05 August 2011

timE puAsa Lah kaU nAk bUaT haL

*ini entry auto publish

Assalamualaikum :)

olla readers, heh. macam banyak sangat je readers aku. thanks la sebab sudi baca. haha. dah start nak merepek la ni. straight t00 the point jelah.

kalau nak tahu bulan puasa macam sekarang ni merupakan bulan yang baik untuk judge orang. yelah, syaitan nirrajim kan dah kene gari. so, segala tindak-tanduk manusia berdasarkan nafsu semata-mata. heh, ayat kemain. haha.

mengikut kajian yang telah dijalankan oleh prof madya fatin amirah *wink2 , nafsu itu lagi hebat dari syaitan. kenapa? berikutan dengan kajian yang telah dijalankan ke atas seorang koresponden *eh, betul ke aku eja? , beliau telah mendapati bahawa perbelanjaannya pada bulan puasa ini semakin bertambah. selalunya makanan yang dibeli pada setiap hari paling maksima pun 7hengget tapi semasa bulan puasa perbelanjaannya bertambah sehingga mencecah rm9. wow, banyak tu! jikalau dikira peratusnya hampir mencecah 30peratus. masyaALLAH. teruk betul.

namun begitu, setelah dikaji selidik dengan lebih mendalam, rupa-rupanya, bukan sahaja nafsu hebat koresponden tersebut yang mempengaruhi perbelanjaannya pada bulan ramadhan ini, nafsu para peniaga juga diambil kira. mereka telah dipengaruhi oleh nafsu mereka dan telah meletakkan harga makanan yang tidak standard dengan kedudukan kewangan para pelajar. di manakah rasa simpati mereka? padahal sepatutnya di bulan ramadhan al-mubarak ni lah harga makanan jatuh merundum sebab semua nak bersedekah. ah, masyarakat sekarang menganggap bahawa bersedakah itu layaknya dilakukan di masjid atau di kaki-kaki lima kepada para peminta sedekah. oh, tidak. anda salah sama sekali. bersedekah juga boleh dilakukan kepada saudara islam kita tidak kira yag muda, yang tua, yang miskin mahupun yang kaya. ah, bukan itu yang aku mahu ketengahkan di sini. kita sedang berbicara mengenai nafsu.

*let's change style of language, heh.

time bulan puasa ni jugak lah nafsu membuak-buak untuk ponteng ke kelas. seriously time tak puasa takde pun teringin nak ponteng. nafsu punye pasal lah ni. haih -.-

baru-baru ni kejadian buruk menimpa salah seorang classmate aku. barang dia kene curi. tak rasa pelik ke? kat block yang sama, ada laptop kene curi jugak. memanglah ada students yang careless, lupa nak masukkan dalam locker, kunci pintu bilik, but cleaner haruslah amanah kan. orang suruh masuk rumah bersihkan toilet je. yang memandai masuk bilik orang APAHAL? seriously, aku amat menyampah dengan sikap orang macam ni. patut la pun kau jadi cleaner je. tak berkat rupanya kerja kau tu. << ayat kejam petala ke lapan belas.

konklusinya, jaga nafsu, berkat ramadhan. ambillah peluang ini untuk bertaubat.

let's change now and istiqamah later
~unlimited love~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...