30 March 2012

Tangan Punya Kerja 2012 Giveaway

Assalamualaikum :)
Waalaikummussalam.

Memandangkan tengah cuti sem yang agak lama 6 bulan kot aku cuti, huuu makanya, dengan ini aku bertekad untuk membuat satu entry pasal satu giveaway neh,

tadaaaa!

Oh yeah, sapa tak kenal blog ni memang nak kene cubit. kehkehkeh. Aku mula kenal dengan blog ni sebab member aku yang kenalkan. Owner blog ni rupa-rupanya senior kawan aku ni masa kat TGB dulu, haaa kantoi, haha. Aku suka gila baca blog dia ni sebab, tak payah baca sangat. Tengok gambar je. hehe. Yup, aku memang suka gila baca komik. Kat rumah je ada berpuluh koleksi komik. Makanya bila ada blog yang berunsurkan komik macam blog Faten Osman ni, haruslah di follow, yedak hehe. 

Entry yang aku paling suka entry yang ni, sebab aku pun pernah buat perkara yang sama, hoho malu, malu >.< Rasanya dah okay dah kot blog ni, tak serabut sangat. Cuma kadang-kadang tulisan kat lukisan tu kecik sangat, sakit mata nak baca, hehe gua tau gua rabun =.= 

Kalau boleh nak tote bag lah sebab nak bagi hadiah untuk birthday kawan aku minggu depan, hehe. Kalau boleh dapat lah kan, huuu.

aku tahu entry aku best, cepat bagi hadiah, haha.
~unlimited love~


29 March 2012

Asasi Puncak Alam (PALAM) - Part 1

Assalamualaikum :)
Waalaikummussalam.

Sebenarnya malas gila nak update blog neh, tapi disebabkan kebosanan yang terlampau makanya marilah kita sama-sama menghabiskan masa dengan perkara yang lebih bermanfaat. Eceh, hehe.

Entry kali ni nak cerita pasal pelajaran untuk Asasi Sains di Puncak Alam. Kalau asasi Engine, tak berapa nak tahu sangat tapi lebih kurang je rasanya.

Ada 6 subjek semuanya yang kene belajar untuk dua semester. Kalau batch lepas 4 je. Tak aci kan. Huuu. Takpe, tak rugi pun kalau belajar banyak-banyak, hehe ayat penyedap hati. Untuk asasi SAINS, subject yang ada ialah Chemistry, Biology, Physics, Mathematics, English and Tasawwur for ENGINE, lebih kurang je, cuma diorang takde Biology, ganti dengan Programming (computer) tak tahu sangat pasal benda alah ni, hehe.

Asasi ni tak susah, tapi kene struggle sikit lah. Sebab masa terhad, sometimes lecturer pun akan speed je. Kalau tak faham please do ask, sebab lecturer asasi semua baik-baik dan friendly, tak perlu takut.

Satu sem akan ada 4 kali kuiz, some lecturer akan bagitau, mostly bagitau la. Jangan pandang lekeh dengan kuiz ni sebab akan effect gila-gila punya carry marks korang. Test ada 2 kali, final exam after test2. Lab report pun kene serious buat, sebab ada carry marks jugak. Attendance pun ada carry marks. Basically kiraan untuk carry mark for science subject:
Quiz : 10 marks
Test 1 & 2 : 20 marks
Lab : 20 marks
Assignment : 5 marks
Untuk maths,
Quiz : 20 marks
Test 1 & 2 : 30 marks

Jumlah untuk carry marks, adalah 50. Tak impossible nak dapat 50 marks tu, tapi kalau dah dapat 40 lebih tu nampak dah la peluang cerah untuk dapat A. Final exam 50 marks. Overall 100 marks la kan. Heeee.

Tak tahu nak tambah apa lagi. Tu jelah kot buat masa ni. Next entry pasal kolej kediaman pulak ye :)

All the best you :)
~unlimited love~

22 March 2012

#10ThingsYouCouldDoForMe :)

Assalamualaikum :)
Waalaikummussalam.

source : twitter

*typo disitu - treat me the way you WANT me to treat you, ehehe.

can u do it for me?
~unlimited love~

Asasi Puncak Alam (PALAM)

Assalamualaikum :)
Walaikummussalam

Pagi-pagi lagi dah merepek kan. Haha. Biasalah, besok last paper untuk final ni, CTU087. Subjek apa tu? Haha, itulah subjek tassawur Islam. Ye, dekat uni pun still kene belajar ye adik-adik. 

Kepada calon SPM 2011 yang telah pun mengambil keputusan SPM mereka semalam, tahniah lah diucapkan. Kepada yang dapat result cukup-cukup makan, jangan risau, masih ada peluang untuk anda menebus kembali. Lepas dapat result, mesti semua sibuk nak tanya itu ini, pasal nak amik course apa nanti, bla bla bla. Jangan risau, insyaAllah, entry yang akan datang saya akan menceritakan tentang itu semua. 

Entry yang akan datang, saya akan beritahu tentang kehidupan Asasi di UiTM Puncak Alam :)

thanks for reading, see u later ;)
~unlimited love~

17 March 2012

Counting Days

Assalamualaikum :)
Waalaikummussalam.

Lama dah tak update blog ni kan. Malas ngat aih. Currently tengah dalam peperiksaan final (final sem examination). Busy + otak serabut. Tak dapat nak berfikir apa yang patut diupdate dan apa yang tidak. About last entry aku haritu (dah delete dah pun) sorry for those yang makan hati dengan apa yang aku tulis. Time tu otak tengah tak betul, emosi tak stabil, you know girls macam mana kan. Faham-faham jelah, heh. So sorry about last time. Tak payah nak tacing sangat lah. Tak ambik hati pun. Thanks those yang wish, even lambat pun, really appreciate that. Yelah, sekarang dah besar, masing-masing ada tanggungjawab sendiri, takkan asyik nak ingat tarikh lahir orang je kan. Yeah, I finally understand that. Sorry guys, I really am. Special thanks to Mr Shahadat sebab belanja aku satu hari, yeah, bak kata kau, tu duit parents aku jugak kan, hoho. Lots of thanks sir. Dan berjuta-juta terima kasih kerana masih anggap aku kawan kamu semua walau aku ni tak sehebat mana, tak secantik mana, dan tak sepandai mana. Thanks guys :)

Kepada yang nak ambik exam, tengah ambik exam, all the best for all of us. Doa dan solat hajat jangan lupa, I believe that's count as usaha jugak kan. InsyaAllah. To juniors yang nak amik result SPM, enjoy and cherish the moment. Jangan lupa bersyukur dengan apa yang kamu dapat. Allah tetapkan apa yang terbaik untuk kamu. Always remember that.

source : google
going to struggle for this exam really hard,
~unlimited love~


05 March 2012

9 Belas Tahun di Dunia

Assalamualaikum :)
Waalaikumussalam.

Buat sesiapa yang tak tahu, semalam genap sembilan belas tahun aku menginap di dunia ini. Bersyukur aku kepada-Nya kerana telah memberi aku peluang yang dirasakan agak lama, yes, sembilan belas tahun adalah masa yang ku kira agak lama, untuk menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida. Aku berasa sungguh bertuah kerana hayat ku lebih lama berbanding orang-orang yang telah meninggalkan dunia ini sebelum mereka sempat mencecah umur sembilan belas tahun. Al-Fatihah buat mereka. 

*Change mode of writing
**Let's recall what I've been doing yesterday.

tukang sponsor kek :D
Malam tu, main tepung. Yes, waktu main memang best. Time nak bersihkan balik tu yang tak best. Adik-adik, jangan main tepung dah ye lepas ni. Lots of thanks to Fasya, Teha, Najah and Amirah for doing a small surprise party for me. Really appreciate that. 

Malam tu ada beberapa manusia yang wish saya. Thanks to all of you *winkwink*. Sorry along, aku tau fon kau bengong, sebab tu putus-putus. Takpe, i got ur message though. Thanks for the thought. Sorry Ana, aku takde kredit nak reply kau. Sorry housemate sebab buat bising malam-malam buta. Bukan salah aku, salah kan kawan-kawan aku. Haha. Just kidding. And sorry to Mr. R sebab letak phone macam tu je. I thought u dengar apa yang Teha cakap. Well, never mind. Dah setel dah pun kan :)

Thanks for all the wishes, budak asasi uia, kau ingat eah birthday aku. Thanks thanks :)
Lastly, thanks for everyone yang wish aku sama ada kat twitter, fb, text. Sorry aku tak boleh nak reply text sebab aku takde kredit. hehe. Thanks guys, you are the best :)


and yes, you are the first :)
~unlimited love~

28 January 2012

Tips : Jom Jadi Cantik : Khasiat Susu

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hey there girls. Aku sangat pasti mostly yang baca entry ni adalah perempuan kan. Betul tak? angguk-angguk. Never mind. Standard ah kan perempuan nak tahu pasal kecantikkan ni kan. Tapi tak salah pun kalau lelaki nak amik tahu jugak, tapi macam pelik je. Hahahaha. 

Memandangkan momentum aku nak menulis dah meningkat, maka aku pun ingat nak tulis pasal TIPS KECANTIKAN tepuk tangan everibadeh. Huhu. Seronok je semua kan. Heh. Maka tanpa melengahkan masa lagi mari kita bermula.

TIPS #1 : MINUM SUSU

Jeng jeng jeng. Aku dah tahu dah. Ramai yang macam tak percaya apa yang aku cuba nak sampaikan ni. Leklu, sakkok luu. Haha. Ye, umum mengetahui ecewah bahawa susu mempunyai banyak kebaikan kepada pengamalnya. Kalau korang nak tahu, susu ni bukan sahaja membekalkan kalsium untuk tulang, malah juga dapat melicinkan kulit. Woot woot. 

Betul maaa. Kalau korang pergi spa ke hape ke, perasan tak ada antara pakej kat situ mandi susu, masker susu, bla bla bla. Daripada buat mahal-mahal kat spa, baik korang buat kat rumah je. And instead of korang letak kat badan, baik korang minum je kan. Dapat both benefits. Kat sini aku nak pinjam kata-kata daripada iklan susu Dutchlady. Tak silap aku ada tagline dia cakap "What's good inside, shows on the outside". Ada sesiapa yang tak paham bahasa omputeh ke. Okay, yang tak faham tanya yang faham, yang faham ajar yang tak faham. Kahkahkah. Ini dah macam kat sekolah dah aku tengok. Memandangkan aku ni seorang yang baik, lemah lembut dan berbudi bahasa #trollface, maka aku volunteer lah untuk translatekan. 

Apa yang aku cuba maksudkan kat sini ialah, minum susu tu sangat bagus untuk badan kita. Khasiat susu ni bukan sahaja untuk tulang yang kuat supaya korang tak osteoporosis tua-tua nanti, juga baik untuk kecantikkan kulit. Eh, bukan kulit muka je tau. Semua kulit yang ada kat badan korang tu pun boleh jadi halus, lembut dan licin tau. Uuuu. Hebat tak khasiat susu ni. Walaweh. Cayalah. Mesti semua lepas ni terus pergi kedai pergi beli susu kan. Hoho. 

Sebenarnya macam-macam jenis susu yang korang boleh rembat kat kedai tu. Aku tau, ada certain orang tu, dia tak minum susu tepung lah, allergic to dairy food lah. Senang je. Yang tak boleh minum susu tepung tu korang minum lah susu yang dalam kotak tu. Perisa apa-apa pun boleh. Janji yang namanya susu. Yang allergic susu lembu pulak, aku sarankan korang beli susu kambing. Ada kat farmasi. Mintak je kat orang farmasi tu, kata nak susu kambing, mesti ada punya. Susu kambing ni sebenarnya lagi mahal dari susu lembu sebab susah nak dapat. Lagi satu, susu kambing ni sebenarnya lebih banyak khasiat dari susu lembu. Jadi, kalau ada yang berduit lebih sikit tu, boleh lah try minum susu kambing. Hoho.

Ini bukan auta tau. Aku sendiri pernah try minum susu kambing. Memang dalam seminggu dua tu, kulit aku dah memang lembut tak payah pakai losyen dah. Sekarang dah tak mampu nak beli susu kambing, makanya aku beli susu tepung biasa jelah. Hoho. 

Seriously, tak rugi amalkan minum susu ni. Selain kulit lembut, tulang sihat, banyak lagi khasiat yang boleh korang dapat dengan meminum susu. Siapa kata minum susu untuk budak kecik je? :D

Cukup lah takat ni je, baru satu point dah panjang berjela. Nanti ada masa aku sambung lagi okay. Take it or leave it. Sesiapa yang dah cuba boleh lah bagi feedback kat aku ye. Hehe.

* Ape pasal tak boleh upload gambar ni, haih =.=
Beauty is in the eye of the beholder :)
~unlimited love~

24 January 2012

sEmakiN cAnTik

Assalamualaikum :)
walaikumussalam.

hey there people, lama gila tak update kan. haha. biasalah. orang busy memang macam tu. yelah. aku baru je habis test. takkan kau nak expect aku berblogging pulak time tengah test kan. haih. oh ya, sebelum tu aku rasa belum lambat lagi kan nak wish dekat kawan-kawan dan cikgu-cikgu aku yang berbangsa cina time kat SM Convent dulu, juga kepada lecturer aku kat sini, Mr Moo Shiew Leng dan Dr Sim Lai Har.

angpau takde ke, hehe.

oh ya, mari kita fokuskan kepada tajuk entry kali ni, "Semakin Cantik"
apehal tetiba nak buat tajuk entry macam tu pulak kan. nak bagitau tips kecantikan ke? eh, tak, tak. sabar sat naa. bagi aku cerita dulu. gelojoh betul hang ni. isy3.

nak dijadikan cerita, semalam ayah aku datang, dia cakap aku makin putih. kalau dalam kamus perempuan, putih maknanya cantik. kahkahkah. cenggitu pulak dah. haha. yelah. tak gitu wahai gadis-gadis di luar sana. ecewah. aku buat dialog dengan sapa ni weyhh.

haritu aku main-main lah google maksud nama sendiri. time tu aku dah bosan sangat mengadap buku, konon-konon nak release tension gitu. pastu aku jumpa maksud nama aku. nama aku FATIN AMIRAH. maksud dia PUTERI YANG MENAWAN. ecewah. maksud nama kemain lagi kan. heh.

dulu time kat sekolah, member-member aku panggil aku AMIRAH. aku pun tak suka sangat orang panggil aku FATIN. entahlah. aku pun tak tahu kenapa aku tak suka. heh. lepastu, bila datang palam ni budak kelas panggil aku FATIN, sebab ada sorang lagi budak namanya AMIRAH. kang panggil dua-dua AMIRAH susah pulak, ye dak. so, disebabkan aku ada dua nama jadi diorang panggil lah aku FATIN.

maksud AMIRAH adalah PUTERI, maksud FATIN pulak YANG MENAWAN. dulu-dulu kan aku selalu je jadi ketua kumpulan tak kisah lah nak buat projek apa pun. bak kata orang aku ni ada kriteria pemimpin lah gitu. sesuailah dengan maksud AMIRAH tu kan. heh. orang kata, kata-kata kita ni adalah satu doa. jadi bercakap lah kata-kata yang baik-baik sahaja. 

jadi konklusi kepada apa yang aku dah banyak membebel kat atas ni adalah, disebabkan kawan-kawan aku kat palam ni panggil aku FATIN, jadi aku pun semakin cantik lah. muahahaha.

sekian, terima kasih :D

* kata-kata itu satu doa, berkatalah yang baik sahaja, insyaALLAH ALLAH akan mendengar doa mu.

puteri yang menawan :)
~unlimited love~

09 January 2012

hAppY TwO tHousAnd twELve

Assalamualaikum :)
*walaikumsalam

hey there peeps. lama dah tak update kan. pejam celik dah 2012 dah pun kan. so, aku rasa tak terlambat lagi nak wish all of you
happy 2012 everyone :)
tahun baru, azam baru, fon baru, baju baru. semua nak baru kan. selagi mampu dan tak berlebihan apa salahnya kan. tekad aku bukan time tahun baru ni, time start awal sem lagi haritu, yang aku nak struggle this sem untuk dapatkan 4 flat. lantaklah orang lain nak kata aku skema ke bosan ke. so what. say what you want to. i don't give a damn.

satu je yang aku harap supaya tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. and i hope i can make many good friends along this year :)

may ALLAH bless us
~unlimited love~

08 January 2012

yEs, i Am a muSLim

Assalamualaikum :)
*walaikumussalam


just wanted to share all of you an interesting link. 

because he is a muslim by deviantart, a muslim blogger.

don't just sit there and do nothing. the least we can do is pray for the best. may ALLAH guide all of us.


i'm in busy mode.
~unlimited love~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...