24 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Hari ini merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, Nabi junjungan kita, Rasulullah, bertepatan dengan 12 Rabiulawal 1434 Hijrah. baca senafas :P Last semester aku pergi satu forum ni dekat Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Tajuk forum tu adalah "Jika Rasulullah Masih Bersama Kita". Kalau tak silap aku la. Dah tak ingat sangat. Dalam forum tu, ahli panel membincangkan, apa yang patut kita buat, apa yang patut kita tunjukkan kalau betul la kita sayang Rasulullah s.a.w.

Pertama, kita mestilah selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Waktu-waktu yang digalakkan untuk berselawat adalah bila dengar orang sebut nama Rasulullah s.a.w., lepas berwuduk, bila masuk atau keluar masjid, dan bila-bila masa kita ingat pada baginda.

Kedua, sebaik-baiknya ikut sunnah Rasulullah dalam setiap pekerjaan. Contohnya, bersugi atau berus gigi sebelum berwuduk, potong kuku hari Jumaat dan banyak lagi sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang boleh dicontohi. Bukan sunnah Rasulullah s.a.w. je yang kita boleh ikut, malah sunnah para sahabat Rasulullah s.a.w pun kita boleh contohi juga.

Dalam forum tu jugak, aku dapat tahu yang Nabi Muhammad s.a.w. ni adalah sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w. boleh melahirkan berjuta-juta ummat, kita? Hanyalah boleh melahirkan anak sahaja. Ayat tu yang paling aku ingat sekali. hehe Peribadi Rasulullah s.a.w. yang mulia amatlah disanjungi sehingga ke hari ini. Sungguh, aku tak nafikan kehebatan Rasulullah s.a.w. Aku berharap sangat aku dapat mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w. Harus bekerja keras ni. Fighting!

Tu jelah yang aku ingat, lain dah tak ingat dah. hehe InsyaAllah, dengan berselawat dan mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w. baginda akan menaungi kita dengan syafaatnya di akhirat kelak. Syafaat tu apa? Syafaat adalah kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w dan Rasul-rasulNya di akhirat kelak. [sumber] Jadi, marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan berusaha sedaya upaya untuk mencontohi akhlak baginda dan sunnahnya.

i pun smiled while looking at this picture :) [source]

nota kaki : Terngiang-ngiang lagu "Rasulullah, dalam mengenangmu, kami junjungi, lembaran sirah  mu, pahit getir, perjuanganmu, membawa cahaya, kebenaran..." Tak tahu tajuk dia apa, hehe.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

- amira_hasrori -

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...