari RM90 fulltank RM60 tapi kitorang isi RM30 je sebab kereta tu ada dua bar dah. hehe Remember to ask the orang kereta sewa, nak kereta yang elok untuk berjalan jauh so that nanti takde la problem apa semua. Alhamdulillah, kereta yang kitorang naik tu selamat pergi dan selamat sampai balik UMT :)

Makan dalam kereta sebab kebuluq, tak breakfast punya pasal. Special thanks to Chibi yang sponsor nasi lemak sebungkus kongsi lima orang. hehe

Singgah rumah Faqih kejap, ambik barang untuk barbecue sebelum bertolak ke Lata Tembakah. wee~~

Pidot excited dengar nenek Faqih berborak dalam bahasa Ganu. haha

Posing depan kereta baru Pidot.

Dua makhluk Tuhan yang paling excited jumpa air.
Barbecue time!
Ayam dan sosej, nyum nyum!





Sebenarnya tengahari tu hujan. So kitorang stop untuk lunch kejap. Then, bila hujan dah reda, kitorang masuk dalam air balik. Memang puas gila dapat mandi dari pagi sampai petang. Rugi tak datang. Bayaran masuk RM2 untuk dewasa; RM1 untuk kanak-kanak. Tahun lepas tak kena bayar lagi, start tahun ni yang ada entry fees apa semua tu. Tapi yang tak best, toilet dengan tempat persalinan baju dia sangat la low class you! Ingat nak buat feedback haritu tapi tak jadi sebab nak balik cepat. Nanti sesapa yang sampai kat sana, cakap kat pak cik yang kutip duit tu supaya upgrade toilet dengan tempat persalinan and surau sekali ye. Mekasih :)

Kepenatan, lalu tertidur. haha
Sayang sangat dekat kereta hah, baru kotor sikit dah kena mandi.

On the way nak balik tu singgah kat satu port ni, tak tahu la nama tempat tu apa. Dan kami ber-camwhore-ing di situ. hehe





Comel kan saya? hehe Chibi takde dalam gambar ni, wuwuwu~~







Balik tu singgah kat Masjid Ulul Albab dekat Jerteh. Menariknya masjid ni, the whole masjid is made from wood. Sangat cantik. Tapi disebabkan hari pun dah gelap, nak maghrib dah, so takde la nak ber-camwhore-ing kat masjid ni. Lagipun sangat lah tidak proper kan. 

Actually sampai UMT dalam pukul sembilan plus plus, tapi sebab kitorang nak singgah Mydin so, extend jelah sewa kereta tu jadi sehari. Kalau tak, nak amik half day je. Lepas shopping kat Mydin, beli dinner, then decided untuk lepak makan dekat waterfront. Best sebab angin dia yang menusuk kalbu tu. Maybe sebab waktu tu nak hujan lah kot. Tu yang angin sejuk je tu. Gambar takde sebab muka time ni selebet gila. hewhewhew Lepas makan tu, round bandar. Lambai-lambai orang kat tepi jalan. Serious takde kerja. haha Then lalu depan pengantin yang buat photoshoot. Kitorang expect nak lalu slow-slow but then Ssha buat kerja gila, dia pergi stop betul-betul depan pengantin tu hah. Dah tu, tak tahu nak buat apa, jerit kuat-kuat, "Selamat Pengantin Baru!" dekat diorang pastu terus blah. Adoy, mendebarkan betul. Pengantin laki watlek watpis je cakap thanks, pengantin perempuan, malu-malu kucing, senyum je. huhu

It was a whole new experience for all of us. First time kot merayap malam-malam kat Ganu ni hah. Tapi Ganu kot, what do you expect? Malam-malam memang takde orang sangat pun. Kedai pun semua dah tutup. Then, decided to balik UMT sebab minyak pun dah kelip-kelip ku sangka api hah.

Like seriously setakat ni, the best memories I've made dekat UMT ni. Hope there will be another moment like this in the future, and our friendship will last forever. InsyaAllah :)

Looking to the future!
*My most favorite picture plus the one in the previous entry.*

Together we're strong!
Lot's of love,
- amira_hasrori -

Making Memories

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

The day before yesterday (kelmarin), disebabkan takde kerja nak dibuat dan dah muak nak tengok cerita, and it was too early to go to bed. So I decided to tengok semua gambar dalam album yang dekat laptop aku ni. Dari zaman Sabda, ke zaman Palam sampai la zaman UMT. Rindu waktu waktu tu. So, I was wondering whether I will miss UMT kalau dah habis belajar nanti. And was hoping to make beautiful memories too. Tak sangka a simple post on fb can make my dream? come true :)
love making memories with you guys
rawr family forever <3
- amira_hasrori -

15 April 2013

Kimbap Time!!!

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.


Gara-gara nak makan sushi punya pasal, aku pun bertungkus-lumus la nak buat kimbap ni. Kenapa tak makan kat Sushi King? Sebabnya, kak long aku cerita, waktu dia nak makan kat Sushi King dengan adik aku haritu, pekerja kat Sushi King tu sendiri yang bagitau dia ada campurkan sake (arak Jepun) dalam nasi yang ada kat sushi tu. Erk, jadi aku dah termakan la benda alah tu. Nasib baik tak mabuk. huhu Jadi, kepada semua yang pernah makan kat Sushi King, marilah sama-sama kita buat solat taubat untuk meminta keampunan daripada-Nya.

Apa beza kimbap dengan sushi? Sushi sebenarnya nama general untuk makanan Jepun, tapi kalau kimbap, iaitu makanan Korea, memang yang nasi, dengan nori pastu dia roll, macam ni.

my kimbap :) gambar tak jelas sebab pakai phone je.

So, dah ready nak buat kimbap? Jom! Resepi asal di ambil dari [sini]

Bahan-bahan
Beras sushi
Cuka masakan jangan cuka getah pulak
Gula
Garam
Nori (seaweed)
Telur
Lobak
Timun Jepun
Crabstick
Tuna
dan apa-apa yang sedap dimakan :)

Cara-caranya

1. Masak nasi macam biasa. Satu cup beras kena dua cup air. Aku buat dua cup dapat la dalam lima roll. Kalau nak makan sensorang satu cup cukup la.

2. Lepas nasi masak, campurkan 2 sudu besar cuka, 2 sudu besar gula dan garam secukup rasa. Waktu gaul nasi tu rasa la sikit-sikit. Tambahkan bahan-bahan tadi sampai rasa sedap. huhu

3. Letak nasi atas nori (seaweed). Tinggalkan lebih kurang satu inci dekat hujung. Sapu kicap atau mayonis. step ni aku lupa nak buat =.=

4. Then letak la bahan-bahan yang korang dah prepare tadi.

5. Dengan menggunakan tikar sushi, gulung dari hujung yang ada nasi tu, sampai hujung yang takde nasi. #eh

6. Basahkan pisau yang tajam dan potong.

7. Makan sampai perut kembung :D

Tips

1. Kalau takde tikar sushi, gulung pakai tangan macam biasa pun boleh, tapi sangat digalakkan untuk ada la tikar sushi tu.

2. Waktu nak letak bahan-bahan tu, jangan banyak sangat, nanti susah nak gulung. Kimbap akan jadi terlampau besar dan tak boleh nak tutup kat penghujung tu. Nanti tak jadi bulat.

3. Jangan tekan kimbap waktu nak potong sebab nanti dia jadi penyek. Sebab tu kena pakai pisau yang tajam. Pisau akan memotong kimpab tu dengan sendirinya.

4. Goreng telur macam goreng telur dadar biasa, dan potong panjang-panjang. Lagi sedap kalau goreng pakai olive oil. Carrot dan timun jepun tu kalau nak stir fry pun boleh, tapi jangan sampai masak sangat, sebab nak ada rasa rangup tu. hehe


Boleh la cuba buat dan dihidangkan waktu raya untuk menggantikan lemang yang terlampau amat mahal tu hah. Boikot penjual lemang mahal! hewhewhew

till then :)
- amira_hasrori -

19 March 2013

Blogger = Da'ie

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Heyyo! Haritu ada terbaca satu artikel ni dari buku Batu-Bata Kehidupan by Hilal Asyraf, dia ada cakap pasal blogger sama dengan da'ie. Mestilah menarik minat aku sebabnya dah tentu-tentu la aku ni blogger kan, even tak la sefemes Maria Elena or Fatin Liyana kannn.

Dalam artikel tu dia cakap pasal menyebarkan dakwah melalui blog. Jadi aku pun tertanya-tanya dalam hati, macam mana nak buat? Aku bukannya ada banyak ilmu sangat pun nak berdakwah kat orang. Jawapan aku terjawab bila aku baca dalam artikel tu jugak.

Senang je nak berdakwah melalui blog ni. Kalau macam aku, aku suka tulis apa yang terjadi kat sekeliling aku, then nanti kaitkan apa pengajaran yang aku dapat haritu dan hubungkan dengan Allah swt. Senang je. InsyaAllah aku akan cuba laksanakan. Harapnya berjayalah kan.

Aku harap bila aku cuba berdakwah nanti, orang dapat terima apa yang aku tulis, dan semestinya bila aku ada melakukan kesalah, sila-silalah tegur. Ya, aku masih dalam proses untuk penambah-baikkan diri sendiri. Nak berubah itu senang. Like seriously senang, yang susahnya tu adalah beristiqomah, atau dalam bahasa Melayunya, berterusan. Itu lah yang aku alami sekarang. Harap Allah swt dapat tunjukkan jalan yang terbaik untuk aku dan kita semua. Aminnn.

Pernah baca kat mana tah, sesungguhnya manusia sukakan perkara yang baik dan menyukai perkara yang baik itu adalah fitrah. Kemudian, ia terserah kepada orang tersebut untuk bergerak ke arah kebaikan atau hanya memandang kebaikan itu dari jauh sahaja. Okay, ayat yang last tu aku reka sendiri. muehehe

Betul lah tu. Aku perasan jugak sekarang ramai yang nak berubah ke arah kebaikan. Semoga maju jaya. Dan kawan-kawan yang belum ada seru kononnya tu, kalau kawan kita berubah ke arah kebaikan, walaupun kita tak suka, jangan lah perli-perli atau kutuk orang tu. Sat lagi tak jadi pulak orang tu nak berubah. huhu

Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah swt. Dan perlu diingati juga, hidayah Allah swt itu perlu dicari :)

quote for today :)

marilah mencari cinta Allah :)
- amira_hasrori -

28 January 2013

Hansel and Gretel : Witch Hunters

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam


Have you ever heard the story about two siblings ; a boy and a girl; being left in the wood by their parents. And then they found a candy house, which there is a witch inside. Yeah, that story, the fairy tales we used to read when we are five years old. And now, here I present to you the new Hansel and Gretel.

the trailer

Kinda cool kan? Aku tengok cerita ni dengan my older sister. Cool gila! Seronok dan berbaloi dengan harga tiket yang mahal. huh! Nasib baik best. Cerita ni mengisahkan Hansel [Jeremy Renner] dan Gretel [Gemma Aterton]; dua beradik yang menjadi pemburu ahli sihir. Mereka start jadi witch hunters selepas ditinggalkan oleh ayah mereka dalam hutan. Time kat hutan tu, mereka jumpa satu candy house, dan macam cerita fary-tale yang kita selalu dengar, dalam tu ada witch yang cuba nak makan diorang. Tapi diorang berjaya menyelamatkan diri selepas membunuh witch tu.

Selepas dari kejadian tu, diorang jadi famous dengan gelaran witch hunters. Maka, nak dijadikan cerita, diorang sampai kat satu kampung ni yang ramai budak-budak dah hilang. Jadi mereka pun mulakan siasatan mereka. Tapi, penyiasatan mereka ni dihalang oleh sherif kat kampung tu. Cerita ni di tahap klimaks bila diorang dapat tahu, ketua witch tu nak buat sesuatu pada malam Bloody Moon. 

Dah, malas nak cerita panjang-panjang. Bagi aku cerita ni best sangat-sangat. Suka dengan watak Gretel yang cool, walaupun cantik, tak control cun, macam aku la tu. hehe Yang lawak dalam cerita ni pulak sebab si Hansel tu ada kencing manis, kena suntik insulin mengikut waktu yang ditetapkan, kalau tak mati. kahkahkah Apa-apa pun aku bagi 5 bintang untuk cerita ni. Kira full marks la ni. Jadi apa lagi? Pergi la menonton Hansel and Gretel : Witch Hunters di wayang berdekatan dengan anda. hikhik Cerita ni rated 18 so tak payah la nak bawak bebudak pergi tengok cerita ni. Nanti tak tidur malam pulak bebudak tu. hikhik Kalau dah tengok cerita ni baru korang faham kenapa cerita ni rated 18 ye.

rasa macam nak tengok lagi, hihi
- amira_hasrori -

25 January 2013

The Perks Of Being A Wallflower

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Hey there peeps! Ini merupakan percubaan pertama aku untuk buat review cerita dan cerita pertama yang di pilih ialah The Perks Of Being A Wallflower. weehoo~ tepuk tangan Aku dapat tahu kewujudan cerita ni selepas baca review novel oleh blogger blog usang lagi bersawang. Cerita ni based on novel dengan tajuk yang sama.

the novel [source]

Aku sangat tertarik dengan cerita ni lepas baca review novel ni. Baru aku perasan yang aku sangat minat dengan cerita bergenre macam ni. Okay, okay. Aku rasa aku dah patut start review pasal cerita ni kan. hikhik

Watak utama bernama Charlie [Logan Lerman], seorang yang baru nak masuk high school. Kira macam freshie lah ni. Dia ni seorang yang depressed, takde kawan langsung pun. Watak yang lain Sam [Emma Watson] dan Patrick [Ezra Miller], senior dekat sekolah tu. Basically masing-masing ada masalah sendiri. Charlie dengan masalah depressing sehingga halusinasi dan hear voices, Sam dengan always falling in love with the wrong person and Patrick dengan oh, figure out sendiri nanti okay. Nak bagi suspens sikit. hihi Kehidupan Charlie berubah selepas berkenalan dengan Patrick dan seterusnya Sam yang sedikit sebanyak membina confidence dalam dirinya sendiri.

Cerita ni berjaya sebab penulis dan pengarah filem ni adalah orang yang sama. So, cerita dia takde lah lari sangat daripada novel dia. Walaupun aku dah tengok cerita ni, aku still nak jugak beli novel dia, kalau jumpa lah. hehe Tapi kan, salah satu faktor aku suka cerita yang bergenre macam ni sebab aku rasa aku boleh faham watak utama. You know what I mean kan. huhu Well, apa-apa pun aku bagi 4 daripada 5 bintang. Bravo!

I have no idea bila cerita ni tayang kat wayang, hewhew

nota kaki : First time ever buat review filem. macam tak berjaya je, huhu

we accept the love we think we deserve
- amira_hasrori -

20 January 2013

My 2013 Wish List

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hai, hai. Rasanya masih tak terlambat lagi kan nak buat wishlist untuk tahun ni kan. Mesti ada yang tertanya-tanya. eh, ada ke? heh Kan, haritu dah buat wishlist, kenapa ada lagi. Haa, untuk pengetahuan semua, wishlist haritu adalah untuk apa yang aku patut lakukan dan penuhi pada tahun ini. Kalau mampu lah. Dan wishlist yang kali ini adalah dalam bentuk material. Aku ni, kalau korang nak tahu, jenis yang suka beli hadiah untuk diri sendiri. Yelah, dah takde sapa nak bagi hadiah untuk aku kan. Jadinya, kalau ada apa-apa pencapaian yang aku rasakan patut menerima hadiah, makanya aku akan berikan hadiah untuk diri sendiri. Yeay me! 

Oh, no no no. I'm not a pathetic. Menurut kajian, seseorang yang memberikan hadiah untuk dirinya sendiri patut diberikan pujian kerana dia adalah seorang yang tidak terlalu mengharapkan orang lain dan pandai berdikari. Beliau juga adalah seorang yang cun melecun, genius dan baik hati orangnya. Oh, yes, kajian ni dibuat oleh aku. hikhikhik Takdelah, daripada mengharapkan orang lain bagi kita hadiah, as if kita buat sesuatu benda tu semata-mata nakkan hadiah, lebih baiklah kita buat sesuatu tu dengan bersungguh-sungguh dan reward diri sendiri selepas itu. Reward diri sendiri di sini bukanlah bermaksud hadiah yang fancy-fancy gitu, yang simple-simple seperti makan chicken chop dan bermain game sehari suntuk pun dah mencukupi bagi aku. Aku la, orang lain yang mampu dari segi kewangan tu, atas diri dia la nak buat macam mana pun kan.

Wishlist ni kalau tak berjaya di capai pada tahun ini, akan di bawa pada tahun hadapan pula. hikhik Boleh pulak buat macam tu eah? Eh, mestilah boleh. wink Mari kita mulakan. Satu dua tiga go!

1. Sweater. (checked: 05082013 PINK!) Varisity pun cantik jugak :D Ya, saya amat memerlukan sweater ataupun namanya dalam bahasa Melayu baju panas, ke baju sejuk? Eh, mana-mana pun boleh lah kan. Memandangkan musim tengkujuh di Kuala Terengganu ini seperti musim sejuk di Ukay rasanya, jadi eloklah kiranya sweater yang di beli lapan tahun yang lalu itu digantikan dengan yang baru. Aku suka yang ada hoodie. Untuk menghalang daripada kesejukan berlaku di kepala. hikhikhik

nak yang purple!!!

2. Selipar dalam bilik. Alah, selipar yang bulu-bulu tu. Aku ni jenis yang tak tahan sangat dengan kesejukan. Plus dengan bersimennya bilik ni hah, sakit kaki aku tahu. Aku tak suka yang tertutup macam selipar kat hotel tu. Aku suka yang selipar macam biasa tapi ada bulu-bulu. Get what I mean? haha Yang lama punya bentuk teddy bear. Comel sangat. Aku start pakai selipar tu time kat Sabda waktu form five kot. Sekarang dah tercabut-cabut dah. So, ini mesti beli, harus beli, wajib beli!

comel! >.<

3. Table lamp. Memandang kan tempat belajar aku agak gelap, jadi table lamp amatlah diperlukan di saat-saat aku mengulangkaji pelajaran. Table lamp tu kenalah yang lampu dia warna putih, bukan warna kuning, kerana lampu berwarna kuning sangat lah tidak sesuai untuk dibuat membaca buku dan bahan ilmiah yang sewaktu dengannya. Kalau boleh nak yang kecik dan boleh dilipat-lipat supaya senang nak simpan. Table lamp ini juga kena ada wayar yang di sambung dekat plug dan bukannya kena cucuk kat lappy pakai USB cable, kerana ini akan melecehkan keadaan saya. ecewah
comel kan, hik hik

4. Norman Baby Blue from Sometime Boutique. (checked) Yang ni dah dapat dah. My first wish yang came true. Happy sangat sangat :D

my new baby si baby blue :DD

5. Hard disk. (checked, 31032013). Dah lamaaa aku nak hard disk ni tapi selalu tak berkesempatan nak beli even banyak kali pergi ICT fair. Reason kenapa aku nak sangat hard disk ni adalah kerana aku ada banyak sangat cerita korea dan movie yang kalau sumbat semua dalam lappy confirm penuh gila dan tak muat. Sayang nak delete cerita yang aku dah pernah tengok sebab aku ni jenis yang suka tengok cerita banyak-banyak kali. hikhik Jadi kalau boleh yang ni kena dapat jugak tahun ni. InsyaAllah.

macam biasa, saya suka yang warna putih, hihi

6. Ipod touch 4th generation. Nak sangat-sangat semenjak tengok Najah beli tahun lepas. Yang ni pengganti kepada kalau-tak-dapat-smartphone-dapat-yang-ni-pun-dah-cukup. hikhik Kalau ada orang belikan sangat-sangat bersyukur. Ada orang nak belikan tak? kelip-kelip mata Setahu aku yang ni ada kaler hitam dengan silver je. Tak tahu la pulak kalau ada yang baru keluar warna putih. Ipod 5th generation memang ada warna putih, tapi aku berkenan yang 4th generation. Tak tahu la pulak kalau yang 5th generation lagi best ke. hikhik Nak warna silver or putih macam kat bawah ni.
nak yang macam niii >.<

7. Samsung Galaxy S3. Ya, ya. Aku tahu. Haritu kata nak Galaxy Ace kan. Oh, come on. Sekarang dah macam-macam yang keluar, tapi aku tak pernah jumpa lagi phone yang se-awesome S3. Aku tahu, aku tahu. Wish yang ni memang takkan dapat dicapai tahun ni. Takpelah, kalau tak dapat boleh postpone ke tahun depan, yedak? Point nya di sini adalah, aku nak phone baru. Tu je. hikhik

nak yang putih putih putih!!

8. DSLR camera. Okayyyy, yang ni memang sangat sangat sangat patut di-postpone. Aku tahu aku takkan dapat capai tahun ni punya. Aim aku, before graduation day, aku dah kena ada sebijik DSLR. Kira ni hadiah ak grad la ni. heee Orang kata Canon lagi okay daripada Nikon. Aku pun tak tahu nak pilih macam mana sebab aku beginner lagi. Jadi tak perlulah nak yang canggih manggih sangat kan. Yang biasa-biasa je dah la. Nanti bila dah pandai guna, baru upgrade sedikit demi sedikit. hewhewhew

kenapa camera takde warna putih :(

Cukup lah rasanya. Nanti kalau banyak banyak sangat nanti tak tercapai pulak. Karang mati, mata terbukak pulop. eh? haha Yelah, orang tua-tua kata kalau orang tu mati, mata dia terbukak maksudnya ada la benda yang dia nak sangat tapi tak dapat. Tu orang la yang cakap, bukan aku yang cakap. huuuu Dah, cukup cukup la merepek tu. Jadi, untuk sesiapa yang baca entry ni, kalau rasa-rasa tak nak mata aku terbukak bila aku mati nanti, tolonglah aku capai impian aku ni ye. eh? hehehe Tengok, kan dah merepek lagi, haisyyyhh.

Semoga aku dapat mencapai keputusan yang cemerlang dan yang sewaktu dengannya supaya aku dapat reward diri sendiri dan pampered myself with these thingy. hiks InsyaAllah :)

So, what's your 2013 wishes?
- amira_hasrori -




08 January 2013

I Feel Good

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

sapu sapu sampah Seminggu menghilang tak update belog ni. Whoaaa rindunyaaaaa. Yelah, bukan sesaja mengabaikan blog ni. Tapi sibuk dengan final exam yang sangat membunuh dengan killer subjectnya. And now its unofficially over!! :D Wait, kenapa unofficial? Sebabnya ada satu minggu gap sebelum the next and final paper. sigh But, who cares kan. Setelah memerah otak selama seminggu berturut-turut, why not take a chill pil and have a break with kit kat selama dua hari kan. hikhik

Lepas habis exam kimia fizik haritu aku pergi ambik my baby kat hepa

 tadaaaa!!!

the front

the back

proud to have this in my wardrobe :D

Dari haritu lagi aku duk tenung website Sometimes tu sampai room mate aku pun kata, kalau nak beli tu beli jelah. hikhik Dan akhirnya aku mengambil keputusan berani mati untuk membelinya. And now my baby has a new home! Yipeee~ Ni pun setelah berfikir panjang and fortunately aku dapat wang sagu hati dari KWSP sempena aku grad dari asasi haritu. So, berbekalkan duit yang ada, makanya aku pun beli lah beg ni guna duit tu. hikhik Alhamdulillah, one of my wishes for 2013 dah tercapai. Lots more to come. Can't wait >.<

Baru-baru ni seluruh negara di gemparkan dengan kedatangan taufan Sonamu yang bakal melanda Jepun dan kemungkinan akan turut rasa biasannya di kawasan Pantai Timur which is to be exact Terengganu dan Kelantan. Alhamdulillah, nothing happened. Dikatakan angin Monsun telah berjaya mematikan angin dari taufan Sonamu tu. Semua boleh berlapang dada dan menjawab exam dengan tenangnya :D

Oh, dan semalam (7 Januari) merupakan hari lahir yang ke dua puluh dua insan tersayang. you know who you are ^.^ Selamat hari lahir awak, semoga Allah memberkati kamu :) Sorry for the late wish. Nah kek. hihihi

happy birthday to you, 
happy birthday to you,
happy birthday to youu~
happy birthday to you :)
tiup lilin

Jeles dengan bebudak course lain sebab dah boleh balik. Rata-ratanya dah start balik harini. Me? Ada lagi seminggu baru boleh balik. sigh Nevermind. Setiap perkara pasti ada hikmahnya, kannn. Seminggu ni nak kemas bilik, nak pergi pasar payang untuk beli souvenir dan menikmati saat-saat akhir semester satu. Lepas ni dah tak boleh nak relax sangat dah. So, kita enjoy. weee~

Well well, terasa panjang sangat pulak entry kali ni. See you next time. kenyit mata

chiao
- amira_hasrori -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...