Showing posts with label teman seperjuangan. Show all posts
Showing posts with label teman seperjuangan. Show all posts

16 September 2013

Weekend Getaway

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

* Get ready for photo spamming in this entry :D

Memandangkan weekend takde buat apa-apa dan tersangat bosan, jadi aku saja-saja la post kat dalam group Rawr Family kat fb.
Tak sangka post yang saja-saja tu mendapat sambutan pulak. Semua duk komen, nak gi mana? Bila? Padahal aku saja je post. Tak berniat pun nak betul-betul pergi. So, in the end aku bagi suggestion, "pergi Lata Tembakah jom?!" And hell yeah, here we go. The most awesome weekend I've ever spent in UMT began. 

Perbincangan yang mencecah beratus-ratus komen kat fb. Mula-mula ingat nak pergi hari Isnin (16 Sept) sebab hari Sabtu (14 Sept) the girls kena cucuk third dose HPV vaccine. But then the boys pulak tak nak. Tak nak tangguh-tangguh katanya. So, kitorang pun decided untuk ponteng vaccination, instead, we will go next week. hehe Nakal sungguh budak-budak ni tau. Therefore we've decided to go on 14 September which is last Saturday.

Memandangkan Nana tak ikut, so the girl muat satu kereta jelah, and the boys naik kereta Pidot. Kitorang sewa kereta Viva sehari RM90 fulltank RM60 tapi kitorang isi RM30 je sebab kereta tu ada dua bar dah. hehe Remember to ask the orang kereta sewa, nak kereta yang elok untuk berjalan jauh so that nanti takde la problem apa semua. Alhamdulillah, kereta yang kitorang naik tu selamat pergi dan selamat sampai balik UMT :)

Makan dalam kereta sebab kebuluq, tak breakfast punya pasal. Special thanks to Chibi yang sponsor nasi lemak sebungkus kongsi lima orang. hehe

Singgah rumah Faqih kejap, ambik barang untuk barbecue sebelum bertolak ke Lata Tembakah. wee~~

Pidot excited dengar nenek Faqih berborak dalam bahasa Ganu. haha

Posing depan kereta baru Pidot.

Dua makhluk Tuhan yang paling excited jumpa air.
Barbecue time!
Ayam dan sosej, nyum nyum!





Sebenarnya tengahari tu hujan. So kitorang stop untuk lunch kejap. Then, bila hujan dah reda, kitorang masuk dalam air balik. Memang puas gila dapat mandi dari pagi sampai petang. Rugi tak datang. Bayaran masuk RM2 untuk dewasa; RM1 untuk kanak-kanak. Tahun lepas tak kena bayar lagi, start tahun ni yang ada entry fees apa semua tu. Tapi yang tak best, toilet dengan tempat persalinan baju dia sangat la low class you! Ingat nak buat feedback haritu tapi tak jadi sebab nak balik cepat. Nanti sesapa yang sampai kat sana, cakap kat pak cik yang kutip duit tu supaya upgrade toilet dengan tempat persalinan and surau sekali ye. Mekasih :)

Kepenatan, lalu tertidur. haha
Sayang sangat dekat kereta hah, baru kotor sikit dah kena mandi.

On the way nak balik tu singgah kat satu port ni, tak tahu la nama tempat tu apa. Dan kami ber-camwhore-ing di situ. hehe





Comel kan saya? hehe Chibi takde dalam gambar ni, wuwuwu~~







Balik tu singgah kat Masjid Ulul Albab dekat Jerteh. Menariknya masjid ni, the whole masjid is made from wood. Sangat cantik. Tapi disebabkan hari pun dah gelap, nak maghrib dah, so takde la nak ber-camwhore-ing kat masjid ni. Lagipun sangat lah tidak proper kan. 

Actually sampai UMT dalam pukul sembilan plus plus, tapi sebab kitorang nak singgah Mydin so, extend jelah sewa kereta tu jadi sehari. Kalau tak, nak amik half day je. Lepas shopping kat Mydin, beli dinner, then decided untuk lepak makan dekat waterfront. Best sebab angin dia yang menusuk kalbu tu. Maybe sebab waktu tu nak hujan lah kot. Tu yang angin sejuk je tu. Gambar takde sebab muka time ni selebet gila. hewhewhew Lepas makan tu, round bandar. Lambai-lambai orang kat tepi jalan. Serious takde kerja. haha Then lalu depan pengantin yang buat photoshoot. Kitorang expect nak lalu slow-slow but then Ssha buat kerja gila, dia pergi stop betul-betul depan pengantin tu hah. Dah tu, tak tahu nak buat apa, jerit kuat-kuat, "Selamat Pengantin Baru!" dekat diorang pastu terus blah. Adoy, mendebarkan betul. Pengantin laki watlek watpis je cakap thanks, pengantin perempuan, malu-malu kucing, senyum je. huhu

It was a whole new experience for all of us. First time kot merayap malam-malam kat Ganu ni hah. Tapi Ganu kot, what do you expect? Malam-malam memang takde orang sangat pun. Kedai pun semua dah tutup. Then, decided to balik UMT sebab minyak pun dah kelip-kelip ku sangka api hah.

Like seriously setakat ni, the best memories I've made dekat UMT ni. Hope there will be another moment like this in the future, and our friendship will last forever. InsyaAllah :)

Looking to the future!
*My most favorite picture plus the one in the previous entry.*

Together we're strong!
Lot's of love,
- amira_hasrori -

13 September 2013

The Unexpected Meeting Part 2

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Again with the same tittle but different person. Tajuk kemain in English tapi entry hampeh bahasa Melayu semua. haha Next time, bila dah ada keberanian, insyaAllah akan ada entry fully in English.

First time haritu balik UMT naik kapal terbang. Biasanya naik bas je. Dah Puan Mama offer naik flight, aku on je laa. Rezeki jangan ditolak yedak? hehe Flight suppose pukul dua empat puluh petang tapi dah on the way, baru tahu flight delayed to four o'clock in the evening. Sadis betul. So, takpelah. Nak singgah tengok Cik Adik dulu. Sampai sekolah Cik Adik, Pak Cik Guard tak kasi masuk pulak. Yelah, memang bukan waktu melawat pun. Waktu melawat pukul sepuluh, kitorang sampai sekolah tu lebih kurang pukul  lapan setengah pagi macam tu kot. So, tak jadi lah nak melawat adik, terus pergi airport.

Sampai airport dalam pukul sebelas setengah pagi, flight aku pukul empat petang, memang duk melangut jelah aku kat sana. Text birthday boy, suruh dia datang teman aku. hehehe Maaf la menyusahkan ye. Waktu rushing nak pergi check in bag tiba-tiba terserempak dengan a familiar girl. Tegur jelah. And memang betul kenal pun. Ayat aku yang tak boleh blah, "Eh, kau sapa ye?". Mintak maaf sangat sangat. Tak ingat nama, just ingat muka je. Plus time tu tengah rushing so otak tak boleh nak interpret nama tu laju-laju. Ampun maaf diminta. 

It turns out that girl is actually my schoolmate, Sabda. Kelas sebelah je, Al-Jazari, Fatin Athirah if I'm not mistaken, kan? Dah makin cantik. hehe Sorry tak sempat nak berborak panjang sebab tengah rushing. uuuu Berapa banyak kali sorry daaa. Nasib baik dia pun kenal muka aku waktu aku tegur tu. Kalau tak malu je. Cuak jugak la kalau tersalah orang. hehe

Tu jelah cerita aku perjumpaan yang tidak disangka ketika bercuti dan memerap di rumah selama 3 bulan. Sekian :D
Thank you Allah for this moment, Alhamdulillah :)
- amira_hasrori -

12 September 2013

The Unexpected Meeting

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Momentum menulis turun naik turun naik. Tak consistent langsung. Malam ni baru ada mood nak menulis. Enam hari di Kuala Terengganu dah buat aku homesick. Hari Ahad haritu takde kelas langsung! Takde! None! Nehi! La! Sumpah menyesal gila balik awal. Memandangkan lab tak start lagi, jadi weekend ni tak tahu nak buat apa. Isnin (16 September) pun cuti, jadi serious shit menyesal gila gila gila balik awal. Kalau tahu aku extend cuti seminggu. Boleh goleng-goleng lagi atas katil dalam bilik di rumah terchenta. boooooo~~~

Okay, done meluahkan perasaan tak puas hati sebab datang UMT awal. huuu Now get back to the main topic. sila rujuk tajuk entry Cuti semester 3 bulan memang aku takde pergi joli mana-mana. Kalau ada pun pergi dengan family. Malas nak keluar and takde kawan pun kat sini. Sangat sadis menjadi diri ini. sobs :,( 

Ceritanya macam ni. Ada sekali tu ikut my parents pergi open house then suddenly ternampak seorang yang kukenali. ecewahh Tu pun bukan la bersembang gelak ketawa bagai. Just lambai and dia pun angguk, angkat tangan je. Yelah, memasing dengan parents, so agak segan la nak bersembang pun. Entah dia ingat aku lagi ke tak. Biasa la lelaki ni ada masalah sikit nak ingat orang. eh! Lagi-lagi orang yang low profile macam aku ni. Lagi la orang tak ingat plus yang tak kenal pun ada. huhu Last jumpa dia waktu aku form 3 dia form 4 kot. Eh, entah la. Tak ingat. Lama sangat tak jumpa dia. Actually bukan la rapat sangat pun.

Kitorang kenal waktu zaman aku sekolah Convent dulu. Waktu tu ada kelas rancangan khas. Dia pun rancangan khas jugak but sekolah lain. Jumpa waktu pertandingan debate. Aku masuk debate dia masuk debat. Notice the difference? Yes, dia dalam BM aku in English. angkat-angkat kening Azreen la ni yang kenal kan aku kat dia. Waktu zaman-zaman tak matang ni, main mesej dengan budak-budak sekolah lain adalah trend ye. Jangan tak tahu pulak. Even sekarang pun ada lagi rasanya. Azreen aka my best friend main text messaging dengan mamat ni guna nama aku. Suka hati dia je kan. Sakai betul. ahaha Pastu waktu debate tu dia pergi tanya Azreen, "Sapa Amira?". Ah, sudah. Apa aku nak jawab? Dah la bukan aku yang mesej dengan dia. Serius sakai waktu zaman Convent dulu. Serious!

Teringat pulak ada sekali tu aku dengan Azreen datang beraya rumah dia naik moto. Takde kerja betul budak-budak ni. Rupanya rumah dia area rumah aku je. Entah mana datang keberanian tah nak datang rumah dia ni hah. Ingatkan nak singgah macam tu je, sekali dia ajak masuk dalam. Siap cabut kunci moto aku lagi bak hang. Kurang asam punya budak. Segan aku dengan mak dia. Adoy. Then lepas makan apa semua kitorang balik rumah aku jap. Pastu Azreen text dia ajak lepak kat taman permainan depan rumah aku. Sembang apa benda tah. Waktu tu baru dia mintak nombor phone aku. And sebenarnya, dia lah lelaki first yang mintak nombor phone aku. hehehe *blushing*

Start dari situ la kitorang mesej. Ala tapi time tu dia dah ada makwe dah. hahaha So, kawan je. Panggil pun aku-kau so takkan ada feeling apa-apa pun. You have been friend zoned! kekeke Ada sekali tu dia mintak aku jadi adik angkat dia. Lawak antarabangsa betul. Aku cakap, buat apa, bukan kau dah ada adik ke? haha Kakak aku cakap dia sebenarnya nak jadikan aku spare part dia je. Tak tahu la betul ke tak. No hard feelings, no heart feelings ey bro :)

Ni macam dah lari jauh dari tajuk je ni. So itulah dia cerita pertemuan yang tidak disangka dengan manusia yang dah lama tak jumpa. Kalau ada terbaca entry ni, tegur la ye. Dah lama tak menyembang dengan kau. Peace no war!
Adios,
- amira_hasrori -

27 January 2013

Wedding Kak Mek

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Semalam dengan megah dan bangganya kami pergi ke majlis perkahwinan senior kitorang masa dekat Convent, Kak Mek. So, congratulation Kak Mek! Semoga bahagia di samping insan yang tersayang, di dunia dan juga di akhirat :)

Have no idea what to write, so here's the pictures we took yesterday.

the flower boy and the flower girl

the bride, so beautiful :')

the seniors and the bride

the seniors

the seniors and us, depan pintu gerbang aka pintu masuk dewan

meet azreen, my bestfriend :)

azreen and the seniors

the trio : azreen, me and hazimah

dalam kereta baru hazimah, i'm so jealous, huhu

So, that's it. Congratulations again to Kak Mek!

nak jugak kereta baru, wuwu :'(
- amira_hasrori -



23 January 2013

Happy 20th Birthday!

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to ainull and nana
happy birthday to you!

Happy birthday to both Ainull and Nana, may Allah bless both of you, semoga berjaya dunia dan akhirat.  Umur dah mencecah dua puluh tahun, harap makin matang dalam semua urusan dan pekerjaan. Kena selalu beringat, umur makin meningkat maksudnya ajal dah nak dekat. Semoga kita dapat bersama-sama menuju ke syurga-Nya. you know what i mean :) May our relationship kekal selama-lamanya, insyaAllah :)

nota kaki : seriously tak tahu nak wish birthday orang, maaf >.<

selamat dua puluh tahun! :D
- amira_hasrori -


22 December 2012

RawR Family

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Aloha! Nampaknya agak susah nak mengekalkan momentum updating blog, here at UMT. lap peluh Well, here I am, updating this blog for those silent readers, eh, ada ke? hehe

Dah lama sebenarnya nak blog pasal Rawr Family, tapi tak berkesempatan kerana kesempitan waktu. Ni pun curi-curi masa untuk blogging. hikhik Masih tak terlambat rasanya kan. Dah alang-alang buat video pasal Rawr Family untuk assignment CSC, jadinya saya mengambil kesempatan lah untuk mengapdet pasal Rawr Family :D


Mesti ada yang tertanya-tanyakan. Kenapa Rawr? Nama Rawr ni sebenarnya diinspirasikan oleh tote bag aku yang ini

tadaaaaa!!!

Beg ni dah ada sejak zaman aku kat Palam lagi sebenarnya. Jadi dibawa ke sini. Geng aku kat sini teruja tengok beg ni, semua dok pakat "rawr!" "rawr!" je, pening kepala jugak mendengar =.= Kenapa family? Nak dijadikan cerita, time nak breakfast sesama kat kafe, ke lunch? kitorang duduk satu meja, pastu ada lah one of us gatal membagi title kat semua orang. Ada daddy, mummy, mummy muda, kak long, abang ngah, kak lang, kak chik aku lettew :) dan baby. Time tu kitorang baru ada lapan orang je. Sekarang dah tambah lagi dua, cukup la family kitorang jadi sepuluh. One happy family, at home :)

Nothing much to add on really. Semua dah ada kat video tu i believe. Sangat-sangat bersyukur dikurniakan keluarga baru kat UMT ni :)

nota kaki : Petang nanti ada grading untuk taekwando. (test untuk naik tali pinggang) Doakan aku berjaya ye :D

love rawr family :)
- amira_hasrori -


13 December 2012

Tersilap Langkah

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hey there peeps!

Harini merupakan hari yang malang sungguh bagi aku. Eh, takde lah malang sangat. Macam ni ceritanya. Waktu kat lab computer siang tadi, kami diarahkan untuk buat video pakai Movie Maker. Tiga jam bertungkus lumus menyiapkan benda alah tu. Then, bila dah nak habis waktu, kalut lah nak copy dalam pendrive kan. Disebabkan kekalutan tu lah, aku terdelete movie yang dah hampir siap tu. arghhhh!!! Rasa bersalah gila kat team mate. huuuuu Takpe lah, this time biar aku yang buat. Tadi dah download dah software dia kat lappy. Petang-petang esok boleh lah buat ye :)

Oh ye, malam ni malam terakhir latihan taerobic. Besok petang dah kena present. Cuak kebebeh kot. Takpe-takpe. InsyaALLAH dengan practice yang cukup, besok kami akan present dengan jayanya. cewaaaaahh Pagi esok pulak ada test for Physical Chemistry. Baru je lepas call Puan Mama tadi. Tolong doakan "Fatin Amirah binti Mohammed Hasrori berjaya menjawab exam esok dengan jayanya, aminnn" hikhik Thanks sebab doakan ^.~

quotes for today :D

see u then,
- amira_hasrori -

16 September 2011

hoW tO becoMe a hEArtLess pErson

Assalamualaikum :)

Hey there peeps!

I just wanted to answer a question from my dear friend, Izzatul Nazihah :)

Dear friend,

In your latest entry, you had asked how to be a so-called-heartless-person. In my opinion, there is no homo sapiens in this world born as heartless. They were only pretending to be one. A heartless person do cry also you know. But not in public. They either cried whenever they are alone or they don't cry at all. And just so you know, by not crying, it makes the heart ache more. Believe me, I knew how it felt.

There is no harm done if you cry, no harm if you be an emotional person because by having these emotion you proves that you are exactly a human. <<< what a weird sentence. well, never mind. haha.



So do cry. It can't kill people anyway :)

*Sorry, my English is not as good as yours.
**I guess that there is no correct or wrong answers to your question. And this was only my opinion.

Yours sincerely,
-amira hasrori-

08 September 2011

sELamaT 8bELas kAwAn!! (#2)

Assalamualaikum :)

Hey there people!

Lama dah tak buat entry baru kan. Hehe. Malas+takde idea. Macam ni lah jadinya. Hehe. Oh ya, semalam (7 Sept) merupakan birthday Encik Shahadat Sharafi. Happy birthday you!! Haha. Sorry takde hadiah. Heee.

Anyway aku tak tau nak tulis apa kat sini, just nak letak gambar-gambar masa kitorang celebrate birthday Miss Syirrin, 28 Ogos yang lalu. 

the birthday girl!!

choclate indulgence, yummy :)

alolo cuweeet shangat. haha.


siram jangan tak siram. haha.

perhatikan betul-betul
mole : nak potong handphone
aja : minum sos dalam jug
sengal =.=

haruslah ada gambar aku kan :p

notakakitangan : first time terasa macam dewasa sangat. aku tahu takde kaitan. so what? haha.

saya tahu saya comel, hahaha :D
~unlimited love~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...