Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

15 April 2013

Kimbap Time!!!

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.


Gara-gara nak makan sushi punya pasal, aku pun bertungkus-lumus la nak buat kimbap ni. Kenapa tak makan kat Sushi King? Sebabnya, kak long aku cerita, waktu dia nak makan kat Sushi King dengan adik aku haritu, pekerja kat Sushi King tu sendiri yang bagitau dia ada campurkan sake (arak Jepun) dalam nasi yang ada kat sushi tu. Erk, jadi aku dah termakan la benda alah tu. Nasib baik tak mabuk. huhu Jadi, kepada semua yang pernah makan kat Sushi King, marilah sama-sama kita buat solat taubat untuk meminta keampunan daripada-Nya.

Apa beza kimbap dengan sushi? Sushi sebenarnya nama general untuk makanan Jepun, tapi kalau kimbap, iaitu makanan Korea, memang yang nasi, dengan nori pastu dia roll, macam ni.

my kimbap :) gambar tak jelas sebab pakai phone je.

So, dah ready nak buat kimbap? Jom! Resepi asal di ambil dari [sini]

Bahan-bahan
Beras sushi
Cuka masakan jangan cuka getah pulak
Gula
Garam
Nori (seaweed)
Telur
Lobak
Timun Jepun
Crabstick
Tuna
dan apa-apa yang sedap dimakan :)

Cara-caranya

1. Masak nasi macam biasa. Satu cup beras kena dua cup air. Aku buat dua cup dapat la dalam lima roll. Kalau nak makan sensorang satu cup cukup la.

2. Lepas nasi masak, campurkan 2 sudu besar cuka, 2 sudu besar gula dan garam secukup rasa. Waktu gaul nasi tu rasa la sikit-sikit. Tambahkan bahan-bahan tadi sampai rasa sedap. huhu

3. Letak nasi atas nori (seaweed). Tinggalkan lebih kurang satu inci dekat hujung. Sapu kicap atau mayonis. step ni aku lupa nak buat =.=

4. Then letak la bahan-bahan yang korang dah prepare tadi.

5. Dengan menggunakan tikar sushi, gulung dari hujung yang ada nasi tu, sampai hujung yang takde nasi. #eh

6. Basahkan pisau yang tajam dan potong.

7. Makan sampai perut kembung :D

Tips

1. Kalau takde tikar sushi, gulung pakai tangan macam biasa pun boleh, tapi sangat digalakkan untuk ada la tikar sushi tu.

2. Waktu nak letak bahan-bahan tu, jangan banyak sangat, nanti susah nak gulung. Kimbap akan jadi terlampau besar dan tak boleh nak tutup kat penghujung tu. Nanti tak jadi bulat.

3. Jangan tekan kimbap waktu nak potong sebab nanti dia jadi penyek. Sebab tu kena pakai pisau yang tajam. Pisau akan memotong kimpab tu dengan sendirinya.

4. Goreng telur macam goreng telur dadar biasa, dan potong panjang-panjang. Lagi sedap kalau goreng pakai olive oil. Carrot dan timun jepun tu kalau nak stir fry pun boleh, tapi jangan sampai masak sangat, sebab nak ada rasa rangup tu. hehe


Boleh la cuba buat dan dihidangkan waktu raya untuk menggantikan lemang yang terlampau amat mahal tu hah. Boikot penjual lemang mahal! hewhewhew

till then :)
- amira_hasrori -

21 January 2013

My First Sushi

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Basically time tengah cuti ni sangat senang la aku nak keluar pergi memana kalau ada orang yang ajak kan. So, tadi secara paksa relanya kena teman my sister pergi Rapid Mall untuk beli barang keperluan dia di Giant. Cuaca petang tadi amatlah panas. Aku ni jenis yang allergic sikit dengan panas. ecewah Lagi lah time selesema ni, cepat je cair hingus aku ni. Yucks! haha Namun begitu, sebagai seorang adik yang baik jadi aku merelakan diri untuk menemani kakak ku itu. Makanya aku suruh dia yang drive kereta. hikhik Saje je buli dia, sebabnya dia ni dah lama ada lesen kereta tapi tak nak bawak kereta. Baru-baru ni je baru nak bawak kereta pergi kerja. Dan hari ini merupakan hari pertama dia bawak kereta selain dari tempat kerja dia. tepuk tangan

Dari semalam lagi mengidam nak makan sushi, dan harini dia telah memenuhi la pengidamannya eh itu. Jadi kami pun makan di 

tadaaaa!!

Ini adalah merupakan kali pertama aku makan kat Sushi King, dan juga kali pertama aku makan sushi. Sebelum ni just terbayangkan ikan mentah je. huhu Sedap juga makanan kat sini. Mungkin kerana dapat makan free, tu yang extra sedap tu kot. hehe Memandangkan kakak aku merupakan seorang pekerja tetap, maka dengan secara tidak langsungnya dia yang membayar bil pada hari ini, yeay! Seronoknya dapat makan free :D

ittadakimas~
Green tea, Ikura, Inari boat tuna mayo, Kani tama maki

comelnya takohachi ni >.<

Main ambik je dari belt tu. It was a great experience for me. Will going to Sushi King again. Kalau ada orang nak belanja lagi lah. hehe You guys boleh pilih sama ada nak order dari menu ataupun amik dari belt tu. Yang bergerak-gerak tu lah. Belt apetah nama dia kan. Kalau sushi yang dekat belt tu, harga berdasarkan warna pinggan. Penat dah aku search tapi tak jumpa jugak harga mengikut warna pinggan tu. Don't worry, dalam menu ada harga for each plate. Untuk sesiapa yang tak reti makan guna chopstick, feel free to use your hands because no one cares pun, asal kau bayar. haha

Nothing much to add on, enjoy you sushi everyone :D


nota kaki : Green tea tu free, so tak payah la nak order air lain okay ^.^

yumm yumm >.<
- amira_hasrori -

07 August 2012

Resepi Kek Batik.

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Time puasa-puasa ni rajin betul aku belajar buat dessert. Setakat ni aku dah berjaya buat tiga dessert, puding roti, puding caramel dan kek batik. Weehoo~ hehe. Tapi kalini nak bagitau resepi kek batik jelah, sebabnya puding caramel dengan puding roti tu tak sempat nak tangkap gambar dah kena ngap dulu, ceit! 

Jadi, mari kita mula!

BAHAN-BAHAN :
1 packet milo (pek yang paling kecik)
1 buku butter
1 tin susu cair
1 cawan gula halus (aku pakai 1/2 cawan pun still manis lagi - kurangkan sikit lagi, hehe)
1 paket biskut marrie (pakai yang takde perisa tu tau)
1 biji telur ayam

CARA-CARA
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk (sederhana besar) kecuali biskut marrie.
2. Cairkan semua bahan-bahan dengan api yang kecil.
3. Kacau sampai pekat. Pastikan semua bahan-bahan dah bergaul sama rata.
4. Bila dah pekat, tutup api, masukkan biskut marrie (kalau tak patahkan pun takpe) dan kacau sehingga sebati.
5. Sediakan loyang, masukkan biskut marrie yang bersalut coklat dan mampatkan (susun cantik-cantik ye, hihi)
6. Dah habis masukkan biskut marrie, baru masukkan lebihan coklat tu tadi. (Tapi, kalau ada lebih coklat lebih baik tambahkan biskut marrie tu.)
7. Kemudian, lepas sejukkan loyang tu, baru masuk dalam peti sejuk.
8. Dah sejuk baru best makan :D

sumber : google

Aku malas nak upload gambar sendiri. Malas ngat aih nak cari wayar, hihi. Kek batik aku kira okay okay je lah untuk yang pertama kali ni. Tak dapat title wonderful sebab terlalu manis dan tak cukup keras, bahagian bawah cair. Sebabnya lepas aku gaul-gaul biskut marrie tu aku pi tuang terus dalam loyang, haha. That's why aku sarankan korang untuk susun elok-elok dulu biskut marrie tu, lepas tu bila dah ada lebih coklat tu baru tuang kat belah atas, baru dia mau keras. 

Ha, dah tau dah kan macam mana nak buat kek batik, bila dah tau buat ni, bolehlah jadi juadah berbuka atau hidangan di hari raya :D

Selamat mencuba!
-amira hasrori-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...