19 December 2012

Taerobik

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hai awak, awak dan awak kenyit mata

Dah seminggu lebih kot tak update blog. Mana pergi tah momentum menghapdet belog tetiap hari, aku pun tak tahu la. hewhewhew Apa-apa pun, one hectic week dah berlalu, and yet another to come. Like seriously korang kena tengok schedule aku untuk this month. Setiap minggu, ada je event. Bukan event sehari dua, berhari-hari kot. Haih, dah faham dah perasaan artis yang banyak sangat event sampai takde masa nak berehat. Aku la retis tu. hikhik

Anyhoots, Jumaat yang lalu dah berjaya present taerobik dengan jayanya in front of all taekwando members. Ada la jugak beberapa orang yang non-taekwando members come and join us petang tu. Tak sia-sia latihan setiap malam seminggu haritu. phewww, kesat peluh Banyak yang aku dapat semasa tempoh menguruskan taerobik ni. Aku dapat banyak kawan, dapat pengalaman jadi pengurus, dapat tingkatkan skill taekwando aku and many more. Terlalu banyak untuk di-describe tentang perasaan aku waktu ni. tears But hey, this will be kenangan yang manis macam madu buat kami semua. smile

thank you girls and guy :P

And then, aku terpilih untuk membuat persembahan taerobik pada malam penutup Minggu Kokurikulum, malam esoknya. Means, malam Sabtu la. Sir randomly pick members from various group dan gabungkan untuk buat persembahan malam tu. Jadi, kami kami yang terpilih ni hendaklah practice lagi untuk memastikan everything is smooth pada malam tersebut. Malam Jumaat tu, kami practice dari pukul 10 sampai la pukul 2 pagi. Penat gila kot!! Pagi esoknya ada practice lagi pukul 9, pukul 2 petang ada rehearsal. Everything went well sampai la tiba masanya.

Malam tu kitorang buat persembahan pembukaan. Meaning kitorang ni buat persembahan yang first la. Sebelum tu, semua dah berjalan dengan lancar. Papan pun semua pecah. Takde yang tak pecah. But then, bila nak start tu, music pula tak dengar. speaker atas je dengar Kitorang dah bagi signal dah kat technician yang kat atas tu suruh ulang lagu, tapi dia tak ulang pun. haihhh Maka, dengan hati yang pasrah, kitorang pun terpaksa la meneruskan je apa yang sepatutnya diteruskan. Dah smart kot kalau buat betul-betul dari awal. Takpela, takde rezeki la tu. Anyway, diorang tetap puji kitorang sebab buat persembahan yang magnificent! cewaaaahhh Alhamdulillah :)

Oh ya, lupa pulak nak bagitau pasal exam aku pagi Jumaat tu. All is well thanks to those yang sentiasa mendoakan kejayaan aku. you know who you are ;) InsyaALLAH dapat result yang membanggakan. hikhik

Tak boleh nak upload video malam tu, don't know why. sigh Oh, lagi satu, congrates to Maria Elena yang baru melangsungkan perkahwinannya pada 15 Disember 2012. I always adore her :) Hope to be just like you one day :P

here's their wedding teaser :D

This month is a hectic month, but really loves the memory within it.

cheers!
- amira_hasrori -

14 December 2012

Big Bad Wolf - Largest Book Sale!

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hey there readers :D

I've found something interesting when I was blogwalking yesterday. Have u heard about the biggest book sale in Malaysia?


Here it is! Dengar cerita buku boleh dapat RM5-RM8 je! Arghh, malang betul sebab time ni tak balik cuti lagi. Kalau dah cuti confirm I pergi serang dulu MIECC tu! So, untuk budak-budak sekolah yang tengah cuti tu, inilah masa anda untuk beli buku murah-murah! Dah takde alasan dah untuk beli buku ye. Get your butt off from the television and internet and increase your vocab and imagination with books! Yes, books!

Just so you know, I am a bookworm. Kenapa lah dia tak buat time aku cuti. adoyyy Rugi bagi sesiapa yang lepaskan peluang ni. Rugi, tau tak, rugi! Jadi, sila lah pergi ye. Angkut buku banyak-banyak, then kasi free kat aku satu. hikhik

nak pergi :(
- amira_hasrori -

13 December 2012

Tersilap Langkah

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hey there peeps!

Harini merupakan hari yang malang sungguh bagi aku. Eh, takde lah malang sangat. Macam ni ceritanya. Waktu kat lab computer siang tadi, kami diarahkan untuk buat video pakai Movie Maker. Tiga jam bertungkus lumus menyiapkan benda alah tu. Then, bila dah nak habis waktu, kalut lah nak copy dalam pendrive kan. Disebabkan kekalutan tu lah, aku terdelete movie yang dah hampir siap tu. arghhhh!!! Rasa bersalah gila kat team mate. huuuuu Takpe lah, this time biar aku yang buat. Tadi dah download dah software dia kat lappy. Petang-petang esok boleh lah buat ye :)

Oh ye, malam ni malam terakhir latihan taerobic. Besok petang dah kena present. Cuak kebebeh kot. Takpe-takpe. InsyaALLAH dengan practice yang cukup, besok kami akan present dengan jayanya. cewaaaaahh Pagi esok pulak ada test for Physical Chemistry. Baru je lepas call Puan Mama tadi. Tolong doakan "Fatin Amirah binti Mohammed Hasrori berjaya menjawab exam esok dengan jayanya, aminnn" hikhik Thanks sebab doakan ^.~

quotes for today :D

see u then,
- amira_hasrori -

12 December 2012

Happy 12 12 12 Everyone!!!

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hey there silent readers! :D

Bangun je pagi-pagi, rasa macam lesu gila. Yelah, dengan jadual packed, training sampai pukul 12 malam, ye malam! Bilalah nak studynya ni hah. Haih, risau gila dengan test and exam yang just around the corner tu hah. haisy

Then sampai kelas tengok-tengok orang lain takde. Ghupanya kelas start pukul 830 der. dayuummm! Kalau tahu, boleh aku sambung tidur kat atas katil sesedap rasa barang sepuluh minit dua. hikhik Then, bila kelas dah start, mula-mula dengar lah lagi apa yang lecturer cakap, but then, ten minutes later, gua dah ada dalam alam lain dah hah. Ni lah masalahnya dengan biology sejak zaman gua belajar lagi. Asal bio je mesti mengantuk, tidur. Gua dengan bio ni memang bermasalah sejak azali lagi, that's why pointer tak naik-naik. Harapnya sem ni dapat lah buat perubahan ke arah kebaikan ye. Aminnnn :)

Masuk kelas TiTas, lecturer tersayang, sebut pasal tarikh harini. 12 December 2012. Baru gua sedar tarikh harini adalah tarikh yang begitu cantik sekali. Facepalm kejap sebab dah nak tengahari baru sedar tarikh harini. hehehe I bet mesti ramai yang kawin harini, then baby yang baru lahir harini pun mesti mak diorang happy sangat sebab tak payah susah payah nak ingat tarikh lahir anak diorang. hikhik, sesuka hati je buat conclusion 

Sebenarnya takde motif sangat pun nak update harini, just tengok tarikh harini sangat bersejarah, so I update lah. hikhik #kbai

quotes for today :D
motif gila ada hashtag =.=
- amira_hasrori -

10 December 2012

Baucer Buku

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Uhuk uhuk, pepagi lagi dah mengapdet belog kan. hikhik Sementara menunggu kelas yang pukul 11 tu, lebih baik isikan masa dengan perkara yang bermanfaat kannn. Eh, manfaat apa update blog, boleh meluahkan isi hati dan perasaan gituuu. 

Oh ya, dengar cerita baucer buku akan dapat tak lama lagi. Mungkin tahun depan baru dapat kot. Alah, tahun depan bukannya lama lagi. Ada lah dalam 21 hari lagi. hikhik Dengan aktiviti yang super banyak bulan ni, mungkin takkan terasa masa berlalu dengan begitu pantas. Nak tahu apa aktiviti aku bulan ni? Minggu ni, tiap-tiap malam ada practice taerobic  = taekwando + aerobic. Pastu Jumaat pagi ada exam, petang tu contest taerobic. Then, Ahad pun ada exam jugak. Next week, Friday ada exam theory taekwando, petang grading. Then next weeknya lagi, Khamis, Jumaat, Sabtu ada tournament pulak. Eh, aku tak lawan, aku jadi secretariat je. hewhewhew

ni baucer buku yang dapat awal tahun haritu. 
sumber : google

Eh, ni macam dah lari tajuk je ni. Tadi, ada orang post kat FB, kena sahkan details untuk baucer buku tu. Makanya, lepas kelas nanti, ramai-ramai la pergi serbu pejabat fakulti memasing nak sahkan details ye. Karang kalau tak pergi, pastu no ic salah, kan dah tak dapat baucer tu. RM250 tuu. Kan dah rugi. Sapa nak bagi free cenggitu je. eh? 

Sebenarnya aku tak tau point apa nak update blog harini. Sesaja je nak update blog, untuk mengekalkan momentum blogging aku ni hah. hehehe Ni ke entry yang ditunggu-tunggu tu? Eh, bukan. Yang tu kena tunggu hari lain. Kan dah kata, tak cukup resource lagi. Sabar ye.

Till then, bubye :)

All the best for your exam Mr. R!
- amira_hasrori -

09 December 2012

Hajat Tak Kesampaian

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Tak dapat nak update malam ni sebab tak cukup bahan. Nak update pasal apa? Tunggu.....


yang kuciwa
- amira_hasrori -

08 December 2012

Kita Senyum Lebar Lebar :)

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hey there peeps! Just a short entry I guess. Minggu ni dah try dah nak jadi seorang yang penyabar. Senyum je lebar-lebar. Tempuhi segala masalah dengan senyuman. I guess it work. kot InsyaALLAH akan jadi lebih penyabar di masa akan datang. Practice makes perfect y'olls.

But remember, sabar manusia itu ada hadnya. Kerana aku bukannya Tuhan yang Maha Penyabar, Maha Pemaaf dan Maha Penyayang. Jika aku hilang sabar, tolong maafkan aku, tolong ingatkan aku, tolong tunjukkan di mana silap aku, kerana aku seorang manusia, dan bukannya malaikat. Kita senyum lebar lebar okay :)


jom kita senyum lebar lebar :)
- amira_hasrori -

21 November 2012

Random Rant

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Ehem ehem. Hehehehe. Lama dah tak update blog ni kannn. Dah berhabuk bersawang berpenunggu dah kannn *ayat cliche sangat!

Nothing interesting to talk about pun. Lately life semakin busy with all these assignments and studies. Exam final nak dekat dah oooiii. Oh, ya, this weekend ada pesta konvo kat umt, mai mai datang umt reramai. Hikhik.

So far life here in UMT is good. New friends, new environment, new subjects, new place. All brand new, tapi bangunan dengan facilities takde lah new sangat. Heh. Got new family here. Tu, nanti nanti lah kot aku cerita *pemalas punya orang, huhu.

Terasa macam nak buat cerpen bersiri. Tengoklah keadaan nanti macam mana. Anyhoots, bukan ada orang nak baca pun kan. But just in case lah ada orang baca kannn, nanti kalau aku dah tulis cerpen tu, nak copy paste boleh, tapi bagitau dulu, mintak izin dulu then buatlah kredit kat aku ni hah. Jangan buat jadi harta sendiri pulak ye, aku tak halalkan. Haaaa, see you in padang masyar nanti lah jawabnya ye.

Tapi ni angan-angan je. Tengoklah dulu ada masa dan idea ke tak. Idea dah ada, tapi bila nak menaip tu jadi takde pulak. Sajee je kan. Nanti tajuk lain, content dia lain. Kan susah dah tuu. Eh, aku ni membebel dari tadi, ada ke orang nak baca?

K lah, nak siap-siap pergi meeting. Memalam pun ada meeting. Sian kat aku, sobs :'(

see u next time :)
- amira hasrori - 

22 September 2012

Bercampur Baur

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Uhuk uhuk! Berabuk gila blog aku ni. Yelah dah lama tinggal, raya punya entry pun tak buat lagi. Haha. Sebab tahap kemalasan plus dengan idea yang kering dan kontang, makanya blog ni pun terbengkalai begitu sahaja. 

Nak cerita pasal raya ke? Dah lama berlalu kot. Nak cerita jugak ke? Hayelah, nak cerita lah ni. Ehem ehem *clearkan tekak jap Raya tahun ni kami sekeluarga beraya kat kampung Puan Mama, di Kuching, Sarawak. Kalau aku bagitau kampung aku kat mana mesti susah orang lain nak percaya. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin muka aku macam muka jawa kot, hahaha. Eh, malas pulak aku nak cerita pasal raya, dah basi dah kot, tengok gambar jelah ye. Tema tahun ni kaler oren :)

Me in orange :)

 With le' cousin and grandma

We are sooo cute! haha

My family with grandma

The family

Kami anak abah! hehe

Notice that baju aku dengan my sister sama kan, haha. Tu masa beli kain punya pasal la. Pilih ni reject my mum, pilih tu my dad reject. Last solution, beli je sama-sama sebab dah penat dan lama sangat kat Nagoya tu *sigh Walaubagaimanapun, cantik kannn baju aku, hehehe.

Habis dah pasal raya. Lagi nak cerita apa ye? Oh, untuk pengetahuan semua, aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) *tepuk tangan kuat kuat Minggu orentasi kat sini disebut sebagai MJM singkatan bagi Minggu Jalinan Mesra. Best sangat, tak macam kat UiTM dulu :P Kat sini fasi takkan sibuk-sibuk nak lecture kitorang, ragging sampai tengah malam. Majlis habis pukul 11, terus lepaskan kitorang balik bilik memasing. Pagi-pagi pun takde orang sibuk nak ketuk pintu bilik, kena kumpul ramai-ramai then lecture lagi, no no no! Fasi kat sini semua baik baik membuatkan aku rasa teruja nak jadi fasi jugak untuk MJM tahun depan, hehe. Best, sangat enjoy.

Untuk malam kebudayaan, fakulti kami buat sketsa hari raya :) Dapat kategori fakulti paling ceria, weehoo~ Ada video, tapi tak reti nak cut, so tak boleh la masuk dalam blog ni. Takpelah, maybe ada someone yang baik hati lagi pemurah akan masukkan dalam youtube. Nanti aku update lah kat sini ye. 

Dah kering idea nak tulis apa lagi, next time jelah ye aku sambung pasal life dekat UMT ni hah, so far untuk pengetahuan semua, aku sangat bahagia duduk kat sini, alhamdulillah :D

umt ada pantai, korang ada? :p
-amira hasrori-

07 August 2012

Resepi Kek Batik.

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Time puasa-puasa ni rajin betul aku belajar buat dessert. Setakat ni aku dah berjaya buat tiga dessert, puding roti, puding caramel dan kek batik. Weehoo~ hehe. Tapi kalini nak bagitau resepi kek batik jelah, sebabnya puding caramel dengan puding roti tu tak sempat nak tangkap gambar dah kena ngap dulu, ceit! 

Jadi, mari kita mula!

BAHAN-BAHAN :
1 packet milo (pek yang paling kecik)
1 buku butter
1 tin susu cair
1 cawan gula halus (aku pakai 1/2 cawan pun still manis lagi - kurangkan sikit lagi, hehe)
1 paket biskut marrie (pakai yang takde perisa tu tau)
1 biji telur ayam

CARA-CARA
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk (sederhana besar) kecuali biskut marrie.
2. Cairkan semua bahan-bahan dengan api yang kecil.
3. Kacau sampai pekat. Pastikan semua bahan-bahan dah bergaul sama rata.
4. Bila dah pekat, tutup api, masukkan biskut marrie (kalau tak patahkan pun takpe) dan kacau sehingga sebati.
5. Sediakan loyang, masukkan biskut marrie yang bersalut coklat dan mampatkan (susun cantik-cantik ye, hihi)
6. Dah habis masukkan biskut marrie, baru masukkan lebihan coklat tu tadi. (Tapi, kalau ada lebih coklat lebih baik tambahkan biskut marrie tu.)
7. Kemudian, lepas sejukkan loyang tu, baru masuk dalam peti sejuk.
8. Dah sejuk baru best makan :D

sumber : google

Aku malas nak upload gambar sendiri. Malas ngat aih nak cari wayar, hihi. Kek batik aku kira okay okay je lah untuk yang pertama kali ni. Tak dapat title wonderful sebab terlalu manis dan tak cukup keras, bahagian bawah cair. Sebabnya lepas aku gaul-gaul biskut marrie tu aku pi tuang terus dalam loyang, haha. That's why aku sarankan korang untuk susun elok-elok dulu biskut marrie tu, lepas tu bila dah ada lebih coklat tu baru tuang kat belah atas, baru dia mau keras. 

Ha, dah tau dah kan macam mana nak buat kek batik, bila dah tau buat ni, bolehlah jadi juadah berbuka atau hidangan di hari raya :D

Selamat mencuba!
-amira hasrori-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...