Showing posts with label lupe diri. Show all posts
Showing posts with label lupe diri. Show all posts

16 September 2013

Weekend Getaway

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

* Get ready for photo spamming in this entry :D

Memandangkan weekend takde buat apa-apa dan tersangat bosan, jadi aku saja-saja la post kat dalam group Rawr Family kat fb.
Tak sangka post yang saja-saja tu mendapat sambutan pulak. Semua duk komen, nak gi mana? Bila? Padahal aku saja je post. Tak berniat pun nak betul-betul pergi. So, in the end aku bagi suggestion, "pergi Lata Tembakah jom?!" And hell yeah, here we go. The most awesome weekend I've ever spent in UMT began. 

Perbincangan yang mencecah beratus-ratus komen kat fb. Mula-mula ingat nak pergi hari Isnin (16 Sept) sebab hari Sabtu (14 Sept) the girls kena cucuk third dose HPV vaccine. But then the boys pulak tak nak. Tak nak tangguh-tangguh katanya. So, kitorang pun decided untuk ponteng vaccination, instead, we will go next week. hehe Nakal sungguh budak-budak ni tau. Therefore we've decided to go on 14 September which is last Saturday.

Memandangkan Nana tak ikut, so the girl muat satu kereta jelah, and the boys naik kereta Pidot. Kitorang sewa kereta Viva sehari RM90 fulltank RM60 tapi kitorang isi RM30 je sebab kereta tu ada dua bar dah. hehe Remember to ask the orang kereta sewa, nak kereta yang elok untuk berjalan jauh so that nanti takde la problem apa semua. Alhamdulillah, kereta yang kitorang naik tu selamat pergi dan selamat sampai balik UMT :)

Makan dalam kereta sebab kebuluq, tak breakfast punya pasal. Special thanks to Chibi yang sponsor nasi lemak sebungkus kongsi lima orang. hehe

Singgah rumah Faqih kejap, ambik barang untuk barbecue sebelum bertolak ke Lata Tembakah. wee~~

Pidot excited dengar nenek Faqih berborak dalam bahasa Ganu. haha

Posing depan kereta baru Pidot.

Dua makhluk Tuhan yang paling excited jumpa air.
Barbecue time!
Ayam dan sosej, nyum nyum!





Sebenarnya tengahari tu hujan. So kitorang stop untuk lunch kejap. Then, bila hujan dah reda, kitorang masuk dalam air balik. Memang puas gila dapat mandi dari pagi sampai petang. Rugi tak datang. Bayaran masuk RM2 untuk dewasa; RM1 untuk kanak-kanak. Tahun lepas tak kena bayar lagi, start tahun ni yang ada entry fees apa semua tu. Tapi yang tak best, toilet dengan tempat persalinan baju dia sangat la low class you! Ingat nak buat feedback haritu tapi tak jadi sebab nak balik cepat. Nanti sesapa yang sampai kat sana, cakap kat pak cik yang kutip duit tu supaya upgrade toilet dengan tempat persalinan and surau sekali ye. Mekasih :)

Kepenatan, lalu tertidur. haha
Sayang sangat dekat kereta hah, baru kotor sikit dah kena mandi.

On the way nak balik tu singgah kat satu port ni, tak tahu la nama tempat tu apa. Dan kami ber-camwhore-ing di situ. hehe





Comel kan saya? hehe Chibi takde dalam gambar ni, wuwuwu~~







Balik tu singgah kat Masjid Ulul Albab dekat Jerteh. Menariknya masjid ni, the whole masjid is made from wood. Sangat cantik. Tapi disebabkan hari pun dah gelap, nak maghrib dah, so takde la nak ber-camwhore-ing kat masjid ni. Lagipun sangat lah tidak proper kan. 

Actually sampai UMT dalam pukul sembilan plus plus, tapi sebab kitorang nak singgah Mydin so, extend jelah sewa kereta tu jadi sehari. Kalau tak, nak amik half day je. Lepas shopping kat Mydin, beli dinner, then decided untuk lepak makan dekat waterfront. Best sebab angin dia yang menusuk kalbu tu. Maybe sebab waktu tu nak hujan lah kot. Tu yang angin sejuk je tu. Gambar takde sebab muka time ni selebet gila. hewhewhew Lepas makan tu, round bandar. Lambai-lambai orang kat tepi jalan. Serious takde kerja. haha Then lalu depan pengantin yang buat photoshoot. Kitorang expect nak lalu slow-slow but then Ssha buat kerja gila, dia pergi stop betul-betul depan pengantin tu hah. Dah tu, tak tahu nak buat apa, jerit kuat-kuat, "Selamat Pengantin Baru!" dekat diorang pastu terus blah. Adoy, mendebarkan betul. Pengantin laki watlek watpis je cakap thanks, pengantin perempuan, malu-malu kucing, senyum je. huhu

It was a whole new experience for all of us. First time kot merayap malam-malam kat Ganu ni hah. Tapi Ganu kot, what do you expect? Malam-malam memang takde orang sangat pun. Kedai pun semua dah tutup. Then, decided to balik UMT sebab minyak pun dah kelip-kelip ku sangka api hah.

Like seriously setakat ni, the best memories I've made dekat UMT ni. Hope there will be another moment like this in the future, and our friendship will last forever. InsyaAllah :)

Looking to the future!
*My most favorite picture plus the one in the previous entry.*

Together we're strong!
Lot's of love,
- amira_hasrori -

25 September 2011

tEMbikAi

Assalamualaikum :)

ayaq liur menitih o.O

tiba-tiba rasa nak makan tembikai.
awakkk, belikan boleh?

sesapa bermurah hati belanja la aku, hehe.
~unlimited love~

14 September 2011

uSaHa tAngGa kEjaYaaN

Assalamualaikum :)

hey there peeps!

lama gila tak update kan. malas sebenarnya. bukannya apa pun. bagi aku kalau nak update blog macam study jugak. kalau takde mood memang takkan sentuh laa. study pun kene ada mood ke? haha. aku tau aku memang teruk. sebab tu aku dah siap warning kawan-kawan aku awal-awal, kalau nampak aku tengah study jangan kacau hidup aku sebab bukan senang aku nak dapat mood study. kalau dah dikacau memang lama lagilah nak dapat moodnye.

harini last paper untuk test 2. biology. semalam aku tak tidur, bersengkang mata membaca segala notes yang ada, menghafal segala proses energy *sumpah banyak gila kott kalau result tak memberangsangkan aku tak tahu lah nak cakap apa. physics dengan chemist tak tahu lah nak komen apa. chemist maybe okay la, tapi physics, hurm, tawakal je lah eah. takpe, final aku redeem balik. hoyeah! azam baru semangat baru nampak.

but seriously aku dah terasa kehangatan exam final. dengan segala study week bagai. dalam kelas, tidur je keje aku. jadi, haruslah aku pulun, bantai dan tibai study week ni dengan sebaiknya. harap orang lain faham lah ye. kot-kot ajak keluar, aku tak nak. kalau keluar pun bawak notes bagai. lantaklah orang lain nak cakap aku ni gila study ke, tak sayang kawan ke. aku dah tak kisah dah. yang aku tahu, aku tak nak buang masa dah. aku nak study hard core punye untuk final ni.*ceh, dah nak final baru sedar diri haha. 

oh ye. aja ada ajak aku pergi mid besok. bukan tak nak. tapi aku dah plan dulu dengan kawan-kawan aku kat sini nak keluar besok. tapi somehow postpone hari sabtu pulak. hari ahad pun konon-konon nak keluar jugak. dah tu bila aku nak studynye kalau asyik keluar je. hadoyy. so, dengan ini aku berjanji akan menggunakan study week aku dengan men'study'kan diri dan tidak berfoya-foya. kalau tak tidur dua tiga hari pun takpe kot rasanya. sebab takde kelas. 

tadi pun lepas test, balik bilik terus tidur. dua tiga hari ni aku nak mengamalkan tidur dua tiga jam jelah. petang pun aku makruhkan diri aku untuk tidur. yeah. tolonglah support aku okay :)

eyebags =.= 

p/s: no more playing. it's work time! yeah!

harap result aku cemerlang lah hendaknya,
~unlimited love~

22 July 2011

notHing Has cHAnge

Assalamualaikum :)

hey there amazing people. nak cerita pasal aku melawat kawan2 aku yang dekat gopeng tu. :)

watak-watak yang terlibat :

Norhana Abdullah

Iqa Rahmat

Syaza Raof

Syirrin Mazlan

******

haritu time aku tengah stdy *ecey, ada satu makhluk Allah ni text aku.

17hb gerak gopeng jomm.

aku pun apelagi.


okay. sett.

makanya, hari ahad tu aku pun bangun awal. memandangkan ibuku yang tercinta nak keluar jugak, aku pun tumpang lah mereka ke stesyen bas. yelah, nak drive jauh2 mana reti jalan plus ibuku tak kasi aku drive jauh. paling jauh pun aku pernah drive time konvo haritu pegi sekolah. tu pun puas pujuk. haih. nak dekat sampai stesyen tu aku tengok ada satu bas melintas.

aja!! bas dah lepas!! *dialog dalam hati je tu

abah drop dekat stesyen bas, after a few minutes nazatul syaza kita ni pun sampai. then beli tiket trans pukul9. sementara nak tunggu bas kitorang breakfast kat kedai ni. dulu time aku keje, aku slalu lunch kat situ la. sampai tauke kedai dengan anak beranak skali kenal aku. haritu pakcik tu tkde. so tk dapat lah roti canai free. heh. kemudian, kurang pkul9 bas dah sampai. terbaik lah. our journey begins here. ecey, menyampah plak aku. hehe. dalam bas sembang2. plan nak buat apa bila dah sampai nanti dan yang sewaktu dengannya.

sampai Medan Gopeng dalam lebih kurang pukul11 camtu lah. aja jumpa kekasih hati dia. HAHAHA. :p sementara menunggu kawan2 kami dari matriks tu kami lepak mapley-mana-tah. dekat2 dengan Medan Gopeng tu jugak lah. sesapa yang taktau Medan Gopeng tu nama stesyen bas. hehe.

aktiviti sementara menunggu

then diorang pun sampailah dengan lelaki simpanan hana. hehe. gurau je. tak lah. abang ni dia macam buat duit dengan hantar bebudak ni keluar. lebih kurang macam kereta sapu lah ni.


pastu suruh abang tu hantar kitorang kat Jaya Jusco. then lepak kat Johnny (betul ke aku eja??) pastu lunch kat sana. borak macam2. pelik2 je aku tengok menu. aku pilih yang paling pelik skali. nama dia spinach mee. what??!! spinach mee!! gilo ke hapo. nama pun macam dah tak sedap. tengok gamba, mee dia kaler hijau weyh. tapi takpe. memandangkan aku ni seorang yang pelik
jadinya aku pun suka dengan benda yang pelik2 ni. heh. sila tengok mee aku di bawah ni ha.

mee dia kaler hijau. haha.

sempat lagi snap sambil pilih menu

nampak cam pelik gila kan. tapi sedap babeng weyh, wa cakap sama lu. bukan nak promote tapiii, nak promote gak sebab sedap weyh!! rugi kalau tak try. lepas makan, zohor, pastu window shopping jap. then, call abang tu. pkul 4++ hantar aku ngan aja gi Medan Kid. peluk cium sume pastu diorang blah. camtu je lah. tujuan utama memang nak jumpa diorang pun. no regrets weyh. best gila sebab dah lama tak jumpa but NOTHING had change. still boleh borak2, bergelak ketawa, sama macam time sekolah dulu. gila rindu lah school time :)

kami bahagia bila bersama :)


entry kali ni agak berat sebab ada banyak gambar. harap maaf ya semua.

notakaki :: besok kemungkinan BESAR aku gerak pi sekolah. diorang sukan besok. dengar cita ramai yang gerak. tak sabar nak jumpa korang sume :)

thnks for dropping by :)
~unlimited love~

29 April 2011

kEmaLanGan jALan RayA

ye. umum sudah mengetahui bahawa aku telah mengalami kemalangan dalam bahasa omputeh nye accident. fine, tak semua tahu. ni nak bagitau la ni. biasalah kalau orang yang baru accident ni mesti dihujani dengan jutaan pertanyaan kan. demi memudahkan diri aku dengan tidak mengulangi ayat yang sama meh aku cita sket camne la keadaan ni boleh berlaku.

pada tanggal 28 april 2011, hari rabu - di suatu petang yang hening, *ceyt ayat tak boleh blah tatkala aku nak balik rumah dari kerja, time tu dah gelap cam nak ujan dah. jadi nye semua org rushing nak balik umah. biasalah kan. semua tak nak basah. lagi2 orang yang bawak moto cam aku ni. ye adik2. aku bawak moto pegi keje ye. ouh ya. aku pegi keje dengan cik nurhazimah. makanya aku penunggang dan dia pembonceng. maksudnya aku bawak moto dia ada kat blakang laaa. aku tak tahu macam mana boleh berlaku tapi yang aku tahu aku bawak agak laju la, then aku nampak kete tu kat depan. kete tu nak dekat simpang, aku nak straight je. aku rase kete tu jalan then tiba2 je aku rasa cam kete tu dah dekat sangat dengan aku *maksudnye dia tengah brek la. dah tak sempat nak belok dah. then aku rempuh jelah. one minute i was on the bike and anther second aku dah terbaring kat atas jalan. sadis betul.

time tu aku blur2 lagi. cam, pening2 gak ah. amende yang dah berlaku ni kan. sedar2 je aku dengar zimah tanye, 'mira kau okay tak'. time tu aku tak nampak dia lagi. pastu ade orang tolong angkat kan moto aku. moto tu atas aku, kau tahu. aku terbaring ke kanan. for sure la moto tu himpit aku kan. pastu baru aku nampak zimah. then aku dah bangun, pastu aku nampak moto aku, hancus. fine takde la hancus mane. first thing aku fikir. ah!! moto aku!!

then makcik yang dilanggar aku tu dah attack aku dulu. bukan nak tanye aku okay ke tak. dia suruh aku bayar terus dan2 tu jugak. dah la blur2 time tu. adus. makcik ni memang takde hati perut la. same2 melayu kot. agak la, orang baru lepas accident dia nak terus attack aku. kalau time tu otak aku waras lagi memang dah kene sembur dah makcik ni. bukannye teruk sangat pun kete dia. just kemek sikit je kat tayar belakang belah kiri. tak pecah pun lampu tu. huh naseb baik time tu aku cam pening2. aduh. makcik. kau tak boleh nak sabar ke. aku bukan tak boleh bayar laa. kau ingat aku ni sengkek sangat ke. aku dah cakap dah tunggu mak aku sampai, baru setel. nasib baik ayah hazimah datang cepat. dia yang tolong setelkan kan. terima kasih pakcik. kalau takde pakcik memang dah lame saya hempuk makcik tu dengan carrier saya yang dah tercabut tu. hehe.

naseb lah takde kereta rempuh aku dari belakang. kalau tak dah arwah dah kot aku. and and naseb lah jugak aku tak terheret ke hape ke, kalau tak habeslah muka aku calar. dan dan, terima kasih kepada helmet yang disahkan sirim, my head was fine. tak de rase cam nak pecah ke hape ke. fuhh -.-"

fine, lepas tu gi hospital. amek darah, x-ray, ultrasound sume. alhamdulillah. doktor kate okay je. takde patah mane2. just calar2 camtu je lah. zimah pun okay je. balik umah dari hospital dalam kol 9. sumpah lame gila aku kat hospital tu. lem nak mam wa cakap lu. sabar je lah. then pharmacist tu bagi aku ubat panadol?? watde???!! aku tak makan pun. malas lah aku. then bagitau sesapa yang patut tau. kene soal siasat lagi. pastu tido lah.

besok nye aku tanya hazimah, sama ada dia ingat ape2 tak secara detail pasal semalam tu. then dia kate as a pembonceng, kompom la tak tengok depan sangat kan. pastu dia kate aku cam jerit ke hape ntah, tu yang buat dia tengok depan. dia kate aku sempat brek tangan and then kami rempuh lalu jatuh. haha. camtu lah cite nye. but sumpah aku tak hengat aku ade brek weyh. adoyy. hilang sudah ingatan aku. heh.

mari kita lihat keadaan moto aku yang amat hancus tu ::

>>> cuba perhatikan betul2,
- carrier aku tercabut *camne leh tercabut pun aku taktau laa
- cermin sisi belah kanan pun tercabut *tapi tak pecah pun pelik kan
- yang kat tayar tu nampak tak. aku pun taktau camne boleh jadi padahal aku jatuh belah kanan.
- cover set ade yang pecah2 sane sini

















>> cover set ku yang sudah pecah dan besi yang kat tayar yang dah terkeluar dari landasan.

erk -.-" agak teruk keadaan moto aku ni. dekat seribu jugak la aku rase kalau nak repair. aduss. then tambah dengan makcik tu punye kete lagi da dekat 4rat sebab dia nak cat sangat kan. hamek la kau. nak sangat kan. kira2 2ribu jugak la aku hanguss kat situ. takpe lah. bak kate sape ntah, pengalaman hidup. things that doesn't kill you makes you stronger. urgh. sape ntah yang mengeluarkan kata2 tu. ngek betul. lagi wat aku lembik ade laa. aduss. aku tak rase aku boleh bawak moto. tapi, ntah la. boleh kot. harapan aku yang nak tukar cover set baru tercapai, but aku takdelah terpikir nak tukar sangat sampai kene wat cmni. adoy la. kalau cmtu aku lebih rela tak tukar cover set la dari aku menanggung kesakitan yang amat mendalam, baik fizikal mahupun mental. urgh. sakit jiwa aku fikir pasal ni.


PENGAJARAN :: sila JANGAN jadi macam aku ye adik2. bawak kenderaan dengan berhati2. pandu cermat jiwa selamat


notakaki :: ade ke patut manusia tu gelakkan aku kaw2 bila dengar aku accident. mangkuk betul laa. bukan nak simpati ke hape. huh!



i've learned my lesson,
~unlimited love~

24 March 2011

aLhamduLiLLah...

okay. da agak2 panas isu ni. yela isu ape lagi kalau bukan RESULT SPM. ye. aku ta dapat straight A. 7 je. alhamdulillah. bila teringat time aku amek result, nanges2 segala bagai semalam, baru aku sedar yang aku langsung tak bersyukur pun. ya ALLAH. sungguh la manusia ni ta pernah nak bersyukur. aku just nampak yang B je. yang A tu aku buat2 tak nampak pun. secawan gak ar aku nanges semalam. bukan nak cakap yang aku ni belambak A, tapi yelah, nak point kat sini yang aku ni tak bersyukur orang nye. haha. okay. kini aku sedar yang aku SANGAT bersalah. dan kini aku mulai bersyukur terhadap nikmat yang ALLAH bagi.

anyway congrates kat budak2 yang dapat straight A's. bagi yang tak tau. meh sini aku bagitau.
MELLISA
ADAT
HAZIMAH
LEHA
FARAHIN
SAIFUL
NABIL
AMANI
FATIN DAMANHURI
FARUQ
SHAHIRAH SULAIMAN
PAIE
AZWA
FARAH ADIBA

(kalau aku salah sory eah)
congrates korang!! aku happy untuk korang. bagi yang sipi2 nak dapat straight A tu jangan kecewa lama2. ingat. bersyukur. semestinya ada hikmah disebalik tu. percayalah. ALLAH tahu ape yang terbaik untuk hambanya.

notakaki :: rasa bahagia bersiar2 bersama aja, cien dan adat :)


ade orang belanja aku, time kasih ye :)
~unlimited love~

28 February 2011

kiNi ku juGa boLeh MemaNdu :)


pagi2 lagi aku dah bersiap-siap nak pergi tempat aku belajar kete. yes, i'm taking the test today. fuhh. cuak siot. but then i act cool je la. eheh. biasa la kan. aku kan cool. haha. sumpah bajet. hee. dan dan ade budak tu semart weyh. haha. cuci matalah sikit :p

okay. malas nak cite panjang. pokok nya aku lulus test kete dengan sekali buat je. akak aku repeat. haha. aku berjaya mengalahkan dia. :p

then aku pergi kerja(sian aku kan). lepas tu aku call mak aku. text semua orang yang aku rasa aku nak text. then adat call. pastu aku call ajey. dah lame tak dengar cite pasal ajey kan. tibe2 malam tadi terasa nak txt dia. dia reply lambat sangat sebab dia tengah keje laa. closing pulak. penat siot.

then tadi borak lama gila sampai habis kredit adik aku. haha. sape suro kau pegi hostel kan. hee. basically dia tenga keje kat satu restoran kot dekat2 uma dia. jalan kaki je beb minah ni. cayalah ajey. salute sama lu. gaji dia seribu lbey wa cakap lu. gila laa. gaji aku separuh je dari gaji dia. jeles aku. huh. rindu doe nak lepak ngan minah ni lagi. dulu salu gak wat mende pelik ngan dia. eheh. tak payah la diceritakan di sini ye. hehe.

notakaki :: aku just nak cakap aku lulus test je sebenarnya. hee. :)


senyum lebar-lebar
~unlimited love~

10 January 2011

hAte oR LovE

hari ni rutin harian aku berbeza siket dari yang biasa. pagi ni terbangon awal siket. haha. awal mana tu tak payah tao la. jatuh saham aku. hee. pagi2 lagi aku dah bangon pastu mesti la menjejak kaki ke luar bilik kan. tengok2, eh, abah tinggal laptop die lah. HAHAHA *evil laugh ape lagi. amik la kesempatan ni untuk menaip kat sini. boleh jugak aku excercise tangan dan minda pagi2 ni. hee.

berbalik kepada isu yang aku patot ketengah kan. haha. ade unsur saspen sikit di situ. korang pernah dengar nama hlovate tak? yang perempuan pernah la kot. yang boys pandai2 la cari tao sape die nie ha.

k la. aku gitao. hlovate nie merupakan salah seorang penulis kat tanah air kita ni la. haiyo. tu pun tatao ka. aku first kenal hlovate nie sebab aku bace buku dia [tunas]. bes kot. crite dia pasal budak2 asrama yang first bacth macam aku *dan kau . budak2 ni nakal nak mampus tapi by the end of it they have fun and study pun bley bla gak. bes2. try arh cari. sambungan nye Aa+Bb. aku tak bace lagi. hari tu ade jugak nak pinjam ngan kawan tapi sebab ramai giler yang queue nak bace buku tu, buku tu tak sampai2 pun kat tangan aku. hurm. takpe lah. kire takde rezeki la tu.

hlovate nie kalao korang perasan bahase dia sempoi je. senang nak paham. dan aku agak2 dia ni takde lah tua sangat macam penulis2 lain tu. *maaf hee. ilmu dia tinggi. tak kira la ilmu dunia ke ilmu akhirat ke, memang tinggi la pengetahuan dia wa cakap lu. tak caye try bace rooftop rant. tabik spring la aku sama dia. and banyak quotes dia yang bes2. ntah mana dia dapat pon aku tak tao. cerita dia plak bukan cerita cinta yang typical yang macam banyak penulis lain dah buat kat luar tu. seyes best gila. rugi kalau kau tak baca.

satu je yang aku tak berapa nak minat sangat dengan cara dia menulis sebab dia suke sangat nak ulang2 ayat. tau ayat tu bes tapi kalau da stok nak ulang sampai berubu kali tu aku pun dah naik jemu la. we want something different. kalao dalam essay ke, karangan ke, time kite blaja kat skola, cikgu tak galak kan kite ulang2 ayat atau perkataan yang sama, kan kan.

btw. aku still suka nak baca hlovate punye novel lagi. keep it up yeah. and aku rase hlovate nie perempuan la.


~unlimited love~

27 December 2010

giLeeR LaaH...!!

da lama giler ta update.haha.sbb nye aku tatao nak tulis pasal ape.hu.kat uma aku mkn tdo mkn tido. sumpah aku da gmok dow.ahahahaha.aritu ade gak apply kat secret recipie tapi sampai la nie org tu tak call aku lagi utk pegi interview.huh.kalo xdpt kat ctu rasenye aku mls kot nak apply kat tmpt len da.tgk la mane rezeki aku.hu.

smlm gi mlake.bolela.tuk rombongan sekola memang sesuai sangat kot.and kalo g ngn family ta berape best arh. tapi g ngn kwn2 bez kot.hu.

and pasal bola: malaysia vs indonesia. malaysia menang.3-0 bai.haha.hey sape kate aku tatao pasal bola.terer plak.wee~

hurm.tatao nak bebel pe lagi.nak tido arh.haha


nota kaki tangan ::jom jalan2 mid.hu.=)




nak tido.wee~
~unlimited love~

10 June 2010

pERkampunGan iLmu sAbDa

DAY 1 (04062010 - JUMAAT)

melihat "adik-adik" ku balek ke kampung dan beberapa rakan yang pulang ke rumah hati ku diruntun pilu dan rindu kepada rumah dalam erti kata lain homesick. ya ya nampak je cool kat luar tapi sebenarnyer sensitif jugak maa. mujur rakan rakan sentiasa berada di sisi aku yang xsebarapa ini. walaupun terdapat beberapa masalah teknikal yang dihadapi pada hari itu aku dapat menyelesaikannya dengan bantuan beberapa orang rakan. dan akhirnye keputusan telah dibuat, yang menghuni kamar bp07 pada minggu ini adalah aku, cien, tol, nani, aja dan hana. walaupun nadd dan ana tercampak di bp09 tetapi mereka telah diberi kebenaran khas untuk melepak di bp07 yang indah itu. eheh. malam itu kami mendengar pakcik zul memberi nasehat dan membuat aktiviti cantum straw mengikut kreativiti kami sendiri. tiada pemenang kerana itu bukanlah pertandingan. malam itu kami berlapan tidur dengan nyenyak nye.




DAY 2 (05062010 - SABTU)

hari ini subjek matematik moden. penceramah dari semesti. suke perlekeh sabda. buat aku menyampah. tapi still beliau xlokek ilmu nye. ape-ape pon terima kasih ye. malam tu order kat pakcik guard burger. pas abesh program amek pesanan dan teros melantak xengat dunia. bak kate tol pabila perot kenyang mate pon terase mahu menutupkan mate nye. jadi setelah beberapa minit berbincang mengenai ape yang kami dapat semasa program tadi kami pon melelapkan mate. walupun begitu ana dan aja tetap terus berzikir. isy3. sengal betol. kepada ana satu pepatah buat mu, yang patah tumbuh yang hilang berganti. terima kaseh





DAY 3 (06062010 - AHAD)

walaupun petang tu aku dan nani datang lambat dan terpakse duduk kat belakang aku xngantok pon. sama ada sir musa yang menyeronokkan ataupun kehadiran sir akmal di situ. haha. malam tu dikatekan xderk program english sebab xderk penceramah dan tce shida dah pon pulang ke kampung halamannye. mulanye semua orang berseronok tapi setelah pengumuman dibuat di surau bahawa mr shahrul akan membuat kelas pada hari itu, semua orang bersungut. sir shah dah dengar cam tu dye pon merajok dan kate sape mao datang, datang, sape xmao xpayah datang. camtu la maksud ayat dye yang panjang lebar yang telah aku ringkaskan. aku n d gang pergi. tapi aku tersangat lah pelik kepada orang orang yang xpergi ke kelas itu. taulah dyorang tu pandai tapi kenape nak lepaskan peluang yang dah sedia terbentang luas kat depan mate? ntahla. mungkin sifat manusia yang xpernah bersyukur dengan ape yang dyorang ade kot.




DAY 4 (07062010 - ISNIN)

panggilan di tengah malam yang membuatkan aku yang sudah-lame-xmengeluarkan-kate-kesat ini mencarut hampir satu hari. terima kasih pemanggil misteri. anda sungguh bertuah kerana mendapat pangkat dari aku. dan gara-gara dye jugak larh aku lalok hampir satu hari dan tidak mendengar haram jadah pon dari cikgu zekri. terima kasih banyak-banyak. jasamu dikenang.




DAY 5 (08062010 - SELASA)

rasa menyampah yang membuak-buak dalam diri ini membuatkan aku rase cam nak campak je semua meja yang ade kat libry tu kat muke dye yang tersangatlah bajet itu. huh! petang tu sume orang angkot barang2 nak packing. terase cam lapang je dorm aku tuh. kosong je. lagi la buat aku rindu kat rumah..!!!malam tu hanye aku dan ana yang tidur kat dorm aku. terasa sunyi sangat. terbayang bayang dalam fikiran aku camne lah agak nye kalau dah abes skola eah. mesti rindu giler kat sabda ni. wuwu~~ terjiwang lah pulak.





DAY 6 (09062010 - RABU)

hari terakhir yang amat membahagiakan. hari balek. yay. terase cam hari nie hari jumaat pon ade. waktu bio slot 1 xbosan tapi slot yang kedua amatlah membosankan dan care dye mengajar cam kitorang nie bodoh sangat. tapi lantaklah. janji ade banyak input yang kami dapat





nota kaki :: rase kelakar sangat bile teringat yang semua orang berebut-rebut nak dapat kan tempat kat depan even boys pon.




otak yang dah tepu,

~unlimited love~

29 May 2010

thRee cRucial weEk vs OnE vEry fiNE dAy ^_^ v

umum mengetahui bahawa baru baru ini sabda telah mengadakan peperiksaan pertengahan tahun yang kedua kot . makanye semua warga yang bergelar pelajar di sabda telah bersusah payah mengrevise dalam erti kate laen membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

setelah hampir due minggu kami bertungkus lumus membilas serta memerah otak kami yang hampir kering ini maka kami pon mengambil keputusan untuk melupakan seketika xm yang ada dan pada tanggal 27 mei 2010 kami yang terdiri daripada 8org semuanya ; menghiburkan diri kami sendiri dengan ber outing bersama sama.



nani cien ada hana aja amira tot tol


kami mulakan perjalanan kami dengan menumpang lori pakcik kaye (terima kasih banyak2 pakcik kaye!)
sangat lah seronok kerana ini merupakan kali pertama kami menaiki belakan
g lori!!
perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki ke pekan bagan datoh
oleh kerana cuaca yang begitu panas kami pon membuat keputusan untuk makan aiskrim sambil lepak lepak di jeti

kemudian kami pon seperti kanak kanak lagaknye bermain di taman permainan. sangat dan amatlah seronok


hampir 530 baru lah kami balik ke sekolah yang tercinta yang berada di pinggir desa
gara gara melihat pepatung yang berkeliaran di sekitar gelanggang kami pon
tadaaa...

selepas menyiapkan diri kami pon makan di bilik stady sampai lar azan maghrib berkumandang
(kantoi lar kami lambat maghrib kan ahaha)
sekian saje laporan pada hari ini. nanti jumpe lagi..
konklusinyer hari tersebut tersangat lah indah dan hypothesis telah pon terjawab

THREE CRUCIAL WEEK VERSUS ONE FINE DAY

PEMENANGNYE

ONE FINE DAY LAR...!!

-THE END-

nota kaki :: bahasa dan cetusan rasa adalah datang dari lubuk hati ini yang tidak sekreatif mana. maaf.

TERSANGAT BAHAGIA

~UNLIMITED LOVE~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...