Showing posts with label pengantin baru dan lama. Show all posts
Showing posts with label pengantin baru dan lama. Show all posts

16 September 2013

Weekend Getaway

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

* Get ready for photo spamming in this entry :D

Memandangkan weekend takde buat apa-apa dan tersangat bosan, jadi aku saja-saja la post kat dalam group Rawr Family kat fb.
Tak sangka post yang saja-saja tu mendapat sambutan pulak. Semua duk komen, nak gi mana? Bila? Padahal aku saja je post. Tak berniat pun nak betul-betul pergi. So, in the end aku bagi suggestion, "pergi Lata Tembakah jom?!" And hell yeah, here we go. The most awesome weekend I've ever spent in UMT began. 

Perbincangan yang mencecah beratus-ratus komen kat fb. Mula-mula ingat nak pergi hari Isnin (16 Sept) sebab hari Sabtu (14 Sept) the girls kena cucuk third dose HPV vaccine. But then the boys pulak tak nak. Tak nak tangguh-tangguh katanya. So, kitorang pun decided untuk ponteng vaccination, instead, we will go next week. hehe Nakal sungguh budak-budak ni tau. Therefore we've decided to go on 14 September which is last Saturday.

Memandangkan Nana tak ikut, so the girl muat satu kereta jelah, and the boys naik kereta Pidot. Kitorang sewa kereta Viva sehari RM90 fulltank RM60 tapi kitorang isi RM30 je sebab kereta tu ada dua bar dah. hehe Remember to ask the orang kereta sewa, nak kereta yang elok untuk berjalan jauh so that nanti takde la problem apa semua. Alhamdulillah, kereta yang kitorang naik tu selamat pergi dan selamat sampai balik UMT :)

Makan dalam kereta sebab kebuluq, tak breakfast punya pasal. Special thanks to Chibi yang sponsor nasi lemak sebungkus kongsi lima orang. hehe

Singgah rumah Faqih kejap, ambik barang untuk barbecue sebelum bertolak ke Lata Tembakah. wee~~

Pidot excited dengar nenek Faqih berborak dalam bahasa Ganu. haha

Posing depan kereta baru Pidot.

Dua makhluk Tuhan yang paling excited jumpa air.
Barbecue time!
Ayam dan sosej, nyum nyum!





Sebenarnya tengahari tu hujan. So kitorang stop untuk lunch kejap. Then, bila hujan dah reda, kitorang masuk dalam air balik. Memang puas gila dapat mandi dari pagi sampai petang. Rugi tak datang. Bayaran masuk RM2 untuk dewasa; RM1 untuk kanak-kanak. Tahun lepas tak kena bayar lagi, start tahun ni yang ada entry fees apa semua tu. Tapi yang tak best, toilet dengan tempat persalinan baju dia sangat la low class you! Ingat nak buat feedback haritu tapi tak jadi sebab nak balik cepat. Nanti sesapa yang sampai kat sana, cakap kat pak cik yang kutip duit tu supaya upgrade toilet dengan tempat persalinan and surau sekali ye. Mekasih :)

Kepenatan, lalu tertidur. haha
Sayang sangat dekat kereta hah, baru kotor sikit dah kena mandi.

On the way nak balik tu singgah kat satu port ni, tak tahu la nama tempat tu apa. Dan kami ber-camwhore-ing di situ. hehe





Comel kan saya? hehe Chibi takde dalam gambar ni, wuwuwu~~







Balik tu singgah kat Masjid Ulul Albab dekat Jerteh. Menariknya masjid ni, the whole masjid is made from wood. Sangat cantik. Tapi disebabkan hari pun dah gelap, nak maghrib dah, so takde la nak ber-camwhore-ing kat masjid ni. Lagipun sangat lah tidak proper kan. 

Actually sampai UMT dalam pukul sembilan plus plus, tapi sebab kitorang nak singgah Mydin so, extend jelah sewa kereta tu jadi sehari. Kalau tak, nak amik half day je. Lepas shopping kat Mydin, beli dinner, then decided untuk lepak makan dekat waterfront. Best sebab angin dia yang menusuk kalbu tu. Maybe sebab waktu tu nak hujan lah kot. Tu yang angin sejuk je tu. Gambar takde sebab muka time ni selebet gila. hewhewhew Lepas makan tu, round bandar. Lambai-lambai orang kat tepi jalan. Serious takde kerja. haha Then lalu depan pengantin yang buat photoshoot. Kitorang expect nak lalu slow-slow but then Ssha buat kerja gila, dia pergi stop betul-betul depan pengantin tu hah. Dah tu, tak tahu nak buat apa, jerit kuat-kuat, "Selamat Pengantin Baru!" dekat diorang pastu terus blah. Adoy, mendebarkan betul. Pengantin laki watlek watpis je cakap thanks, pengantin perempuan, malu-malu kucing, senyum je. huhu

It was a whole new experience for all of us. First time kot merayap malam-malam kat Ganu ni hah. Tapi Ganu kot, what do you expect? Malam-malam memang takde orang sangat pun. Kedai pun semua dah tutup. Then, decided to balik UMT sebab minyak pun dah kelip-kelip ku sangka api hah.

Like seriously setakat ni, the best memories I've made dekat UMT ni. Hope there will be another moment like this in the future, and our friendship will last forever. InsyaAllah :)

Looking to the future!
*My most favorite picture plus the one in the previous entry.*

Together we're strong!
Lot's of love,
- amira_hasrori -

27 January 2013

Wedding Kak Mek

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Semalam dengan megah dan bangganya kami pergi ke majlis perkahwinan senior kitorang masa dekat Convent, Kak Mek. So, congratulation Kak Mek! Semoga bahagia di samping insan yang tersayang, di dunia dan juga di akhirat :)

Have no idea what to write, so here's the pictures we took yesterday.

the flower boy and the flower girl

the bride, so beautiful :')

the seniors and the bride

the seniors

the seniors and us, depan pintu gerbang aka pintu masuk dewan

meet azreen, my bestfriend :)

azreen and the seniors

the trio : azreen, me and hazimah

dalam kereta baru hazimah, i'm so jealous, huhu

So, that's it. Congratulations again to Kak Mek!

nak jugak kereta baru, wuwu :'(
- amira_hasrori -



19 December 2012

Taerobik

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Hai awak, awak dan awak kenyit mata

Dah seminggu lebih kot tak update blog. Mana pergi tah momentum menghapdet belog tetiap hari, aku pun tak tahu la. hewhewhew Apa-apa pun, one hectic week dah berlalu, and yet another to come. Like seriously korang kena tengok schedule aku untuk this month. Setiap minggu, ada je event. Bukan event sehari dua, berhari-hari kot. Haih, dah faham dah perasaan artis yang banyak sangat event sampai takde masa nak berehat. Aku la retis tu. hikhik

Anyhoots, Jumaat yang lalu dah berjaya present taerobik dengan jayanya in front of all taekwando members. Ada la jugak beberapa orang yang non-taekwando members come and join us petang tu. Tak sia-sia latihan setiap malam seminggu haritu. phewww, kesat peluh Banyak yang aku dapat semasa tempoh menguruskan taerobik ni. Aku dapat banyak kawan, dapat pengalaman jadi pengurus, dapat tingkatkan skill taekwando aku and many more. Terlalu banyak untuk di-describe tentang perasaan aku waktu ni. tears But hey, this will be kenangan yang manis macam madu buat kami semua. smile

thank you girls and guy :P

And then, aku terpilih untuk membuat persembahan taerobik pada malam penutup Minggu Kokurikulum, malam esoknya. Means, malam Sabtu la. Sir randomly pick members from various group dan gabungkan untuk buat persembahan malam tu. Jadi, kami kami yang terpilih ni hendaklah practice lagi untuk memastikan everything is smooth pada malam tersebut. Malam Jumaat tu, kami practice dari pukul 10 sampai la pukul 2 pagi. Penat gila kot!! Pagi esoknya ada practice lagi pukul 9, pukul 2 petang ada rehearsal. Everything went well sampai la tiba masanya.

Malam tu kitorang buat persembahan pembukaan. Meaning kitorang ni buat persembahan yang first la. Sebelum tu, semua dah berjalan dengan lancar. Papan pun semua pecah. Takde yang tak pecah. But then, bila nak start tu, music pula tak dengar. speaker atas je dengar Kitorang dah bagi signal dah kat technician yang kat atas tu suruh ulang lagu, tapi dia tak ulang pun. haihhh Maka, dengan hati yang pasrah, kitorang pun terpaksa la meneruskan je apa yang sepatutnya diteruskan. Dah smart kot kalau buat betul-betul dari awal. Takpela, takde rezeki la tu. Anyway, diorang tetap puji kitorang sebab buat persembahan yang magnificent! cewaaaahhh Alhamdulillah :)

Oh ya, lupa pulak nak bagitau pasal exam aku pagi Jumaat tu. All is well thanks to those yang sentiasa mendoakan kejayaan aku. you know who you are ;) InsyaALLAH dapat result yang membanggakan. hikhik

Tak boleh nak upload video malam tu, don't know why. sigh Oh, lagi satu, congrates to Maria Elena yang baru melangsungkan perkahwinannya pada 15 Disember 2012. I always adore her :) Hope to be just like you one day :P

here's their wedding teaser :D

This month is a hectic month, but really loves the memory within it.

cheers!
- amira_hasrori -

12 March 2011

eNciK zEkRi

tahniah buat encik zekri kerana telah berjaya menamatkan zaman bujangnya. selamat pengantin baru ye cikgu. semoga cikgu kekal bahagia dunia akhirat. and maaf even rumah saya kat teluk intan tapi tak pegi majlis cikgu tadi. saya keje maaa. hanya menghantar sms buat pengganti diri. itupun taktao cikgu bace ke tak. takpe2, saya faham. cikgu mesti busy nak buat itu, nak buat ini.

aku JELES GILAA sama aja sebab, memandangkan dia keje kat butik pengantin, dan secara kebetulan cikgu tempah baju kat situ makanya dapatlah aja bertemu dengan cikgu. nak jumpa cikgu gila2 la doe. huhu. cdey2.

entry harini pendek je lah ye. hehe. tatao nak tulis hape lagi. hee.

SELAMAT PENGANTIN BARU MR ZEKRI
SEMOGA BERKEKALAN DUNIA AKHIRAT
SAYA SAAYAAAANG CIKGU :)


notakaki :: ade orang buat statement pelik kat aku harini. tatao nak amek serious atau tak. hurmm.



hari yang AMAT merunsingkan
-unlimited love-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...