19 August 2013

Raya Seorang Loser

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN! hehe Ye aku tahu aku seorang yang loser. Orang lain dah berapa entry dah up untuk raya ni aku baru nak up satu entry ni. Sadis betul. Gara-gara internet takde begini la jadinya.

Raya tahun ni tak dinafikan sangat sangat la hambar kat rumah ni. Bangun pagi raya lambat. Opps. Yelah malam raya tu dah busy pasang langsir lah, bakar kek lah. Nasib baik tak bakar lemang bagai. Kalau tak memang tak bangun terus hari raya tu.

Dan tahun ni first time rasanya pagi-pagi tak sibuk nak balik kampung. Kampung aku dekat je. Tahun-tahun yang lalu, pagi-pagi mesti sibuk nak balik kampung, Tuan Abah solat raya kat kampung. Tahun ni buat luar biasa pulak, Tuan Abah solat raya kat masjid sini je dan petang tu baru balik kampung sebab my aunt buat kambing golek. hehe Layan jelah. Hampir setahun tak jumpa cousin, sampai aku confuse mana satu abang mana satu adik. Family belah abah ni tak rapat sangat so takde lah nak sembang sakan macam family orang lain. Plus aku ni kan pendiam orangnya. eh, haha

Raya second pulak duk rumah je sepanjang hari sebab turn sedara mara datang bertandang. Memang penat gila sebab sedara tak putus-putus datang sampai ke malam. Hari raya ketiga baru lah keluar berjalan raya. Tu pun pergi beraya rumah kawan Cik Kak Long. Tahun ni takde buat konvoi raya dengan kawan-kawan sebab semua cuti sekejap je. Sedih betul. sobs

Dan tahun ni jugak lah duit raya paling sikit pernah aku dapat. Sedih betul. Patutnya makin bertambah umur makin bertambahlah duit raya kan. Tak aci betul. Nampak sangat tak ikhlas pergi beraya kan. haha Takpelah. Rezeki ada kat tempat lain la tu kann.

Baju raya tahun ni takde tema langsung. Main rembat je baju mana yang ada. Sadis tak sadis raya tahun ni kan. haha Yang paling best tahun ni raya adalah sebab dapat tengok fireworks right in front of my room. Takdelah in front sangat kan, but dapat lah jugak tengok fireworks dari bilik aku. Sebelum ni mana nak dapat macam ni kan.

Anyway, gambar raya mesti lah kena up jugak kan, walaupun dah lambat tapi aku nak bubuh gak kat sini. hewhewhew Nah hamek!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Ampun dan maaf dipinta kepada sesiapa yang mengenali diri ini
Maafkan daku jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata dan perbuatan sepanjang kamu mengenali ku
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah Yang Maha Sempurna dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri
Semoga Aidilfitri ini dipenuhi dengan limpah dan rahmat kurnianya
Semoga kita berjumpa dengan Ramadhan lagi, insyaAllah :)

opps, ayat terskema
Selamat Hari Raya!
- amira_hasrori -

03 August 2013

Tampil Menawan di Aidilfitri dengan Produk FCC!!

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hey hai. hehe Lama dah tak update tetiba tangan ni gatal nak mengapdet pulaks kan. Selalu bagi alasan takde idea sebab tu tak update, so sekarang dah tak boleh nak bagi alasan tu dah sebab di bagi task ni. Jadi mari kita mulakan. Yeah!

Sapa tahu apa tu FCC? haha Mesti ramai yang dah tahu kan. Okay la, to be fair nak bagitau kat yang tak tahu jugak. FCC or Farmasi Colour Cosmetic ni adalah produk halal dari Istanbul. So sesuai la untuk muslimah macam kita ni kan. Banyak produk kat luar sana yang diragui ke-halal-an nya, tapi FCC ni dah dijamin halal dah. Jangan risau okay. Untuk maklumat lanjut boleh like FCC FB Fanpage dan layari laman web rasmi FCC: www.fcc.net.my. Boleh jugak follow FCC di Instagram: FCC Malaysia :)

Jadi sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi ni, FCC ada buat promosi untuk korang semua yang ingin tampil menawan pada hari raya nanti, kan kan kan. hehe


Promosi yang pertama; FCC Adorn Set!
  • Tampil menawan dan bergaya di Aidilfitri dengan FCC Adorn Set!
  • Terdiri daripada FCC NEW and HOT selling items pada harga DISCOUNT!
  • Setiap pembelian FCC Adorn Set, korang boleh dapat FCC Limited Edition Tote Bag dan sampul duit raya secara percuma! Ya, percuma!
  • Sangat-sangat berbaloi beli secara sebab hanya RM155 untuk 6 items. Produk lain tak dapat punya :P
  • Note: Hanya boleh pilih salah SATU untuk item 1, 2 & 3 dan diberi pilihan untuk MEMILIH warna yang anda suka!
  • It doesn't come with any gift box. So, kalau nak bagi hadiah kat kawan or nak buat hantaran tunang or kahwin kenalah beli box sendiri ye. hehe


Ada lagi! Promosi ni lagi best iaitu FCC Duit Raya Fever! Hadiah utama sangat-sangat lumayan. RM1000 for grand prize dan RM200 x 5 for consolation prize. Boleh la buat duit raya dengan FCC kan. hehe Senang je cara nak masuk peraduan ni.

Hanya 3 langkah mudah!
  1. Hantar butiran peribadi dan bukti pembelian produk FCC (dari mana-mana FCC outlets, online & retail partner) kepada marketing@naturalifesolution.com atau PM di FCC FB Page
  2. Buat produk review atau testimoni tentang produk FCC via FCC FB PAGE & SHARE kepada keluarga dan kawan - kawan. Kepada blogger yang nak share dekat blog, jangan lupa tag FCC FB PAGE ye. Lagi banyak korang share, lagi tinggi potensi korang untuk menang! 
  3. Like FCC FB Page dan follow Instagram FCC Malaysia.
Senang je kan. Oh lupa nak bagitau promosi ni bermula pada 1 Julai 2013 dan berakhir pada 4 Ogos 2013. Ada lagi dua hari lagi. So, cepat-cepat rebut peluang keemasan ni okay. Senarai pemenang akan di umumkan pada 12 Ogos 2013

Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi FCC di talian: 03-5191 1510/ 013-3834 522 / marketing@naturalifesolution.com

dah macam promoter pulak, haha
- amira_hasrori -

30 July 2013

Universiti Malaysia Terengganu

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Okayyyyy, sangat memerlukan masa yang lama nak up entry ni. Sangat sangat kebuntuan idea dan tak tahu nak rant on apa. So, layan jelah aku nak membebel apa eah. hihi

First of all, tentunya bagi orang-orang yang jauh nak ke Terengganu ni, aku sarankan anda menginap di homestay yang berdekatan kerana perjalanan ke Terengganu, kalau dari rumah aku, lebih kurang 9 jam termasuk berhenti dua kali kalau tak silap. Buat junior yang nak mendaftar bulan 9 ni, dah boleh la google homestay yang area Gong Badak or lapangan terbang. Jangan tanya aku homestay apa yang ada sebab aku pun tak tahu. Usaha tangga kejayaan k. Harap faham apa maksudnya tu. ^.~

Hari pendaftaran pastikan semua dokumen yang diperlukan dah ada, siap-siap asingkan masuk dalam satu fail untuk melancarkan pendaftaran nanti. Oh, diingatkan jugak, hari pendaftaran tu nanti ada tangkap gambar untuk kad pelajar. Jadi, pandai-pandai la buat apa yang patut supaya tidak diejek dan dicela selama 3 atau 4 tahun. haha

Dinasihatkan jugak supaya tak bawak barang banyak-banyak. Bilik kecik. Loker kecik. Bayangkan bilik kecik tu kena kongsi 4 orang lepas tu korang bawak barang banyak, mana nak letak? Jadi pandai-pandai organize barang yang perlu je yang dibawa.

hamek kau locker kecik wehhh

Okayyyy, tu jelah nak bagitau. Minggu orentasi, nanti nanti lah baru sambung lagi ye. hikhik. 

kbai
- amira_hasrori -

16 July 2013

Warming Up

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hey there peeps. For almost 3 months with no updates, and now I'm here updating the blog with nothing to write except for random mumbling and ranting. For these past 3 months, many things happened but no need to write it here lah kan :)

Oh, congratulations to juniors yang baru dapat result UPU. Walau apa pun keputusan anda, kursus yang anda dapat, sekalung tahniah saya ucapkan. ecewah So, entry yang seterusnya maybe nak bagi pencerahan kat juniors yang dapat UMT mungkin? hehe Mungkin jelah. Tengok tahap kerajinan macam mana. 

I think this is enough for the warming up entry. A long entry is on the way about UMT and how's life there. InsyaAllah :)

:)

- amira_hasrori -

15 April 2013

Kimbap Time!!!

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.


Gara-gara nak makan sushi punya pasal, aku pun bertungkus-lumus la nak buat kimbap ni. Kenapa tak makan kat Sushi King? Sebabnya, kak long aku cerita, waktu dia nak makan kat Sushi King dengan adik aku haritu, pekerja kat Sushi King tu sendiri yang bagitau dia ada campurkan sake (arak Jepun) dalam nasi yang ada kat sushi tu. Erk, jadi aku dah termakan la benda alah tu. Nasib baik tak mabuk. huhu Jadi, kepada semua yang pernah makan kat Sushi King, marilah sama-sama kita buat solat taubat untuk meminta keampunan daripada-Nya.

Apa beza kimbap dengan sushi? Sushi sebenarnya nama general untuk makanan Jepun, tapi kalau kimbap, iaitu makanan Korea, memang yang nasi, dengan nori pastu dia roll, macam ni.

my kimbap :) gambar tak jelas sebab pakai phone je.

So, dah ready nak buat kimbap? Jom! Resepi asal di ambil dari [sini]

Bahan-bahan
Beras sushi
Cuka masakan jangan cuka getah pulak
Gula
Garam
Nori (seaweed)
Telur
Lobak
Timun Jepun
Crabstick
Tuna
dan apa-apa yang sedap dimakan :)

Cara-caranya

1. Masak nasi macam biasa. Satu cup beras kena dua cup air. Aku buat dua cup dapat la dalam lima roll. Kalau nak makan sensorang satu cup cukup la.

2. Lepas nasi masak, campurkan 2 sudu besar cuka, 2 sudu besar gula dan garam secukup rasa. Waktu gaul nasi tu rasa la sikit-sikit. Tambahkan bahan-bahan tadi sampai rasa sedap. huhu

3. Letak nasi atas nori (seaweed). Tinggalkan lebih kurang satu inci dekat hujung. Sapu kicap atau mayonis. step ni aku lupa nak buat =.=

4. Then letak la bahan-bahan yang korang dah prepare tadi.

5. Dengan menggunakan tikar sushi, gulung dari hujung yang ada nasi tu, sampai hujung yang takde nasi. #eh

6. Basahkan pisau yang tajam dan potong.

7. Makan sampai perut kembung :D

Tips

1. Kalau takde tikar sushi, gulung pakai tangan macam biasa pun boleh, tapi sangat digalakkan untuk ada la tikar sushi tu.

2. Waktu nak letak bahan-bahan tu, jangan banyak sangat, nanti susah nak gulung. Kimbap akan jadi terlampau besar dan tak boleh nak tutup kat penghujung tu. Nanti tak jadi bulat.

3. Jangan tekan kimbap waktu nak potong sebab nanti dia jadi penyek. Sebab tu kena pakai pisau yang tajam. Pisau akan memotong kimpab tu dengan sendirinya.

4. Goreng telur macam goreng telur dadar biasa, dan potong panjang-panjang. Lagi sedap kalau goreng pakai olive oil. Carrot dan timun jepun tu kalau nak stir fry pun boleh, tapi jangan sampai masak sangat, sebab nak ada rasa rangup tu. hehe


Boleh la cuba buat dan dihidangkan waktu raya untuk menggantikan lemang yang terlampau amat mahal tu hah. Boikot penjual lemang mahal! hewhewhew

till then :)
- amira_hasrori -

11 April 2013

Pertengahan April

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

As I've mentioned on the previous post, March is a very very hectic month. Assignments, tests, lab reports and also quizzes. But, alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t., I can pass through March without any difficulties. Kalau ada kesusahan pun, dah tentu ianya ujian daripada Allah s.w.t. bukan?

Bulan Mac juga merupakan bulan di mana umur dah menjangkau dua puluh tahun. Dah tua dah. sobs sobs Umur dah meningkat jadi perlu matangkan diri dan perbaiki diri. Jangan dah tua kerepot nanti baru terhegeh-hegeh nak pergi masjid belajar mengaji. #eh

Thanks for the wishes, thanks for the presents; especially to Rawr Family. Thanks a lot guys. Love you guys so very the much. hikhik

the presents :)

Bulan Mac jugak merupakan bulan yang memeningkan kepala hotak dengan rumah sewanya. Yelah, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Tapi dalam kes kitorang ni sediakan rumah sewa sebelum kena halau dari hostel. Ha, lebih kurang macam tu lah. Sem depan kebarangkalian nak dapat hostel adalah sangat tipis. Maka, nak tak nak kena lah prepare, cari rumah sewa sebelum dihalau dari hostel. Kenapa cari awal-awal? Sebabnya, sementara belum busy betul-betul dengan assignment bagai, so, kitorang mem-busy-kan diri dulu dengan cari rumah sewa. Alhamdulillah dah dapat dah rumah sewa. Not bad la, walaupun kena berhimpit ramai-ramai. Double decker pulak tu. Takpe lah. Janji dapat rumah sewa yang sewanya affordable.

Entry yang sebelum ni aku ada mention about Taekwando Pantai kan. Ha, memang best la dapat tengok budak-budak kecik lawan. Nampak je kecik, tapi ligat jugak la time sparring tu. Even penat dan hitam sebab sunburn =.= tapi still best sebab dapat pengalaman baru, dan tengok budak-budak kecik lawan. hehehe

kid sparring

Waktu rehearsal haritu, kitorang tengah dengar la radio Hot.Fm Terengganu. Kebetulan Team Rovers eh, betul ke? dia datang Pantai Baru Buruk. Kitorang pun apa lagi, turun je dari bas terus serbu tempat deejay tu semua. Jawab soalan simple-simple, dapat lah goodies ni.

terima kasih hot.fm terengganu. lain kali bagi hadiah lagi eah. hehe.

Dah dua kali dah aku pergi pasar malam khamis yang dekat dengan unisza tu. Kitorang selalu naik van sekolah tu. Lima posen je. Boleh je kalau nak jalan kaki. Tapi, malas ah. Nak save energy kekononnya. hahaha Ada pakcik ni jual nasi kerabu sedap sangat. Addicted kot. Nanti nak beli lagi lah. Malam tu kitorang nampak sunset cantik sangat dari bilik kitorang. 

subhanallah, cantiknya >.<

Cuti mid sem kali ni, first time aku balik sensorang. Agak cuak jugak la, sebab tak pernah lagi naik bas sorang-sorang dalam jarak yang jauh macam ni ha. Bayangkan Terengganu - Bidor. Jauh wehh. Dah la lalu KL bagai. Memang menambahkan jarak perjalanan la. Tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun terpaksa mengharungi lebih 12 jam baru nak sampai rumah. phewww, tarik nafas lega

Balik dari cuti kena mengharungi lagi test, assignment, kuiz dan semestinya lab report. Takpe, bertahan lagi 2 bulan lepas tu cuti lah puas-puas. Tak sabar >.< padahal baru je cuti, hihi 

Banyak lagi benda yang aku nak cerita, tapi disebabkan banyak jugak benda yang aku kena buat, jadi, tu jelah kot. Till then :)

nota kaki : Amaran, trend baru iaitu Gwiyomi dah menular, jadi berhati-hati lah ye. hikhik

Gambatte ne~
- amira_hasrori -

19 March 2013

Blogger = Da'ie

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Heyyo! Haritu ada terbaca satu artikel ni dari buku Batu-Bata Kehidupan by Hilal Asyraf, dia ada cakap pasal blogger sama dengan da'ie. Mestilah menarik minat aku sebabnya dah tentu-tentu la aku ni blogger kan, even tak la sefemes Maria Elena or Fatin Liyana kannn.

Dalam artikel tu dia cakap pasal menyebarkan dakwah melalui blog. Jadi aku pun tertanya-tanya dalam hati, macam mana nak buat? Aku bukannya ada banyak ilmu sangat pun nak berdakwah kat orang. Jawapan aku terjawab bila aku baca dalam artikel tu jugak.

Senang je nak berdakwah melalui blog ni. Kalau macam aku, aku suka tulis apa yang terjadi kat sekeliling aku, then nanti kaitkan apa pengajaran yang aku dapat haritu dan hubungkan dengan Allah swt. Senang je. InsyaAllah aku akan cuba laksanakan. Harapnya berjayalah kan.

Aku harap bila aku cuba berdakwah nanti, orang dapat terima apa yang aku tulis, dan semestinya bila aku ada melakukan kesalah, sila-silalah tegur. Ya, aku masih dalam proses untuk penambah-baikkan diri sendiri. Nak berubah itu senang. Like seriously senang, yang susahnya tu adalah beristiqomah, atau dalam bahasa Melayunya, berterusan. Itu lah yang aku alami sekarang. Harap Allah swt dapat tunjukkan jalan yang terbaik untuk aku dan kita semua. Aminnn.

Pernah baca kat mana tah, sesungguhnya manusia sukakan perkara yang baik dan menyukai perkara yang baik itu adalah fitrah. Kemudian, ia terserah kepada orang tersebut untuk bergerak ke arah kebaikan atau hanya memandang kebaikan itu dari jauh sahaja. Okay, ayat yang last tu aku reka sendiri. muehehe

Betul lah tu. Aku perasan jugak sekarang ramai yang nak berubah ke arah kebaikan. Semoga maju jaya. Dan kawan-kawan yang belum ada seru kononnya tu, kalau kawan kita berubah ke arah kebaikan, walaupun kita tak suka, jangan lah perli-perli atau kutuk orang tu. Sat lagi tak jadi pulak orang tu nak berubah. huhu

Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah swt. Dan perlu diingati juga, hidayah Allah swt itu perlu dicari :)

quote for today :)

marilah mencari cinta Allah :)
- amira_hasrori -

17 March 2013

A Very Hectic Month

Assalamualaikum :)
Waalaikumussalam

Hello there people. Yeahh, yang pastinya aku dah lama tak update blog ni. Dan sudah semestinya banyak yang ingin aku kongsikan. But, you know me well la kan. Kemalasan tahap langit ke tujuh plus ke-busy-an yang melanda sebagai seorang mahasiswi telah mengekang aku untuk sentiasa mengadpet belog ini dengan konsistennya.

Bulan Mac adalah bulan yang sangat busy bagi aku. Dimulakan dengan lab report setiap minggu yang seringkali membuat aku buntu. Ditambah lagi dengan assignment yang berlambak, merengek minta disiapkan. Tak lupa juga event taekwando pantai yang akan diadakan pada hujung minggu ini. Oh, ya, juga kelas ganti dan test yang acapkali menjelma dalam planner aku. Bila nak tulis dalam planner pun malas rasanya sebab banyak sangat benda yang nak kena buat. haihhhh

Harini pun update sebab kelas cancel dan demi untuk melepaskan gian nak membebel banyak-banyak kat blog kesayangan yang setia mendengar. hikhik Nasib lah kepada orang yang baca blog aku ni eah.

Lagi tiga minggu cuti midsem. Tak sabar rasanya nak pulang ke kampung halaman. Kampung lah sangat kan. Petang-petang dengar bebudak merempit depan taman. Tak sabar jugak nak pindah rumah baru. Harap dapat beraya dekat rumah baru tahun ni. InsyaAllah. Nak pergi bookfair dekat pwtc. Nak suruh kak long drive pergi sana pakai kereta baru dia. muehehe

Kes rumah sewa dah selesai. Namun masih berharap, dengan harapan yang teramat tinggi nak duduk asrama. Senang, tak payah susah-susah nak fikir pasal transport. Tapi tuan rumah tu macam ada masalah je. Tengok la dulu macam mana kan. InsyaAllah takde pape kot.

Banyak lagi benda yang nak dibebelkan, tapi malas lah rasanya. Selalunya akan buat dialog dalam kepala, kekonon nak tulis dalam blog, pastu bila bukak blog, hilang terus idea. Memang tak mengapdet lah kan cerita dia.

Okay lah. Lagi lama aku bukak new post ni, lagi banyak aku membebelkan perkara yang takde kaitan antara satu sama lain. Perenggan atas pasal benda lain, perenggan bawah pasal benda lain. huhu

quote for the day :D

aim terbaru, samsung galaxy note 2, muehehehe
- amira_hasrori -

27 February 2013

Campuran yang Sebati

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Dear silent readers. How are you doing? Me? I'm doing fine right now. Setelah seminggu lebih kat Terengganu ni baru nak update blog ye dak? hewhewhew Yelah, bila dah balik UMT ni internet macam biasa dalam keadaan batuk-batuk dan selesema. Kelembapan yang nyata. jadi mood nak berblogging pun dah takde dan jarang-jarang nak ada. 

Seminggu lebih ni dah macam-macam yang berlaku. Dapat baucer buku. Ada pesta buku. Dan part yang paling aku suka; beli buku banyak-banyak. hihi Tapi still tak jumpa buku The Perks of Being a Wallflower. sigh

Sehari dua sebelum nak datang Terengganu haritu, aku rasa sangat-sangat tak nak balik sini. Tak tau lah kenapa. Nak duduk rumah lama-lama je. Memang seminggu duduk sini homesick jelah. huuuu Dan hari Jumaat nak balik tu aku kena gastrik. Makan muntah, makan muntah. Memang terbaik laa. Bertahan jelah dalam bas. Alhamdulillah dah reda dah gastrik aku tu.

Dan nampaknya entry aku yang lepas tak mendatangkan kesan. Aku tak tau dah nak tegur macam mana lagi. Mungkin memerlukan strategy yang baru? Kita tunggu dan lihat jelah nanti macam mana ye. 

Oh ye, sem baru, subjek baru, buku pun kena beli baru, dan dah nampak dah assignment yang berlambak-lambak. Mana tak nya, setiap subjek ada assignment. haihh Ni tengah fikir nak amik elektif ke tak. Takut tak boleh bawak je nanti. Dan semester baru mestilah azam baru yedak? InsyaAllah, akan diusahakan, aminnnn. 

Dah takde idea nak membebel apa lagi kat sini. Got to go. Ada kelas jap lagi. #Kbai

quotes for the day


saya nak balikkkk!! sobs :'(
- amira_hasrori -

12 February 2013

Hormat Menghormati

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam


Hey there peeps! Pernah tak ada pengalaman bila mana kau tengah tidur atau study, tiba-tiba ada orang gelak dan cakap kuat-kuat. Kalau pernah, korang rasa apa bila benda ni berlaku? angkat-angkat kening


Dalam hidup berkomuniti ni, hormat-menghormati adalah perkara paling asas yang kena ada dalam diri setiap insan. Penting ya untuk ada sifat hormat-menghormati ni. Contohnya, kalau kau nampak room mate kau tengah tidur or study, tak payah la cakap kuat-kuat. Then, bila kau treat people this way, which means kau hormat hak dia yang tengah tidur tu, tak possible kalau dia pun akan hormat time tidur kau. Lebih kurang macam tu lah.


Prinsip yang aku pegang bila masa-masa macam ni adalah "I treat people the way they treat me". So bila aku rasa bengang sangat, kadang-kadang aku saja je buat balik apa yang orang tu buat kat aku, so that dia boleh rasa apa yang aku pernah rasa bila dia buat macam tu kat aku. Tu pun kalau orang tu ada self-conscious la. Kalau tak tu sabar jelah. 

Dulu aku ni seorang yang sangat baik. Sangat baik sampaikan ada orang pijak kepala aku. Bukan pijak kepala betul-betul. Maksudnya di sini, orang mengambil kesempatan atas kebaikan aku ni. And now, aku dah belajar untuk speak up for myself. Luahkan perasaan ketidak-sukaan aku terhadap sesuatu perkara dengan lantangnya. Aku persetankan semua asalkan orang tu tahu yang aku tak suka apa yang dia buat kat aku. Maybe aku kena belajar lagi cara-cara macam mana nak tegur orang dengan lebih berhemah sebab kadang-kadang aku pun kasar jugak bila menegur ni. Yelah, orang tengah marah kan. hihi Maaf lah ye.

But sometimes ada orang yang berfikiran macam ni :


Diorang fikir yang bila orang tegur perbuatan diorang tu, maksudnya orang tak suka dia, bukannya tak suka perangai dia. Dan dia fikir, dia tak boleh nak fix pun perangai dia tu sebab "Hey,I am what I am and I cannot fix that" kononnya. Baca ni baik-baik ya. Bila orang tegur kamu, bermakna ada sesuatu perkara atau perangai kamu yang orang tak suka. Perangai ni adalah benda yang boleh di ubah. Bukannya personaliti yang tidak boleh di ubah. Contohnya, dulu aku ni seorang yang pemarah. But now, aku dah boleh control diri sendiri dan marah bila perlu sahaja. So, its not impossible to fix the bad habits of yourself. 

Bila ada perangai yang orang tak suka, itu akan secara tak langsung akan mengakibatkan orang tak suka kamu juga. Jadi why not ubah perangai atau sifat yang orang tak suka tu kepada yang lebih baik. Kan lag baik kalau orang suka kamu. Kamu bukannya hidup sorang-sorang pun kat dunia ni kan. Bear in mind that sifat yang orang tak suka tu adalah sifat yang buruk. Takkan ada orang yang tegur kamu bila kamu buat perkara baik. Contonya bila kamu suka menderma, takdenya orang nak tegur kamu "Eh, kenapa kamu ni suka derma ha? Aku tak sukalah kamu buat macam tu". Takde maknanya orang nak tegur atau marah kamu bila kamu ada buat kebaikan. Orang lagi ikut adalah kan.

Ini adalah peringatan for the future me jugak. Jadi apa yang aku cuba nak sampaikan dalam entry ni adalah, pertama, hormat-menghormati adalah amalan mulia dalam hidup berkomuniti. Kedua, tegurlah dengan berhemah. Ketiga, terimalah teguran orang lain dengan hati yang terbuka. Terakhir, cermin diri sendiri dan cuba perbaiki diri.

ampun maaf dipinta jika terkasar bahasa dan tersilap kata,
- amira_hasrori -




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...