30 May 2012

Asasi Puncak Alam (PALAM) - Part 4

Assalamualaikum :)
Waalaikumussalam.

Lama betul aku tak mengapdet kan hehe. Nampak sangat tahap kemalasan yang berlipat kali ganda sejak musim cuti ni ehehe. Memandangkan ada request dari junior untuk cerita pasal MDS (minggu destini siswa aka minggu orentasi). Maka dengan ini entry ini ditaip dengan tahap kemalasan yang amat tinggi malas tapi ikhlas okay.

Sebenarnya, untuk pengetahuan umum, aku tak menjalankan MDS kat Palam pun. MDS aku dijalankan di UiTM Kampus Bukit Mertajam. Kenapa? Bacalah sendiri kat sini. Malas dah aku nak inform berjela-jela berapa banyak malas daaaa. So, takde mende apa pun yang aku boleh cerita. Kalau nak tahu, tanya lah senior-senior yang melalui MDS kat Palam tu hah. Aku yakin ramai di antara senior korang adalah ex asasi Palam kann. Ha, tanya jelah diorang ye ehehe.

So, kalau dah tak cerita pasal MDS aku nak cerita apa yedak? Hurmm, just info-info tambahan sikit-sikit lah ye, yang aku tertinggal kat entry-entry yang lepas.
  1. Time nak daftar, kawtim dengan member dulu kalau nak sama bilik. Beratur biar sesama. Boleh punya dapat bilik sama. Tak percaya baca kat sini hah.
  2. Kasut bertutup kene ada at least satu pasang sebabnya kalau nak masuk lab kene pakai kasut bertutup. Kalau kene lecturer yang strict gila, kalau tak pakai kasut bertutup kene halau.
  3. Be punctual! Ni elemen paling penting kalau dah masuk uni. Setengah lecturer tak kisah, tapi ada lecturer yang SANGAT kisah. Kalau lambat tengoklah nasib macam mana. Selalunya pintu akan dikunci dan kau tak boleh masuk haha. Pandai-pandai la hidup nanti ye. Kat sini semua orang jalan laju-laju.
  4. Attire for girls, Isnin and Jumaat wajib pakai baju kurung, boys Isnin wajib pakai formal attire - kemeja, necktie, kasut kulit.
  5. Nak pakai jeans? Boleh, tapi kene sopan. Kalau pandai cover daripada polis (dalam UiTM ada polis kot, jangan main-main, haha) takdelah kene saman.
  6. Nak bawak moto? Boleh, tapi kene daftar dulu. Kereta? Kalau duduk kolej tak boleh bawak kereta. Kalau duduk luar je boleh bawak kereta dan kene daftar dulu.
  7. Laptop awal-awal ni tak payah bawak dulu kot. Kalau dah start belajar nanti baru pakai untuk buat online assignment semua tu. Kalau yang takde laptop jangan risau. Ada komputer lab kat KKPR (Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia - cafe). Free je, jangan risau.
  8. Kat sini ada koko tau haha. Dah masuk uni pun ada koko tau, kau jangan memain. Penting jugak ni. Kalau budak asasi markah koko untuk upu nanti, kalau budak dip atau degree dia main peranan dekat markah final sem hamek kau.
  9. Kat sini dah takde maknanya spoon feeding. Kalau tak faham tanya. Cari ilmu-ilmu lain dalam internet atau buku. Jangan terlalu mengharapkan lecture note. 
  10. Lecturer takkan amik kisah kalau kau buat tak tutorial, assignment, bla bla bla. So, hidup kat sini kene pandai berdikari.
Dah habis dah kot. Tak tau nak membebel apa lagi. Oh, kalau nak tengok gambar-gambar semua tengok sini okay. Tak tau la sapa punya blog ni. Budak batch aku jugak ni tapi aku tak kenal pun. Nampak sangat palam ni sangat besar. Kau nak bertembung dengan ex-schoolmate kau pun punyalah susah, like seriously. Aku pinjam belog kau eah. Sharing kan caring, hehe. 

Pada juniors yang dapat buat foundation kat UiTM Puncak Alam tu, good luck and beware because its gonna be a tough journey - Fatihah Abdul Malik

Dah la tu kot. Banyak sangat dah aku cerita pasal Palam ni hah. Korang takkan faham selagi korang tak mengalaminya sendiri. Anyway, all the best to my juniors yang akan mula melangkah ke alam universiti di Palam ni hah. I pray the best for all of you. Remember, no pain, no gain.

p/s : Sesungguhnya aku minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang tak rela aku pinjam belog mereka dan quote mereka. I love you all *winkwink*. Aku tau korang pun sayang kat aku kan. Maafkan aku ye, hehe.

till then,
~unlimited love ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...