24 January 2012

sEmakiN cAnTik

Assalamualaikum :)
walaikumussalam.

hey there people, lama gila tak update kan. haha. biasalah. orang busy memang macam tu. yelah. aku baru je habis test. takkan kau nak expect aku berblogging pulak time tengah test kan. haih. oh ya, sebelum tu aku rasa belum lambat lagi kan nak wish dekat kawan-kawan dan cikgu-cikgu aku yang berbangsa cina time kat SM Convent dulu, juga kepada lecturer aku kat sini, Mr Moo Shiew Leng dan Dr Sim Lai Har.

angpau takde ke, hehe.

oh ya, mari kita fokuskan kepada tajuk entry kali ni, "Semakin Cantik"
apehal tetiba nak buat tajuk entry macam tu pulak kan. nak bagitau tips kecantikan ke? eh, tak, tak. sabar sat naa. bagi aku cerita dulu. gelojoh betul hang ni. isy3.

nak dijadikan cerita, semalam ayah aku datang, dia cakap aku makin putih. kalau dalam kamus perempuan, putih maknanya cantik. kahkahkah. cenggitu pulak dah. haha. yelah. tak gitu wahai gadis-gadis di luar sana. ecewah. aku buat dialog dengan sapa ni weyhh.

haritu aku main-main lah google maksud nama sendiri. time tu aku dah bosan sangat mengadap buku, konon-konon nak release tension gitu. pastu aku jumpa maksud nama aku. nama aku FATIN AMIRAH. maksud dia PUTERI YANG MENAWAN. ecewah. maksud nama kemain lagi kan. heh.

dulu time kat sekolah, member-member aku panggil aku AMIRAH. aku pun tak suka sangat orang panggil aku FATIN. entahlah. aku pun tak tahu kenapa aku tak suka. heh. lepastu, bila datang palam ni budak kelas panggil aku FATIN, sebab ada sorang lagi budak namanya AMIRAH. kang panggil dua-dua AMIRAH susah pulak, ye dak. so, disebabkan aku ada dua nama jadi diorang panggil lah aku FATIN.

maksud AMIRAH adalah PUTERI, maksud FATIN pulak YANG MENAWAN. dulu-dulu kan aku selalu je jadi ketua kumpulan tak kisah lah nak buat projek apa pun. bak kata orang aku ni ada kriteria pemimpin lah gitu. sesuailah dengan maksud AMIRAH tu kan. heh. orang kata, kata-kata kita ni adalah satu doa. jadi bercakap lah kata-kata yang baik-baik sahaja. 

jadi konklusi kepada apa yang aku dah banyak membebel kat atas ni adalah, disebabkan kawan-kawan aku kat palam ni panggil aku FATIN, jadi aku pun semakin cantik lah. muahahaha.

sekian, terima kasih :D

* kata-kata itu satu doa, berkatalah yang baik sahaja, insyaALLAH ALLAH akan mendengar doa mu.

puteri yang menawan :)
~unlimited love~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...