31 July 2011

rAmadHan daH datang!!


Assalamualaikum :)

hey there people. what's up? yeah, i know. all of us are really excited to meet mr ramadhan rite. oh yeah. i know. urgh, takde mood nak tulis english. lets manglish! hehe.

so, besok merupakan puasa pertama aku sebagai mahasiswi. ececey. nak jugak kan. haha. biaq pi la. :p time puasa ni lah nanti macam2 dugaan yang datang terutama time nak berbuka puasa. heh. padahal best friend korang sume dah kena gari dah. sapa? en syaitan dan en iblis la. buat2 tak tau pulak. best friend korang lah. bukan best friend aku. haha.

oh ya, haritu aku TERpegi forum perdana yang dibuat kat RSU. kenapa TERpegi? sebabnya masa aku tengah syok tangkap leleh layan nasi lemak aku, tetiba ada orang ketuk pintu rumah suruh pergi forum tu. wajib katanya. cis. kacau daun betullah. nasib baik aku dah habis makan masa tu. kalau tak dengan budak yang ketuk pintu rumah aku tu skali aku makan. urgh. tak nak lah. bukan sedap pun nak makan kau :p

tapi tak rugi lah aku pergi pun. best :) penceramah nya aku tak ingat apa namanya tapi sorang dari kumpulan nowseeheart lagi sorang penceramah bebas mana-tah. best2. rugi korang tak pergi. hoho. dalam banyak2 yang dia membebel tu aku paling tertarik dengan satu analog yang ustaz mana-satu-tah yang bagi ::

masa ramadhan mesti banyak buffet kan. haritu pun aku ada pergi preview buffet ramadhan kat pendeta. boleh tahan lah. then, yang dapat makan kat buffet tu bukan semua orang. orang2 yang bayar macam aku ni je yang dapat. bayar ye. heh.

pastu tengah kau sedap2 makan tetiba kau nampak ada sorang makhluk ALLAH ni keliling makanan yang sedap2 kat situ tapi endingnya dia letak kuih SIKIT je kat pinggan dia. bongok kan orang tu. dah la masuk kene bayar, tak semua dapat masuk, dah tu dia pulak makan sikit je. rugi betul. apelaa.

then, ada pengumuman, mc tu kata di akhir buffet ni akan ada satu cabutan bertuah. time tu ramai yang dah tak nak tunggu dah. diorang kata, takpela. malas la. kau je la yang ambik. kalau aku tunggu pun bukan aku dapat. rugi betul. belum cuba belum tau. betul tak? heh.

cube kau bandingkan dengan buffet tu sebagai bulan RAMADHAN. tak semua dapat bulan ramadhan kan. yelah, mana tau kot2 ajal dah sampai ke. nauzubillah. excident doktor kata tak boleh puasa ke. ha. kan tak semua dapat tu.

pastu makanan yang sedap2 tu macam ibadat sunat yang ada dalam bulan puasa je, iaitu TERAWIH dan SAHUR. kadang2 ada yang tak sahur. rugi kan sapa yang tak grab peluang ni nak melipat kali gandakan pahala diorang. rugi. rugi.

pastu cabutan bertuah tu pulak di gambarkan sebagai LAILATUL QADAR. yelah, tak semua dapat kan. tapi at least cuba untuk dapatkan. bukan belum apa2 lagi dah surrender macam orang yang blah tak nak masuk cabutan bertuah tu. memang tak bertuah betul la manusia tu. heh.

urgh. okay lah. malas nak membebel lagi. HAPPY FASTING everyone. jangan puasa yang-yok tau. haha.

teruja bila dapat bertemu ramadhan kali ini :)
~unlimited love~

25 July 2011

misS nUruL FarHanah

Assalamualaikum :)

tak tahu kenapa semalam aku tetiba gatal bukak blog kau yang dah bersawang berpenunggu tu. baca entry-entry kau yang dulu-dulu, berjaya menarik aku ke zaman sekolah kita. sumpah. aku rindu kau NURUL FARHANAH BINTI AMINUDIN.


tak nampak? meh sini aku tulis balik

okeh! hm aku tetibe teringat satu peristiwa nih. mase tuh aku demam teruk giler. a few days pastu, member aku nih pon demam. teruk giler. pegang baju die je pon, da boleh rasa kepanasan die tuh. transparent betul. pergh risau aku. so aku decide untuk tak pegi prep malam tu, jaga die kat bilik sakit. jaga ngan tul dan cien. ntah kenapa tahap risau aku menggunung giler. adik aku sakit pun, aku takla serisau nih. that time i know, I LOVE HER. pernah lah jugak kami bermasam muka sebelum nih. tapi lepas restu ilmu, kami juz forget bout it. no need to hold grudge right?

bukan aku tak pernah baca entry kau ni. pernah. tapi kali ni lebih memberi kesan yang mendalam kat aku. heh. sapa tak sayang kawan kan. kau pernah jugak mention dalam entry kau yang lain yang kau rasa macam kau sorang2 je perasan diri kau menyayangi kawan2. diorang tak sayang kau pun. no doubt aku pun pernah rasa benda yang sama. macam loser kan? aku bukan jenis yang suka meluahkan perasaan aku kalau bukan itu perasaan aku. ah, kau faham kan apa yang ingin aku sampaikan. so, di sini aku nak mengumumkan bahawa :


dear cik NURUL FARHANAH BINTI AMINUDIN,
i truly love you my friend :)


notakaki :: entry kali ni berunsur ala-ala jiwang sikit ye. maaf.

sumpah rindu kau
~unlimited love~

22 July 2011

notHing Has cHAnge

Assalamualaikum :)

hey there amazing people. nak cerita pasal aku melawat kawan2 aku yang dekat gopeng tu. :)

watak-watak yang terlibat :

Norhana Abdullah

Iqa Rahmat

Syaza Raof

Syirrin Mazlan

******

haritu time aku tengah stdy *ecey, ada satu makhluk Allah ni text aku.

17hb gerak gopeng jomm.

aku pun apelagi.


okay. sett.

makanya, hari ahad tu aku pun bangun awal. memandangkan ibuku yang tercinta nak keluar jugak, aku pun tumpang lah mereka ke stesyen bas. yelah, nak drive jauh2 mana reti jalan plus ibuku tak kasi aku drive jauh. paling jauh pun aku pernah drive time konvo haritu pegi sekolah. tu pun puas pujuk. haih. nak dekat sampai stesyen tu aku tengok ada satu bas melintas.

aja!! bas dah lepas!! *dialog dalam hati je tu

abah drop dekat stesyen bas, after a few minutes nazatul syaza kita ni pun sampai. then beli tiket trans pukul9. sementara nak tunggu bas kitorang breakfast kat kedai ni. dulu time aku keje, aku slalu lunch kat situ la. sampai tauke kedai dengan anak beranak skali kenal aku. haritu pakcik tu tkde. so tk dapat lah roti canai free. heh. kemudian, kurang pkul9 bas dah sampai. terbaik lah. our journey begins here. ecey, menyampah plak aku. hehe. dalam bas sembang2. plan nak buat apa bila dah sampai nanti dan yang sewaktu dengannya.

sampai Medan Gopeng dalam lebih kurang pukul11 camtu lah. aja jumpa kekasih hati dia. HAHAHA. :p sementara menunggu kawan2 kami dari matriks tu kami lepak mapley-mana-tah. dekat2 dengan Medan Gopeng tu jugak lah. sesapa yang taktau Medan Gopeng tu nama stesyen bas. hehe.

aktiviti sementara menunggu

then diorang pun sampailah dengan lelaki simpanan hana. hehe. gurau je. tak lah. abang ni dia macam buat duit dengan hantar bebudak ni keluar. lebih kurang macam kereta sapu lah ni.


pastu suruh abang tu hantar kitorang kat Jaya Jusco. then lepak kat Johnny (betul ke aku eja??) pastu lunch kat sana. borak macam2. pelik2 je aku tengok menu. aku pilih yang paling pelik skali. nama dia spinach mee. what??!! spinach mee!! gilo ke hapo. nama pun macam dah tak sedap. tengok gamba, mee dia kaler hijau weyh. tapi takpe. memandangkan aku ni seorang yang pelik
jadinya aku pun suka dengan benda yang pelik2 ni. heh. sila tengok mee aku di bawah ni ha.

mee dia kaler hijau. haha.

sempat lagi snap sambil pilih menu

nampak cam pelik gila kan. tapi sedap babeng weyh, wa cakap sama lu. bukan nak promote tapiii, nak promote gak sebab sedap weyh!! rugi kalau tak try. lepas makan, zohor, pastu window shopping jap. then, call abang tu. pkul 4++ hantar aku ngan aja gi Medan Kid. peluk cium sume pastu diorang blah. camtu je lah. tujuan utama memang nak jumpa diorang pun. no regrets weyh. best gila sebab dah lama tak jumpa but NOTHING had change. still boleh borak2, bergelak ketawa, sama macam time sekolah dulu. gila rindu lah school time :)

kami bahagia bila bersama :)


entry kali ni agak berat sebab ada banyak gambar. harap maaf ya semua.

notakaki :: besok kemungkinan BESAR aku gerak pi sekolah. diorang sukan besok. dengar cita ramai yang gerak. tak sabar nak jumpa korang sume :)

thnks for dropping by :)
~unlimited love~

pEnemuAn yAng pELik

Assalamualaikum :)

apa habaq kawan2. dah dapat cuti seminggu mestilah semua sihat kann. dah dapat jumpa pakwe makwe kan kan. eh aku tak. aku baik je. hehe.

okayla. sebelum aku start merepek baik aku straight to the point terus. semalam, aku saje2 je lah tekan butang stats, ngengada nak tengok stats aku yang tak seberapa ni. yelah, followers pun ciput je kan. *ecey, tacink plak. heh. then aku menemui sesuatu yang memusykilkan diri ini. jeng jeng jeng. ha, tgk kat bawah ni.


kalau korang perasanlah, entry tu aku tulis tahun lepas. ape pasal baru tahun ni ada yang baca lagi. pelik la jugak. yelah. aku tahu stats korang BERIBU RIBU. kalau aku 13 tu dah kira banyak la tu. dah boleh la menggembirakan hati aku ni. heh. aku bukan nak bebel pasal tu. aku nak tahu je apa pasal entry tu boleh jadi yang paling tinggi. cuba kau bagitau aku. musykil betul. cuba kau tengok yang ini pulak.


pelik kan. kan. hehe. hipotesis aku adalah. budak2 sekolah aku nak sukan dah esok, so diorang jadikan entry aku tu sebagai rujukan. kot la. amenda yang aku merepek ni. hurm. yelah. tu jelah yang aku nak tunjuk. point aku kat sini adalah ENTRY YANG DAH LAMA TAPI JADI ENTRY YANG PALING DIBACA. heh. okay. merepeks.

notakaki :: mesti korang rasa makan kerepek lagi bagus dari baca blog aku yang merepek ni kan. sedih lah aku :(

maaf, saya memang suka merepek
~unlimited love~

20 July 2011

woRdLesS wEdnEsdAy #3

even banyak GILOS homework aku but still i felt bored duk kat umah ni ha. adoyy

cuTi miD sEm


Assalamualaikum :)

hey there peeps!

gila lama tak update kan. kalau orang lain, time cuti la diorang update. aku ni, time cuti la waktu paling malas nak update. gila malas la aku. malas pun tak gila macam aku. eh, silap. gila pun tak malas macam aku. haa. baru betul. alah, kalau aku update pun benda2 merepek je yang aku update kan. haha. tkde point langsung. tak bermanfaat. ecey. sejak bila aku penah buat post entry yang bermanfaat. sedih la. kawan aku dah tak online dah. bz kan. dia kat matriks perlis sekarang. dulu, dia la yang paling rajin baca blog aku. pastu dia la yang paling rajin nak komen. aaa. rindu gila la kat kau. adoyy.

haritu aku baru je jumpa schoolmates aku. kitorang kira satu geng ah dulu. bila jumpa diorang aku rasa macam A LOT have changed but we can still laugh, makan2, sembang macam dulu. sumpah rindu zaman sekolah. then, bila aku cakap kat aja yang aku kat puncak tak tegur pun kawan aku yang satu tu. even slalu gak nampak. kat kafe. kat dkk. damn. sumpah rindu nak cakap dengan kau. tapi masing2 ego TINGGI gila. masing2 tunggu sape nak start tegur dulu. memang berjanggut lah kan. sh*t lah. tak boleh ke kalau kau yang tegur aku dulu ha?? takkan kau expect aku nak pegi dekat kau, tegur kau depan kawan2 kau. dah la selalu jalan ramai2. macam pompuan tahu?? aku pun slalu jalan sorang2. not that aku tkde kawan. it's that aku nak pegi tempat lain, diorang nak pegi tempat lain. so, jalan pun asing2 la. sooo, kalau jumpa aku kau pecah la dari kawan2 kau kejap. tu pun tak boleh ke??!! bukan aku mintak banyak. urgh. dah jadi sesi luahan perasaan plak kat sini. adoyy. suppose ini bukan diari cyber aku tahu? aku ada la diari, tapi tak tulis selalu je. aku bukan stok yang tulis hari2. aku jenis yang tulis bila aku rasa rajin nak tulis je. hehe.<<< jadahnye aku merepek ni. adoyy.

oh. nak cerita pengalaman balik ke kampung halaman kali pertama. cis cis. ayat tak boleh nak blah lagi ke. fine fine. gilos betul la budak ni cakap sensorang. heh. lantokla. okay2. dah2 le tu. aku balik rumah hari sabtu memandangkan hari jumaat tu kelas aku habis lambat. so, aku expect tak ramai lah yang balik hari sabtu kann. jadinya, pagi2 lagi dah tunggu bas. elok je aku turun, bas pun sampai. terbaik wokk. mula2 naik kat raff, bolehla. tkde la ramai sangat. but still aku kene berdiri. malang betullah. tiap kali naik rapid je mesti aku kene diri. tak faham betul. then bila sampai je angsana. pergh. ramai GILAA. sumpah. dah macam sardin dah aku rasa dalam bas tu. adoyy. pening, pening. perjalanan yang mengambil masa sebanyak 45minit kott terasa macam 8jam weyh. aku mengucap je sepanjang perjalanan. dah la pakcik tu bawak laju gila babas. hadoyai. sabar je lah. aku fobia betullah driver bas yang drift+bawak laju2 bas ni semenjak malam tu. oh, itu cerita lain. heh. lain kali aku cerita.

lebih kurang macam ni lah pakcik tu drift

aku dah lalok2 dah dalam bas. kalau muntah memang tak selamat la orang yang kat depan aku. maaf ye bang. heh. oh. itu je yang aku nak cerita. HAHA. memang meroyan lah aku ni. nanti2 lah aku update lagi bila kondisi otak aku ni betul sikit. mereng je aku rasa sekarang ni. hehe.

till then, adioss.


merepek tak tentu hala je keja aku ni -.-
~unlimited love~

13 July 2011

tEst LaGi

Assalamualaikum :)

good morning boys and girls! rise and shine!

okay, amende merepek pepagi buto ni. heh. anyway, i just want to wish all the best kat semua kawan2 aku yang bakal menduduki test harini dan jugak besok. 4 flat weyh!!

ya ALLAH, kau berilah FATIN AMIRAH BINTI MOHAMMED HASRORI dan rakan2nya keputusan yang cemerlang. aminn.

terima kasih kerana mendoakan saya! God bless you! :)


notakaki : miss you to syirrin faldhira haziq :)
urgh!! hate homeworks!



followers aku dah muncul semula :D
~unlimited love~

09 July 2011

tEst

okay. harini aku dan kawan2 ku bakal menghadapi test1. lebih kurang ujian penilaian macam time skola dulu2 la. doakan aku ya. :)




semoga FATIN AMIRAH BINTI MOHAMMED HASRORI dan rakan2nya mendapat keputusan yang cemerlang. aminn.


07 July 2011

tAzkiRah tHuRsdAy #1

SAY ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum :)


mesti korang pelik kan. sejak bila lah pulak ade TAZKIRAH THURSDAY ni kan. hehe. aku saje je buat. sape nak ikut, pun bolehh. sape taknak, tiada sebarang paksaan punn.

okay, hari ni aku nak cerita pasal bersyukur. alah. selalu sangat dah kan. asyik2 bersyukur. sikit2 bersyukur. mesti korang dah bosan kan. sebabnya, dah banyak dah entry aku yang pasal bersyukur ni. korang boleh klik kat sini atau kat sini. dua2 entry ni pasal bersyukur. heh. tapi lain2 isu lah. dan lain2 masa. hehe.

harini aku nak cerita pasal duit. heh. mestilah. sebab elaun aku baru masuk. hehe. mula2 sebelum masuk elaun tu punyelah semua orang duk mengeluh. duit tak cukup lah, kutuk KPT lah, hape lah. lepas masuk ade korang bersyukur? paling kurang pun ade korang cakap alhamdulillah? ade? ade? heh. sendiri mau ingat.

aku ni nak dikatakan orang yang berada. memang taklah. orang susah, jauh sama sekali. family aku jenis yang biasa2 je. susah tak. senang sangat pun tak. kira aku ni dah di trained dari kecik untuk hidup bersederhana. tak dapat yang mewah2 pun takpe, janji hidup. aku mana tau brand2 yang gila-gempak-masuk-tv-hape-semua tu. takk. aku mana pakai. body shop pun aku tak pakai kau tau. aku pakai lux je. heh. contoh je. contohh. ape benda yang aku merepek ni. adoyy. tetiba plak nak cerita pasal diri sendiri kann.

kadang2 aku terfikir jugak, yelah, kalau aku tak rasa susah sekarang, nanti aku tak bersyukur bila dah dapat kesenangan. kan. pastu terfikir lah jugak aku, kang bila aku dah ade anak nanti jangan harap anak aku tu boleh duk rumah boleh goyang2 kaki je ye. kau pun kene rasa susah macam mana aku susah dulu. haha. padan muka. gila kejam aku. takpe2. nak mengajar anak. bukan nak dera ke hape kann.

dah2. kang merepek je lebih aku ni. bukan boleh dibiarkan sangat ni. heh. sampai kita bertemu lagi. ececey, ayat tak menahan. dah2. fullstop. banyak plak kang aku merepek. adioss.

notakaki :: urgh. lain kali kalau lecturer tanye hobi awak ape. aku boleh lah jawab, hobi saya merepekk!! memang dasar nak kene lempang.

fikir2 kan lah dan selamat bersyukur :)
~unlimited love~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...