14 October 2011

15 dAys cHaLLengE : dAy 1

Assalamualaikum :)

and now i will start the 15 days challenge!

Day 1 : 15 basic facts about me

#1 nama penuh saya, eh, tak pelah. tak payah la tau nama penuh kan. panggil aku Amira je. hoho.

#2 saya dilahirkan pada tahun 1993. pandai-pandailah  kira umur aku berapa, heh.

#3 saya dilahir dan dibesarkan di Teluk Intan, Perak. sungguh pun begitu aku tak reti ye nak cakap perak macam dalam cerita hantu kak limah tu. harap maaf.

#4 tinggi paling latest 161cm kot. haha.

#5 tapi berat aku 41kg doe. sungguh lah tak normal. namun begitu aku sangat bahagia dengan diri aku ini. ayat tak boleh belah =.=

#6 now i'm studying at Uitm Puncak Alam in Foundation of Science. dalam bahasa melayu asasi sains. hehe.

#7 anak kedua dari tiga adik beradik

#8 saya orang Melayu. takde mix-mix. maaflah kerana mengecewakan anda semua ye :p

#9 reti cakap bahasa melayu dan bahasa inggeris sahaja.

#10 hobi saya ialah merepek dan merapu. kalau tak merepek dan merapu dalam satu hari saya jadi resah gelisah. hahaha.

#11 cita-cita saya konon-konon nak jadi pakar nutrisi. doakan saya ye.

#12 nombor telefon tak payah lah tahu kan.

#13 kalau nak tahu jugak sila contact menggunakan emel saya dan nyatakan 10 sebab kenapa saya harus bagi nombor saya kepada awak. heh.

#14 saya ada facebook, twitter dan of cousre blog. duhhh -.-

#15 saya takde formspring, tumbler dan lain-lain yang tidak diketahui kewujudannya. hehe.


* fine, takdelah basic sangat apa yang aku tulis ni kan. banyak sangat 15 tu. susah untuk aku tidak merapu. hehe.
** kalau perasan aku banyak guna kata ganti diri "saya" dalam entry ni. kenapa eah? aku pun tak tahu. hoho.


till then,
~unlimited love~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...