Showing posts with label universiti malaysia terengganu. Show all posts
Showing posts with label universiti malaysia terengganu. Show all posts

09 March 2015

Brushing Up My Writing Skills

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hey there! It's me. Again. Of course.

It's a whole new semester again. And the workload is appearing one by one. And here I am, should be doing the assignment and lab reports, but updating this blog.

I don't really remember why do I start this blog actually. Maybe just following the trends those days. People were crazy collecting followers on their blog. Blogwalking, power blogger, is a common words that people use back then. But now, people no longer read blogs. They changed to Instagram nowadays. 

But, nevermind. I still want to update this blog. Not to collect followers that never comment on freaking-no-reader-blog, but to brush up my writing skills. I do notice that I write mostly in English nowadays. Back then, I doesn't even dare to write a sentence in English. However, I no longer remember to use the flowery-flattery-Malay language. sobs

Because I'm taking the elective subject of Bahasa Melayu Ilmiah, maybe I can polish back my writing skills in Malay too? Perhaps?

Nothing interesting to write here anyway. I'm just stating that I might, repeat, I might, starting to write actively once again. InsyaAllah.

May Allah bless you ;)
- amira_hasrori -

09 October 2013

Through My Windows

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam. 


This is what I see through my windows in the room at UMT.

Someone literally said this to me:
"Look around and see. Life is beautiful."
Life is indeed beautiful :)
- amira_hasrori - 

16 September 2013

Weekend Getaway

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

* Get ready for photo spamming in this entry :D

Memandangkan weekend takde buat apa-apa dan tersangat bosan, jadi aku saja-saja la post kat dalam group Rawr Family kat fb.
Tak sangka post yang saja-saja tu mendapat sambutan pulak. Semua duk komen, nak gi mana? Bila? Padahal aku saja je post. Tak berniat pun nak betul-betul pergi. So, in the end aku bagi suggestion, "pergi Lata Tembakah jom?!" And hell yeah, here we go. The most awesome weekend I've ever spent in UMT began. 

Perbincangan yang mencecah beratus-ratus komen kat fb. Mula-mula ingat nak pergi hari Isnin (16 Sept) sebab hari Sabtu (14 Sept) the girls kena cucuk third dose HPV vaccine. But then the boys pulak tak nak. Tak nak tangguh-tangguh katanya. So, kitorang pun decided untuk ponteng vaccination, instead, we will go next week. hehe Nakal sungguh budak-budak ni tau. Therefore we've decided to go on 14 September which is last Saturday.

Memandangkan Nana tak ikut, so the girl muat satu kereta jelah, and the boys naik kereta Pidot. Kitorang sewa kereta Viva sehari RM90 fulltank RM60 tapi kitorang isi RM30 je sebab kereta tu ada dua bar dah. hehe Remember to ask the orang kereta sewa, nak kereta yang elok untuk berjalan jauh so that nanti takde la problem apa semua. Alhamdulillah, kereta yang kitorang naik tu selamat pergi dan selamat sampai balik UMT :)

Makan dalam kereta sebab kebuluq, tak breakfast punya pasal. Special thanks to Chibi yang sponsor nasi lemak sebungkus kongsi lima orang. hehe

Singgah rumah Faqih kejap, ambik barang untuk barbecue sebelum bertolak ke Lata Tembakah. wee~~

Pidot excited dengar nenek Faqih berborak dalam bahasa Ganu. haha

Posing depan kereta baru Pidot.

Dua makhluk Tuhan yang paling excited jumpa air.
Barbecue time!
Ayam dan sosej, nyum nyum!





Sebenarnya tengahari tu hujan. So kitorang stop untuk lunch kejap. Then, bila hujan dah reda, kitorang masuk dalam air balik. Memang puas gila dapat mandi dari pagi sampai petang. Rugi tak datang. Bayaran masuk RM2 untuk dewasa; RM1 untuk kanak-kanak. Tahun lepas tak kena bayar lagi, start tahun ni yang ada entry fees apa semua tu. Tapi yang tak best, toilet dengan tempat persalinan baju dia sangat la low class you! Ingat nak buat feedback haritu tapi tak jadi sebab nak balik cepat. Nanti sesapa yang sampai kat sana, cakap kat pak cik yang kutip duit tu supaya upgrade toilet dengan tempat persalinan and surau sekali ye. Mekasih :)

Kepenatan, lalu tertidur. haha
Sayang sangat dekat kereta hah, baru kotor sikit dah kena mandi.

On the way nak balik tu singgah kat satu port ni, tak tahu la nama tempat tu apa. Dan kami ber-camwhore-ing di situ. hehe





Comel kan saya? hehe Chibi takde dalam gambar ni, wuwuwu~~







Balik tu singgah kat Masjid Ulul Albab dekat Jerteh. Menariknya masjid ni, the whole masjid is made from wood. Sangat cantik. Tapi disebabkan hari pun dah gelap, nak maghrib dah, so takde la nak ber-camwhore-ing kat masjid ni. Lagipun sangat lah tidak proper kan. 

Actually sampai UMT dalam pukul sembilan plus plus, tapi sebab kitorang nak singgah Mydin so, extend jelah sewa kereta tu jadi sehari. Kalau tak, nak amik half day je. Lepas shopping kat Mydin, beli dinner, then decided untuk lepak makan dekat waterfront. Best sebab angin dia yang menusuk kalbu tu. Maybe sebab waktu tu nak hujan lah kot. Tu yang angin sejuk je tu. Gambar takde sebab muka time ni selebet gila. hewhewhew Lepas makan tu, round bandar. Lambai-lambai orang kat tepi jalan. Serious takde kerja. haha Then lalu depan pengantin yang buat photoshoot. Kitorang expect nak lalu slow-slow but then Ssha buat kerja gila, dia pergi stop betul-betul depan pengantin tu hah. Dah tu, tak tahu nak buat apa, jerit kuat-kuat, "Selamat Pengantin Baru!" dekat diorang pastu terus blah. Adoy, mendebarkan betul. Pengantin laki watlek watpis je cakap thanks, pengantin perempuan, malu-malu kucing, senyum je. huhu

It was a whole new experience for all of us. First time kot merayap malam-malam kat Ganu ni hah. Tapi Ganu kot, what do you expect? Malam-malam memang takde orang sangat pun. Kedai pun semua dah tutup. Then, decided to balik UMT sebab minyak pun dah kelip-kelip ku sangka api hah.

Like seriously setakat ni, the best memories I've made dekat UMT ni. Hope there will be another moment like this in the future, and our friendship will last forever. InsyaAllah :)

Looking to the future!
*My most favorite picture plus the one in the previous entry.*

Together we're strong!
Lot's of love,
- amira_hasrori -

19 August 2013

Universiti Malaysia Terengganu - Part 2

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Memandangkan adik-adik dah nak masuk bulan 9 ni kan, jadi akak yang baik hati ni pun terasa nak membebel lah pasal UMT terchenta ni hah. Tapi tak specific, so this is just a random fact about UMT.

1. Benda wajib kena ada for each students kat sini adalah payung. Memandangkan kedudukan UMT ni dekat dengan pantai jadi cuaca amatlah tidak dapat diramal. Kalau musim hujan, memang tiap-tiap hari hujan, susah nak nampak matahari. Kalau musim panas, memang panas yang amat. Jadi, it's really normal here to wear an umbrella be it you are a guy or a girl. Payung is a must think in your bag.

2. For first year students, korang akan duduk kat hostel. Jadi kenderaan untuk ke kelas sama ada jalan kaki, motorsikal, basikal atau van sekolah. Van sekolah ni harganya empat posen je. Amat ideal kalau kau dah lambat, or tempat kuliah jauh. Tapi yang tak bestnya kalau orang tak cukup lagi, means dalam van tu ada dua tiga orang je, pak cik tu akan tunggu jugak sampai penuh van dia. Kalau tak penuh kena bayar lebih la.

3. Kat Kuala Terengganu ni tempat yang biasanya bebudak bershopping adalah Giant dan Mydin je. Takde tempat lain dah. Kalau kat Mydin tu, ramai gila budak UMT and budak Unisza. Sadis betul. Sekarang dah ada Giant baru yang dekat sikit dari yang kat pusat bandar tu. Tapi kalau tanya aku, aku prefer shopping kat Mydin sebab harga barang kat Mydin is way cheaper than kat Giant.

4. Kenderaan nak pergi outing sama ada van sekolah or kereta sewa. Ada jugak bas tambang tapi sangat rare lah orang nak naik bas tu. Aku pun tak pernah nak naik bas so jangan tanya aku macam mana nak naik bas pergi pusat bandar. 

5. Korang jangan terkejut pulak kalau rasa makanan kat sini manis-manis. Sambal nasi lemak pun manis weh. Standard lah kalau duk kat pantai timur ni kan. Waktu aku orentasi dulu makanan dia sedap, so korang melantak la selantak-lantaknya waktu orentasi nanti ye. Kat sini, kalau dekat fakulti memang susah sikit nak cari makan. Cafe ada, tapi sikit dan kalau waktu puncak tu memang ramai orang. Kalau dah lambat sikit memang dah takde lauk. Kalau kat hostel ada dua cafe, korang boleh jugak makan kat luar. Nanti dah sampai UMT tahu la nak cari makan sendiri ye.

6. Kat sini dobi ada kat kedai luar tapi self service. Kat hostel, satu blok ada dua washing machine. Dua hengget sekali pakai. Standard ah kalau hujung minggu mesti ramai gila queue. Pepandai lah nak hidup ye adik-adik.

7. UMT ada swimming pool, pantai dan pulau sendiri. Uni lain mana ada. angkat-angkat kening For first year students, nanti korang akan ada satu masa kena pergi Pulau Bidong tu buat aktiviti like snorkeling, kayak, water confidence and memancing. Jangan risau, korang bukannya on survival kat sana, ada fasi. Dengar je cakap fasi elok-elok kay. Kat sana dua hari satu malam je, so enjoy puas-puas sebab sekali seumur hidup je dapat pergi sana. And semua yang dah pergi mesti akan cakap, "Nak pergi lagi". So bayangkan la betapa bestnya pergi sana tu. Enjoy kay :)

Ha, cukup la kot setakat ni. Nanti kalau ada apa-apa yang aku teringat aku tambah lagi kay. Anyway, selamat menempuhi alam universiti!


Always believe that everything happened for a reason :)
- amira_hasrori -

30 July 2013

Universiti Malaysia Terengganu

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Okayyyyy, sangat memerlukan masa yang lama nak up entry ni. Sangat sangat kebuntuan idea dan tak tahu nak rant on apa. So, layan jelah aku nak membebel apa eah. hihi

First of all, tentunya bagi orang-orang yang jauh nak ke Terengganu ni, aku sarankan anda menginap di homestay yang berdekatan kerana perjalanan ke Terengganu, kalau dari rumah aku, lebih kurang 9 jam termasuk berhenti dua kali kalau tak silap. Buat junior yang nak mendaftar bulan 9 ni, dah boleh la google homestay yang area Gong Badak or lapangan terbang. Jangan tanya aku homestay apa yang ada sebab aku pun tak tahu. Usaha tangga kejayaan k. Harap faham apa maksudnya tu. ^.~

Hari pendaftaran pastikan semua dokumen yang diperlukan dah ada, siap-siap asingkan masuk dalam satu fail untuk melancarkan pendaftaran nanti. Oh, diingatkan jugak, hari pendaftaran tu nanti ada tangkap gambar untuk kad pelajar. Jadi, pandai-pandai la buat apa yang patut supaya tidak diejek dan dicela selama 3 atau 4 tahun. haha

Dinasihatkan jugak supaya tak bawak barang banyak-banyak. Bilik kecik. Loker kecik. Bayangkan bilik kecik tu kena kongsi 4 orang lepas tu korang bawak barang banyak, mana nak letak? Jadi pandai-pandai organize barang yang perlu je yang dibawa.

hamek kau locker kecik wehhh

Okayyyy, tu jelah nak bagitau. Minggu orentasi, nanti nanti lah baru sambung lagi ye. hikhik. 

kbai
- amira_hasrori -

11 April 2013

Pertengahan April

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

As I've mentioned on the previous post, March is a very very hectic month. Assignments, tests, lab reports and also quizzes. But, alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t., I can pass through March without any difficulties. Kalau ada kesusahan pun, dah tentu ianya ujian daripada Allah s.w.t. bukan?

Bulan Mac juga merupakan bulan di mana umur dah menjangkau dua puluh tahun. Dah tua dah. sobs sobs Umur dah meningkat jadi perlu matangkan diri dan perbaiki diri. Jangan dah tua kerepot nanti baru terhegeh-hegeh nak pergi masjid belajar mengaji. #eh

Thanks for the wishes, thanks for the presents; especially to Rawr Family. Thanks a lot guys. Love you guys so very the much. hikhik

the presents :)

Bulan Mac jugak merupakan bulan yang memeningkan kepala hotak dengan rumah sewanya. Yelah, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Tapi dalam kes kitorang ni sediakan rumah sewa sebelum kena halau dari hostel. Ha, lebih kurang macam tu lah. Sem depan kebarangkalian nak dapat hostel adalah sangat tipis. Maka, nak tak nak kena lah prepare, cari rumah sewa sebelum dihalau dari hostel. Kenapa cari awal-awal? Sebabnya, sementara belum busy betul-betul dengan assignment bagai, so, kitorang mem-busy-kan diri dulu dengan cari rumah sewa. Alhamdulillah dah dapat dah rumah sewa. Not bad la, walaupun kena berhimpit ramai-ramai. Double decker pulak tu. Takpe lah. Janji dapat rumah sewa yang sewanya affordable.

Entry yang sebelum ni aku ada mention about Taekwando Pantai kan. Ha, memang best la dapat tengok budak-budak kecik lawan. Nampak je kecik, tapi ligat jugak la time sparring tu. Even penat dan hitam sebab sunburn =.= tapi still best sebab dapat pengalaman baru, dan tengok budak-budak kecik lawan. hehehe

kid sparring

Waktu rehearsal haritu, kitorang tengah dengar la radio Hot.Fm Terengganu. Kebetulan Team Rovers eh, betul ke? dia datang Pantai Baru Buruk. Kitorang pun apa lagi, turun je dari bas terus serbu tempat deejay tu semua. Jawab soalan simple-simple, dapat lah goodies ni.

terima kasih hot.fm terengganu. lain kali bagi hadiah lagi eah. hehe.

Dah dua kali dah aku pergi pasar malam khamis yang dekat dengan unisza tu. Kitorang selalu naik van sekolah tu. Lima posen je. Boleh je kalau nak jalan kaki. Tapi, malas ah. Nak save energy kekononnya. hahaha Ada pakcik ni jual nasi kerabu sedap sangat. Addicted kot. Nanti nak beli lagi lah. Malam tu kitorang nampak sunset cantik sangat dari bilik kitorang. 

subhanallah, cantiknya >.<

Cuti mid sem kali ni, first time aku balik sensorang. Agak cuak jugak la, sebab tak pernah lagi naik bas sorang-sorang dalam jarak yang jauh macam ni ha. Bayangkan Terengganu - Bidor. Jauh wehh. Dah la lalu KL bagai. Memang menambahkan jarak perjalanan la. Tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun terpaksa mengharungi lebih 12 jam baru nak sampai rumah. phewww, tarik nafas lega

Balik dari cuti kena mengharungi lagi test, assignment, kuiz dan semestinya lab report. Takpe, bertahan lagi 2 bulan lepas tu cuti lah puas-puas. Tak sabar >.< padahal baru je cuti, hihi 

Banyak lagi benda yang aku nak cerita, tapi disebabkan banyak jugak benda yang aku kena buat, jadi, tu jelah kot. Till then :)

nota kaki : Amaran, trend baru iaitu Gwiyomi dah menular, jadi berhati-hati lah ye. hikhik

Gambatte ne~
- amira_hasrori -

09 January 2013

Lazy Day

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hey there peeps! Whatchu doing? Me? I'm doing nothing. Setelah seminggu bertungkus lumus menghadapi peperiksaan, so I was thinking to take a break a day or two. Depends. So, today I was doing nothing. Selain membasuh baju, pergi beli makanan, main game, dan tidur, tu jelah yang aku buat sepanjang harini. hihi Oh, tadi before pergi beli makanan singgah pejabat Hepa kejap. Eh, Hepa tu apa? Hepa tu stands for Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Okay? Kenapa kitorang pergi sana? Tujuan utama kami pergi ke sana adalah untuk mengambil hak kepunyaan kami ini. 

tadaaa!!
malas nak amik gambar kad sendiri =.=
google jumpa yang ini [sumber]

Haritu waktu mula-mula masuk sini dah dapat dah dari Palam. Yang ni dapat lagi satu. Tahniah lah untuk diri sendiri sebab ada dua kad diskaun siswa, wehoo~ Ada sesiapa lagi yang tak tahu apa kebaikan kad diskaun siswa ni? Haaa. Sila lah melawat blog pucuk dan ubi tu. hikhik Hey, harini lazy day kan. Semua pun malas nak buat. Nasib baik makan rajin. hikhok Okay lah, malas nak type banyak-banyak. Kbai, nak makan. Lapaq bak hang. 

see you later ^.^
- amira_hasrori -

08 January 2013

I Feel Good

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

sapu sapu sampah Seminggu menghilang tak update belog ni. Whoaaa rindunyaaaaa. Yelah, bukan sesaja mengabaikan blog ni. Tapi sibuk dengan final exam yang sangat membunuh dengan killer subjectnya. And now its unofficially over!! :D Wait, kenapa unofficial? Sebabnya ada satu minggu gap sebelum the next and final paper. sigh But, who cares kan. Setelah memerah otak selama seminggu berturut-turut, why not take a chill pil and have a break with kit kat selama dua hari kan. hikhik

Lepas habis exam kimia fizik haritu aku pergi ambik my baby kat hepa

 tadaaaa!!!

the front

the back

proud to have this in my wardrobe :D

Dari haritu lagi aku duk tenung website Sometimes tu sampai room mate aku pun kata, kalau nak beli tu beli jelah. hikhik Dan akhirnya aku mengambil keputusan berani mati untuk membelinya. And now my baby has a new home! Yipeee~ Ni pun setelah berfikir panjang and fortunately aku dapat wang sagu hati dari KWSP sempena aku grad dari asasi haritu. So, berbekalkan duit yang ada, makanya aku pun beli lah beg ni guna duit tu. hikhik Alhamdulillah, one of my wishes for 2013 dah tercapai. Lots more to come. Can't wait >.<

Baru-baru ni seluruh negara di gemparkan dengan kedatangan taufan Sonamu yang bakal melanda Jepun dan kemungkinan akan turut rasa biasannya di kawasan Pantai Timur which is to be exact Terengganu dan Kelantan. Alhamdulillah, nothing happened. Dikatakan angin Monsun telah berjaya mematikan angin dari taufan Sonamu tu. Semua boleh berlapang dada dan menjawab exam dengan tenangnya :D

Oh, dan semalam (7 Januari) merupakan hari lahir yang ke dua puluh dua insan tersayang. you know who you are ^.^ Selamat hari lahir awak, semoga Allah memberkati kamu :) Sorry for the late wish. Nah kek. hihihi

happy birthday to you, 
happy birthday to you,
happy birthday to youu~
happy birthday to you :)
tiup lilin

Jeles dengan bebudak course lain sebab dah boleh balik. Rata-ratanya dah start balik harini. Me? Ada lagi seminggu baru boleh balik. sigh Nevermind. Setiap perkara pasti ada hikmahnya, kannn. Seminggu ni nak kemas bilik, nak pergi pasar payang untuk beli souvenir dan menikmati saat-saat akhir semester satu. Lepas ni dah tak boleh nak relax sangat dah. So, kita enjoy. weee~

Well well, terasa panjang sangat pulak entry kali ni. See you next time. kenyit mata

chiao
- amira_hasrori -

03 January 2013

Basah

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Salam alaik! Salam satu Malaysia! Salam Januari! Salam dua ribu tiga belas! amende aku neh =.=

Basah? Apebenda yang basah? Ha, jangan nak biru biru, no no no. Tak baik untuk kesihatan anda okay. Ceritanya macam ni, waktu nak pergi exam etnik semalam, langit memang lah tengah mendung. Tangan ni pulak dah siap-sedia pegang payung, tinggal nak bukak je. dah macam askar dah, hewhewhew Nak dijadikan cerita, di pertengahan jalan nak pergi ke dewan besaq tu, hujan lebat membasahi bumi secara tiba-tiba. Nasib baik la tengah pegang payung. Memang terus bukak lah kannn.

Meredahi hujan lebat dengan angin yang kuat, dah la haritu pakai baju kurung. Haisy, sabar jelah. Nasib baik aku pakai berlapis-lapis, kalau tak, seksi kau nyahh! Then ada dua orang student yang nak pergi exam jugak tumpang payung aku dengan Mira. Wonder why la these people tak bawak payung. Sekarang tengah musim hujan weh. Bila-bila masa je angin mendung tu boleh memuntahkan isi perut dia. Apedaa, kata dah besaq, dah masuk uni. Benda-benda macam tu pun still tak boleh fikir lagi ke? Ramai jugak la yang tak bawak payung tadi. Nasib baik la aku ni baik, jadi aku tumpangkan la manusia yang kesian sangat tu hah. 

Tapi pakai payung pun tak jadi jugak, sebab angin kencang dan jalan yang dah hampir banjir, makanya kesemuanya menjadi basah. sigh =.= Aku rasa aku patut beli raincoat la, hmmm betul la tu. Sesampainya di dewan, memang dah basah lencun dah ni, aku pun tak tau apa function aku pakai payung tu hah. Masuk-masuk dewan je memang udara sejuk tu dah terasa la. Dengan baju yang basah, cepat-cepat aku cari tempat duduk dan duduk. 

Bertenang kejap. Betul-betulkan tudung jap. Isi slip kehadiran dan yang lain-lain. Sebelum start exam tu aku sempat lagi perah kain aku, like seriously kain aku boleh diperah kottt. Nampak tak betapa banjirnya di situ. Yes, ini adalah kisah benar. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka. merepeks nya lah pun ayat ku Memang kat dalam dewan tu beku habis lah. Dan nasib baik lagi aku bawak sweater hikmat aku tu. Walaupun tak berapa nak tebal, tapi cukup la untuk mengatasi kesejukan dan kebekuan aircond dalam dewan tu hah. Dah lah basah, beku. haisyyy Ni memang betul-betul redha dan nekad untuk berjuang berhabis-habisan ni. Nasib baik lah exam etnik je pun. Sejam suku je aku buat dan terus keluar sebab tak sanggup nak bertahan dalam peti sejuk tu. Kang tak pasal-pasal mati kebekuan pulak aku. Tak sempat nak habiskan exam, ye dak? hikhikhik

Pengajaran untuk hari ini, pertama, sila sediakan payung, raincoat dan yang sewaktu dengannya sebelum hujan, lagi-lagi di musim hujan. Kedua, sila sentiasa pastikan anda membawa sweater ke dalam dewan jika tak nak mati kebekuan. Ketiga, sila makan sebelum exam sebab time tengah exam tu perut aku berbunyi-bunyi sebab tak sempat nak breakfast. huuuuu

kata-kata hikmah pada hari ini :D


nota kaki : Cuba kira berapa kali aku tulis nasib baik :P

four more to go, gambatte ne~ ^.^ v
- amira_hasrori -

27 December 2012

UMT Care 4 Gaza

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hello there people! How ya'll doing? I'm so not in the mood to study now. Don't know why. My brain feels like its already cracking with all the metabolism stuff. Not to include the alkane, alkene and alkyne. gahhhh So, to ease my brain from cracking, I am currently watching korean drama. hikhik

Oh, yesterday there was an event which is "UMT Care For Gaza". The person who gave speech talk to us how they can still go on with their live, smile and welcoming them [the volunteers], although they know that bullets are waiting for them. Watching pictures of them, videos, make me realize how strong they are. Wonder what its like if Malaysia was the target of the zionist. hurmmmm

Oh, the person also told us that Malaysia was once the target of the Israel Laknatullah. Have you heard the name of Henry Gurney. Yes, the school in Malacca for not-so-good student? Yes. He was actually the Operational Secretary of Israel. They plan to take over Malaysia and make Tanah Melayu as Palestine no 2. But they fail because of the Bintang Tiga. Yeah, I feel that we should thank Bintang Tiga for "saving" us from the Israel.

You think this is bullshit? Up to you to believe or not. Cause I'm sure they will do lots research before they confidently giving talk to people. No. I believe them 100 percent. Why the Israel want Palestine and Malaysia so bad? Cause our land is very strategic. If you want to go from west to east, you must pass through Malacca Coast. Must, there is no other way. Palestine is also very strategic, but I forgot which way is it.

He also said that the issues in Gaza is not only the issues of Arabic people, we too must concern of this problem because Palestine is the land, waqaf land for muslim people all around the world. Palestine is our land too. Many take lightly about the boycott issues too. Did you know, even the country that Islam is not their official religion take this issues seriously. Do you know why? Cause they have this humanity spirit inside of them. So, why can't you take this seriously. How could you donate to these company to buy bullets for our brothers and sisters who suffer in Palestine? This boycott issue is not a new thing. This is a sunnah from our Rasulullah s.a.w

I just want all of you to open your eyes and see what is happening in this world. Please always pray for our brothers and sisters in Palestine, and do take seriously on boycott issues. Also do donate whatever you can give to our brother and sister there, I'm begging you.

Free Gaza, Free Palestine

footnote : Sorry for the topsy-turby grammar.

care for gaza care for palestine
- amira_hasrori -

25 December 2012

UMT Dilanda Banjir

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Gara-gara hujan lebat tanpa henti selama tiga hari tiga malam, dengan ini saya mengistiharkan bahawa  penuntut warga UMT dilarang sama sekali untuk ke kawasan banjir kerana bahaya. Ditakuti ada ular di situ.

Okay. Announcement fail =.= Oh, yeah, ini betul-betul punya. Tarak tipu maaa. Yes, UMT banjir. Tak percaya? Tengok ni.



Agak teruk la banjir tu. Dikatakan sampai mencecah paras pinggang. Thank God banjir dekat kawasan pagar utama sampai simpang nak masuk hostel je. Nasib baik la jugak banjir tak sampai ke hostel. Ramai sebenarnya teruja dengan keadaan banjir ni. Yelah, masing-masing tak pernah merasa keadaan banjir kat kampung halaman kan. Ada jugak la yang sanggup meredah banjir nak show off kat facebook "Yay, kat sini banjir!" Kanak-kanak Ribena sungguh. #facepalmsekejap 

Anyways, hari ni dah reda sikit. Hujan pun sikit-sikit je. And now dah tak hujan dah pun, harap berlarutan la dua tiga hari akan datang. Baju aku pun tak kering-kering dari semalam. Jadi ini lah masanya untuk kita membasuh baju, yay! Plus harini dapat lunch free. Encik Hafiz buat buffet. For what? I don't really know. Datang makan sampai kenyang dan bungkus. Dapat la jimat duit makan sehari ni. hehehe Yelah, memandangkan hujan tak henti-henti disertakan dengan angin kencang, telah membuatkan suhu turun sehingga twenty degree celcius perhaps? Entah. Suhu yang begini telah menjadikan perut ku mengalami fenomena "selalu lapar" dan "sentiasa lapar". hikhik

Aku rasa dah lari jauh dari topik ni =.= Banjir. Hurmmm, kalau cakap pasal banjir, persediaan dari segi mental dan fizikal tu kena ada. Pastikan payung sentiasa bersama anda jika ingin keluar. Kalau ada raincoat lagi bagus. Double the protection. Duit tu keluarkan banyak-banyak sikit, sebabnya tempat yang banjir tu adalah perjalanan untuk ke ATM. Jadi, kalau dah tak banjir tu, sila cepat-cepat ke ATM dan keluarkan banyak banyak banyak. hehehehe Memandangkan sekarang adalah study week, jadi adalah dinasihatkan agar menjaga kesihatan. Jangan nak mengada main hujan dan air banjir. Kang kalau sakit tak boleh exam padan muka :P

Itu jelah pesanan dari pihak penaja. Doakan kami selamat di sini. #kbai

nota kaki : Rasa macam pelik pulak ayat dalam entry ni. Rasa macam buat laporan =.=

rain, rain go away. come again another day :)
- amira_hasrori -

22 December 2012

RawR Family

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Aloha! Nampaknya agak susah nak mengekalkan momentum updating blog, here at UMT. lap peluh Well, here I am, updating this blog for those silent readers, eh, ada ke? hehe

Dah lama sebenarnya nak blog pasal Rawr Family, tapi tak berkesempatan kerana kesempitan waktu. Ni pun curi-curi masa untuk blogging. hikhik Masih tak terlambat rasanya kan. Dah alang-alang buat video pasal Rawr Family untuk assignment CSC, jadinya saya mengambil kesempatan lah untuk mengapdet pasal Rawr Family :D


Mesti ada yang tertanya-tanyakan. Kenapa Rawr? Nama Rawr ni sebenarnya diinspirasikan oleh tote bag aku yang ini

tadaaaaa!!!

Beg ni dah ada sejak zaman aku kat Palam lagi sebenarnya. Jadi dibawa ke sini. Geng aku kat sini teruja tengok beg ni, semua dok pakat "rawr!" "rawr!" je, pening kepala jugak mendengar =.= Kenapa family? Nak dijadikan cerita, time nak breakfast sesama kat kafe, ke lunch? kitorang duduk satu meja, pastu ada lah one of us gatal membagi title kat semua orang. Ada daddy, mummy, mummy muda, kak long, abang ngah, kak lang, kak chik aku lettew :) dan baby. Time tu kitorang baru ada lapan orang je. Sekarang dah tambah lagi dua, cukup la family kitorang jadi sepuluh. One happy family, at home :)

Nothing much to add on really. Semua dah ada kat video tu i believe. Sangat-sangat bersyukur dikurniakan keluarga baru kat UMT ni :)

nota kaki : Petang nanti ada grading untuk taekwando. (test untuk naik tali pinggang) Doakan aku berjaya ye :D

love rawr family :)
- amira_hasrori -


20 December 2012

20 . 12 . 2012

Asssalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Wahhhh! Cantik betul tarikh harini kan? eh, cakap sensorang pulak =.=

Short entry je ni. Harini buat kerja gila sikit. Petang tadi ada perjumpaan taekwando sebenarnya, dan di postpone. Memandangkan aku dah melaram macam apa je, walaupun nak pergi meeting je sebenarnya aku pun membuat suggestion untuk keluar makan sotong goreng tepung! Weehoo~

Adventure dimulakan dengan mencari kereta sewa. Lama jugak lah tunggu. Rupa-rupanya ramai jugak yang keluar petang-petang macam ni. Ingatkan orang yang nak buat kerja gila macam kami ni je yang buat macam ni. hehehe Alhamdulillah dapat jugak kereta sewa, viva auto. yeay! 

Then, kenalah isi minyak dulu kan, sebabnya minyak dah kelip-kelip dah. facepalm Perjalanan mengisi minyak je dah mengambil masa hampir setengah jam. Apedaaaa. Sebabnya GPS pun tak sure mana arah yang dituju. Adoy adoy Nasib baik sempat sampai ke stesen minyak sebelum minyak habis. Anyway, kitorang isi minyak lima hengget jew, still kelip kelip jugak minyak tu. haihhhh Eh, faham tak apa maksud minyak kelip-kelip tu? Ha, bagus bagus. Yang still tak faham tanya yang faham, yang faham bagitau yang tak faham okay :P

Sesat sekejap, then baru jumpa jalan kebenaran. hihihi Kedai tempat yang diorang makan haritu dah tutup, nasib baik ada kedai satu lagi tu. Bedal je la apa yang ada kan. Then kami order sotong goreng tepung 2 pinggan, keropok lekor satu pinggan, dan air kelapa for each of us. Memandangkan maghrib pun dah tiba, makanya kami mengambil keputusan untuk solat dulu sebelum menjamu selera. Surau ada, not bad la. Walaupun tak berapa nak best, tapi still bersih dan boleh la nak solat. Lepas tuuuuuuuuu, its makan time!!!

bon apetite~

yummmmy!!

Faqih gigih mengorek isi kelapa :P


Chibi chan and Nana chan :D

Mummy dan anak kesayangannya :P



Gambar aku mestila kena ada kan, hikhik

Kemudian, kami pun balik dengan girangnya. The end. Eh, tadi kata short entry kan? Maaf. hehehe :P

nota kaki : Lupa nak bagitau, pakcik tu bagi kitorang free keropok lekor dengan bebola, hikhik. Lagi satu, kedai ICT apetah tu, harga sotong dia sama macam kitorang beli tapi sikit gilaaa, menyesal beli kat situ.

nota kaki II : Yeah, aku beli dua sotong, hehehe :p

jalan jalan cari makan  yang extreme :D
- amira_hasrori -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...