29 August 2011

sELaMat hAri RayA

Assalamualaikum :)


Just wanna wish all muslims out there
Happy Eid-ul Fitr
and
Happy Independence Day 

p/s : ini aku ambik dari sini. thanks Ayeem Ayam. 
tahun ni raya lebih bermakna buatku dengan kehadiranmu :)
~unlimited love~

27 August 2011

i'M goiNg HomE!!

Assalamualaikum :)

Hey there peeps!


Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata


Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira


Balik kampung oh oh...(3X)
Hati girang
Oh oh ... balik kampung (3X)
Hati girang


Terbayang wajah-wajah yang kusayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

-Sudirman, Balik Kampung-

Tatkala korang baca entri aku ni aku dah dalam perjalanan menuju ke kampung halaman *ceh, kampung halaman lah sangat. haha. Wahhhh, mood nak balik kampung je harini. Akhirnya, aku akan balik rumah. Yeayyy!! Semalam rasa macam menyesal gila tak balik. Apahal la aku beli tiket lambat kan. Tapi takpe la. semua yang berlaku ada hikmahnya.

Harini hari jadi arwah Dzahier Haziq. Schoolmate aku, warga Nova-x. Even tak rapat mana dengan arwah, aku still terasa dengan kehilangan arwah. Pemergian arwah yang tidak disangka-sangka amat mengejutkan seluruh Nova-x. Al-Fatihah buat arwah Dzahier Haziq. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


kredit : gugle


p/s : Doakan perjalanan aku selamat pergi dan selamat sampai ye.


Kalau naik kenderaan bergerak mesti rasa pening, urghh.
~unlimited love~

26 August 2011

hoW i wiSh i couLD fLy

Assalamualaikum :)

hey there people!

mesti semua dah selamat sampai ke pangkuan keluarga yang tercinta kan? aku? i'm still stuck in puncak alam. urgh, darn it. aku pun tak tahu kenapa aku pandai sangat beli tiket bas esok. menyesal tak sudah. and now i wish i could fly. kalau tak pun aku ada kenderaan sendiri. heh. memang harapan lah kan. *sigh.

kelmarin pergi berbuka puasa dekat mcD. pinjam moto akif. thanks bro. haha. bukan apa, dah muak sangat dengan makanan kat bazaar. selama hampir 4 bulan aku tak menyentuh motosikal *sebab konon-konon trauma tetiba gatal plak nak bawak kann. dah la kompom2 kene balik malam. bukan lah malam sangat, tapi gelap la kan. gelap tu kira malam lah. hehe. 

minggu ni memang aku tak lekat kat bilik. ada je destinasi aku berbuka. jumaat minggu lepas kat kenny rogers. hajat nak ke nando's tapi sebab dah full house, kenny pun boleh la. sabtu berbuka dekat raff. kira tak berbuka kat rumah jugak lah kan. ahad berbuka dekat secret recipe. isnin berbuka kat bilik. selasa kat pendeta plak. kelmarin dekat mcD. semalam dekat rumah. hari ni konon-konon nak berbuka nando's tapi tak jadi, so berbuka kat bilik je. besok berbuka kat rumah. yeay!! home sweet home. sumpah mood nak balik gila-gila dah ni. hadoyy. sabar ye. lagi berapa jam je lagi. heh.

teka lah mana satu kak long aku, hehe

urghh. can't wait for tomorrow. puasa kali ni aku tak berkesempatan lagi nak berbuka, sahur kat rumah. sedih lah. raya tahun ni kak long takde. lagi la sedih. semoga berbahagia lah kau kat sana ye. kemain lagi kau buat salam perantauan eah. ntah bila la turn aku eah. hurmm. ada rezeki nanti turn aku lah pulak kan. hee. 

buat semua sahabat dan handai :
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
AMPUN DAN MAAF DIMINTA
SEKIRANYA ADA TERSILAP BAHASA DAN TERSALAH KATA
SEMOGA BERBAHAGIA DI SAMPING SANAK DAN SAUDARA
DAN JUGA TIDAK LUPA
HATI-HATI DI JALAN RAYA :)

kredit : gugle


psstt, hulur-hulur sikit duit raya tu, hehe
~unlimited love~

23 August 2011

sELamaT 8bELas kAwAn!!

Assalamualaikum :)

kredit : gugle

just wanna wish HAPPY BIRTHDAY to my friends who were born in August,
may ALLAH bless all of you
have a happy birthday :D

Kamar Arief bin Kamar Azman (16th August)
Fatin Syahirah binti Awang Shapie (22nd August)
Izzatul Nazihah binti Yahya (23rd August)
my dear Syirrin Faldhira Haziq binti Mazlan (28th August)
my beloved Malaysia (31st August) *hehe

sorry guys, takde hadiah. hehe
~unlimited love~

20 August 2011

bEreHat sEbenTaR

Assalamualaikum :)

hey there people. how you're doin'? 

entry ni just nak mengumumkan kepada readers aku *itupun kalau ada yang bacalah. heh. yang bahawasanya there will be no more entry dalam masa beberapa bulan ni. kalau ada pun sangat jarang. sebab aku rasa it's about time for me to stop this lagha thing and focused on my study. "oh puh-leesss. typical reason lah woi." aku peduli hapa. typical ke tak ke, aku yang nak kene score study aku. bukan kau boleh tolong pun kalau aku fail kann. bukan kau boleh support aku kalau aku takleh nak further kann. opps. ter'emo' plak. haha. sorry. 

i'm just resting. not retiring.
anyway, somehow there will be new post for at least once a month. to keep track of what i'm doing, if you care lah kann. till then, chiaoo.

p/s : mungkin akan aktif berblogging selepas aku habis asasi. itupun kalau aku tak kerja dan dalam mood rajin. hehe.

i'll miss my blog :)
~unlimited love~

18 August 2011

nAk buAT kErja maLaS, tuLis entry RajiN puLak

Assalamualaikum :)

lately aku dapat rasakan yang my biological watch dah tak betul. i mean, kitaran tidur (sleep cycle) aku dah kacau bilau. even aku dah tidur 8 jam, *aku tidur awal semalam, sian awak kan, hehe but still ngantuk dalam kelas doe.

aktiviti dalam kelas
(konon-konon comel gune gambar baby, heh)
agak-agaknya ada manusia yang bubuh pil tidur kot dalam semua makanan aku. heh. 

lahanat mana letak pil tidur dalam makanan aku nii!!
gila ke minah ni, mengamuk tak tentu pasal. hoho. ada tips tak nak elakkan mengantuk dan fokus dalam kelas. dah 10 tahun aku belajar. macam-macam tips aku guna termasuklah makan gula-gula dan tampar kawan sebelah *haha, takde motif. still tak berkesan. macam mana ni. adoyyy.

meh la share tips dengan aku,
~unlimited love~

17 August 2011

oH sHit giLA!!

Assalamualaikum :)

muka aku ketat je sepanjang hari


semalam merupakan hari yang paling SHIT yang pernah aku tempuhi sepanjang prasejarah aku hidup. heh. hiperbola siot. nak tau kenapa? sebabnya, bangun pagi, gosok gigi, cuci muka terus mandi...erk. apa pasal nyanyi pulak ni. mereng dah aku. heh. pagi tu aku bangun takdela lambat sangat. standard ah orang kelas pukul 830 bangun pukul 730 kann. then, tunggu lift. tunggu lift tu ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. bapak lama wa cakap sama lu. fine lah, lif pun sampai. masuk, tekan G, then turunnnn. dah elok je aku keluar blok nak membelok ke jalan besar *ecey, gaya cakap macam bawak kete, padahal jalan kaki je ponnn.

" alamak, lab coat! " ah, sudah. nak kene patah balik la ni gamak nye. tengok jam. hurm, ada masa lagi. maka, aku pun mengambil keputusan untuk patah balik ke bilik. on the way nak patah balik tu orang pandang aku semacam. lu apehal. gua ada kacau idup lu ka. takdak kan. heh. gaya cam nak cari pasal je kan. enough of all the drama. sambung cer. dah sampai bilik, kalut-kalut nak bukak pintu, " eh. laptop aku tak simpan lagi " hadoyai. bukak balik pintu. simpan laptop. tengok jam. hurm, kompom lambat dah ni. haiyok.

dah turun, pastu aku pun apalagi, memecut bagai nak rak. tapi tak leh nak pecut mana pun sebab langkah aku kecik plus aku pakai baju kurung haritu. tak sopan rasanya kalau nak berlari berkejaran pakai baju kurung. ye dak. dalam perjalanan nak pergi kampus, ada pulak dua ekor minah psycho belakang aku. "eh, kau tak boleh jalan lambat lagi ke? " , " dah lambat pun jalan lenggang kangkung lagi? "

SHIT gilaaa. memanglah diorang cakap sesama diorang je tapi kalau nak cakap tu tengok-tengok lah kiri kanan depan belakang duluu. tak perlu kot nak cakap kuat-kuat. bisik-bisik sudah. heh. kau berjaya meng'psycho' aku tahu??!! fuh, selamat lepas tu diorang ikut jalan lain, aku ikut jalan lain. lalu aku pun meneruskan perjalanan ku . dalam hati dah merangka-rangka ayat nak cakap apa kat madam nanti. urgh. nak cakap apa ni. opps, dah sampai. eh, madam keluarlah. sebelum aku nak masuk kelas tu madam dah keluar dulu. pheww. tak payah nak cakap apa. hoho. dengan penuh semangatnya aku pun bukak lah pintu kelas. tu.

aik, ape pasal sikit je orang ni. " err, harini ada test lagi eah " oh mannn. beribu kali SHIT. sepatutnya aku tak payah nak datang kelas pagi ni sebabnya ada group yang tak lepas lagi speaking test. hadoy. apela malang sungguh nasib aku ni. urghhh. awat la tak habaq awal-awal. kan ke sepatutnya aku boleh golek-golek lagi kat bilik. dua jam tuuu. aku nak buat apa ni. haiyok.

okaylah, malas nak membebel banyak lagi. banyak benda yang buat aku mencarut bagai nak rak. kurang dah pahala puasa aku. hello, aku puasa okay. meh sini aku senaraikan apa lagi yang buat aku mencarut semalam.

1. semua benda di atas
2. tak bawak lab report bio means kene balik bilik skali lagi *SHITTTT
3. lab tadi experiment cam hampeh. group macam takde kerjasama langsung. *chill~
4. ada quiz chemist *tak revise lagi
5. balik lambat. pkul7 baru sampai bazar. makanan dah tkde :(

nasib baik abang kat bazar tu nak masakkan char kuey tiow untuk aku. so, it made may day :)

banyak lagi mende yang berlaku sebenarnya tapi aku malas nak listkan lagi. hoho.

tido lagi bagus,
~unlimited love~

10 August 2011

woRdLesS wEdnEsdAy #4

Assalamualaikum :)

sumber : google

sahur dengan biskut hup seng,
~unlimited love~

sMiLe

Assalamualaikum :)

hey there people. dah sahur ke belum? eh, mestilah dah kann. apa? tak bangun sahur. isy3. kang lembik kang baru tau. haha.

pernah tak korang terfikir kalau ada someone ni senyum mesti dia nampak lagi cantik, lagi ramah. ni takk. masam je. nampak sombong tahu. aku ada jumpa sorang makhluk ALLAH ni. cantik, manis je aku rasa. tapi aku tak pernah nampak dia senyum. asyik masam je. aku assume dia seorang yang sombong. so people, if you want to make more friends, smile. it doesn't cost you any cents. even in Islam, you get rewarded if you smile.

so people, let's smile :)
source : google

p/s : hari ni birthday aku kalau ikut kalendar islam (10ramadhan) =)
smile doesn't hurt anyone,
~unlimited love~

09 August 2011

sAkiT tEkAk

Assalamualaikum :)

i had done my speaking test this morning. everything seems alrite. pheww~ not that i said everything is perfect, but it seems that my team manage to overcome our "nervous"ness and speak out our mind. not to mention the grammars and the-influent-ness. haha. mende aku merepek ni. korang layan jelah. konklusinya speaking test aku berjaya dijalankan dengan jayanya. although aku tak tau pun berapa markah aku. madam kata pass. okay la tu. janji tak fail. hoho.

baru-baru ni aku diserang penyakit sakit tekak. nak kata batuk tak jugak la. sakit tekak je. just kalau nak selesakan tekak ni aku kenelah buat-buat batuk. hoho. kadang-kadang sesak nafas jugak dibuatnya. bahaya, bahaya. hee. 

aku tak tau apa punca aku sakit tekak ni. sama ada sebab aku minum air watercooler atau aku asyik minum air sejuk je. tapii, bukan selalu pun aku nak minum-minum air sejuk ni. dalam bulan puasa ni, dua kali je aku beli air tau. haa. betapa jarangnya aku minum air sejuk. so, sekarang kau cita ngan aku, apa sebab aku sakit tekak ni haa.

kompom lah takde sapa nak jawab kan. haha. pergi klinik? memang tak laah. sejak bila pulak aku suka pergi klinik ni. takat sakit sikit-sikit. tak payah laa. aku demam panas tahun lepas pun tak pergi klinik. elok jee. ni pulak takat batuk sikit-sikit ni. tak payah kott. biarlah time raya nanti suara aku macam ella. takde lah orang kampung nak tanya aku banyak sangat soalan kann. hoho. licik sungguh anak mu ini, mama. hehe.

sumber : google

p/s : aku lebih rela batuk daripada selsema. kenapa? entah lah. hehe.

all the best bagi yang bakal menjalani speaking test :)
~unlimited love~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...