20 January 2013

My 2013 Wish List

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hai, hai. Rasanya masih tak terlambat lagi kan nak buat wishlist untuk tahun ni kan. Mesti ada yang tertanya-tanya. eh, ada ke? heh Kan, haritu dah buat wishlist, kenapa ada lagi. Haa, untuk pengetahuan semua, wishlist haritu adalah untuk apa yang aku patut lakukan dan penuhi pada tahun ini. Kalau mampu lah. Dan wishlist yang kali ini adalah dalam bentuk material. Aku ni, kalau korang nak tahu, jenis yang suka beli hadiah untuk diri sendiri. Yelah, dah takde sapa nak bagi hadiah untuk aku kan. Jadinya, kalau ada apa-apa pencapaian yang aku rasakan patut menerima hadiah, makanya aku akan berikan hadiah untuk diri sendiri. Yeay me! 

Oh, no no no. I'm not a pathetic. Menurut kajian, seseorang yang memberikan hadiah untuk dirinya sendiri patut diberikan pujian kerana dia adalah seorang yang tidak terlalu mengharapkan orang lain dan pandai berdikari. Beliau juga adalah seorang yang cun melecun, genius dan baik hati orangnya. Oh, yes, kajian ni dibuat oleh aku. hikhikhik Takdelah, daripada mengharapkan orang lain bagi kita hadiah, as if kita buat sesuatu benda tu semata-mata nakkan hadiah, lebih baiklah kita buat sesuatu tu dengan bersungguh-sungguh dan reward diri sendiri selepas itu. Reward diri sendiri di sini bukanlah bermaksud hadiah yang fancy-fancy gitu, yang simple-simple seperti makan chicken chop dan bermain game sehari suntuk pun dah mencukupi bagi aku. Aku la, orang lain yang mampu dari segi kewangan tu, atas diri dia la nak buat macam mana pun kan.

Wishlist ni kalau tak berjaya di capai pada tahun ini, akan di bawa pada tahun hadapan pula. hikhik Boleh pulak buat macam tu eah? Eh, mestilah boleh. wink Mari kita mulakan. Satu dua tiga go!

1. Sweater. (checked: 05082013 PINK!) Varisity pun cantik jugak :D Ya, saya amat memerlukan sweater ataupun namanya dalam bahasa Melayu baju panas, ke baju sejuk? Eh, mana-mana pun boleh lah kan. Memandangkan musim tengkujuh di Kuala Terengganu ini seperti musim sejuk di Ukay rasanya, jadi eloklah kiranya sweater yang di beli lapan tahun yang lalu itu digantikan dengan yang baru. Aku suka yang ada hoodie. Untuk menghalang daripada kesejukan berlaku di kepala. hikhikhik

nak yang purple!!!

2. Selipar dalam bilik. Alah, selipar yang bulu-bulu tu. Aku ni jenis yang tak tahan sangat dengan kesejukan. Plus dengan bersimennya bilik ni hah, sakit kaki aku tahu. Aku tak suka yang tertutup macam selipar kat hotel tu. Aku suka yang selipar macam biasa tapi ada bulu-bulu. Get what I mean? haha Yang lama punya bentuk teddy bear. Comel sangat. Aku start pakai selipar tu time kat Sabda waktu form five kot. Sekarang dah tercabut-cabut dah. So, ini mesti beli, harus beli, wajib beli!

comel! >.<

3. Table lamp. Memandang kan tempat belajar aku agak gelap, jadi table lamp amatlah diperlukan di saat-saat aku mengulangkaji pelajaran. Table lamp tu kenalah yang lampu dia warna putih, bukan warna kuning, kerana lampu berwarna kuning sangat lah tidak sesuai untuk dibuat membaca buku dan bahan ilmiah yang sewaktu dengannya. Kalau boleh nak yang kecik dan boleh dilipat-lipat supaya senang nak simpan. Table lamp ini juga kena ada wayar yang di sambung dekat plug dan bukannya kena cucuk kat lappy pakai USB cable, kerana ini akan melecehkan keadaan saya. ecewah
comel kan, hik hik

4. Norman Baby Blue from Sometime Boutique. (checked) Yang ni dah dapat dah. My first wish yang came true. Happy sangat sangat :D

my new baby si baby blue :DD

5. Hard disk. (checked, 31032013). Dah lamaaa aku nak hard disk ni tapi selalu tak berkesempatan nak beli even banyak kali pergi ICT fair. Reason kenapa aku nak sangat hard disk ni adalah kerana aku ada banyak sangat cerita korea dan movie yang kalau sumbat semua dalam lappy confirm penuh gila dan tak muat. Sayang nak delete cerita yang aku dah pernah tengok sebab aku ni jenis yang suka tengok cerita banyak-banyak kali. hikhik Jadi kalau boleh yang ni kena dapat jugak tahun ni. InsyaAllah.

macam biasa, saya suka yang warna putih, hihi

6. Ipod touch 4th generation. Nak sangat-sangat semenjak tengok Najah beli tahun lepas. Yang ni pengganti kepada kalau-tak-dapat-smartphone-dapat-yang-ni-pun-dah-cukup. hikhik Kalau ada orang belikan sangat-sangat bersyukur. Ada orang nak belikan tak? kelip-kelip mata Setahu aku yang ni ada kaler hitam dengan silver je. Tak tahu la pulak kalau ada yang baru keluar warna putih. Ipod 5th generation memang ada warna putih, tapi aku berkenan yang 4th generation. Tak tahu la pulak kalau yang 5th generation lagi best ke. hikhik Nak warna silver or putih macam kat bawah ni.
nak yang macam niii >.<

7. Samsung Galaxy S3. Ya, ya. Aku tahu. Haritu kata nak Galaxy Ace kan. Oh, come on. Sekarang dah macam-macam yang keluar, tapi aku tak pernah jumpa lagi phone yang se-awesome S3. Aku tahu, aku tahu. Wish yang ni memang takkan dapat dicapai tahun ni. Takpelah, kalau tak dapat boleh postpone ke tahun depan, yedak? Point nya di sini adalah, aku nak phone baru. Tu je. hikhik

nak yang putih putih putih!!

8. DSLR camera. Okayyyy, yang ni memang sangat sangat sangat patut di-postpone. Aku tahu aku takkan dapat capai tahun ni punya. Aim aku, before graduation day, aku dah kena ada sebijik DSLR. Kira ni hadiah ak grad la ni. heee Orang kata Canon lagi okay daripada Nikon. Aku pun tak tahu nak pilih macam mana sebab aku beginner lagi. Jadi tak perlulah nak yang canggih manggih sangat kan. Yang biasa-biasa je dah la. Nanti bila dah pandai guna, baru upgrade sedikit demi sedikit. hewhewhew

kenapa camera takde warna putih :(

Cukup lah rasanya. Nanti kalau banyak banyak sangat nanti tak tercapai pulak. Karang mati, mata terbukak pulop. eh? haha Yelah, orang tua-tua kata kalau orang tu mati, mata dia terbukak maksudnya ada la benda yang dia nak sangat tapi tak dapat. Tu orang la yang cakap, bukan aku yang cakap. huuuu Dah, cukup cukup la merepek tu. Jadi, untuk sesiapa yang baca entry ni, kalau rasa-rasa tak nak mata aku terbukak bila aku mati nanti, tolonglah aku capai impian aku ni ye. eh? hehehe Tengok, kan dah merepek lagi, haisyyyhh.

Semoga aku dapat mencapai keputusan yang cemerlang dan yang sewaktu dengannya supaya aku dapat reward diri sendiri dan pampered myself with these thingy. hiks InsyaAllah :)

So, what's your 2013 wishes?
- amira_hasrori -




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...