Showing posts with label keluargaku. Show all posts
Showing posts with label keluargaku. Show all posts

19 August 2013

Raya Seorang Loser

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN! hehe Ye aku tahu aku seorang yang loser. Orang lain dah berapa entry dah up untuk raya ni aku baru nak up satu entry ni. Sadis betul. Gara-gara internet takde begini la jadinya.

Raya tahun ni tak dinafikan sangat sangat la hambar kat rumah ni. Bangun pagi raya lambat. Opps. Yelah malam raya tu dah busy pasang langsir lah, bakar kek lah. Nasib baik tak bakar lemang bagai. Kalau tak memang tak bangun terus hari raya tu.

Dan tahun ni first time rasanya pagi-pagi tak sibuk nak balik kampung. Kampung aku dekat je. Tahun-tahun yang lalu, pagi-pagi mesti sibuk nak balik kampung, Tuan Abah solat raya kat kampung. Tahun ni buat luar biasa pulak, Tuan Abah solat raya kat masjid sini je dan petang tu baru balik kampung sebab my aunt buat kambing golek. hehe Layan jelah. Hampir setahun tak jumpa cousin, sampai aku confuse mana satu abang mana satu adik. Family belah abah ni tak rapat sangat so takde lah nak sembang sakan macam family orang lain. Plus aku ni kan pendiam orangnya. eh, haha

Raya second pulak duk rumah je sepanjang hari sebab turn sedara mara datang bertandang. Memang penat gila sebab sedara tak putus-putus datang sampai ke malam. Hari raya ketiga baru lah keluar berjalan raya. Tu pun pergi beraya rumah kawan Cik Kak Long. Tahun ni takde buat konvoi raya dengan kawan-kawan sebab semua cuti sekejap je. Sedih betul. sobs

Dan tahun ni jugak lah duit raya paling sikit pernah aku dapat. Sedih betul. Patutnya makin bertambah umur makin bertambahlah duit raya kan. Tak aci betul. Nampak sangat tak ikhlas pergi beraya kan. haha Takpelah. Rezeki ada kat tempat lain la tu kann.

Baju raya tahun ni takde tema langsung. Main rembat je baju mana yang ada. Sadis tak sadis raya tahun ni kan. haha Yang paling best tahun ni raya adalah sebab dapat tengok fireworks right in front of my room. Takdelah in front sangat kan, but dapat lah jugak tengok fireworks dari bilik aku. Sebelum ni mana nak dapat macam ni kan.

Anyway, gambar raya mesti lah kena up jugak kan, walaupun dah lambat tapi aku nak bubuh gak kat sini. hewhewhew Nah hamek!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Ampun dan maaf dipinta kepada sesiapa yang mengenali diri ini
Maafkan daku jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata dan perbuatan sepanjang kamu mengenali ku
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah Yang Maha Sempurna dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri
Semoga Aidilfitri ini dipenuhi dengan limpah dan rahmat kurnianya
Semoga kita berjumpa dengan Ramadhan lagi, insyaAllah :)

opps, ayat terskema
Selamat Hari Raya!
- amira_hasrori -

11 January 2013

Selamat Dua Puluh Empat Tahun

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to kak long,
Happy birthday to you.

Selamat hari lahir yang ke dua puluh empat tahun. Semoga berjaya dalam hidup anda. May Allah always bless you with happiness and prosperity. Cepat-cepat cari calon abang ipar, aku tak nak langkah bendul. hihihi


nota kaki : aku tak tahu la kenapa blogspot ni tak nak upload gambar, haihh.


selamat dua puluh empat tahun!
- amira_hasrori -

22 September 2012

Bercampur Baur

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Uhuk uhuk! Berabuk gila blog aku ni. Yelah dah lama tinggal, raya punya entry pun tak buat lagi. Haha. Sebab tahap kemalasan plus dengan idea yang kering dan kontang, makanya blog ni pun terbengkalai begitu sahaja. 

Nak cerita pasal raya ke? Dah lama berlalu kot. Nak cerita jugak ke? Hayelah, nak cerita lah ni. Ehem ehem *clearkan tekak jap Raya tahun ni kami sekeluarga beraya kat kampung Puan Mama, di Kuching, Sarawak. Kalau aku bagitau kampung aku kat mana mesti susah orang lain nak percaya. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin muka aku macam muka jawa kot, hahaha. Eh, malas pulak aku nak cerita pasal raya, dah basi dah kot, tengok gambar jelah ye. Tema tahun ni kaler oren :)

Me in orange :)

 With le' cousin and grandma

We are sooo cute! haha

My family with grandma

The family

Kami anak abah! hehe

Notice that baju aku dengan my sister sama kan, haha. Tu masa beli kain punya pasal la. Pilih ni reject my mum, pilih tu my dad reject. Last solution, beli je sama-sama sebab dah penat dan lama sangat kat Nagoya tu *sigh Walaubagaimanapun, cantik kannn baju aku, hehehe.

Habis dah pasal raya. Lagi nak cerita apa ye? Oh, untuk pengetahuan semua, aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) *tepuk tangan kuat kuat Minggu orentasi kat sini disebut sebagai MJM singkatan bagi Minggu Jalinan Mesra. Best sangat, tak macam kat UiTM dulu :P Kat sini fasi takkan sibuk-sibuk nak lecture kitorang, ragging sampai tengah malam. Majlis habis pukul 11, terus lepaskan kitorang balik bilik memasing. Pagi-pagi pun takde orang sibuk nak ketuk pintu bilik, kena kumpul ramai-ramai then lecture lagi, no no no! Fasi kat sini semua baik baik membuatkan aku rasa teruja nak jadi fasi jugak untuk MJM tahun depan, hehe. Best, sangat enjoy.

Untuk malam kebudayaan, fakulti kami buat sketsa hari raya :) Dapat kategori fakulti paling ceria, weehoo~ Ada video, tapi tak reti nak cut, so tak boleh la masuk dalam blog ni. Takpelah, maybe ada someone yang baik hati lagi pemurah akan masukkan dalam youtube. Nanti aku update lah kat sini ye. 

Dah kering idea nak tulis apa lagi, next time jelah ye aku sambung pasal life dekat UMT ni hah, so far untuk pengetahuan semua, aku sangat bahagia duduk kat sini, alhamdulillah :D

umt ada pantai, korang ada? :p
-amira hasrori-

29 August 2011

sELaMat hAri RayA

Assalamualaikum :)


Just wanna wish all muslims out there
Happy Eid-ul Fitr
and
Happy Independence Day 

p/s : ini aku ambik dari sini. thanks Ayeem Ayam. 
tahun ni raya lebih bermakna buatku dengan kehadiranmu :)
~unlimited love~

27 August 2011

i'M goiNg HomE!!

Assalamualaikum :)

Hey there peeps!


Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata


Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira


Balik kampung oh oh...(3X)
Hati girang
Oh oh ... balik kampung (3X)
Hati girang


Terbayang wajah-wajah yang kusayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

-Sudirman, Balik Kampung-

Tatkala korang baca entri aku ni aku dah dalam perjalanan menuju ke kampung halaman *ceh, kampung halaman lah sangat. haha. Wahhhh, mood nak balik kampung je harini. Akhirnya, aku akan balik rumah. Yeayyy!! Semalam rasa macam menyesal gila tak balik. Apahal la aku beli tiket lambat kan. Tapi takpe la. semua yang berlaku ada hikmahnya.

Harini hari jadi arwah Dzahier Haziq. Schoolmate aku, warga Nova-x. Even tak rapat mana dengan arwah, aku still terasa dengan kehilangan arwah. Pemergian arwah yang tidak disangka-sangka amat mengejutkan seluruh Nova-x. Al-Fatihah buat arwah Dzahier Haziq. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


kredit : gugle


p/s : Doakan perjalanan aku selamat pergi dan selamat sampai ye.


Kalau naik kenderaan bergerak mesti rasa pening, urghh.
~unlimited love~

21 February 2011

i LovE u tHis Big


mula2 i laid my eyes on u, aku tak berapa nak suka sangat ngan kau. aku start rapat ngan kau pun sebab kau minat sorang minah ni and nak suro aku jadi orang tengah. terbaik la kan kau suro aku. macam2 la yang aku mintak in return for my very good deeds. eheh.

macam2 benda yang kita buat time tu. rasa bahagia sangat. hoho. ntah pape ntah. dengan kepala aku yang tak berapa nak betul ni memang merepek all the time je la. sian kau kene layan aku. eleh, kau pun ape kurang nye. senget jugak.

then kau met her. start rapat ngan dia. aku? ntah. aku cam biasa je la. kalau kau rasa nak cakap ngan aku, kau cakap. selebihnya kau cakap ngan dia. hey, aku tak touching lah. just dissapointed je. ingat kan kau dan aku kamceng gile. well then, never mind. aku tahu she was way too cool compared to me. way too classy than me. richer than me. more intelligent than me. okay. i accept the facts that she was way too perfect compared to me. tak pe la. everyone has their own strength. haha. aku? tak dijumpai lagi kekuatan aku dimana. suka merepek kot. hoho. kalau tu boleh dikira as a kekuatan laaahh.

its just that aku anggap kau as family to me. seperti kata2 jackie chan dalam filem spy next door "family is not what blood u r. its who u love and who loves u". buat pengetahuan kau, kau la manusia yang paling aku sayang kat dalam sekolah tu. how pathetic i am kan. cliche giler. haha. ntah la. tapi aku sayang sangat kat kau, sayang dengan friendship kita.

kau lah sahabat aku. kau lah juga keluarga aku. satu je yang aku mintak, tolong jangan lupakan persahabatan kita.

p/s :: i love u this BIG. how about u?


love u my friend :)
~unlimited love~

___________________________________________________

aku baru je post mende alah ni then kau im aku. tatao sama ada kau baca ni dan kau tibe2 rasa nak menyapa aku ke hape, but i really appreciate it bila kau cakap yang kau rindu aku. :)

rindu kau jugak laa
~unlimited love~

20 February 2011

hEnfOn baRu

baru2 ni mak aku selalu membebel kat aku. suro aku tukar ringtone dia kasi lagu yang sedap sikit. aku pun runsing sangat. sebabnya henfon mak aku ni jenis yang up sikit dari 3310. ade kaler ngn radio. tapi sound dia cam lbey kurang ngn fon 3310 ah. kalau nak lagu, style lama. kene beli dari newspaper ke hape. tak boleh download. runsing kan. aku ni jenis yang tak sabar. jadi aku pass task tu kat akak aku. naseb baik time tu akak aku ade kat uma. fuh. lepas satu bala.

smalam mak aku ngn ayah aku pegi ipoh. escort anak murid mak aku. diorang ada pertandingan bowling kat sane. aku kene tinggal lagi. adoyy. sedey betul. then balik2 uma diorang tak balik lagi. aku pegi la kunci grill. yela. nanti mat indon serbu masuk umah aku. tak pasal2 pulak kan. then aku dengar bunyi kereta. parents aku da balik. yipee. perut da berbunyi rock hard core dah.

aku pun dengan baik hatinya bukak lah grill pintu tu kan. mak aku masuk. lepas tu ayah aku pulak masuk. tiba2 je dia cakap. mira, kau dah gemuk la. pulak da. bapak aku ni kenapa. demam ke. adoyy. pastu aku nampak something kat tangan dia. siap sorok kat belakang lagi. cam orang nak bagi surprise la kan. aku pun serkap jarang la cakap abah bli henfon eah. jeng3. betul weyh. ceyh. parents aku ni. aku takde sakan je diorang shopping. haih.

dua2 beli fon yang sama. yang tak boleh bla nye, parents aku da siap buat plan lagi konon2 nak terkejutkan aku yang diorang beli fon baru. diorang plan camni. konon2 mak ak call lah bapak aku. nanti time nak angkat call tu nampak la fon baru dia yang shining berkilat tu. hoho. lawak kot.

then bapak aku pegi pasang lagu kuat2 dari fon dia kat dalam bilik. pintu bilik terbukak of course la dengar sampai ruang tamu kan. time tu aku tengah tengok tv. aku bengang ar. mana dengar orang yang kat tv tu kalau bapak aku pasang kuat2 kan. aku pun ape lagi, kuat kan la volume tv tu. ahaha. aku menang. :P seyes childish betul bapak aku. dia nak showoff kat aku la tu ade fon baru. haih. malas aku nak layan orang tua ni. huhu.


p/s : parents aku dah tua2 ni baru nak nampak romantik nye. pelik betul. -.-'


jeles sebenarnye. hehe
~unlimited love~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...