29 April 2011

kEmaLanGan jALan RayA

ye. umum sudah mengetahui bahawa aku telah mengalami kemalangan dalam bahasa omputeh nye accident. fine, tak semua tahu. ni nak bagitau la ni. biasalah kalau orang yang baru accident ni mesti dihujani dengan jutaan pertanyaan kan. demi memudahkan diri aku dengan tidak mengulangi ayat yang sama meh aku cita sket camne la keadaan ni boleh berlaku.

pada tanggal 28 april 2011, hari rabu - di suatu petang yang hening, *ceyt ayat tak boleh blah tatkala aku nak balik rumah dari kerja, time tu dah gelap cam nak ujan dah. jadi nye semua org rushing nak balik umah. biasalah kan. semua tak nak basah. lagi2 orang yang bawak moto cam aku ni. ye adik2. aku bawak moto pegi keje ye. ouh ya. aku pegi keje dengan cik nurhazimah. makanya aku penunggang dan dia pembonceng. maksudnya aku bawak moto dia ada kat blakang laaa. aku tak tahu macam mana boleh berlaku tapi yang aku tahu aku bawak agak laju la, then aku nampak kete tu kat depan. kete tu nak dekat simpang, aku nak straight je. aku rase kete tu jalan then tiba2 je aku rasa cam kete tu dah dekat sangat dengan aku *maksudnye dia tengah brek la. dah tak sempat nak belok dah. then aku rempuh jelah. one minute i was on the bike and anther second aku dah terbaring kat atas jalan. sadis betul.

time tu aku blur2 lagi. cam, pening2 gak ah. amende yang dah berlaku ni kan. sedar2 je aku dengar zimah tanye, 'mira kau okay tak'. time tu aku tak nampak dia lagi. pastu ade orang tolong angkat kan moto aku. moto tu atas aku, kau tahu. aku terbaring ke kanan. for sure la moto tu himpit aku kan. pastu baru aku nampak zimah. then aku dah bangun, pastu aku nampak moto aku, hancus. fine takde la hancus mane. first thing aku fikir. ah!! moto aku!!

then makcik yang dilanggar aku tu dah attack aku dulu. bukan nak tanye aku okay ke tak. dia suruh aku bayar terus dan2 tu jugak. dah la blur2 time tu. adus. makcik ni memang takde hati perut la. same2 melayu kot. agak la, orang baru lepas accident dia nak terus attack aku. kalau time tu otak aku waras lagi memang dah kene sembur dah makcik ni. bukannye teruk sangat pun kete dia. just kemek sikit je kat tayar belakang belah kiri. tak pecah pun lampu tu. huh naseb baik time tu aku cam pening2. aduh. makcik. kau tak boleh nak sabar ke. aku bukan tak boleh bayar laa. kau ingat aku ni sengkek sangat ke. aku dah cakap dah tunggu mak aku sampai, baru setel. nasib baik ayah hazimah datang cepat. dia yang tolong setelkan kan. terima kasih pakcik. kalau takde pakcik memang dah lame saya hempuk makcik tu dengan carrier saya yang dah tercabut tu. hehe.

naseb lah takde kereta rempuh aku dari belakang. kalau tak dah arwah dah kot aku. and and naseb lah jugak aku tak terheret ke hape ke, kalau tak habeslah muka aku calar. dan dan, terima kasih kepada helmet yang disahkan sirim, my head was fine. tak de rase cam nak pecah ke hape ke. fuhh -.-"

fine, lepas tu gi hospital. amek darah, x-ray, ultrasound sume. alhamdulillah. doktor kate okay je. takde patah mane2. just calar2 camtu je lah. zimah pun okay je. balik umah dari hospital dalam kol 9. sumpah lame gila aku kat hospital tu. lem nak mam wa cakap lu. sabar je lah. then pharmacist tu bagi aku ubat panadol?? watde???!! aku tak makan pun. malas lah aku. then bagitau sesapa yang patut tau. kene soal siasat lagi. pastu tido lah.

besok nye aku tanya hazimah, sama ada dia ingat ape2 tak secara detail pasal semalam tu. then dia kate as a pembonceng, kompom la tak tengok depan sangat kan. pastu dia kate aku cam jerit ke hape ntah, tu yang buat dia tengok depan. dia kate aku sempat brek tangan and then kami rempuh lalu jatuh. haha. camtu lah cite nye. but sumpah aku tak hengat aku ade brek weyh. adoyy. hilang sudah ingatan aku. heh.

mari kita lihat keadaan moto aku yang amat hancus tu ::

>>> cuba perhatikan betul2,
- carrier aku tercabut *camne leh tercabut pun aku taktau laa
- cermin sisi belah kanan pun tercabut *tapi tak pecah pun pelik kan
- yang kat tayar tu nampak tak. aku pun taktau camne boleh jadi padahal aku jatuh belah kanan.
- cover set ade yang pecah2 sane sini

















>> cover set ku yang sudah pecah dan besi yang kat tayar yang dah terkeluar dari landasan.

erk -.-" agak teruk keadaan moto aku ni. dekat seribu jugak la aku rase kalau nak repair. aduss. then tambah dengan makcik tu punye kete lagi da dekat 4rat sebab dia nak cat sangat kan. hamek la kau. nak sangat kan. kira2 2ribu jugak la aku hanguss kat situ. takpe lah. bak kate sape ntah, pengalaman hidup. things that doesn't kill you makes you stronger. urgh. sape ntah yang mengeluarkan kata2 tu. ngek betul. lagi wat aku lembik ade laa. aduss. aku tak rase aku boleh bawak moto. tapi, ntah la. boleh kot. harapan aku yang nak tukar cover set baru tercapai, but aku takdelah terpikir nak tukar sangat sampai kene wat cmni. adoy la. kalau cmtu aku lebih rela tak tukar cover set la dari aku menanggung kesakitan yang amat mendalam, baik fizikal mahupun mental. urgh. sakit jiwa aku fikir pasal ni.


PENGAJARAN :: sila JANGAN jadi macam aku ye adik2. bawak kenderaan dengan berhati2. pandu cermat jiwa selamat


notakaki :: ade ke patut manusia tu gelakkan aku kaw2 bila dengar aku accident. mangkuk betul laa. bukan nak simpati ke hape. huh!



i've learned my lesson,
~unlimited love~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...