28 January 2012

Tips : Jom Jadi Cantik : Khasiat Susu

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hey there girls. Aku sangat pasti mostly yang baca entry ni adalah perempuan kan. Betul tak? angguk-angguk. Never mind. Standard ah kan perempuan nak tahu pasal kecantikkan ni kan. Tapi tak salah pun kalau lelaki nak amik tahu jugak, tapi macam pelik je. Hahahaha. 

Memandangkan momentum aku nak menulis dah meningkat, maka aku pun ingat nak tulis pasal TIPS KECANTIKAN tepuk tangan everibadeh. Huhu. Seronok je semua kan. Heh. Maka tanpa melengahkan masa lagi mari kita bermula.

TIPS #1 : MINUM SUSU

Jeng jeng jeng. Aku dah tahu dah. Ramai yang macam tak percaya apa yang aku cuba nak sampaikan ni. Leklu, sakkok luu. Haha. Ye, umum mengetahui ecewah bahawa susu mempunyai banyak kebaikan kepada pengamalnya. Kalau korang nak tahu, susu ni bukan sahaja membekalkan kalsium untuk tulang, malah juga dapat melicinkan kulit. Woot woot. 

Betul maaa. Kalau korang pergi spa ke hape ke, perasan tak ada antara pakej kat situ mandi susu, masker susu, bla bla bla. Daripada buat mahal-mahal kat spa, baik korang buat kat rumah je. And instead of korang letak kat badan, baik korang minum je kan. Dapat both benefits. Kat sini aku nak pinjam kata-kata daripada iklan susu Dutchlady. Tak silap aku ada tagline dia cakap "What's good inside, shows on the outside". Ada sesiapa yang tak paham bahasa omputeh ke. Okay, yang tak faham tanya yang faham, yang faham ajar yang tak faham. Kahkahkah. Ini dah macam kat sekolah dah aku tengok. Memandangkan aku ni seorang yang baik, lemah lembut dan berbudi bahasa #trollface, maka aku volunteer lah untuk translatekan. 

Apa yang aku cuba maksudkan kat sini ialah, minum susu tu sangat bagus untuk badan kita. Khasiat susu ni bukan sahaja untuk tulang yang kuat supaya korang tak osteoporosis tua-tua nanti, juga baik untuk kecantikkan kulit. Eh, bukan kulit muka je tau. Semua kulit yang ada kat badan korang tu pun boleh jadi halus, lembut dan licin tau. Uuuu. Hebat tak khasiat susu ni. Walaweh. Cayalah. Mesti semua lepas ni terus pergi kedai pergi beli susu kan. Hoho. 

Sebenarnya macam-macam jenis susu yang korang boleh rembat kat kedai tu. Aku tau, ada certain orang tu, dia tak minum susu tepung lah, allergic to dairy food lah. Senang je. Yang tak boleh minum susu tepung tu korang minum lah susu yang dalam kotak tu. Perisa apa-apa pun boleh. Janji yang namanya susu. Yang allergic susu lembu pulak, aku sarankan korang beli susu kambing. Ada kat farmasi. Mintak je kat orang farmasi tu, kata nak susu kambing, mesti ada punya. Susu kambing ni sebenarnya lagi mahal dari susu lembu sebab susah nak dapat. Lagi satu, susu kambing ni sebenarnya lebih banyak khasiat dari susu lembu. Jadi, kalau ada yang berduit lebih sikit tu, boleh lah try minum susu kambing. Hoho.

Ini bukan auta tau. Aku sendiri pernah try minum susu kambing. Memang dalam seminggu dua tu, kulit aku dah memang lembut tak payah pakai losyen dah. Sekarang dah tak mampu nak beli susu kambing, makanya aku beli susu tepung biasa jelah. Hoho. 

Seriously, tak rugi amalkan minum susu ni. Selain kulit lembut, tulang sihat, banyak lagi khasiat yang boleh korang dapat dengan meminum susu. Siapa kata minum susu untuk budak kecik je? :D

Cukup lah takat ni je, baru satu point dah panjang berjela. Nanti ada masa aku sambung lagi okay. Take it or leave it. Sesiapa yang dah cuba boleh lah bagi feedback kat aku ye. Hehe.

* Ape pasal tak boleh upload gambar ni, haih =.=
Beauty is in the eye of the beholder :)
~unlimited love~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...