Assalamualaikum :)
memandangkan aku dah takde mood nak belajar *bila je aku ada mood? jadinya aku nak membebel kat sini lah. haha.
haritu kan aku ada gitau satu kisah pasal pakcik rapid kl yang ada hati nak join team f1 tapi tak kesampaian kat sini kan. ha, ni nak habaq mai la ni.
haritu hari rabu. hari tu aku ada test chemist ngan math. memandangkan classmate aku ada kupon mcD yang buy1 free1, makanya aku pun menghasut lah rakan-rakan untuk pergi ke mcD lepas exam. exam habis pukul5, solat asar sume. pastu pergi tunggu bas. pergh, punyelah ramai yang tunggu bas. sabar je la. dan ada satu bas yang dah terlepas. bukan tak sengaja tapi saje je sebabnya bas tu dah pack gila, kalah tin sardin. hadoyai. then, sampailah bas yang seterusnya. yang tu pun agak ramai gak, sabar sabar. aku takkan mengaku kalah! ececey. haha. the next bus tu takde lah pack mana. dapatla aku seat belakang sekali. pun bolehh. layan je lah. heh. waktu tu dah dekat pukul7 dah kau tahu. takpe2. bertahan sikit je lagi. pasti boleh punye.
pastu, turun kat simpang *erk, tak tahu lah nak cakap tu simpang apa, hehe. jauh gak la kene jalan. demi mcD yang terchenta sanggup jugak kitorang jalan jauh-jauh tu. fuhh. dah agak-agak sampai tu, perghh, ramai siot dalam line. hadoyai. banyak betul rintangan dan halangan yang harus ditempuhi. nak makan mcD je kott. okayla, apesal tak masuk-masuk lagi part pakcik rapid ni. sabar naaa.
dah makan-makan semua, kitorang maghrib kat petronas. kene tunggu turn lagi. lemah betul laa. pastu kene jalan pergi simpang tu balik nak tunggu bas. dah la banyak nyamuk. runsing, runsing. tunggu punya tunggu, akhirnya sampailah bas rapid kl yang tersayang. lama aku tunggu kau, tahu tak!! hadoy. dah tu, masuk-masuk je duduk. normal lah tu kan. kemudian, bas pun berjalan dengan tenangnya. sampai kat pintu masuk universiti, ramai bebudak perempuan masuk. diorang tak duduk. diorang diri je.
pakcik tu bawak bas laju gila wa cakap sama lu. yang si lelaki dah menjerit2 macam beruk *note that si lelaki pun diri jugak, opposite dengan si perempuan. oh, sama je si lelaki dengan si perempuan. pakcik tu pun bila dah dengar jeritan2 ayu para lelaki dan jeritan gagah para perempuan makanya semakin galak lah pakcik tu merempit kan basnya yang tak seberapa nak hebat tu. jumpa je roundabout pusing lapan kali. mentang-mentang lah universitas aku ni banyak roundabout. aku ngan geng dah carut-carut cam hape je.
memang menjatuhkan maruah wanita dan gadis-gadis ayu macam aku betul lah. ada pulak sorang peremps ni nak buat pole dance tengah-tengah bas. normal lah kalau pegang tiang dalam bas. itu aku tahu, tapi agak-agak lah kalau dalam kenderaan yang bawak laju gilos nak mampos mesti lah kau grab tiang tu dengan kuat dan sedaya upaya takkan melepaskannya kann. tapiii si peremps ni dia pegang secara loosenya dan berlagalah dengan jejantas di sebelah sana. dasar peremps tak tahu malu, tiada maruah dan yang sewaktu dengannya. ecey, sopan je aku mencarut kann. ahaha. biasalah. aku memang sopan doe. heh :p
lagi, apa ye yang berlaku. ah, lupa lah. saja je nak menasihatkan teruna dan dara di luar sana bahawasanya maruah itu perlu dijaga sepanjang masa. kan dan rendah market gitu kalau kau buat macam tu. hadoyai. takda akai ka?? masalah betul. culture shock la tu. tak penah tengok lelaki kott. biaq pi la depa. aku cakap banyak pun tak guna. sendiri mau fikir lah.
p/s : pak cik, lain kali kalau sawan jangan bawak bas ye.
adioss
~unlimited love~
4 comments:
kau bukan tak tahu. pak cik tu kan giant.
macam pfftttt je jejentans and peremps tu.
oh, siap ber camwhore bagai lagi .
erk -.-'
@fatin syahirah
oh, aku lupe nak tambah part diorg camwhoring kat dalam bas. seronok sangat lettew. pendek akal betul.
mereka tahu yang mereka lakukan tapi ...ada aku kesah...itu ayatnya...:)
@bigdaddyz
itulah manusia zaman sekarang. semua tak nak kisah. susah lah kalau macam tu -.-
Post a Comment