Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts

21 August 2013

The Conjuring

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam.

Alkisahnya aku ni adalah seorang yang sangat penakut orangnya. Dan sedikit paranoid. haha Tapi tak tahulah macam mana boleh tertengok cerita ni hah. Maybe sebab dah lama tak tengok wayang dan ada orang nak belanja pulak, jadi aku pun tergoda lah nak tengok cerita ni. Sebenarnya aku tak tahu pun cerita ni cerita horror. wuwuwu I had my eyes closed all the time masa tengok cerita ni. Sedih betul. Tak nak tengok cerita horror dah.


Cerita ni mengisahkan Ed dan Lauren Warren, suami isteri yang selalu menyelesaikan kejadian paranormal. Kira diorang ni macam ustaz dengan ustazah la sebab dalam cerita ni diorang pakai method Kristian untuk halau the spirit kekononnya. 

Tak sangka cerita ni true story, yang lagi membuatkan perasaan seram tu bertambah. haihhh Ada la dalam dua tiga hari aku kena tidur dengan adik aku sebab perasaan takut membuak-buak. hehe Cerita ni basically pasal ada spirit witch kat dalam rumah satu family ni dan Ed dan Lauren dipanggil untuk menghalau the spirit.

Boleh tahan la cerita ni, aku bagi 4 bintang untuk keseraman dan 3 setengah untuk jalan cerita sebab aku tak suka ending dia. Endingnya macam tergantung pun ada, macam tak logik pun ada. Maybe sebab pengarah nak cepat cepat habiskan cerita tu kot. Cerita ni dalam dua jam lebih. Aku asyik tak senang duduk je dalam wayang tu. Lama! Aku dah la penakut. Adoy, sumpah tak nak tengok cerita horror dah, lagi lagi tengok kat wayang. 

Anyway, kalau nak tengok cerita ni disarankan anda mempunyai hati dan iman yang kuat ye. Kalau spesies macam aku, tak payah la berangan nak tengok. Cerita ni 18 above je yang boleh tengok. Waktu tu aku dengan Cik Kak Long buat selamba badak je masuk bawak Cik Adik masuk. hohoho Budak yang jaga tiket tu pun teragak-agak nak mintak tengok IC kitorang. haha Nak dijadikan cerita, sebelum cerita start, Cik Kak Long baru teringat dia tak letak kupon parking, jadi dia dengan Cik Adik pun pergilah keluarla balik nak letak kupon. Pastu, waktu nak masuk tu terserempak dengan budak-budak bawah umur nak masuk tapi kena tahan. haha Cik Adik dengan Cik Kak Long pun apa lagi, terus je masuk laju-laju sebab takut Cik Adik pun kena tahan. Lawak betul la. Adoy. Jadi adik-adik yang belum cukup umur tu tak payah la nak berangan masuk wayang tengok cerita ni okay :)

i don't like horror movies :'(
- amira_hasrori -

28 January 2013

Hansel and Gretel : Witch Hunters

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam


Have you ever heard the story about two siblings ; a boy and a girl; being left in the wood by their parents. And then they found a candy house, which there is a witch inside. Yeah, that story, the fairy tales we used to read when we are five years old. And now, here I present to you the new Hansel and Gretel.

the trailer

Kinda cool kan? Aku tengok cerita ni dengan my older sister. Cool gila! Seronok dan berbaloi dengan harga tiket yang mahal. huh! Nasib baik best. Cerita ni mengisahkan Hansel [Jeremy Renner] dan Gretel [Gemma Aterton]; dua beradik yang menjadi pemburu ahli sihir. Mereka start jadi witch hunters selepas ditinggalkan oleh ayah mereka dalam hutan. Time kat hutan tu, mereka jumpa satu candy house, dan macam cerita fary-tale yang kita selalu dengar, dalam tu ada witch yang cuba nak makan diorang. Tapi diorang berjaya menyelamatkan diri selepas membunuh witch tu.

Selepas dari kejadian tu, diorang jadi famous dengan gelaran witch hunters. Maka, nak dijadikan cerita, diorang sampai kat satu kampung ni yang ramai budak-budak dah hilang. Jadi mereka pun mulakan siasatan mereka. Tapi, penyiasatan mereka ni dihalang oleh sherif kat kampung tu. Cerita ni di tahap klimaks bila diorang dapat tahu, ketua witch tu nak buat sesuatu pada malam Bloody Moon. 

Dah, malas nak cerita panjang-panjang. Bagi aku cerita ni best sangat-sangat. Suka dengan watak Gretel yang cool, walaupun cantik, tak control cun, macam aku la tu. hehe Yang lawak dalam cerita ni pulak sebab si Hansel tu ada kencing manis, kena suntik insulin mengikut waktu yang ditetapkan, kalau tak mati. kahkahkah Apa-apa pun aku bagi 5 bintang untuk cerita ni. Kira full marks la ni. Jadi apa lagi? Pergi la menonton Hansel and Gretel : Witch Hunters di wayang berdekatan dengan anda. hikhik Cerita ni rated 18 so tak payah la nak bawak bebudak pergi tengok cerita ni. Nanti tak tidur malam pulak bebudak tu. hikhik Kalau dah tengok cerita ni baru korang faham kenapa cerita ni rated 18 ye.

rasa macam nak tengok lagi, hihi
- amira_hasrori -

25 January 2013

The Perks Of Being A Wallflower

Assalamualaikum :)
Walaikumussalam

Hey there peeps! Ini merupakan percubaan pertama aku untuk buat review cerita dan cerita pertama yang di pilih ialah The Perks Of Being A Wallflower. weehoo~ tepuk tangan Aku dapat tahu kewujudan cerita ni selepas baca review novel oleh blogger blog usang lagi bersawang. Cerita ni based on novel dengan tajuk yang sama.

the novel [source]

Aku sangat tertarik dengan cerita ni lepas baca review novel ni. Baru aku perasan yang aku sangat minat dengan cerita bergenre macam ni. Okay, okay. Aku rasa aku dah patut start review pasal cerita ni kan. hikhik

Watak utama bernama Charlie [Logan Lerman], seorang yang baru nak masuk high school. Kira macam freshie lah ni. Dia ni seorang yang depressed, takde kawan langsung pun. Watak yang lain Sam [Emma Watson] dan Patrick [Ezra Miller], senior dekat sekolah tu. Basically masing-masing ada masalah sendiri. Charlie dengan masalah depressing sehingga halusinasi dan hear voices, Sam dengan always falling in love with the wrong person and Patrick dengan oh, figure out sendiri nanti okay. Nak bagi suspens sikit. hihi Kehidupan Charlie berubah selepas berkenalan dengan Patrick dan seterusnya Sam yang sedikit sebanyak membina confidence dalam dirinya sendiri.

Cerita ni berjaya sebab penulis dan pengarah filem ni adalah orang yang sama. So, cerita dia takde lah lari sangat daripada novel dia. Walaupun aku dah tengok cerita ni, aku still nak jugak beli novel dia, kalau jumpa lah. hehe Tapi kan, salah satu faktor aku suka cerita yang bergenre macam ni sebab aku rasa aku boleh faham watak utama. You know what I mean kan. huhu Well, apa-apa pun aku bagi 4 daripada 5 bintang. Bravo!

I have no idea bila cerita ni tayang kat wayang, hewhew

nota kaki : First time ever buat review filem. macam tak berjaya je, huhu

we accept the love we think we deserve
- amira_hasrori -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...