25 December 2012

UMT Dilanda Banjir

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Gara-gara hujan lebat tanpa henti selama tiga hari tiga malam, dengan ini saya mengistiharkan bahawa  penuntut warga UMT dilarang sama sekali untuk ke kawasan banjir kerana bahaya. Ditakuti ada ular di situ.

Okay. Announcement fail =.= Oh, yeah, ini betul-betul punya. Tarak tipu maaa. Yes, UMT banjir. Tak percaya? Tengok ni.



Agak teruk la banjir tu. Dikatakan sampai mencecah paras pinggang. Thank God banjir dekat kawasan pagar utama sampai simpang nak masuk hostel je. Nasib baik la jugak banjir tak sampai ke hostel. Ramai sebenarnya teruja dengan keadaan banjir ni. Yelah, masing-masing tak pernah merasa keadaan banjir kat kampung halaman kan. Ada jugak la yang sanggup meredah banjir nak show off kat facebook "Yay, kat sini banjir!" Kanak-kanak Ribena sungguh. #facepalmsekejap 

Anyways, hari ni dah reda sikit. Hujan pun sikit-sikit je. And now dah tak hujan dah pun, harap berlarutan la dua tiga hari akan datang. Baju aku pun tak kering-kering dari semalam. Jadi ini lah masanya untuk kita membasuh baju, yay! Plus harini dapat lunch free. Encik Hafiz buat buffet. For what? I don't really know. Datang makan sampai kenyang dan bungkus. Dapat la jimat duit makan sehari ni. hehehe Yelah, memandangkan hujan tak henti-henti disertakan dengan angin kencang, telah membuatkan suhu turun sehingga twenty degree celcius perhaps? Entah. Suhu yang begini telah menjadikan perut ku mengalami fenomena "selalu lapar" dan "sentiasa lapar". hikhik

Aku rasa dah lari jauh dari topik ni =.= Banjir. Hurmmm, kalau cakap pasal banjir, persediaan dari segi mental dan fizikal tu kena ada. Pastikan payung sentiasa bersama anda jika ingin keluar. Kalau ada raincoat lagi bagus. Double the protection. Duit tu keluarkan banyak-banyak sikit, sebabnya tempat yang banjir tu adalah perjalanan untuk ke ATM. Jadi, kalau dah tak banjir tu, sila cepat-cepat ke ATM dan keluarkan banyak banyak banyak. hehehehe Memandangkan sekarang adalah study week, jadi adalah dinasihatkan agar menjaga kesihatan. Jangan nak mengada main hujan dan air banjir. Kang kalau sakit tak boleh exam padan muka :P

Itu jelah pesanan dari pihak penaja. Doakan kami selamat di sini. #kbai

nota kaki : Rasa macam pelik pulak ayat dalam entry ni. Rasa macam buat laporan =.=

rain, rain go away. come again another day :)
- amira_hasrori -

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...