29 April 2011

kEmaLanGan jALan RayA

ye. umum sudah mengetahui bahawa aku telah mengalami kemalangan dalam bahasa omputeh nye accident. fine, tak semua tahu. ni nak bagitau la ni. biasalah kalau orang yang baru accident ni mesti dihujani dengan jutaan pertanyaan kan. demi memudahkan diri aku dengan tidak mengulangi ayat yang sama meh aku cita sket camne la keadaan ni boleh berlaku.

pada tanggal 28 april 2011, hari rabu - di suatu petang yang hening, *ceyt ayat tak boleh blah tatkala aku nak balik rumah dari kerja, time tu dah gelap cam nak ujan dah. jadi nye semua org rushing nak balik umah. biasalah kan. semua tak nak basah. lagi2 orang yang bawak moto cam aku ni. ye adik2. aku bawak moto pegi keje ye. ouh ya. aku pegi keje dengan cik nurhazimah. makanya aku penunggang dan dia pembonceng. maksudnya aku bawak moto dia ada kat blakang laaa. aku tak tahu macam mana boleh berlaku tapi yang aku tahu aku bawak agak laju la, then aku nampak kete tu kat depan. kete tu nak dekat simpang, aku nak straight je. aku rase kete tu jalan then tiba2 je aku rasa cam kete tu dah dekat sangat dengan aku *maksudnye dia tengah brek la. dah tak sempat nak belok dah. then aku rempuh jelah. one minute i was on the bike and anther second aku dah terbaring kat atas jalan. sadis betul.

time tu aku blur2 lagi. cam, pening2 gak ah. amende yang dah berlaku ni kan. sedar2 je aku dengar zimah tanye, 'mira kau okay tak'. time tu aku tak nampak dia lagi. pastu ade orang tolong angkat kan moto aku. moto tu atas aku, kau tahu. aku terbaring ke kanan. for sure la moto tu himpit aku kan. pastu baru aku nampak zimah. then aku dah bangun, pastu aku nampak moto aku, hancus. fine takde la hancus mane. first thing aku fikir. ah!! moto aku!!

then makcik yang dilanggar aku tu dah attack aku dulu. bukan nak tanye aku okay ke tak. dia suruh aku bayar terus dan2 tu jugak. dah la blur2 time tu. adus. makcik ni memang takde hati perut la. same2 melayu kot. agak la, orang baru lepas accident dia nak terus attack aku. kalau time tu otak aku waras lagi memang dah kene sembur dah makcik ni. bukannye teruk sangat pun kete dia. just kemek sikit je kat tayar belakang belah kiri. tak pecah pun lampu tu. huh naseb baik time tu aku cam pening2. aduh. makcik. kau tak boleh nak sabar ke. aku bukan tak boleh bayar laa. kau ingat aku ni sengkek sangat ke. aku dah cakap dah tunggu mak aku sampai, baru setel. nasib baik ayah hazimah datang cepat. dia yang tolong setelkan kan. terima kasih pakcik. kalau takde pakcik memang dah lame saya hempuk makcik tu dengan carrier saya yang dah tercabut tu. hehe.

naseb lah takde kereta rempuh aku dari belakang. kalau tak dah arwah dah kot aku. and and naseb lah jugak aku tak terheret ke hape ke, kalau tak habeslah muka aku calar. dan dan, terima kasih kepada helmet yang disahkan sirim, my head was fine. tak de rase cam nak pecah ke hape ke. fuhh -.-"

fine, lepas tu gi hospital. amek darah, x-ray, ultrasound sume. alhamdulillah. doktor kate okay je. takde patah mane2. just calar2 camtu je lah. zimah pun okay je. balik umah dari hospital dalam kol 9. sumpah lame gila aku kat hospital tu. lem nak mam wa cakap lu. sabar je lah. then pharmacist tu bagi aku ubat panadol?? watde???!! aku tak makan pun. malas lah aku. then bagitau sesapa yang patut tau. kene soal siasat lagi. pastu tido lah.

besok nye aku tanya hazimah, sama ada dia ingat ape2 tak secara detail pasal semalam tu. then dia kate as a pembonceng, kompom la tak tengok depan sangat kan. pastu dia kate aku cam jerit ke hape ntah, tu yang buat dia tengok depan. dia kate aku sempat brek tangan and then kami rempuh lalu jatuh. haha. camtu lah cite nye. but sumpah aku tak hengat aku ade brek weyh. adoyy. hilang sudah ingatan aku. heh.

mari kita lihat keadaan moto aku yang amat hancus tu ::

>>> cuba perhatikan betul2,
- carrier aku tercabut *camne leh tercabut pun aku taktau laa
- cermin sisi belah kanan pun tercabut *tapi tak pecah pun pelik kan
- yang kat tayar tu nampak tak. aku pun taktau camne boleh jadi padahal aku jatuh belah kanan.
- cover set ade yang pecah2 sane sini

















>> cover set ku yang sudah pecah dan besi yang kat tayar yang dah terkeluar dari landasan.

erk -.-" agak teruk keadaan moto aku ni. dekat seribu jugak la aku rase kalau nak repair. aduss. then tambah dengan makcik tu punye kete lagi da dekat 4rat sebab dia nak cat sangat kan. hamek la kau. nak sangat kan. kira2 2ribu jugak la aku hanguss kat situ. takpe lah. bak kate sape ntah, pengalaman hidup. things that doesn't kill you makes you stronger. urgh. sape ntah yang mengeluarkan kata2 tu. ngek betul. lagi wat aku lembik ade laa. aduss. aku tak rase aku boleh bawak moto. tapi, ntah la. boleh kot. harapan aku yang nak tukar cover set baru tercapai, but aku takdelah terpikir nak tukar sangat sampai kene wat cmni. adoy la. kalau cmtu aku lebih rela tak tukar cover set la dari aku menanggung kesakitan yang amat mendalam, baik fizikal mahupun mental. urgh. sakit jiwa aku fikir pasal ni.


PENGAJARAN :: sila JANGAN jadi macam aku ye adik2. bawak kenderaan dengan berhati2. pandu cermat jiwa selamat


notakaki :: ade ke patut manusia tu gelakkan aku kaw2 bila dengar aku accident. mangkuk betul laa. bukan nak simpati ke hape. huh!



i've learned my lesson,
~unlimited love~

25 April 2011

ucApkanLah

hello hello hello :)
hoi perempuan kau dah takde agama ke?!
erk. -.-" maaf.
assalamualaikum :)

haha. dialog yang amat pelik kan. takpe2 aku faham. aku memang pelik pun. LoL. ape2 pun aku baru perasan yang aku memang tak pernah nak bagi salam dekat semua entry yang aku tulis. perasan tak? perasan tak? haha. sebenarnya penting ke tak eah salam tu. erk. aku pun tak tau laa. hehe. btw, pabila aku merantau di alam b
log atau dalam istilah modennya 'blogwalking' , *aku lagi suka blogwalking sebenarnya daripada tulis sendiri. hehe aku selalulah jugak baca ucapan salam ni sebelum diorang memulakan hasil karya agung diorang tu.

persoalannya di sini, patutkah kita menjawab salam yang diberi atau baca begitu sahaja dan buat2 macam takde ape2? macam pelik je kan
tibe2 nak jawab salam padahal dia tulis je pun. samalah jugak kalau time kita texting orang. orang tu bagi salam dalam bentuk perkataan then haruskah kita menjawabnya secara lisan? *jawab dalam text tu memang wajib lah kot

begitu juga yang terjadi apabila kita melihat rancangan di kaca televisyen yang pada pengakhiran rancangan tersebut pengacara akan mengucapkan salam. alah kalau taktau sangat kau tengok berita kompom dia bagi salam tim
e akhir2 tu. atau pun kau tengok je anwar hadi kesayangan aku tu,*hehe dia pun bagi salam jugak time dia nak habiskan video dia.

pada pendapat aku, diulangi, PENDAPAT AKU, dah menjadi kewajipan muslim dan muslimah untuk menjawab salam tak kiralah sama ada secara lisan mahupun tidak. kalau nak jadikan lagi efektif, time kau tulis ASSALAMUALAIKUM
tu kau cakap dalam hati, nak jawab ke tak itu terpulang kepada sesiapa yang menjuenguk blog kau tu. haha. faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan ni. adoi. ye aku tahu ayat aku amat berbelit dan memeningkan untuk dibaca. tapi kau buat2 paham jelah ye. penat aku nak menerangkan. dan bila kau terasa kau dah menjenguk blog orang lain atau tengok tv dan pengacara tu bagi salam, kalau tak nak jawab kuat2 dalam hati pun bolehh.

oh ya. aku nak kongsi ilmu yang aku baru dapat mengenai ucapan salam ni. semua orang tahu yang bila si pemberi salam mengucapkan sala
m kita disunatkan menjawab salam yang lebih panjang daripada si pemberi salam *see, sapa kata islam susah, jawab salam pun dapat pahala tau :p

assalamualaikum >>>>> waalaikummussalamwarahmatullah

assalamualaikumwarahmatullah >>>>> waalaikummussalamwarahmatullahhiwabarakatuh

assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh >>>>> waalaikummussalamwarahmatullahhiwabarakatuh wamaghfiratuh waridwanuh


fuhhh -.-" panjangkan. tapi best lah sebenarnya. kalau tak tau ucapan sebenar dia tanya lah guru agama yang terdekat, sebab aku tau aku eja pelik. aku dah sehabis mungkin memastikan ejaan tu betul2 dengan ucapan. kalau salah tolong betulkan ye.

konklusinya :: rajin2lah bagi salam tidak kiralah dalam bentuk apa pun :)


tiba tiba terasa dirini alim lah pulak, hehe :)
~unlimited love~

12 April 2011

eNciK tEriMa kAsiH dan ciK sAmA-saMa

haritu ada sorang makcik ni datang kedai bawak anak dia. pergh. dah la encem. tough plak tu. cair doe. hehe. ingatkan datang nak beli barang ke ape ke, rupe2nye nak pinjam pen. haila. -.-" wat suspen la mkck ooi!!

okay dah lari topik. muka agak brutal la. dia isi borang untuk bank rakyat yang kat depan kedai aku tu ha. ntah hape benda ntah. sejak akhir2 ni aku tengok ramai benar orang datang situ. hurmm. musykil2. sambil isi borang tu dia merungut2 kat mak dia. buang mase je katanya buat mende2 sume ni. cam agak bengang gak la ngan mak dia. tp lepas dia habis isi borang tu dan nak pulangkan balik pen, dia ucap terima kasih :) sweet je kan. hee.

okay. ni bukan cerita aku sebenarnya. ni cerita hazimah sebab time tu aku kat belakang. hehe. berbalik kepada topik yang sepatutnye dibincangkan, kenapa eah agak2nya aku membuat perbandingan yang sebegitu rupa. maksud aku kenapa ENCIK TERIMA KASIH dan CIK SAMA-SAMA? fikirlah. fikirlah.

sebab aku rasa TERIMA KASIH ni agak selalu kita dengar, macam lelaki yang selalu dok swit2 perempuan kat tepi jalan tu ha. kan selalu tu. SAMA-SAMA plak agak jarang kita dengar, macam perempuan yang malu2 kucing time laki dok swit2 diorang. betul tak. haha. tu ape yang aku rasa laa. diulangi. tu hanyalah pendapat aku ye adik2. :p

selalunya kalau orang cakap TERIMA KASIH korang cakap SAMA-SAMA tak? mesti jarang GILAA kan. kan. ye. aku tau sangat sebab aku pun jarang jugak nak cakap SAMA-SAMA ni. kadang2 senyum je. ada masanya aku tak cakap ape pun. lagi buat muka blur ade la. hehe. maaf ye kalo kot2 aku ade terbuat kat korang. bukan sengaja. dah muka aku memang blur nak wat camne kann. hehe.

pernah rasa tak perasaan kalau kau ucap TERIMA KASIH but then orang tu tak cakap ape2 pun. senyum pun tak. boleh plak orang tu buat muka blur macam yang aku slalu buat *hehe. ape perasaan anda pada saat dan ketika itu. ada orang yang tak kisah, tapi macam mane kalau time tu korang agak sensitif dan desperate sangat nak dengar orang cakap SAMA-SAMA. ha. ape lu rase. okay mesti bengang gila kan. camtu la orang lain rasa bila korang tak nak ucap SAMA-SAMA. ada faham.

maka, dapat dikonklusikan di sini bahawa, saya ingin menyeru kepada orang ramai agar jangan memisahkan hubungan di antara ENCIK TERIMA KASIH dengan CIK SAMA-SAMA. dalam bahasa yang lebih mudah difahami, kalau orang cakap TERIMA KASIH kau cakap la SAMA-SAMA. ade faham.. bgus. sejuk perut mak mengandung, eheh.



sekian, terima kasih :)
~unlimited love~

30 March 2011

aPabiLa kEruNsinGan mELandA

runsing. runsing. runsing. itulah yang dihadapi oleh semua lepasan spm 2010 sekarang ni kaann. haha. tape2. ur definitely not alone. aku punn. sebab ape runsing? sebab nak memikirkan ape yang patut dibuat lepas ni laaa. haiyo. ingat senang ke walaupun sekarang ni zaman dah beralih arah, isi borang online je. kalau zaman dolu2 kene by hand isi ini lah itulah. eh2. susah jugaak la. nak fikir course ape yang sesuai. rasenye aku lebih rela menempuhi spm sekali lagi *ececey, ade bran ke.heh.

cis. apesal lambat benar nak masuk u ni. aku rasa otak aku ni dah mengalami proses oxidation walaupun komponen otak aku ni bukannya ferum. bhahaha. saje je nak poyo yang aku ingat lagi chemist :p kalau korang perasan time nak bukak upu punya borang tu dia tulis KEMASUKAN JULAI 2011. kalau tak silap aku laaa. jadi, adakah rumors yang mengatakan bahawa kita semua akan masuk u pada bulan 9 adalah bohong belaka? entahlaaa. aku pun dah menjadi bertambah runsing dengan segala khabar angin yang ada. haiyo.

and and lagi bertambah runsing sekarang ni adalah kekeliruan sama ada nak masuk matrix ke, u ke. isy3. darabkan lagi kerunsingan yang ada bila memikirkan interview yang akan dihadapi tak lama lagi. ade orang kate awal bulan 4 ni. adehh. dah la tak prepare hape2 lagi. rase nak mencarut pun ade laaa. da lame aku tak mencarut kan kan. satu penambahbaikan selepas habis sekolah. sebab dah lame yak jumpe orang, lagi2 orang yang menjengkelkan, jadi lidah ini berehat dari mengeluarkan kata2 kesat. thumbs up for me :)

pakcik ku dah balik dari umrah. rasa meriah pulak semalam. haha. okay. aku dah tertelan panadol 8bijik kot semalam, sebab, sumpah aku rasa aku bising GILAA. haha. maaf ye rakan2. okay sambung balik pasal kerunsingan yang melanda diri ini. buat masa ni aku rasa tertekan gila menunggu surat dari mana2 pusat pengajian tinggi yang suruh aku masuk secepat yang mungkin. buat masa ini aku nak sangat agar cepat2 meninggalkan rutin harian aku yang agak membosankan ini. *melainkan jika aku bertemu dengan customer yang pelik dan lelaki berkaca mata. okay. orang yang tertentu je yang tahu. hee.

okay2. aku tahu korang pun dah bertambah runsing sebab bace entry aku yang cukup merunsingkan ni. takpe2. dah nak habis dah pun. kerunsingan ni hanya akan berakhir bila aku dah start belajar balik. haih. lame tuuu.


notakaki :: selamat tinggal kawan :)


runsing dan runsing lagi
~unlimited love~

24 March 2011

aLhamduLiLLah...

okay. da agak2 panas isu ni. yela isu ape lagi kalau bukan RESULT SPM. ye. aku ta dapat straight A. 7 je. alhamdulillah. bila teringat time aku amek result, nanges2 segala bagai semalam, baru aku sedar yang aku langsung tak bersyukur pun. ya ALLAH. sungguh la manusia ni ta pernah nak bersyukur. aku just nampak yang B je. yang A tu aku buat2 tak nampak pun. secawan gak ar aku nanges semalam. bukan nak cakap yang aku ni belambak A, tapi yelah, nak point kat sini yang aku ni tak bersyukur orang nye. haha. okay. kini aku sedar yang aku SANGAT bersalah. dan kini aku mulai bersyukur terhadap nikmat yang ALLAH bagi.

anyway congrates kat budak2 yang dapat straight A's. bagi yang tak tau. meh sini aku bagitau.
MELLISA
ADAT
HAZIMAH
LEHA
FARAHIN
SAIFUL
NABIL
AMANI
FATIN DAMANHURI
FARUQ
SHAHIRAH SULAIMAN
PAIE
AZWA
FARAH ADIBA

(kalau aku salah sory eah)
congrates korang!! aku happy untuk korang. bagi yang sipi2 nak dapat straight A tu jangan kecewa lama2. ingat. bersyukur. semestinya ada hikmah disebalik tu. percayalah. ALLAH tahu ape yang terbaik untuk hambanya.

notakaki :: rasa bahagia bersiar2 bersama aja, cien dan adat :)


ade orang belanja aku, time kasih ye :)
~unlimited love~

20 March 2011

piNk?? Euww..


ape perkara pertama yang terlintas kat kepala hotak korang kalau tengok ade aweks pakai pink? *eeii, gedik sioottt. camne plak kalau ade mamat yang pakai? *erk, jambu nya manusia ni.

kan kan. mesti persepsi korang camni kan. bhahaha. okay. aku tak salahkan korang sebab memang dah budaya masyarakat cam tu kaann. nak buat camne. aku bukan lah nak kata yang aku ni suka pink. no. tade lah minat sangat. tapi bley bla la. ahaha. okay. aku suka jugak la pink ni. tapi bukan yang fanatik gila babun sampai semua bende pun nak beli kaler pink eah. itu bukan aku. aku suka memenuhkan rumah aku dengan warna2 yang berlainan. contohnya bila aku beli baju mesti aku fikir kaler ape yang tade lagi kat almari aku tuh. tade la aku nak borong semua baju kaler pink. ooh tidaakk.

okay. persoalannya sekarang kenapa warna merah jambu itu dikaitkan dengan sifat keperempuanan? kadang2 aku pelik jugak. hurm. ada sesiapa yang boleh tolong jelaskan??

dan. dan. aku rasa menyampah dengan perempuan yang rasa pink is totally a NO NO for them. kenapa eah? pelik aku. padahal dia suka je pink tu. tapi bajet tak suka. lagi satu yang bajet tanak terlalu menjadi perempuan. maksud aku, too girly. kadang2 aku sungguh tak faham dengan masalah mereka ni. boleh tolong faham kan aku?

serius aku rasa menyampah gila dengan manusia yang seperti ini. apa masalah mereka ye agak nye. sungguhlah aku tak faham mereka ini. pink itu cute apeee. hehe. gila. mesti semua ingat aku fanatik pink. tak bley bla. pernah gak ar ade orang tu kuarkan statement yang sebegitu rupa terhadap diriku ini. bhahaha. sumpah lawak doe.

okay. enough merepek. get straight to the point please. damn. aku memang tade point pon. saje ngengade nak menaip padahal tade point pon. kesian kamu yang kene bace bende yang merepek ni. kadang2 aku rase kalau dah ade idea banyak bebenor la pulak. kadang2 tu satu bende hatta sebesar kuman pun tarak. macam sekarang ni laaa. nanti bila2 aku dah ade idea aku sambung eah. hee.


harap maaf
~unlimited love~

19 March 2011

kAwAn Ku kAya

sekarang ni aku rasa aku dikelilingi dengan orang kaya lah. betul laa. bukan aku berangan tapi memang betul2 punyeee. kau tak percaya sudah. kadang2 aku rasa kawan dengan orang kaya ni susah jugak.

yelah. kan orang kaya ni paling kurang pun ade la sorang dua yang dengki kat dia, tak pasal2 nanti kite pun kene aim jugaak kann. betul tak. lagi, nanti orang kata kita ni nak amek kesempatan lah, apelaah. padahal, dia yang bermurah hati nak belanja kita kan kan. pastu nanti mulalah family dia larang kawan lah, kata nak kikis hartalah, itulah, ini lah. adoyy. susah betul kawan dengan orang kaya ni.

eh. eh. aku bukan salahkan orang kaya yang nak kawan dengan aku. taakk. tidak sama sekali. aku cuma nak cakap yang SUSAH BETUL KAWAN DENGAN ORANG KAYA. yelah. kau dengan aku, mana sama darjat maa. yelah. memang kau kate sekarang ni mane ade mende2 cliche macam ni dah. ni semua terpengaruh dengan drama je.

hey hey. fikir lah. drama tu diinspirasikan daripada cerita benar. betul tak. yolah. mesti ade sedikit tokok tambah dari imaginasi si pengarah, but the main idea mestila betul2 berlaku punye. dan dan. zaman sekarang ni lah yang lagi banyak bende macam ni berlaku. percayalah kat aku. tara tipu punyaa. hee.

tapi, tapi, aku SUKA GILAA kawan dengan kau. betul maa. ini memang sumpah TAK TIPU. yelah. aku mane pandai nak tipu2 ni doe :p ape2 pon orang nak cakap, aku still suka kawan dengan kau okay :)

notakaki :: result yang bakal keluar menjanjikan pelbagai persoalan sama ada masa depan ku bakal diwarnai dengan pelangi mahupun tiada warna tetapi akhirnya warna pelangi jugak yang akan keluar. *faham tak nii. insyaALLAH, all will go well. amiinn.


hajatku tak kesampaian. sabar -.-
unlimited love

13 March 2011

aKu HipokRit? kAu puN sAma

hipokrit? ape tu? eleh. takkan tak tao kot. hipokrit ni kalau mengikut pemahaman aku la kan, orang yang suka berpura2. kalau nak ikut kan, ade kot simpulan bahasa mengenai hipokrit ni. talam dua muka. kan kan. ke salah?haha. ntah. aku pun tatao betul ke salah. tapi aku rasa dah betul la tu. hee.

kenapa manusia tak suka orang yang hipokrit? sebab diorang pun hipokrit. betul tak. yelah, selalu nya, manusia ni tak suka ape yang kelihatan atau memang sama dan sebijik fotostat dengan diorang. kenapa eah. hurm. fikir. fikir.

dah habis fikir dah? hurm. aku pun tatao la ape jawapan nya. mungkin sebab dah lumrah alam? hehe. ape yang aku merepek ni.

sebenarnya kalau nak difikir2kan sifat kepura-puraan atau hipokrit ni penting jugak dalam kehidupan seharian dan diaplikasikan pada setiap hari sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. *ecey. macam buat penghargaan dalam folio lah pulak. adoyy.

terdapat pelbagai situasi di mana sifat HIPOKRIT dalam diri mesti ditonjolkan demi kesejahteraan bersama. contohnya ::

SITUASI 1
kalau korang perasan la kan. kalau mak korang jumpa kawan or sedara mara mesti sembang pasal anak2 kan. thats mean secara tidak langsung nama korang akan disebut2 oleh mak korang kan kan. cube dengar betul2. amende yang diorang cakap pasal korang tu. hurm. yolah2 tak elok pasang telinga bila orang tua bercakap, tapi, sapa suruh sebut nama aku kan. mestila aku ade hak untuk tahu ape yang diperkatakan kan. selalu nya aku akan dengar mak aku puji2 aku depan kawan2 or sedara mara. bukan nak riak tapi jujur. eh. tapi aku pun pelik. mak aku ni bila depan orang puji aku, bila dengan aku bebel jugak. adoyy. musykil. okay dah lari topik. bila mak kau puji2 kau depan orang ni la kau kene hipokrit sikit. dan2 tu jugak la kau nak hidang air ke. tolong masak kat dapur ke. hape ke. yelah. kene la jaga reputasi tu sikit. hoho.


SITUASI 2
bila kau berhadapan dengan orang yang suka tunjuk bagus. dia ada inilah, itulah. ha. ini lah masa yang tepat untuk kau menunjukkan betapa hipokritnya engkau dengan tak amek port barang sebijik pon hape bende yang manusia tu tengah membebel. padehal hati kau membuak2 ingin mendengar petah bicaranya. ah. kau harus tangkis itu semua. percayalah pada daku bahawa kau akan sakit ati je bila kau dengar semua tu. baik kau amek satu sudut kat kawasan tu, duk diam2 kat situ sambil layan lagu kat mp3 lagi baguih. betul takkk.


SITUASI 3
masa interview adalah masa yang paling tepat untuk anda menjadi seorang yang SANGAT HIPOKRIT. yelah, time ni la kau nak tunjuk kau tu yang paling bagus, paling hebat dan sangat berkelayakan untuk ape yang dipinta oleh orang atasan. dengan ini, kau akan menambah tahap keyakinan kau sebanyak 90% lagi. fulamak. banyak tu markah kau. ha. kompom kau akan lulus interview kau nanti. hehe.


okay. dah cukup la aku merepek. nak layan? layaaann. tanak? pergi bace entry lain. hehe. anyway. kau dan aku, sama je. semua pun hipokrit demi kepentingan masing2 kaann. aku tak salah kan orang yang hipokrit sebab kalau kau pangkah orang yang hipokrit ni umpama KAU MEMANGKAH DIRI KAU SENDIRI. jadi, fikir2kan dan selamat menjadi manusia yang agak hipokrit :)


aku memang hipokrit
-unlimited love-

12 March 2011

eNciK zEkRi

tahniah buat encik zekri kerana telah berjaya menamatkan zaman bujangnya. selamat pengantin baru ye cikgu. semoga cikgu kekal bahagia dunia akhirat. and maaf even rumah saya kat teluk intan tapi tak pegi majlis cikgu tadi. saya keje maaa. hanya menghantar sms buat pengganti diri. itupun taktao cikgu bace ke tak. takpe2, saya faham. cikgu mesti busy nak buat itu, nak buat ini.

aku JELES GILAA sama aja sebab, memandangkan dia keje kat butik pengantin, dan secara kebetulan cikgu tempah baju kat situ makanya dapatlah aja bertemu dengan cikgu. nak jumpa cikgu gila2 la doe. huhu. cdey2.

entry harini pendek je lah ye. hehe. tatao nak tulis hape lagi. hee.

SELAMAT PENGANTIN BARU MR ZEKRI
SEMOGA BERKEKALAN DUNIA AKHIRAT
SAYA SAAYAAAANG CIKGU :)


notakaki :: ade orang buat statement pelik kat aku harini. tatao nak amek serious atau tak. hurmm.



hari yang AMAT merunsingkan
-unlimited love-

09 March 2011

kELas maNdaRin

time aku dapat freecall aritu, aja ade cakap yang dia join satu kelas mandarin ni. aku pun macam excited gila la. nak jugak join kan. kelas dia setiap ari isnin pkul8 mlm. okay lah tu. aku bukan keje malam pun kan.

and tibalah hari isnin yang ditunggu-tunggu itu. perancangannya pergi aku tumpang aja, balik aja tumpang aku. okay. sett.

pastu setibanya aku di kelas itu, seorang rakan lama menyapa, ipah namanya.
weyh, mira. kau dah daftar belum? kalau tak nanti kau kene halau macam budak tadi tu.

aku pun apelagi. cuak kebebeh laah. gila tak cuak. kang tak pasal2 kene halau. takkan nak bertapa tunggu kat luar tu. dah la gelap semacam. pak guard pun maca scary je. adoyy. camne ni. aja pun tak tau kene daftar. aja!! apelaa. sumpah cuak gila la doe wa cakap sama lu.

jln penyelesaian yang aku nampak buat masa ni hanyalah dengan act cool. aku ngan aja apelagi, wat2 cool je lah. eleh cam tak bese kan. dan2 plak miss yang ajar tu buat ulang kaji then panggil sorang2 pegi depan explain amende ntah yang dia tulis tu. memang berabuk la aku nak faham. tambah dah lagi satu yang buat aku gelabah habis. naseb baik lah boleh skip turn. fuhh -.-

tapi aku rasalah kan, takde org yang perasan agak nya. miss tu pun cam cool je tengok aku. siap boleh panggil aku kat depan lagi tulis huruf amende ntah. aku pun, layaann. hehe.

boleh la sikit2 nak faham ape yang dia ajar. aku dah redha je malam tu. tak pasal2 dapat join kelas malam free kan. ohoh. cam sakai je. ngek betul. dan aku berjaya jugak mengharungi malam itu sehingga ke penghabisan. waaahh. hebat taak. hehehe.

pengajaran daripada cerita ini :: sekali sekala buat benda yang random best jugak. baru ade thrill dalam hidup. kan kan. :)


jom jom cakap mandarin :p
-unlimited love-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...